SIAPA PEGUAM KITA? 👤❓
Peguam apabila kita berada di alam kubur nanti ialah Surah Al-Mulk. Kerana dia berupaya menjadi si pembela, si pemberi hujah dan menyelamatkan insan yang suka membacanya daripada persoalan² yg ditanya oleh para malaikat pada malam pertama kita di barzakh. Ketika kita ditinggalkan sendirian, moga dengan surah yang mengandungi 30 ayat ini, dapat kita lakukan bersama². Banyak pahala ketika memegang kitab Al-Quran, membacanya, mendengarinya, dan meneliti terjemahannya. Besar lagi pahala bagi kita yang berusaha mempelajari kata-kata Allah. Lumrah sedang kita belajar pasti ada kesilapan dan kesalahan dalam tatacara bacaan. Bila salah kita ulang balik bacaan tadi supaya ia menjadi betul semula. Jadikan ia bacaan tiap² malam sebelum tidur. Kata² cinta Allah yg kita rindui, jangan pernah abaikan surah ini sebab dia tak abaikan kita kat sana. InsyaAllah.
Tips amalan:
1) Baca lepas solat maghrib ATAU
Eg. 8.00 pm- 8.15 pm
2) Baca lepas solat isyak
Eg. 9.00 pm- 9.15pm
3) Sebelum kita tidur dan melelapkan mata.
Daripada Ibnu 'Abbas r.anhuma berkata.
Sekumpulan sahabat Nabi s.a.w telah mendirikan khemah di atas kubur dan mereka tidak mengetahui bahawa di situ terdapat sebuah kubur. Lalu mereka mendengar ada seseorang (daripada kubur)membaca surah Al-Mulk (Tabarakal lazi Biyadihil Mulk) sehingga tamat.
Kemudian mereka (Sahabat) datang kepada Nabi s.a.w seraya berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya aku telah mendirikan khemah diatas kubur yang aku tidak mengetahui akannya dan aku mendengar di dalamnya seseorang membaca surah al-Mulk sehingga tamat".
Maka Rasulullah s.a.w berkata:
"Ia (surah al-Mulk) adalah penghalang, penyelamat daripada azab kubur".
(Riwayat at-Tirmizi)
No comments:
Post a Comment