Friday 31 July 2020

Jangan buat kerana ingin dilihat

Jangan pernah mengharapkan seseorang memandang kita sebagai yang terbaik kerana pasti ada orang yang lebih baik daripada kita, tidak mengapa andai tiada walau seorang pun tahu kelebihan kita,
Sebab mungkin Allah nak jaga diri kita daripada rasa riak , bangga dgn pujian melangit tapi kurang bersyukur,
Sebaliknya kita perlu ingat kembali,
Harapan dan tujuan kita hidup,
Harapkan lah pandangan Allah dalam niat hati kita,
Walaupun sering kali tersasar dan melencong ke tempat lain,
Sering berbolak balik dan tidak menentu,
Katakan lah pada jiwa kita dengan lembut dan sabar "Ya Allah pandanglah aku dengan pandangan cahaya rahmat-Mu" 
"Ingin ku menggapaikan redha Mu di sini ketika aku masih lagi diberikan kehidupan di atas dunia"
"Aku ingin menjadi insan yang berguna yang boleh berkongsi ilmu kepada masyarakat"
"Kerana rehatku adalah apabila ku kembali"
Dan Allah lebih tahu dan nampak segala-galanya yang berlaku ke atas diri kita,
Setiap apa yg kita lakukan termasuklah yg sedang menaip ayat ini,
Allah tahu,
Inilah caranya untuk elakkan daripada sikap berputus asa dalam diri kita ketika ingin melakukan sesuatu perkara. 
Buat kerana Allah,
Apa sahaja yang Allah suka.. melalui adab dan akhlak daripada para Rasulullah s.a.w kita contohi,
Bukan untuk dipertonjolkan tapi cukuplah ianya menjadi rahsia,
Alangkah indahnya suatu kebaikan itu terserlah tanpa perlu kita katakan..hanya dengan tauladan membuatkan ia menjadi ikutan sepanjang zaman,
Begitu lah hakikat kehidupan dalam menjaga sekeping hati yg diamanahkan.

-sekian-


No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...