Sunday 28 February 2021

Beza Muet

Construct your sentences in thus form:-

Past Tense = NUMBER of tourism in Cameron Highland for three years

Simple Present Tense = REASON why tourism like Cameron Highland

Atas ni contoh sahaja. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang MUET ataupun EET boleh klik SINI

Saturday 27 February 2021

Jangan seronok sangat

Jangan seronok sangat, 
boleh jadi itu teguran buat diri sendiri,
Yang dah ketahui oleh mereka,
Namun di tutupi dengan sesuatu yang lain.

Faham.

-ada makna-

Friday 26 February 2021

Tawaran

"Kami telah menawarkan amanat kepada langit, bumi dan gunung-ganang, tetapi semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka bimbang tidak mampu melaksanakannya (berat), lalu dipikulllah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya, manusia itu zalim dan sangat bodoh."

"Sehingga Allah akan mengazab orang-orang munafik lelaki dan perempuan, orang-orang musyrik, lelaki dan perempuan, Allah akan menerima taubat orang-orang mukmin lelaki dan perempuan. Dan Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang."

(Surah Al-Ahzab: 72-73)

Itu Jawapannya

Ketika kita dikelilingi oleh orang yang baik,
Sebenarnya Allah yang hantar mereka kepada kita supaya mencontohinya,
Ambillah apa yang baik menjadi bekalan kkta di akhirat kelak,
Contoh yang boleh aku lihat adalah, 
Tutur kata dan budi bicara yang sopan,
Menampakkan betapa tingginya akhlak mereka dan ilmu yang boleh dimanfaatkan,
Mungkin kita cuma lah orang biasa yang pernah melalui pengalaman silam,
Namun kita hidup dizaman hari ini,
Kita adalah diri yang baru,
Rebutlah apa yang baik itu agar ia akan mengubah masa depan kita dengan lebih baik,
Perhatilah dengan siapa kita jadikan teman,
Perhatilah apa yang kita lihat menggunakan mata ini,
Apa yang kita habiskan waktunya dari mula kita bangun subuh hingga lah kita tidur semula,
Jika semuanya kita manfaatkan, 
Maka itulah jawapannya,
Masa hidup ini, pelajari daripada kesilapan,
Maafkan diri dan mulakan penghijrahan,
Perbaharukan niat dan senyum pada diri,
Yakinlah bahawa kita ini ada harapan untuk berjaya,
Menjadi mukmin yang cemerlang,
Menjadi hamba Allah yang sabar dalam ujian,
Menjadi si soleh dan solehah yang boleh mendidik masyarakat dengan ajaran islam yang syumul ,
Menjaga hati daripada masalah yang berlaku hari ini,
Moga kuat dan teruskan mencari kekuatan,
Dihadapan Allah, kita terus mara mencari ilmu akhirat yang bermanfaat.

Dunia kita berpada², akhirat kita berlumba²

Muhasabah.

Saturday 20 February 2021

Jihad dan Sabar

Jihad,
Jangan kita lupa yang 'sabar' itu pun merupakan jihad,
Sabarlah dalam mencari ilmu dikala sedang menuntutnya,
Kita tempuhinya bersama²,
Siapakah 'kita'?
Roh dan jasad yang dipinjamkan oleh Allah buat kita,
Amanah yg tidak semua berpeluang,
Nikmat yang tidak mampu dihitung,
Sedangkan dalam diri kita,
Allah telah membeli jiwa dan harta dalam hidup kita,
Maka laluinya dengan jihad & sabar yang kuat dan teruskan mara kehadapan,
Kerana syurga itu untuk orang² yg sabar dan berjihad di jalan Allah,
Jihad?
Jihad itu bukan hanya menghunuskan pedang dan bersenjata,
Tetapi jihad yg dimaksudkan adalah...
Jihad melawan hawa nafsu sendiri,
Hawa nafasu la yg banyak mengarahkan hati ini kearah keburukan,
Suka melihat kita semakin menjauhi agama Allah dengan sifat² yang lalai.. dan tidak baik,
Mengumpat, melihat perkara yang haram, meninggalkan solat dengan sengaja, malas, sombong, tidak menghormati guru²,ibubapa, riak, menipu, tidak membantu anak², isteri, suami dan banyak lagi,
Tapi satu je kita kena ingat,
Jika hawa nafsu mengingatkan kita tentang keindahan dosa² lalu,
Jangan kita teruskan, 
Pejamkan mata dan cuba melakukan perkara yang lain,
Banyak kan mencari ilmu tentang agama,
Kerana tidak semua benda kita tahu,
Ilmu asas kita perkukuhkan,
Ilmu yang baru diperjalari kita menelaah dan menghadirinya dengan sabar,
Jika ada peluang belajar bersama guru,
Dan lihat sifat² guru itu begitu menenangkan hati,
Melihatnya sahaja membuatkan kita teringatkan akan Allah dan Rasullullah,
Terasa ingin menguatkan ajaran islam dalam diri,
Maka rebutlah peluang itu,
Kerana guru² seperti itu sebenarnya Allah hantar buat kita,
Agar kita dapat mengambil hikmah daripada dia,
Moga dengan sebab kita yang memulakan langkah ini,
Nanti Allah akan bagi balasan pahala yang lebih besar yanh dirahsiakan selama ini,
Masa itulah kita akan rasa betapa beruntungnya dulu masa di dunia kita dapat buat itu dan ini,
Penat kita pasti Allah akan balas,
Nanti juga moga ada amal jariah buat sahabat²kita, anak² dan zuriat keturunan kita,
Dengan izin Allah akan ada generasi yang ingin mencontohi jejak langkah kita,
Yang berusaha mencari Cinta Allah,
Meskipun sikit je kita buat perubahan,
Tapi dengan perubahan yang sedikit itulah ianya akan menjadi satu titik yang tersebar luas,
Berusahalah supaya kita berjaya menggapai akhirat Allah yang lebih baik.

Menuntutlah ilmu dan mempelajari untuk kita amalkan.

Ilmu akhirat.

Sunday 14 February 2021

Percaya atau tidak?

Percaya atau tidak, 
Pernah terfikir tak?
Dalam bising dan penatnya kita bekerja dalam dunia ni,
Sebenarnya kita memang hidup sorang²
walaupun nampak macam kita di kelilingi oleh manusia, keluarga, kawan² dan dengar bunyi,
Sebenarnya apa yang kita buat ni , 
kita bergerak secara kesorangan,
Kita buat semua perkara ni untuk diri kita sendiri,
Cuba bayangkan dalam peti minda dan daripada sudut pandangan hati,
Dalam kita mengejar kebahagiaan,
Kalau kita bagi hadiah, sebenarnya hadiah tu untuk diri kita sendiri,
Kalau kita buat baik, sebenarnya kebaikan itu untuk diri kita sendiri,
Kalau kita tolong orang, sebenarnya kita sedang tolong diri kita sendiri,
Kalau kita sabar, sebarnya kita sedang menabahkan dan kuatkan diri sendiri
Kalau kita bersyukur, sebenrnya rasa kecukupan itu untuk diri kita sendiri,
Hidup, 
Seperti melihat pantulan cermin di sisi,
Jadi amatlah besarnya peluang untuk berbuat baik pada diri sendiri.
Lantas dalam percubaan kita untuk lari daripada keraguan,
Bukan ke buat yang sebaliknya itu tak mendatangkan apa² buat kita?
Cukuplah dengan membalas paku dengan pahat,
Kerugian bukan pilihan.

Kita sebenarnya tak banyak masa di sini,
Mungkin kita rasa hidup terlalu lama,
Tapi hakikatnya ia sekejap sahaja,
Sementara,
Usia yang muda ini, 
Isi lah dengan ilmu yang bermanfaat dan berguna,
Belajar lah perkara yang boleh membantu generasi kita di masa akan datang,
Jika bukan anak dari darah daging kota sendiri, 
Yang terkesan dan merasai pengorbanan itu mungkin adik beradik, saudara mara dan anak buah kita,
Jadi pandangan tentang satu kebaikan yang kecil itu,
Hakikatnya adalah titik permulaan untuk kebaikan yang lebih besar,
Maka teruskanlah melalui hari dan semnagat yang baru,
Perbaiki diri di samping kita sama² melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin.

"Buatlah kerana Allah, bukan kerana manusia"

-yang membaca ini, insan yang terpilih-

Deep

Kerja dekat dunia ni, lambat laun akan habis juga.
Jadi berhentilah sekejap bila penat.
Dunia yang ada noktah.

Niat yang baik yang akan kekal selamanya.

5 Tips Doa Makbul

Tips Doa Makbul
1. Doa dengan mulakan selawat dan tahmid
2. Doa dengan yakin
3. Doa dengan terperinci
4. Doa dengan dakwah
5. Doa untuk orang lain

InsyaAllah, teruskan berdoa yang baik².

Wednesday 10 February 2021

Nak Hadiah?

Bila kita bersangka baik,
Allah akan bagi hadiah buat kita,
Macam manakah rupa dan bentuknya?
Itu semua rahsia Allah dan menurut kebijaksanaannya atas segala nikmat.
Nak berikan kita waktu yang betul²tepat untuk kita terimanya.

Nasihat ini buat diriku dan semua yang membaca agar kita meletakkan kepercayaan kita kepada Dia.

Hari ini dapat hadiah daripada Allah,
Bila ada masa lagi untuk siapkan kerja yang satu tu. Dan dilembutkan hati seorang yang bergelar pejuang bangsa yang mendidik generasi.

Alhamdulillah. 

Doakan supaya cepat siap dengan baik. Amin

Sunday 7 February 2021

Bangga

Tidak mengapa jika kamu tidak dapat membanggakan manusia,
Kerana yang melalui jalan itu adalah diri kamu,
Kamu yang tempuhinya dan bukannya orang lain,
Percayalah sejauh mana pun perjalanan kita yang sedang kita berdiri ini,
Kita yang nampak bahawa kita dah cuba,
Wujudkan rasa bangga terhadap percapaian diri kita, 
Walaupun sekelumit cuma,
Bukan untuk riak tetapi sebagai hadiah buat diri dan tubuh yang dipinjamkan oleh Allah, 
Kejujuran dan perjuangan pasti membawa kemenangan. 

InsyaAllah.

Doakan semua berjaya dunia dan akhirat.

Aku bukanlah sesiapa.

Wednesday 3 February 2021

Kesudahan yang terindah

Sesedih apa pun kita hari ini, 
Sudahilah ia dengan kesudahan yang indah.
Iaitu,
Sebelum tidur.. selesaikan solat isyak, Surah al-mulk, baca 3 Qul, ambil wudhuk.
Dan lelapkan lah mata,
Moga dengan kematian yang sementara ini menjadi rangkaian yang berterusan untuk kematian kita yang kekal selamanya.

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...