Saturday 31 August 2019

Carilah AKU semula

Assalamualaikum w.b.t

Sesuatu yang pernah.......

Hasil nukilan dari sahabat ku dan pesanan untuk kamu yang mencari jawapannya.

Ketika Langit seolah berbicara kepadaku  menarik perhatian ku untuk menulis tentangnya hari ini setelah sekian lama aku memikirkanya. Ingin sahaja aku mengulangi masa supaya aku boleh menghalang diriku daripada mengulangi kesilapan yang sama. Dan memberi amaran keras terhadap diri itu bahawa itu adalah salah. Pernah ku berjanji untuk tidak menulisnya lagi untuk seumur hidupku. Tentang fitrah itu. Benarkah aku menggunakannya dengan betul? Di usia yang begitu muda dan memiliki kudrat remaja, kau akan diuji dengan soal hati dari pelbagai arah. Kau merasainya walaupun kau menindakkan kewujudannya. Dimana jika engkau memilih kehendak diri dan nafsu, hati itu akan menangis menahan derita. Tetapi jika bersabar dan menyimpan rahsia itu kau akan ketahui bahawa hidup ini bukan cuma CINTA.

Perhatikan sekeliling kamu, di sekolah, universiti, rumah, kejiranan, tempat kerja yang memaksa kita untuk menelan persekitaran yang membawa pengaruh besar dalam hidup ini. Berapa ramai kawan-kawan yang dulunya satu kepala pernah bercouple? Atau pun kita sendiri pernah diajak untuk melakukannya? Kerana ramainya orang yang buat perkara itu, kita pun terikut-ikut dengan trend kini dan zaman yang memang tak ada batasnya untuk kita terus menjadi hamba kepada manusia.

Rasa sedih bila ingatkan kembali betapa diri terperangkap dalam PENJARA PALSU. Hati ku membuak-buak ingin keluar. Penjara itu membuatkan diri mula mencintai akan dosa. Dosa dengan menjadikannya tuhan di dunia ini. Jujurlah pada diri masing-masing, dalam kita menyukai akan sesuatu pastinya kita sangka apa yang kita buat tu betul. Padahal kau hanya menuruti hawa nafsu dan tiada siapa yang berani katakan "TIDAK" kepada tindakan yang sia-sia itu. Walhal kau dan mereka tahu akan hukumnya yang tepat namun tiada siapa yang menerangkan nya dengan lebih dalam. Kenapa ianya tak boleh? Tepuk dada tanyalah iman.

Kau mewujudkan satu perasaan yang datang kerana tidak menundukkan langsung pandangan. Berani menatap sesuatu yang bukan milik kita, mengejar ia untuk selama-lamanya walhal kau lupa bila mana usia ini bakal berakhir, dia juga akan melupakanmu. Malah itu semua adalah pengorbanan yang kosong. Kau tahu akan sedar hakikat itu setelah diri disakiti dan dikecewakan oleh cinta manusia. Dan betul, dia akan mula mencari Allah semula selepas itu. Dan sekurang-kurangnya kamu mencari IA semula. Aku bersyukur.. Alhamdulillah.

Keluar lah dari jalan couple dan anti-single itu wahai sahabatku, dan masuk semula kejalan yang Allah dah rancang dan dihitung satu persatu dengan sangat terperinci. Cuba katakan pada diri itu supaya sedaya upaya untuk menyingkirkan rasa itu walaupun ia sakit lagi menyakitkan. Kerana jika kau teruskan juga kau akan lalai daripada Cinta yang sebenar iaitu ALLAH. 

Aku menyatakan ini berdasarkan apa yang aku lalui, bukanlah kerana aku membenci dengan kisah lampau yang menyedihkan. Tapi aku ingin menyelamatkan seberapa ramai manusia yang samaada aku kenal ataupun yang aku tidak kenali seperti yang sedang membacakan ayat-ayat ku ini. Aku bersyukur ia berlaku keatas diriku yang telah memasuki kedalam gaung hitam yang dalam. Sekurang-kurangkan aku boleh menceritakan hal ini kepada yang lain. Melihat kedalamnya, penuh dengan kebahagiaan sementara yang diperolok-olokkan oleh saudara kita yang turut terkadas di tempat yang sama. Ternyata semuanya cuma Mitos!

Mitos apabila mengenangkan yang kita kena bercinta dulu sebelum bernikah baru boleh faham perasaan masing-masing.

IANYA SALAH LAGI SALAH MENYALAHKAN!!! 

Padahal hanya menghabiskan air liur atau bateri fon dengan menceritakan riwayat hidup dari A-Z sambil bergelak tawa dengan kerenah masing-masing yang kononnya secocok dan menepati ciri-ciri pasangan hidup. Tahu tak, kita tak dengar ada makhluk lain yang join sekali masa tu, duduk betul2 kat tepi sudut bilik kau .Perhati kau dari tadi tau. Gelak tawa syaitan kalau nampak kita buat camtu lagi dan lagi dan sekali lagi. Dia ingat dia dah menang bila tengok kita lalai. Sedarlah yang kita akan bosan lepas tu dah semua benda diberitahu kat si dia. Dan lepas dah bosan mulalah cerita pasal orang lain pula. Last2 korang akan merajuk sesama sendiri sebab dah tak ada idea lagi nak  cakap dan mencurigai pula orang lain yang dah sah2 tak bersalah. Maka akhir sekali, mula menyalahkan dan berbalah sebab tak setia la, curangla, main kayu tiga la apa semua...

Kedua, sebab apa perkara itu berlaku keatas diri kita, adalah sebab ini petanda bahawa Allah tak redha dengan cara yang macam tu.....atau biasa kita cakap 'belum masanya lagi untuk perkara ini'.  Couple membawa keburukan terhadap diri kita dan itu cara orang barat memilih cinta.  Sedangkan cinta ALLAH pun dia dusta, berpaling jauh dari kehidupan islam dan langsung tak nak mengakui bahawa ALLAH tu tuhan dia dan tuhan kita yang satu. Apatah lagi cinta kita? 

Maksudnya, jangan ikutkan sangat perasaan dan kawan2 yang dah berpunya... jauhi lah maksiat perasaan yang menyeksakan ini. Sudah-sudahlah kita ni jadi terlalu baik menjaga jodoh orang lain.  Umur kita ni bukan nya lama, kita hidup pun dah makin singkat. masa bergerak laju, jangan biarkan hati ini diisi dengan perkara macam ni. Dah tiba masa untuk jadi baik untuk diri sendiri pula. Bukan tak boleh nak bercinta. Boleh, tapi biarlah kita belajar meletakkan cinta ALLAH yang pertama dalam ranking yang teratas.

Sebab hanya cinta ALLAH yang boleh meletakkan kita disini, di ruang memuhabahkan diri yang inginkan keadilan yang berkekalan. Tak perlu cakap banyak, tak perlu bermesej bermati-matian sampai lupa akan kewarasan diri, tak perlu gaduh-gaduh dengan kawan atau berebut antara sama lain  sampai sanggup hilang kawan yang semata-mata nak pastikan dia kompem untuk kita,tak perlu booking orang tu awal2, tak perlu risau2 pasal orang lain yang cuma perhiasan ketika senang namun hilang bila susah. 

Semua ni membuatkan kita stress dan serabut dengan masalah baru yang sebenarnya macam...apekah hidup ni kena berlumba-lumba mcam ni sekali? 

Cukuplah kita hanya ada ALLAH. Percayalah. Allah tahu apa yang kita nak. Bersama siapa yang kita akan berjumpa? Apa yang kita perlukan? Apa yang sebenarnya kita tak tahu tapi Dia lagi tahu?? Dengan meletakkan ALLAH dalam hati kita bersama Cinta itu...kita akan tenang sebab itu lah jawapannya.

Atau DIA dahulunya menjemputkan kita dengan kematian agar kita BOLEH BERCINTA DENGAN ALLAH. Yang cintaNYA lebih indah dari corakan langit yang kita lihat kini. Lebih dekat dari waktu kat dunia dulu. Kau benar-benar beruntung!

Ingat, 
Cinta itu jangan disalahgunakan,
Jangan biarkan kita begitu cintakan dunia hingga makhluk2nya sekali,
Mereka tak mampu buat kerja Allah,
Tapi kita akan lupa kerja Allah bila kita buta kerana mereka,
Bila kau dah dapat penyuluh itu semula,
Genggam lah ia seperti kau menggenggam bara api,
Menahan sakit dalam mengukuhkan kebenaran,
Disebalik pengharapan agar tanah di sini menjadi ladang mewah di sana,
Sibukkan diri dengan mencari siapa itu ALLAH,
Dan seterusnya Allah akan bagi kita,
Sesuatu yang kita betul2 perlukan.
Sebab hingga bila tiba saat itu,
Hanya redha Allah yang kita tercari-cari.

Tinggalkan dia...Dan pilih lah AKU (Allah s.wt.) . Tiada penyesalan kecuali hari penyesalan.

Sekian

Wednesday 28 August 2019

Seronok ke praktikal ladang Sem 4

Assalamualaikum w.b.t

Pengalaman masa aku sem 4 dulu, praktikal aku sekejap je dalam 1 bulan setengah. Itu pun aku rasa lama sebab aku buat praktikal sorang-sorang (Angkara nak dekat sangat dengan rumah la katakan..yang lain semua negeri jauh2). Lepas aku fikir-fikir lagi, rasanya elok lah kalau praktikal tu pergi ramai-ramai dalam 2-4 orang kawan kita supaya apa-apa berlaku sekurang-kurangnya kita bersama.(Aku syorkan dan tekan kan benda ni tolong jangan pergi sorang-sorang lagi2 pelajar siswi) Kawasan-kawasan ladang kat Malaysia ni kebanyakan bukannya sebelah pejabat ni je dia betul-betul jauh terpelosok kat dalam hutan sana. Kena naik kenderaan atau motor. Pastu nak lagi dramatis ladang dia bercerai berai dan berterabur dekat dalam satu negeri tu. Aku pon terkejut juga masa mula-mula pergi tu tapi apa nak buat..kenalah redah juga. Aku punyer praktikal masa tu dekat agensi RISDA PLANTATION. Tapi siapa yang pilih SIME DARBY dia punyer ladang dekat2 je.

Masa hari pertama aku datang, aku tiba2 diserang panic tak nak buat LI rasa nak patah balik rumah. Tapi last2 aku masuk juga mengadap boss-boss risda sbb aku punyer markah final exam bergantung teruksss dengan ini punyer praktikal. Aku sedaya upaya hadamkan apa yang boss aku cakap masa dia bagi briefing dalam pejabat dia. Ayat dorang semua memang sangat berskill dan sangat matang berbanding diri aku yang masih amatur. Maklumlah, ini cuti sem terpaksa dikorbankan demi LI yang satu ni. Tak de cutisss, tak de tido lamesss2, tak de......tu...tak de ..ni.Tapi bukan masalah cuti je tapi masalah diri aku yang kena belajar jadi dewasa sikit. (kena kurangkan sikap gedik dan kebudak-budakan).

Hari pertama aku tak terus direct turun ladang tapi diaorang ajak aku buat tour dalam pejabat. Misi mengenali semua pekerja Risda. Walaupun tak semua nama aku ingat dalam masa sehari tapi aku just ingat nama 2-3 orang je yang setia bimbing aku sepanjang hari tu. Oh ye, aku lupa nak cakap yang aku ada 2 boss masa tu satu majikan bahagian kewangan  dan satu lagi majikan bahagian ladang. Apa-apa pun nasib baik aku dah belajar pasal HUMAN RESOURSES masa sem 4 tu...haha. Kalau ada arahan dari insan bernama boss ni memang kena patuh deh. 

Benda pertama aku kena buat, adalah siapkan punch card mereka untuk bulan seterusnya. Seorang pekerja tu ajar aku cara2nya dan bagi aku contoh sample. Aku nasib baik ada tersedianya meja admin kat depan pintu masuk tu. Jadi aku pun buat lah kat situ. Jujur lah cakap, aku tak reti nak guna cop mohor dia tu cantik-cantik. Bila aku buat je aku rasa macam "OH TIDAKK!!"(Sambil pandang kiri kanan kot2 ada orang nampak ke careless san aku) ..tak sekemas yang asal. Bayangkan dakwat biru cop tu, macam tertarik-tarik buruk atas bawah... -.-''. buruk. Tapi entah kenapa pekerja tadi tu dia asyik cakap 

"Tak pe cantik dah awak buat, slow2 buat. Mula2 memang macam tu nanti bila dah mahir lagilah nampak ok", sambil bagi senyuman bermotivasi.

Aku rasa positif betul bila ada orang bagi semangat buat kerja. Padahal aku cuma budak praktikal  yang biasa2 yang muncul secara tiba-tiba kat tengah orang lain sibuk buat kerja. Aku pun siapkan benda tu sampai habis. Dalam puluhan pekerja yang namanya kena tulis juga dekat situ... hah yang tu aku ada tersilap tulis sikit and tersalah tulis nombor yang sepatutnya aku guna pembaris acuan nombor tu. Bersungguh-sungguh nak siapkan!

Ada seperkara lagi yang membuatkan aku sedar, kita rupanya tak boleh suka-suka hati je masuk bilik boss,ketuk banyak kali sbb nak tanya soalan, keluar masuk macam bilik sendiri sebab dalam tu banyak sangat dokument penting yang memang private dan rahsia. dan lagi satu boss pon manusia juga. Dorang banyak benda nak kena fikir lagi-lagi pasal syarikat.

Hari berikutnya aku seminggu duduk dalam pejabat dan tak keluar pergi mana-mana. Memang banyak juga kerja yang aku buat tapi yang tak berapa penting la. Macam siapkan file dan susun dokumant pekerja yang naik pangkat berdasarkan barcode dorang.  Kalau tanya aku samaada bosan ke tak. Aku bosan, mungkin faktor cemburu tengok kawan-kawan aku punya status wahtsapp yang lain dapat turun ladang. Petik pokok cili, tanam anak pokok gaharu, tanam terung, tanam padi, dan pergi jalan-jalan dengan boss sendiri. Sedangkan aku masih disini. Masa nilah tahap kesabaran aku teruji. Aku tertanya kenapa aku ditakdirkan ke sini dan ditempatkan ke sini. Yang paling penting..

"APA AKU NAK TULIS KAT BUKU REPORT LADANG AKU??"

Aku cuba kuatkan semangat. Tak pe sikit lagi LI ni nak habis..

Tapi staff RISDA semua layan aku dengan baik.Yang mana semuanya staff lelaki dan hanya 4-5 orang staff perempuan. Dorang asyik cerita kat aku dengan macam-macam cerita sampai aku tak jelak langsung mendengarnya. Aku baru tahu yang staff situ kebanyakannya sangat muda dan merupakan bekas pelajar course ladang juga. Bukan setakat tu je, dengan boss2 sekali budak ladang tapi dah dianegerahkan rezeki hingga ke tahap tu. Subahannallah. Jadi hati aku macam terubat juga lah bila dorang faham dengan nasib budak praktikal macam aku ni. Dan aku nak ucapkan terima kasih sebab rasa terharu bila ada yang belanja aku makan KFC dan lepak2 kat kedai goreng pisang, sarapan pagi dan makan tengah hari.

Aku dapat ilmu gak orang pejabat ni suka guna ayat camni bila waktu pagi-pagi. Cara nak  tanya hang dah sarapan ke belum..

"Dah minum ke belum??", sambil melihat respon aku dan bila aku balas dah, mereka pun berlalu pergi dan menghilangkan jejak langkah menerusi pintu keluar pejabat. Aku hanya memerhati  menggunakan ekoran mata ku akan pemergian mereka. (macam novel tak)

Minum kat situ maksudnya makan ataupun breakfast la kata orang putih.. 

Dalam banyak2 makanan yang aku suka dan rasanya paling sedap dan tersedap sekali yang aku tak boleh lupa lah kan. Ialah........NASI AYAM LEGEND!!!!. Pertama kali aku rasa nasi ayam yang sangat kuat rasa dia. Seriously, kalau tanya pasal makanan, aku tak tipu sedap. Semua sedap termasuklah nasi dia yang warna kuning tu, sos merah pekat masam manis pedas, kicap hitam pekat, kuah sup ayam, dan ayam goreng berempah. Memang licin, tak tinggalkan satu sisa pun dalam bekas  plastik polistren tu. Ni adalah jasa ihsan dari pekerja yang tolong belikan tuk aku nasi ayam tu.. susah2 je belanja aku. Terima kasih banyak2, sampai terkenang-kenang hingga ke hari ni. (dah lama duduk sini pun baru tahu akan kedai tu..tapi sedih juga kedai tu dah tutup dan aku tak tahu dia pindah kemana atau mungkin owner tu dah kaya-raya) 

Maka tibalah hari dimana ada meeting dengan penduduk kampung yang lain, selalunya kalau aku tak join kan lepas dorang habis meeting. Akan ada sesi makan-makan. Bawa diri je dengan perut kosong. Memang best dapat makan free dalam pejabat, tak payah lah nak keluarkan duit dan cari tempat makan kat luar tu (aku nyer LI tak de orang melayu jual makanan, kalau ada pun nun jauh disana). Ada nasi goreng, mee goreng, air teh susu, air sirap. air oren, kueh muih. Ambil je mana-mana yang berkenan di hati.

Pengalaman aku masa sertai sekali meeting tu for the first time ever, aku kena jadi setiausaha. Setiausaha ni tugas dia kena buat 'MINUTE MESYUARAT'. Aku kena tulis dan catat semuanya yang berlaku dekat dalam mesyuarat tu. Contohnya apa yang dorang bincangkan, apa keputusan mereka, persoalan-persoalan, corak idea baru, apa yang nak ditangguhkan, siapa yang tengah bercakap, siapa individu yang hadir dan tak hadir, siapa yang bangkang, kenapa tak berjaya, kenapa hasil dia jadi macam tu dan banyak lagi kena dengar betul2. Aku catat sikit-sikit je mana yang penting dan disebabkan laju sangat cakap, aku tulis nama diarang berdasarkan kedudukan meja dorang. (nanti dah habis mesyuarat baru aku check balik). Duduk pun dalam bulatan meja pejabat yang besar dan air cond yang sangat sejuk (mungkin untuk menyejukkan hati masing2), aku memerhati reaksi setiap seorang daripada mereka. Sangat cool!

Dan mana aku tak sempat tulis tu, aku rakam je. Yang paling penting "MASA" tu kena catat. contoh bila start pengenalan, dan bila waktu berehat dan tamat meeting. Gitu je nampak mudahkan. Pastu aku ingat kan ianya akan berakhir disitu. Tetiba aku kena buat report dia pula. Nasib baik ketua kampung tu tolong aku (sebab dia duduk sebelah aku) dia bagi aku sample macam mana nak buat minute mesyuarat. Terima kasih encik. Alhamdulillah , dalam bahasa melayu.

Cabaran aku yang aku rasa mencabar ada dalam 2 ke 3 camtu dimana aku pernah kena marah teruks dengan sorang pak cik tu sebab aku terlupa nak persilakan dia duduk kat kerusi sementara tunggu aku panggil staff yang berkaitan keluar.. (dalam ramai2.. mungkin salah aku juga). Aku memang kena kaw-kaw punya tengkeng dan amarah yang sangat kuat intonasi dia sampai aku boleh agak yang semua dalam pejabat tu boleh dengar dan tekejut dengan suara dia yang full voltan. Habis malu aku rasanya sebab dorang semua keluar tengok apa yang dah terjadi. Syukur ada sorang, dua staff yang cuba selamatkan keadaan. Dorang cuba tenangkan pakcik tu dan cakap aku cuma budak praktikal je kat sini. Tapi pak cik tu tetap kata aku budak kurang ajar sebab tak hormat dia. 

Hati siapa yang tak tergores bila dia kata macam tu. Tak berani nak pandang muka pak cik tu apatah lagi buka mulut. Tapi aku paksakan diri juga cakap. "saya minta maaf pak cik" sambil aku tundukkan wajah je time tu even suara aku tersekat-sekat. Sekali lagi, itu salah aku. 

Sejak dari haritu, aku mulai sedar yang aku kena perbaiki tahap komunikasi dan aku kena bercakap dengan baik dan layan mereka dengan baik. Seakan-akan aku ni juga tetamu yang masuk dan disambut oleh seorang pemuda yang berhati lembut dengan pakej high class punyer service. Maka bermula lah sesi aku menjadi lebih peramah tamah dan mesra dengan orang kampung sampaikan makcik tu tarik kerusi sebelah semata-mata nak duduk depan meja aku nak sambung bercerita pasal kehidupan dia dan related kan dengan kehidupan aku. Aku rasa gembira dengan kerenah mereka yakni orang-orang kampung yang datang sebab dorang selalu sokong aku yang cuma praktikal je kat sini..hehe. Tapi aku still takut kena marah lagi macam haritu..trauma.

Entah kenapa aku punyer meja tu memang mengadap pintu masuk utama pun so memang la jadi penyambut tetamu terus plus admin kat situ...Best dapat kerusi empuk, meja kaca besar, dan paling penting office baruu tuhh weyhh.

Eh apa lagi cabaran aku eh.. 

Aku tak selalu masuk ladang macam orang lain. Boleh dikira dengan jari berapa kali aku dapat masuk ladang. Mungkin kurang dari 10 kali. Sebab aku tak de kenderaan wajib ada macam staff lain iaitu MOTOR. Aku tak reti bawa pun apatahlagi nak memilik motor tu. Kadang- kadang ada staff situ busy dengan kerja dia dan memang minggu muka serius buat kerja tu jatuh pada bulan aku praktikal time tu..(terimalah takdir ini). Kalau turun pun kan, kita as pratical student kadang-kadang tak dapat sangat buat kerja ladang sebab untuk bahagian managemant ladang biasanya pekerja yang buatkan. Contoh nye, workers bangladesh dan indonesia yang tengah busy menyiapkan tugas harian. Kita pula just boleh tengok dari tepi dan amik gambar untuk report. Tak boleh nak duk menyebuk dan melambatkan proses dorang siapkan kerja. Dalam otak tu memang kena siap sedia dengan seribu satu soalan nak ditanya kat staff ladang.  Mcam berapa keluasan ladang, nama ladang, berapa jarak pokok, baja apa dia guna, racun jenis apa, kenapa kena penyakit macam ni, apa serangan dia, bila boleh harvest pokok kelapa sawit, berapa hari nak toreh getah dan...macam-macam kena tanya dan yang paling penting kena kenal siapa nama staff yang bawa kita tu. 

Setiap benda bakal ada pengiraan dan pengiraan itu lah yang memeningkan. Aku amik masa yang lama nak siapkan dan skip kat dalam buku report yang besar tu. (aku tampal kertas pembetulan sebab salah buat) Tapi kalau kita berjaya buatkan. Kita akan rasa bangga. Jadi aku harap siapa junior aku yang tak faham ke atau tak boleh buat, tolong sangat-sangat jangan stop mencuba. Korang tanya kawan-kawan yang tahu dan minta senior punyer contoh report. InsyaAllah ada yang baik hati.

Masa presentation tu paling aku takut. Sebab aku tak bersedia lagi nak cerita kat depan lectural. Dalam Whatsapp pun dah duk bising pasal pensyarah yang bakal judge dan handle kitorang markah LI dah sampai dan semua status tulis "ALHAMDULILLAH" sebab dah habis present. (habis kitorang yang blom lepas lagi ni dah rasa cuak) Aku pun minta pandangan boss aku dan dia bagi aku panjang lebar punyer penjelasan. Aku ikut apa yang dia suruh macam..

  1. Buku report bertulis tu kena siapkan awal2 dan dapatkan  tandatangan dan cop setiap staff yang incharge. Ok dah! (kalau tak siap try cari kat officedan  tanya staff kalau diorang ada buku rujukan kat situ atau kita boleh tanya staff mana yang tak tahu)
  2.  Pastu dalam slide presentation tu pilih satu je tajuk untuk bentang kat depan pensyarah sebab aku sorang je. Kalau dua orang student buatlah dua tajuk dalam satu slide. Contoh tajuk besar dia Planting. Kalau dua tajuk jadilah Planting dan Harvesting. Boleh letak pengiraan, gambar dan kurangkan ayat kalau boleh. Nanti masa present je bleh bebel banyak2.
  3. Jujur.....dlm slide tu..kalau tu je yang kita belajar masa LI. Maka ceritakan tu SAHAJA. Jangan tokok tambah atau copy paste benda lain semata-mata nak nampakkan benda tu best dan berperisa. Tak baik menipu dan dapat markah biarlah markah yang halal. Percayalah korang takkan Gagal untuk LI ni..they just want to hear you experiences only. Believe yourself.
Macam mana pun, dalam aku punyer takut tahap pucat time last day practical ladang. Sebab time tulah kena present dan aku punyer slide tak 100% siap lagi. Boleh pula boss aku ajak aku jalan2 pergi masuk ladang. Aku tak fikir apa terus ikut je tinggalkan semua kerja tu kat office dan keluar cari ketenangan diri. Akhirnya rasa takut aku tu hilang sikit sebab happy pula bila berjalan naik kereta hullax besar tu. Memang maju ke depan!


Dah la aku pakai pakaian yang tak sesuai langsung. Baju sponsor untuk presentation tapi pi masuk ladang pula. Nasib pakai kasut sukan..hahaha

Dan berakhir lah sudah aku punyer sesi lari kan diri kejap sebab lectural aku dah call kata dia tak jumpa mana tempat praktikal aku. Sebab tempat tu tempat baru dan tak masuk dalam GPS atau Google Map lagi. Bila aku balik office terus dorang pun sampai juga kat sana... Buka laptop, pasang dekat slide mesyuarat yang sejuk  dan besar tu. Aku bentangkan mana yang mampu je sambil 2 orang pensyarah aku komen yang  dia nak aku ringkas semua benda sebab time tu meamng dah lebih dari pukul 5 petang. Orang semua nak balik kerja.

Pengajaran untuk aku juga supaya kita kena kenal siapa lectural yang datang dan gunakan panggilan 'miss' atau' madam'. Jangan ikut aku angkara dah lama sangat asyik ber 'encik' 'puan' dalam tu selama sebulan lebih. aku terpanggil puan dekat madam2 aku tu. Huhu. Maafkan saya madam. Dan terima kasih sebab sudi datang dan tunggu saya dari jauh, saya benar-benar hargai pengorbanan madam terhadap masa yang diperuntukkan ke sini. Sekali lagi terima kasih banyak2 sebab sudi menjadi juri bagi pemarkahan saya yang akhirnya terlah tamat. (rasa gembira.)

Kenapa aku gembira bila dah habis ni...

Aku gembira sebab aku tak payah present kat kolej lagi macam orang lain Sebab siapa yang blom present, lectural tak sempat datang kat tempat dia. dorang semua nnti akan dikumpulkan kat universiti dan present ramai-ramai kat depan semua orang.  In English okey. Syukurlah aku dah lepas.

Jadi inilah kenangan aku waktu praktikal semeter 4 dengan RISDA PLANTATION. Terima kasih sebab terima aku sebagai pelajar praktikal di situ walaupun sekejap je. Aku still simpan lagi hadiah yang mereka bagi dalam memori aku. Contohnya macam coklat forero resheee & NIPS hari jadi aku dan jamuan kecik2 gitu, aku sebenarnya dah makan habis..haha. Dan aku masih simpan hadiah dari boss aku yang baranya dirahsiakan di sini. Dan yang ada logo2 risda kat botol air dan  notebook. Benda tu memang betul-betul membanggakan.  

Terima kasih terhadap semua staff yang membantukan aku bermula dari bahagian akak cleaner, admin, kewangan dan ladang. Aku punya ucapan sebenarnya panjang lagi kalau nak dengar kena sediakan popcorn. Ada banyak benda aku belajar dari dorang ni....

akak cleaner
Bersih betul akak tu jaga pejabat, sampai tak ada satu habuk pun dalam tu. Menyapu, mengelap, mengemop, membasuh.  Tapi sayang aku terlupa nak tanya nama akak tu apa sebab aku asyik panggil dia 'akak' je. Terima kasih kak! sebab cerita pasal itu dan ini yang bagi aku memang tak dapat beli kat mana2.. pasal pusat hemodialis dan semuanya (sebab akak tu pun kerja situ juga). Ada pesakit yang jujur mengatakan yang antara sebab dorang kena sakit buah pinggang walhal usia sebaya aku je. muda2 gitu. sebab dia guna produk nak cepat kurus. yg ala2 shake2 tu. pastu yang nak cepat putih, nak cepat kenyang mcam makanan instant noodle, benda2 keropok, gula, dan paling seram yang guna jamu sebarangan pun boleh kena tanpa belas kasihan. Aku cuma mampu menumpang telinga smbil dalam hati minta dijauhkan.

Okey rasanya itu lah kot untuk entri aku kali ni moga korang yang nak praktikal ni teruskan bersemangat. sebab bukan setakat kita datang situ sia-sia je. Bukan. tapi kita datang sana untuk cari apa lagi yang kita tak tahu pasal kehidupan kat dunia ni. Tunjukkan yang kita budak ladang ni boleh buat. Tak kira lah pelajar perempuan atau lelaki. Korang tanya je apa yang tak tahu  kat majikan tu. Biar lah dorang dorang anggap kita tak tahu dah memang kita datang dari 'zero' pon. InsyaALLAH saya doakan apabila kita keluar nanti kita lah 'hero' tu yang boleh ajarkan ilmu tu kat orang lain pula.

Ilmu yang bermanfaat adalah apabila kita memahaminya, mengamalkannya dan menyebarkannya (ajar)  kepada orang lain. Moga kamulah salah seorang yang dimaksudkan tu.

GOOD LUCK!

Sekian.

Tuesday 27 August 2019

Aku tak dapat kolej sebab DAH DEGREE

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar korang yang tengah baca ni, sihat? Aku alhamdulillah sihat hari ni, lepas dah 1 bulan setengah aku seenak-enaknya bercuti Semester di rumah. Yelah bila dah balik ke 'kubu' aku yang ada empukan-empukan bahagia dan selamat dengan segala benda yang jadi kegemaran. Serius aku tak rasa nak keluar rumah langsung..haha. Tapi keluar juga lah menikmati keindahan dunia ni.. mana boleh mereputkan diri je keje..amboi3.

Jadi memandangkan aku ada 4 lagi hari berbaki sebelum balik ke kolej, aku rasa puas hati betul berehat dari segala kerja. Tajuk yang kolej tu.. aku actually tak dapat kolej lagi dan sedang dalam proses rayuan. InsyaALLAH, dapat ke atau tak dapat ke. Aku percaya ALLAH ada rancangan yang lain dan itu keputusan yang terbaik untuk aku. Tak pelah bagi budak-budakyang tinggal jauh dan diploma duduk situ sebab dorang still lagi perlukan masa untuk survive kat  universiti. (Dulukan hang dah lama duduk kolej masa dip..udah2 lah keluar kamu mencari erti kehidupan sebenar)

Sebagai seorang senior ni memang aku tersedar beberapa banyak perkara dalam hal ni...maka wujudlah beberapa persoalan dalam diri aku.

1)  Macam mana rasanya hidup sorang-sorang kat luar eh? Tanpa roomate.
2) Aku tak reti drive kereta dan apatah lagi parking?
3) Bangun awal pagi dan stop janji melayu?
4) Mahalnya sewa rumah sampai kering duit poket?
5) Jatuh miskin lepas di halau dari tempat 'orang-orang terpilih' macam dekan-dekan yang lain?
6) Belajar tuk hargai rasa senang dan sabar dengan rasa susah?
7)  Dulu hidup aku huru hara sebab tak ada calender planner?
8) Minta group assignement buat meeting awal sikit jangan malam2?
9) Tak berebut basuh baju tapi kena guna mesin basuh jenama LAMA?
10) Pagar diri lebih penting dari pagar rumah?

Cukup 10 benda yang aku rasa mcam tak lama lagi akan terjawab.... sebenarnya aku agak teruja nak lalui semua benda ni walaupun kadang-kandang aku akui aku rasa macam kureng yakin sikit tapi kalau tak mula dari sekarang bila lagi nak merasa ye dok?

By the way, sesiapa yang kena duduk luar dari kolej dan dapat rumah sewa secara personal ke atau ramai-ramai ke. Korang jangan putus asa, sebab mana-mana tempat yang kita pergi pun mesti akan kena macam ni sama ada kita yang terpaksa atau dipaksa. Siapa tahu dekat luar kita lebih dekat dengan tuhan. Nak tunggu duduk kolej yang serba serbi kaya dan mudah dengan katil empuk, loker besar, meja belajar selasa, bilik air hotel, cermin gergasi, rak kasut macam almari, ada aircoway sejuk menyegarkan, wifi free yg malu2 macam hamster, tv astro tapi bateri tak ada, mesin basuh tak bersih dan tangga gunung kinabalu...itu semua pengalaman yang terindah. Untuk diri kita yang dulu.

Sekarang?

Yang sekarang pastinya lebih baik. Sebab aku pun akan sama-sama merasai macam mana dunia luar tu tapi versi pelajar universiti. Walaupun tak semewah yang dulu tapi cukup lah ada tempat untuk berteduh dari panas dan hujan. Berjihad dalam laluan yang sukar untuk mereka yang biasa hidup senang. Memang satu benda yang baru. 

Pastikan kita guna detik ni dengan perkara yang lebih baik dan lebih bermanfaat.

yang penting stop mengeluh... alrite

Sekian.

p/s: aku baru tahu macam mana nak jadikan link dalam belog ni. KLIK SAYA


Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...