Wednesday, 6 September 2023

Ahli ilmu

Sesungguhnya Allah, Malaikat-Nya serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan paus, mereka akan mendoakan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia.

Tuesday, 22 August 2023

Kesan Positif Sedekah

Sesungguhnya sedekah itu memiliki kesan yang menakjubkan dalam menolak kesulitan meskipun dilakukan oleh orang derhaka atau orang yang zalim, bahkan orang kafir sekalipun, kerana dengan sedekah itu Allah SWT akan menolak pelbagai kesulitan. Imam At-Tirmizi, dalam Kitab Jami'-nya, meriwayatkan hadis Anas bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya sedekah itu menghindarkan daripada murka Allah dan menghindarkan seseorang mati dalam keadaan yang buruk (su'ul khatimah). "Sebagaimana dapat menghindarkan daripada kemurkaan Allah SWT, sedekah itu juga dapat menghapuskan dosa sebagaimana air memadamkan api, sebagaimana diriwayatkan At-Tirmizi daripada Muaz bin Jabal r.a dia berkata , "Saya pernah bersama Nabi SAW dalam suatu perjalanan. Suatu pagi aku berada dekat dengan baginda dan kami sedang bermusafir, baginda bersabda, 'Mahukah kamu aku tunjukkan kepadamu pintu-pintu kebaikan? Puasa adalah perisai dan sedekah pula akan memadamkan kesalahan sebagaimana air memadamkan api dan solat seorang lelaki pada pertengahan malam adalah syi'ar orang-orang soleh, kemudian baginda membaca ayat dalam Surah al-Sajdah, 32:16.

"Perut mereka jauh daripada tempat tidurnya, mereka berdoa kepada Tuhan-nya dengan rasa takut dan penuh berharap, dan mereka menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka"

Banyak hadis yang menjelaskan keutamaan bersedekah, antara lain Nabi Muhammad SAW membuat perumpamaan hal itu dengan orang yang dihadirkan untuk dibunuh, maka dia menuntut pembebasan dirinya daripada mereka dengan hartanya cukup kepada bukti bahawa sedekah dapat membebaskan seseorang hamba daripada azab itu. Kerana itu, Nabi Muhammad SAW bersabda sebagaimana diterangkan dalam hadis sahih ketika khutubah kepada kaum wanita pada hari raya. "Wahai para wanita bersedekahlah walaupun dengan perhiasan kamu, kerana sesungguhnya kebanyakan penghuni neraka Jahanam terdiri daripada para wanita." Seakan-akan Nabi Muhammad SAW menyeru dan mengajak mereka kepada sesuatu yang dapat membebaskan mereka daripada api neraka.

Orang yang suka bersedekah, setiap kali dia bersedekah hatinya lapang, maka dia seperti baju besi yang melebar. Setiap kali dia bersedekah dia berlapang dada dan bergembira, dan sekiranya dalam sedekah itu terdapat faedah selain faedah ini semata-mata, tentu sahaja seorang hamba akan sering bersedekah dan bersegera melakukannya. 

(Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Al-Wabilu As-Saybu wa Rafi'ul Kalimi At-Tayyibi, t.t.:69-79)

Saturday, 29 July 2023

Pengalaman Menjadi Cashier

Assalamualaikum w.b.t, lama rasanya tak berkongsi ilmu kat sini. Maybe ada yang sedang mencari cara menjadi cashier ataupun cara mengendali wang pembayaran dekat mana-mana kedai. Macam aku sebelum ni memang tak ada pengalaman langsung nak pegang mesin duit ni. Baru-baru ni baru dapat kerja sebagai backup staff untuk jaga amanah dan tolong pelanggan beli barang keperluan mereka. 

Setakat ni, alhamdulillah dah 3 kali jadi cashier belum ada yang kena 'short' duit samada terlebih atau terkurang duit dalam drawer tu. Bayangkan laha kalau dah cemas sangat ramai sangat pelanggan nak bayar tapi dalam masa yang sama kau cuba untuk kira baik² duit baki pelanggan itu ikut jumlah yang sama tanpa masalah. 

Aku rujuk juga dekat mana² website pasal jadi cashier ni kebanyakanya memang dah profesional dan ada kisah yang pahit manis tentang dunia cashier ni. Sejujurnya aku pun seram juga nak buat. Tapi sebab dah orang atasan bagi kepercayaan untuk kita buat. Maka insyaAllah semuanya akan okay.

Bagi aku seronok juga jadi cashier ni sebabnya kita kadang boleh tengok betapa happynya pelanggan tu dapat barang yang dia nak beli. Ada macam² perasaan bila berada dihadapan kaunter tu. Contohnya rasa sakit kaki sebab kena berdiri dalam masa kurang 12 jam, kena tahan diri supaya jangan termenung sebab hang tengah pegang duit orang tu. Kadang sakit kepala bila ramai sangat orang dekat depan kita.

For me aku berjaya atasi semua tu, alhamdulillah. Pujuk diri supaya bertenang dalam apa juga keadaan. Contohnya kurangkan pandang customer kalau kita rasa gugup dengan keramaian. Pandang sekadarnya sebagai tanda hormat je & buat slow² untuk permulaan sebabkan kita masih baru. Kira je duit slow² masa open & close kaunter tu. Tak perlu bandingkan dengan orang yang dah pro dalam tu. Sbb lama kelamaan kita pun akan mengikuti jejak langkah dia juga. 


Bawah ni benda yang wajib tahu sebagai seorang cashier. Fahami dan hadamkan sebaik mungkin.


7 STEP CAHSIER

1. Greeting - 

" Hi, selamat datang" :)

2. Asking -

"Encik/Akak nak bayar secara wang tunai (cash) ataupun kad kredit (wave)"?

3. Promotion -

"Kami ada menawarkan barang-barang promosi untuk bulan ni. Kalau akak/ encik bebelanja minimum RM 40 boleh sertai sekali pertandingan "beli & menang kereta/emas".

Tawarkan juga kot² dia nak beli bateru jenis double AA (bateri besar) atau pun triple AAA (bateri kecil)

4. Scan, Check Item & Barcoat (SKU Number)

Kalau customer beli 10 barang yang rupa bentuk sama pun kena periksa kondisi serta barcoad barang yang ingin discankan tu. Supaya tak tersilap.

5. Packing -

 Masukkan barang ke dalam plastik, ikat atau doublekan plastik kalau takut terkoyak dan hadapkan 'logo' (jika ada) ke arah pelanggan. Saiz plastik ikut saiz barang yang dibeli.

6. Check Total Price & Balance - 

Tekan 'Subtotal' dekat drawer mesin cashier tu. "Total semua sekali RM 40".( Kira duit kertas tu secara berhati-hati & tenang) "Encik/Akak bagi saya RM50. Tekan jumlah duit customer jika berbeza atau tekan je terus 'Enter' kalau sama jumlah. Box duit akan terkeluar. Ambil baki ikut dekat skrin komputer RM 10 dan kira baik² berulang- ulang kali depan belakang. "Saya pulangkan baki RM 10".

Kalau dia bagi kad kredit ataupun touch and go. Pilih option dekat dalam skrin tu klik EDC (wave/touch dekat mesin tu) ataupun e-Wallet (sacn barcode dalam touch & go) 

Untuk kad kredit (EDC)

Nanti resit pertama akan keluar. Tarik dengan cermat letak tepi. Tulis hujung no. Cust guna pen pada resit tu. Tekan button hijau pada mesin duit untuk 'copy resit' kemudian bagi cust benda tu & juga resti official kedai bersama baki duit.

Untuk Touch & Go (E-wallet)

Bagi je terus resit official kedai pada customer.

7. Thank You - 

" Terima kasih, sila datang lagi." :)


Kadamg customer nak kita periksa barang/pasang barang² tu. Layan kan sajalah sebab customerkan always right. 

P/s: Jangan lupa senyum dan sebarkan aura positif. Semoga bermanfaat.

Tuesday, 18 July 2023

Ikhtilat

Daripada Abu Sa'id Al-Khudriy r.a., daripada Nabi SAW, baginda bersabda, "Janganlah kamu duduk-duduk di pinggir jalan." Mereka berkata, "Itu ialah kebiasaan kami lakukan kerana itu menjadi tempat pertemuan kami bergurau senda, "Jika kamu tidak meninggalkan pertemuan seperti itu, maka tunaikanlah hak jalan tersebut." Mereka bertanya, "Apakah hak jalan itu?" Baginda menjawab, "Menundukkan pandangan, menyingkirkan halangan, menjawab salam, dan amar ma'ruf nahiy munkar."

[Sahih Bukhari, Juz 2, No. Hadis 2465, 1422 H: 213]

Saturday, 6 May 2023

Pencapaian

Setiap orang memiliki pencapaian yang berbeza,

Hormatilah apa sahaja usaha yang dilakukan,

Kerana mengharapkan redha dan kebaikan daripada Allah itu lebih baik,

Daripada tidak mengubah nasib dirinya sendiri.


Sekecil-kecil usaha apa pun,

Pasti akan berbuah hasil,

Jadi jangan memandang kecilnya keputusan atau keberhasilan itu,

Kerana kita hanya mampu memulai dan meneruskanya,

Selebihnya bukan urusan kita untuk menjadikan ianya pengakhiran yang baik.

Saturday, 1 April 2023

Peluang Itu Ada

Jika tiada yang mampu memberikan kita peluang,
Maka ciptalah peluang itu untuk diri kita.

Kerana 'peluang' itu wujud dan ianya sangat luas.

Mungkin hari ni kita masih belum jelas arah tujunya,
Tapi satu hari nanti kita pasti akan berjaya.

Bahagia dan gembira dengan peluang yang masih ada.

Hargai ketika ini,
Kerana saat ini pasti berlalu.

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...