Darjat dan tawakal mestilah difahami oleh seseorang muslim agar tidak dianggap remeh. Darjat yabg pertama adalah hati yang menghadap kepada Allah secara berterusan kerana dia mengetahui bahawa Allah berkuasa ke atas segala sesuatu. Yang kedua adalah anggota badan yang menghadap dan mengusahakan penyebab, kerana Allah SWT telah menetapkan suatu hikmag terhadap segala akibat daripada sesuatu. Yang ketiga adalah berserahnya seorang muslim dan redhanya terhadap hasil-hasil yang ditetapkan untuknnya. Dia tidak menyerah sebelum berusaha kerana hal itu menyebabkan tawakalnya tidak diterima. Seorang hamba perlulah mempunyai keyakinan yang baik, indah di dalam kesabaran,dan memahami hakikat redhavsehingga hatinya menjadi tenang ketika ditimpa pelbagai kejadian dan bencana. Demikian juga jiwa menjadi tenang di dalam memahami hikmah ujian kerana mereka meyakini bahawa hanya Allah yang mengaturkan segenap makhluk sebagaimana yang Dia kehendaki.
Daripada Abu Bakrah r.a, bahawanya Rasulullah SAW berdoa ketika ditimpa bencana,
Ya Allah, hanya rahmat-Mu yang aku harapkan, janganlah Engkau sandarkan aku kepada diriku sendiri walaupun hanya sekelip mata, perbaiki seluruh urusanku, tiada tuhan kecuali Engkau.
(Sahih Jami: 3388)
No comments:
Post a Comment