Saturday 24 October 2020

Balasan Melanggar Perjanjian Allah

Allah SWT menjelaskan bahawa sesungguhnya orang-orang yang menukarkan apa yang mereka janjikan kepada Allah, iaitu hendak mengikuti Muhammad SAW, menerangkan sifatnya dan menjelaskan ajarannya kepada orang ramai, serta menukar sumpah-sumpah mereka yang dusta dengan harga yang sedikit dan rendah (.....Allah tidak akan menyapa mereka, tidak akan memperhatikan mereka pada hari Kiamat..) iaitu Allah tidak akan mengajak berbicara kepada mereka dengan perkataan yang lembut dan tidak akan memandang mereka dengan pandangan kasih sayang. (...dan tidak alan menyucikan mereka...) daripada dosa-dosa tetapi Allah akan memerintahkan agar mereka dicampakkan ke dalam neraka. (..Bagi mereka azab yang pedih.) 

Daripada Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda, "Ada tiga golongan yang Allah tidak akan berbicara, tidak melihat, dan tidak menyucikan mereka dan bagi mereka seksaan yang sangat pedih pada hari kiamat." Abu Dzar berkata, aku bertanya "Wahai Rasulullah, siapakah mereka yang rugi dan sia-sia itu? Abu Dzar mengatakan bahawa, Rasulullah mengulanginya sampai tiga kali, lalu bersabda, "Iaitu orang yang menjulurkankan pakaian kerana sombong, orang yang banyak menawarkan barang dagangan dengan sumpah palsu, dan orang-orang yang mengungkit-ungkit pemberian." (Hadis Riwayat Ahmad). 

Dalam periwatan lain pula diterangkan daripada Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda, "Ada tiga orang yang dicintai oleh Allah dan ada tiga orang yang dibenci oleh Allah. Orang yang dicintai iaitu, seorang lelaki yang berhadapan dengan musuh dalam barisan perang kemudian dia mempersiapkan tubuh badannya sehingfa terbunuh atau membukakan kemenangan untuk para sahabatnnya; suatu kaum yang melakukan perjalanan sehingga mereka merasa ingin menyentuh tanah (tidur kerana mengantuk), kemudian mereka berhenti dan salah seorang daripada mereka memisahkan diri daripada yang lain lalu mendirikan solat sehingga tiba masa membangunkan mereka untuk memulakan perjalanan kembali, dan salah seorang lelaki yang memiliki jiran tetangga yang menyakitinya namun bersabar  diatas perbuatan jiran tetangganya itu sehingga keduanya dipisahkan oleh kematian. Manakala mereka yang dibenci ialah penjual yang banyak menawarkan sumpah palsu, orang fakir yang sombong, dan orang bakhil yang suka menyebut-nyebut pemberiannya." (Hadis Riwayat Ahmad) (Ibnu Kasir, Tafsirul Qur'ani Azimi, Jilid 3,1421 H/2000 M:92-94).

No comments:

Post a Comment

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...