Wednesday 22 July 2020

Disebalik Final exam........

Bismillahirrahmannirahim..

Disebalik final exam.....ada keutamaan yang mesti diutamakan dulu. Walaupun sekarang ramai betul sahabat yang buat perniagaan online dengan jayanya, memang terikut nak mencuba tapi tetap kena 'ukur baju dibadan sendiri'.

"MAMPU KE AKU MEMULAKANNYA SEKARANG?" 

Ikutkan sekarang aku memang belum habis lagi final exam secara online ni. Bulan 8 baru habis dan terus cuti semester. Jadi kita simpan dulu hasrat nak berniaga dan fokuskan pada hal² yg lebih dekat dan boleh dicapai dengan langkah kaki ku ini..hehe.

Baik apa ingin aku ceritakan hari ini adalah tentang disebalik "Final exam vs PKP" Sepanjang tempoh PKP ni. Masih lagi menjaga diri, jarak sosial,sop,dan jarang sangat² keluar rumah. Kalau rasa nak beli benda penting je baru keluar dan nak lepaskan perasaan melihat keindahan pemandangan semulajadi alam yang Allah dah cipta untuk kita semua duduk, renung dan fikir²kan tentang kejadiaanya.

Dan jugaaaaaa..

Alhamdulillah, ini adalah peluang untuk aku cuba macam² jenis platform untuk belajar dan mengasah bakat terpendam. Dah nama pun duduk rumah macam² lah idea yang membuak dapat kita lakukan..ye dokk?

Yang paling aku suka time PKP ni, boleh tengok video online secara LIVE dari para pendakwah tersohor di Malaysia.. seriuss best.. memang ni kelebihan dan rezeki paling besar bagi aku bila seorang pelajar dan semua masyarakat berpeluang untuk duduk dan dengar majlis ilmu. Seronoknya dapat join sekali tanpa pergi ketempatnyaa..tak de susah² nak parking kereta,xperlu nak gaduh² tempat duduk, x clash dgn masa kita pergi kelas, boleh share dengan keluarga dan boleh dengar ulang² kali. Sambil belajar pum boleh pasang earphone dengar untuk bagi semangatbelajar. 1 jam tu pun rasa bahagia bila dapat pencerahan dari para alim ulamak, tuan guru,ustaz, ustazah. mudahnya bila ada platform internet,apps dan smatform bila dakwah dismpaikan dengan cara yg begitu sekali mengikut peredaran masa dan zaman kini. 

Alhamdulillah subahannallah,Allah yang memudahkan semua ini untuk kita hari ni.

Antara platform yg selalunya boleh kita jenguk² dan hadirkan diri adalah facebook dan youtube. Kadang² kat instagram pun ada. Tapi sbb dah uninstall instagram, jadi kita pun tengok lah 2 tu je. 

Nama kalau nak cari macam kat bawah ini:-

FACEBOOK & YOUTUBE
1) Sheikh Muhd Zainul Asri
2) Qalbun Salim
3) Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias
4) Saifullah Afandi
5) Ustazah Asma Harun Fans Club
6) Ustazah Norhafizah Musa
7) HijabAlila
8) Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
9) Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
10)Tarbiah Sentap

Cukuplah 10 ni yang tops dan rugi kalau tak follow, like dan subscibes. Moh ler kita bersama² berada dalam taman² syurga ini.  Ada banyak lagi sebenrnya kalau nak ditulis kamkat sini....boleh try cari lagi. 

"Bukan kerana orangnya tapi kerana apa ilmu yang ingin disampaikan" 

SEBAGAI SATU TEGURAN YANG BAIK

Pembawakan topik dan kaedah penyampaian mereka sangat menyeronokkan dan tak mengantuk langsung untuk dengar. Makin lama denggar baru sedar yg rupanya² banyak lagi yg aku tak tahu..

Terdetik kat hati...."Apa yg aku belajar masa kat sekolah dulu tak cukup lagi rupanya"

Aku hamba yg pelupa dan banyak kali melakukan kesilapan diri..maksiat..dan taubat yg tertunda.

Semoga yg sudi membaca hasil penulisan ini, dapat melakukan amalan yang lebih baik daripada diri aku sendiri. Dapat ilmu,amal dan sebarkan kepada yg laim lebig² lagi ahli keluarga kita  sendiri. InsyaAllah.

Ada satu benda yang aku sedar, kita sebagai penuntut ilmu yang masih belajar di sekolah,universiti, bekerja ataupun dirumah pun, kita adalah masyarakat islam yang saling berukhuwah.. penting untuk titik beratkan nilai Tarbiah. Tarbiah ni maksudnya amalan harian yg kita kena buat. Ilmu kita dah peroleh dari para guru,  pensyarah, malahan ibu bapa kita sendiri.. jadi inilah masanya untuk kita amalkan.. bersama² adab dan akhlak yang kita perbaiki dari hari ke hari hinggalah kita dipanggilan menyambut jemputan ilahi. Penting untuk kita menghormati para alim ulama'..ulama' itu pewaris para nabi. walaupun mereka jauh nun disana. Namun ilmu itu berjaya mendekati sekeping hati. 

Kadang sukar untuk kita fahami satu² perkara, sbb pengetahuan seseorang bergantung kepada apa yg kita pernah lalui. Tapi pengalaman dan penantian sahaja tidak cukup. Kena tambah lagi satu metode iaitu banyakkan membaca dan mendengar, perhatikan apa yg mereka ingin sampaikan. InsyaAllah satu hari nnti kita akan suka dengar dan belajar tentang Islam. Usaha ini sangat² berharga dan pahalanya pasti berganda². 

Akhir sekali, terima kasih  kepada para pendakwah kerana sudi menyampaikan risalah Nabi dan mengulang-ulangkan peringatan, kebesaran Allah, dan muhasabah diri. Banyak kisah dalam kehidupan tahun kita ni ada pemgajaran yang boleh diambil dari zaman Nabi lagi. Jika diizinkan untuk berjumpa.. harappp dapat kesempatan untuk berjumpa sekali dalam seumur hidup. Minta tolong agar mendoakan saya dan kami semua disini...semakin kuat memperbaiki akhlak dan kefahaman beragama.

Rupanya kita adalah umat yang tak pernah ketinggalan, walaupun zaman kian berubah tapi kita tetap agama yg terbaik dari segala sudut dan aspek. Baik dari segi permasalahan dan juga pembaikan agar kita dapat merasai sekali bagaimanakah rasanya mencintai Allah dan Rasul? Pasti kita sangat merindui mereka..

Semoga kejayaan dunia dan akhirat itu kita gapai dengan izin-Nya.

~Hargai perjuangan mereka sahabatku~

No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...