Pelbagai perasaan yang timbul sepanjang kita hidup pada alaf ini.. terasa seperti orang sekeliling memiliki kehidupan yang lebih indah dan megah ditemani dengan pelbgai macam aktiviti, cara dan kegembiraan.
Tanpa sedar diri lupa untuk berasa bersyukur kepada Allah yang memberi nikmat ini..
Nikmat dia adalah sekian sekian sekian...
Nikmat kita?
Nikmat kita adalah masih lagi dapat hidup hari ni.. dapat berfikir dan muhasabah diri tentang 'diri aku'..
Susah untuk bagitau diri bahawa jangan pernah tertipu dengan apa sahaja yang kita pernah lihat,
Hidup kita yg sebenarnya...
Apa yg aku nmpak tu semua hnya bayangan semata², cnntohnya aku yg tengah monolog..
Apa yg aku guna untuk smpaikan ayat ini pun akan hilang juga dan akhirnya bakal pergi tinggalkan diri ku seorang,
Ye tinggalnya aku seorang..
Yg tersedar bahawa ini semua hnylah pinjaman.
Lidah & Hati yang petah berkata²
Bicara ku sepanjang ku hidup, Ya allah maafkan aku..aku mohon maaf andai ada perkara baik yg aku katakan namun rupanya² aku sendiri gagal untuk melakukannya.
Andai ada yg masih lagi membaca hasil penulisan aku hari ini, pasti dia la yg Allah gerakkan hati untuk membuka blog aku. Dan Allah lebih nmpk kebaikan² nya berbanding orang lain.. dalam diam kuat dalam menghadapi ujian² dan cubaan hidup. Insan yang terpilih yang aku cemburui. Aku mohon doakan aku selalu dalam 2 perkara ini.. tolong.."doakan aku agar Allah ampunkan diatas segala dosa² yang pernah aku buat. Dan yang terakhir moga dengan mengharapkan keredhaan Allah sahaja aku tak diazab dengan seksaan disebabkan perbuatan aku dan dimasukkan kedalam syurga tanpa perlu dihisab dengan soalan² yg tak mampu aku jawab. Dan syurga itu menjadi destinasi terakhir untuk aku yang kekal selamanya walaupun setelah aku dibangkitkan semula di alam mahsyar nnti"
Sedekah kan juga aku dengan AlFatihah & Yassin..
Semoga doa ini juga menjadi milik kamu juga. Seperti pantulan cermin disebalik cahaya lampu yg kita suluh.. pasti arahnya juga diberikan kepada kita.
Dan yang paling terakhir,apa sahaja kebaikan yang kamu nampak melalui mata hati kamu didalam blog ini. ikutlah ia mengikut kemampuan. Dan andai tak memberatkan kamu. Aku harap ayat² yang baik itu dikongsi dan disharekan pada masyarakat yg lain. Moga kita semua memperoleh ilmu dan kebaikan yang sama.
Sedekah jariah itu bukan cuma duit yng kita derma, tapi juga ilmu dan kebaikan contoh tauladan yang menjadi ikutan dan bimbingan semua.
Seorang hamba Allah
-sekian-
No comments:
Post a Comment