(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, 'Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada orang mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Kejarlah dengan bersungguh-sungguh apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan Allah SWT, dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah. Apabila kamu ditimpa suatu kemalangan, janglahlah kamu mengatakan 'Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu.' Tetapi katakanlah, 'Ini sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya' kerana sesungguhnya ungkapan 'Lau' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan syaitan."
(Hadis Riwayat Muslim)
Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW melarang seseorang mengucapkan perkataan tersebut ketika terjadi sesuatu yang merugikannya dan tidak memberi manfaat kepadanya serta memerintahkan kepadannya melakukan hal-hal yang membawa kepada kejayaan atau keselamatan. Jika hal itu tetap terjadi hendaklah dia mengatakan, "Cukuplah Allah bagiku" kerana jika dia mengatakan, "Cukuplah Allah bagiku" setelah berusaha melakukan kesemua penyebab-penyebabnya (perkara-perkara yang membuatkan sesuatu itu berlaku), dia termasuk orang yang terpuji. Lalu dia pun mendapat manfaat daripada perbuatan dan ucapannya itu. Namun apabila berasa lemah dengan meninggalkan pelbagai penyebabnya dan kemudian dia mengucapkan perkataan itu, tentu dia termasuk orang yang tercela kerana dengan sengaja meninggalkkannya tanpa berusaha terlebih dahulu, sehingga ucapan itu menjadi tidak bermanfaat bagi dirinya.
(Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, Al- Wabilu As-Saybu wa Rafi'ul Kalimi At-Tayyibi, t.t.: 228).
No comments:
Post a Comment