Tuesday 25 August 2020

Kita semua sedang bermusafir

Ibnu Umar mengajarkan bahawa apabila Rasulullah SAW telsh berada di atas kenderaan hendak bermusafir, baginda bertakbir sebanyak 3 kali. Kemudian baginda berdoa,"Maha Suci (Allah) yang telah menundukkan semua ini bagi kami,padahal kami sebelum ini tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami aian kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebaikan dan ketakwaan serta perbuatan yang Engkau redhai dalam perjalanan ini. Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami ini, dan dekatlah bagi kami. Ya Allah, Engkaulah pendampingku dalam bermusafir dan yang menguruskan keluarga yang aku tinggalkan. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kelelahan dalam bermusafir, pemandangan yang menyedihkan dan kepulangan yan buruk dalam harta dan keluarga." Jika baginda kembali daripada perjalanan, Baginda membaca kembali doa tersebut,serta menambah doa dalamnya, "Kami kembali dengan bertaubat, tetap beribadah dan selalu memiji Tuhan kami." 

(Hadis Riwayat Muslim,Sahih Muslim,Juz 2 No. Hadis 1342, 1412H/1991 ) M:978)

No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...