Friday 29 May 2020

Lebihan Assignment


At the end of 2019, Central Bank of Malaysia said that Campur tangan dasar yang signifikan diperlukan untuk memberikan sokongan kepada individu, isi rumah dan perniagaan bagi mengelakkan gangguan yang sepatutnya bersifat sementara menjadi kekal. Sokongan sedemikian bertujuan mengelakkan kegagalan perniagaan secara meluas yang boleh menyebabkan kesan yang lebih berpanjangan kepada ekonomi, biarpun krisis kesihatan ini sudah reda.
Berdasarkan perkara inilah Kerajaan dan Bank telah bertindak balas dengan pantas menerusi gabungan langkah monetari, kewangan dan fiskal. Bagi pihak Kerajaan, dua pakej rangsangan ekonomi yang besar telah diperkenalkan. Inisiatif ini bertujuan menyokong pendapatan isi rumah dan melindungi pekerjaan, khususnya melalui program seperti pemberian tunai Bantuan Prihatin Nasional dan skim subsidi upah bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) untuk mengekalkan pekerja. Bagi komuniti perniagaan, langkah-langkah seperti kemudahan jaminan pinjaman yang khusus, kos utiliti yang lebih rendah dan penangguhan pembayaran cukai pendapatan akan membantu mengurangkan perbelanjaan perniagaan dan meringankan beban aliran tunai PKS dan syarikat korporat yang terjejas.
Beberapa langkah untuk membantu pemegang polisi dan peserta takaful yang terjejas juga disediakan, manakala iTEKAD diperkenalkan sebagai inisiatif kewangan sosial untuk memudahkan akses kepada pembiayaan dalam kalangan usahawan mikro B40.

 Hindarkan mengambil kesempatan perniagaan ke atas kelemahan sistem perlaksanaan pakej rangsangan. Dana bantuan kerajaan adalah terhad. Jika syarikat-syarikat masih boleh bertahan dan mempunyai aliran tunai yang kukuh, maka berilah peluang kepada syarikat-syarikat lain yang lebih memerlukan. Contoh lain adalah pemilik-pemilik rumah sewa, kedai sewa dan tanah sewa perlulah menangguhkan bayaran sewaan (atau berikan kadar diskaun) seperti mana manfaat moratorium yang mereka perolehi.


Save money on shopping
-       ekonomi dapat berjalan buat masa ini. Guna scheme kerajaan bagi.
-       Jangan beli secara panic berpada-pada
-       Blajar untuk membuat jadual duit keluar masuk agar tak miskin
-       Menabung dari sekarang
-       Elak kemiskinan dimasa hadapat, beringat sebelum terkena.
-       Kena buat senarai panjang sebelum keluar rumah untuk membeli
-       Survive keluaga dari covid-19
-       Kita tak boleh bergantung sepeuhnya dengan duit kerjaan dan simopanan semata-mata tanpa buaty apa-apa sebab ianya bakal habis untuk jangka masa yang panjang,
-   Jangan lakukan pembelian panik. Lakukan perbelanjaan seperti kebiasaan dan kurang berbelanja kepada barang bukan bersifat keperluan. Pembelian panik boleh menyebabkan herotan pasaran yang akan memberi impak negatif kepada ekonomi. Bekalan barangan akan kekurangan yang menyebabkan harga cenderung untuk meningkat.(Astro Awani, 31 March 2020)
-       Penilaian semula gelagat perbelanjaan bulanan isirumah. Dalam tempoh PKP ini, isirumah tertumpu kepada perbelanjaan berbentuk keperluan sahaja selain komitmen pembayaran hutang bulanan. Kemungkinan bebanan kewangan isirumah sebelum ini dipengaruhi sebahagian besarnya oleh perbelanjaan kepada bukan keperluan yang terarah kepada gaya hidup. Sepatutnya tempoh pasca PKP akan lebih mendidik isirumah lebih rasional di dalam berbelanja.


Tuesday 26 May 2020

Sini bukan tempat kita

Pernah tak kamu hilang kawan?
Yang dulunya paling rapat, paling setia,paling banyak aktiviti sama², semua n segala bendaaaa tak tinggal dan tak lupa.. last-last hari ini dan saat inilah dia yang paling senyap dalam dunia ni,
Tiada kata² macam dulu,
Kita dilupai,
Anggap kita bukan siapa²,
Ketahuilah dia bukan teman kita,
Sebab dunia ni bukan tempat kita.

Pernah tak kamu putus cinta?
Yang dulu saling suka, anggap dialah jodoh ku,dialah insan yang terakhir, banyak kali janjiii macam², saling berlove², hari² kata miss,
Kemudian harini dia lah yg pergi dulu,
Jumpa pengganti yang lain,
Yang konon lebih baik,
Sakit bukan?
Bila dah mungkir janji, lupa segala²nyaa, dasar pengkhianat!
Ketahuilah dia bukan jodoh kita,
Sebab dunia ini bukan untuk kita.

Pernah tak kamu yang minta putus daripada seseorang,
Atas alasan tertentu,
Mungkin kerana ingin berubah,
Daripada dosa ikhtilat (pergaulan antara lelaki dan perempuan),
Tidak mahu lagi memilih jalan couple untuk mencari jodoh,
Jalan syaitan yang sangat licik namun berjaya ditepis dengan hati yang memiliki iman,
Ingin menjadi lebih baik,
Tetapi diri kamu difitnah,
Orang kata kamu 'trash, sampahhh, tak gunaaa lagi kamu hidup',
Ya itulah kata² dari mereka yang tidak bertuhan,
Kad pengenalan tulis islam, tapi tak amalkan ajaran islam,
Tak cari pun gaya hidup agama kita ni macam mana,
Amik separuh² tapi sibuk nak jaga jodoh orang,
sampaikan,
Berani mencela insan yang lain walhal mereka tidak tahu apa yang kamu tahu,
Mereka tidak berada ditempat kamu,
Seakan² kamu la yang paling teruk,
Sakit hati bukan?
Tapi biarlah, mereka boleh kata apa sahaja yang mereka nak,
Buatlah apa sahaja mereka mahukan hingga puas, 
Yang penting diri ini tenang dari pada perkara menyesakkan otak dan hati,
Ketahuilah, percaya dengan diri sendiri, tetapkan pendirian,
Sebab dunia ini bukan tempat kita.

Pernah tak kamu gagal dalam kehidupan,
Samaada sebagai pekerja,pelajar atau anak²,
Terasa macam kita jatuh tersungkur sampai tak de siapa yang sudi berpaut,
Tapi tengok sekarang ini,
Kamu sedang berdiri,
Dan siapakah gerangan yang mendirikan kamu itu?
Tak lain tak bukan Allah,
Dia yang hulurkan segala² dari awal
Dari semua ujian yang kita rasa ini,
Ketahuilah, jika kamu rasa keseorangan kini,
Itulah perasaan yang tepat untuk kita rasa
Sebab nnti kita akan keseorangan dalam alam kubur,
Mmg tak de siapa yang ikut,
Nak harapkan mereka yang suka kita,
Yang benci kita,
Atau yang pura² dengan kita,
Tiada,
Hanya kita yang tinggal waktu tu,
Ketahuilah dunia ini jika kita masih fikirkan² kan, tak kan pernah habis,
Ada sahaja yang kita nak,
Ada je yg kita nak betulkan,
Tapi sebenranya apa yang berlaku itu dah betullah,
Tiada apa yang hari ini berlaku itu salah,
Allah sebaik² perancang,
Sebab dunia ini bukan untuk kita.

Kamu rasa tak adil,
Ya,dunia ni bnyk benda yang tak adil
Kadang tak dapat itu dan ini,
Bukan sebab kita tak layak
Tapi,
Sbb sini mmg bukan tempat kita.

Tempat kita yang kekal kat akhirat nnti.

"Dunia ini makin dikejar,makin lelah, penat tapi kejarlah akhirat nescaya dunia yang akan mengejar mu"

Sesuatu yang kita tak nampak tapi kita percaya kewujudan dia,

AKHIRAT 

Kita punya penat berbayar kat sana..........InsyaAllah.

Terhadap semua masalah yang kamu ada sekarang, dengarlah kata² ini,

"Jadilah baik walaupun dunia ini begitu kejam dengan kita,sebab hanya dengan menjadi baik, kita tak kan terkesan langsung dengan masalah, mula² memang rasa pelik,tak biasa tapi cubalah,lama² kita akan terbiasa, sbb tujuan kita bukan untuk minta dibalas oleh insan tetapi cukuplah Allah bagiku,yang menilai semua ini dari dalam hidup ku"

-sekian-

Sunday 17 May 2020

"Aku nak buktikan diri aku tak B_D_H"

Kata seorang insan yang tidak diberi nama. Mungkin agak kesat satu perkataan itu bagi kita, tapi ada benarnya dari kata-kata dia. Untuk meningkatkan kebolehan diri

Warkah (hanya yang terpilih)

Andai ini hari terakhirku, di atas dunia
Aku ingin memohon kemaafan diatas salah dan silap,
Maafkan aku sebab aku bukanlah kawan yang baik,
Maafkan aku ya allah, aku lalai,
Maaf jika ada janji yang tidak sempat aku tunaikan,
Sesama muslim atau kehendak diriku,
Syukran diatas pertemuan dan perpisahan yang baik,
Jasadku sudah terpisah dari rohku, 
Diriku hanyalah mimpi,
Jangan lupa doakan aku al-fatihah ye,
Aku ingin kamu tahu,
Sebelum saat ini tiba,
Tidak tersisa sedikit pun,
Aku dah maafkan segala²nya,
Aku mengenalimu kerana Allah
Temanku, 
Moga hidupmu kian lebih baik dari dulu,
Aku ingin kamu tahu bahawa hargai peluang ini,
Sebuah kehidupan yang tidak dapat diundur,
Buat yang terbaik,
Kejar cinta Allah no. 1,
Ingat pesan Rasulullah,
Jangab pernah malu mempamerkan imej islam yang sebenar,
Dari sekecil² perkara hinggalah sebesar² perkara,
Masukkan dirimu secara keseluruhan,
Ramaikan bilangannya, 
Mungkin kamu lah icon sepanjang zaman
InsyaAllah,
Termasuklah yg membaca entry aku ni
Doakan ye

-Fiqie-

Saturday 9 May 2020

Kesibukan

Aku rasa macam terlalu sibuk dengan dunia,
Buka whatsapp, scroll baca satu² group, tiap² status, balas mesej semua,
Pastu dah habis sambung pula tengok ig,
Scroll lagi tengok tiap² followed yg baru update, 
Buka itu ini share like update lagi kat story,
Dah bosan buka pula youtube,
Layan lagi youtuber, music dan subsribes like,
Comment,
Pastu smbung tengok tv,
Try masak macam² ikut resepi tapi tak kebanyakannya tak jadi,
Membazir buang,
Jadi pun tak siapa yang sudi makan
Huuu,
Pastu baru sedar kerja banyak tak siap lagi,
Malam baru nak buat, dengan rasa mengatuk,
Last² tak jadi buat terus masuk tidur,
Sungguh banyak kelalaian yang dibuat oleh tangan ini, 
Kadang tu rasa macam aku disibukkan dengan semua benda ni,
Semua ni kadang ada macam² perasaan gembira, sedih, sakit hati, marah, benci, iri hati,
Semuanya membunuh jiwa dan emosi,
Apa yang dah terjadi pada diri ini yang sepatutnya dihabiskan untuk menuntut ilmu,
Mengguna nikmat masa kesenangan ini untuk Dia  tetapi masih lagi gagal untuk berbakti,
Malu nak cakap,
Tapi itulah yang terjadi, tak kira la bulan ramadhan ataupun tak,
Nafsu diri takkan pernah mati sepanjang hidup ni,
Semua yang kita rasa sebenrnya adalah mainan otak kita...
Kita yang memilih untuk bergerak seperti itu,
Terdetik dihati rasa risau bila tiba saatnya nnti,
Aku pun akan mati dan meninggal semua gelutan ini,
Tentu perjalanannya sangat panjang,
Seorang diri melalui alam abadi,
Nasib masih dirahsiakan,
Aku takut sekiranya persoalan didunia ini tak mampu aku jawab di akhirat,
Apa yang aku tinggalkan untuk umat,
Apa usaha aku untuk mencapai cinta Allah
Tak mungkin aku nak jawab 'Tiada'
Tapi perbuatan aku macam menjerumus kepada tidak buat apa²,
Ya Allah ampun kan segala dosa ku ya Allah,
Selamatkamlah kami semua dari azab api neraka mu,
Kadang aku turut sama rasa ramai yang membenci aku,
Ramai tak suka siapa aku,
Tapi sepanjang aku hidup aku pelajari banyak perkara,
Kepada yang membenci aku, biarlah mereka buat suka hati mereka,
Aku tak mampu mengubah perspektif itu,
Yang boleh mengubah hati seseorang itu hanyalah Allah,
Teruskan menunjukkan kebaikan sepanjang ranjau kehidupan ini,
Mungkin ramai yang menyampah bila aku selalu bercerita tentang islam,
Tentang apa yang aku jumpa dalam Al- Quran,
Tentang apa yang aku dengar dari pelbagai pembelajaran dari ustaz dan ustazah,
Tentang apa yang aku dapat dalam buku-buku hasil penulisam pendakwah,
Tak ape,aku terima semuanya,
Semoga yang berkesempatan mendengarnya juga dapat memahaminya melebihi diri ku sendiri,
Aku rasa sangat cemburu melihat mereka yang ada peluang seperti ini,
Biar pun ianya menyentap sanubari,
Sekurangnya ada yang sudi memperingatkan tentang Allah kepada kamu,
Kamu sangat bertuah teman ku,
Waktu ku dulu peluang seperti ini sangat tipis,
Mereka yang baik wujud, tapi kehadiran mereka tetap tidak diambil iktibar,
Dengan pelbagai benda yang menghanyutkan mudah sekali membawa diri yang tak kuat iman itu lemas sekali bersama² dengan maksiat dan kelalaian yang tersembunyi,
Yang kadang kita juga tak tahu dan ragu²,
Sebab utamanya kita tak mencari langsung ilmu agama itu,
Hukum² yang kita baru nak tahu sekarang,
Belum terlambat,
Ramai yang anggap usia muda ni ilmu tak banyak dan tak layak untuk menyampai  perkara macam ni
Salah tanggapan tu,
Cuba fikir balik,takkan semuanya nak serahkan kat alim ulama'
Kalau kita sedar benda tu salah,takkan kita nak biarkan,
Takkan kita sorang je nak lepas diri dari semua tu,
Kasihan saudara kita yang lain,
Sekurangnya kalau bukan satu separuh pun jadilah kesan itu,
Semoga keturunan kita semua menyedari betapa pentingnya agama ini,
Aku rasa bersalah bila tengok benda yang salah tu masih lagi wujud kat sekeliling aku,
Aku tahu dalam usia yang muda ni macam tak layak nak bagi hujah dan komen pasal urusan orang lain,
Tapi selagi aku hidup aku akan cuba untuk menegur ikut kemampuan aku,
Diri ini juga masih melakukan kesalahan, namun aku ingin kita sama² bangun membetulkannya,
Memperbaikinya semula,
Bila kita yang berubah,
Berubah mencari cinta Allah,
Pasti kita akan diuji dengan ujian,
Ujian sahabat, ujian perasaan, ujian kemiskinan, ujian kesibukan
Tak kan ada yang terkecuali
Sedarlah hidup ni bukan tempat untuk main-main.
-sekian-

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...