Thursday 29 July 2021
Saturday 24 July 2021
Rehat
Friday 23 July 2021
Berlaku Adil Kepada Anak-Anak
Thursday 22 July 2021
Jujur Dalam Sukatan dan Timbangan
Monday 19 July 2021
Peluang pekerjaan bagi pelajar pengurusan ladang
Assalamualaikum w.b.t. kepada para pembaca entri aku kali ini, harap semua dikurniakan kesihatan yang baik. Baiklah sejak akhir-akhir ini ramai yang bertanya tentang soalan dibawah ni,
ADA KE PELUANG PEKERJAAN BAGI PELAJAR PENGURUSAN LADANG???
Silakan jawab.....
Mesti korang nak tahu sangat peluang apa yang ada bila kita terus terima 'lamaran' daripada pihak institusi baru-baru ini. Aku faham perasaan korang lebih-lebih lagi bila first time dapat kos yang baru dengar dalam seumur hidup ni. Bukan ke rasa gembira bila diterima masuk ke universiti? Ini lah langkah pertama kita ke menara gading yang diceritakan tu! (saje nak alihkan perhatian sekejap) Balik pada persoalan tadi, aku cuma jawab berdasarkan kepada situasi semasa sahaja dan kalau ada sebarang penambahbaikan boleh beritahu pada ruangan komen dan maaf ya jika ada kekurangan dari segi penyampaian informasi.
Sebelum tu, aku ucapkan tahniah dan syabas kepada adik-adik yang diterima masuk ke dalam kos perladangan dan dah berjaya mengikuti kos ini dengan baik. Sudah tentu ianya bukanlah semudah ABC (petik jari je terus dapat semuanya..tidak ya), namun pencapaian demi pencapaian yang dilalui itu penuh dengan kesabaran dan kecekalan hati yang tidak pernah padam dalam memperbaiki diri demi membangga ibu dan ayah ataupun penjaga kita sendiri dengan sebuah pengembaraan masa kita iaitu kejayaan dalam menimba ilmu yang berguna. Kalau tanya cabaran hidup dekat korang..mesti semua akan terkenang jauh betapa banyaknya perkara yang kita dah hadapinya selama ini.
Skop pekerjaan dalam kos ladang, bagi pelajar lelaki (siswa) mahupun pelajar perempuan (siswa) selepas sahaja tamat pengajian memang agak berbeza sikit sebab ianya bergantung kepada permintaan industri itu sendiri dan jenis tempat kerja yang kita nak pergi tu. Contohnya kalau tempat kerja kita tu adalah sektor utama bahagian perladangan atau kita panggil tempat tu sebagai "estate", memang terang lagi bersuluh bahawa orang lelaki lebih sesuai untuk menjalankan tugasnya di sana. Bayangkanlah ladang estate ni besar lebih daripada 1 hektar tanahnya. Sudah tentu tenaga pekerjanya memerlukan tenaga yang lebih tinggi iaitu berpihak kepada lelaki. Habis tu perempuan ni sesuai ke kerja ladang???Chill dulu..perkara ini bukan bermaksud satu penindasan (diskriminasi) buat para wanita tetapi lebih kepada menjaga keselamatan diri mereka agar lebih terjaga privasinya dalam proses kita nak bekerja. Dan ini tidak memadamkan peluang yang lagi besar bagi para wanita mahupun lelaki untuk menceburi bidang perladangan ni kerana setakat ni ramai yang telah berjaya menjadi pakar agronomist, penyelidik, pensyarah malahan berjaya menjadi pegawai-pegawai di sektor awam yang levelnya lebih tinggi daripada pekerjaan yang lain. Ini semua hasil kelahiran daripada universiti yang mereka telah pilih dulu. Sebab apa jadi macam tu? Sebab dorang dah pernah ada asas (basic) tentang ladang/ pertanian/landskap masa belajar dulu dan berminat untuk mempelajarinya lagi di alam pekerjaan nanti.
Kalau sekarang ni korang tengah fikir tentang halatuju bidang ini, korang jangan risau. Tak salah sebenarnya untuk mencuba dalam kita menuntut ilmu dan bila cakap tentang perkerjaan ini...
InsyaAllah, ada banyak sebenarnya kerja kosong bahagian perladangan ini. Cuma kita je kena cuba untuk cari dekat platform yang betul. Biasanya sebelum kita habis belajar (pelajar universiti tahun akhir) pihak fakulti akan buat satu program untuk bina haluan kerjaya kita. Contohnya, nak mohon kerja dekat syarikat mana? Cara tulis dan hantar resume? dan Macam mana cara nak menghadapi interview kerja?. Semua itu kita akan sama-sama pelajari dekat sana nanti. Untuk peluang pekerjaan memang sangat besar dalam sektor perladangan walaupun sekarang ini kita menghadapi macam-macam krisis dalam negara atau luar negara. Ilmu tentang ladang ni meluas boleh share kepada orang lain sebab semua orang perlukan produk dari ladang untuk sumber makanan, minuman dan pendapatan sampai bila-bila untuk tampung kehidupan kita.. Hasil-hasil bertahun kita belajar dulu mungkin tak 100% sama macam yang bakal kita tempoh masa alam pekerjaan nanti. Sebabnya secara asasnya teori itu tak pernah sama macam amali.Tapi melalui jalan menuntut ilmu inilah kita dapat cari kebolehan dan potensi diri kita ni macam mana? Maksudnya apa yang kita nak selama ini untuk masa hadapan? Peluang yang macam mana yang kta nak gapai? Kalau Plan A tak jadi, Plan B hingga Z apa yang kita boleh lakarkan yang dapat memberikan manfaat buat semua. Cabaran itu adalah pengalaman yang mendewasakan diri dan ianya ada dimana-mana sahaja. Aku pernah tulis tentang jenis kerja ni dulu, mungkin korang boleh try baca dulu Kepada yang bertanya tentang kerja.
Soalan korang ni mengingatkan aku kepada jawapan pensyarah aku dulu. "Memang ramai yang sambung belajar untuk dapatkan pekerjaan yang lebih baik, tapi itu bukanlah jaminannya sebab matlamat utama kita adalah untuk mengambil tahu tentang ilmu itu sendiri daripada butir muatiara kata yang lebih pakar" "Saya percaya, orang yang berjaya dunia dan akhirat ni (eg. dapat kerja) adalah orang yang jujur masa dia buat sesuatu perkara. Termasuklah sepanjang proses dia belajar, jawab exam tak meniru, selalu datang kelas, dan siapkan tugasan sampai habis walaupun dia tak berapa pandai bahagian itu, seimbangkan belajar dan urusan agama, jaga batas pergaulan, jaga solat, minta doa ibubapa, doakan kawan-kawan berajaya dan sentiasa doa selepas dia usaha dan kemudian tawakal dengan pilihan kita."
Dan betul apa yang diperkatakan itu. Perjalanan hidup kita akan jadi mudah bila kita mulakan dengan cara yang betul dan pengakhiran dia akan jadi lebih baik. Sebabnya habit (sikap) masa belajar ni, percaya atau tidak dia akan terbawa-bawa sekali masa berada dalam alam pekerjaan kita. Contohnya masa belajar ini kita usahakan datang kelas lecturer walaupun penat/sakit, nanti masa kerja pun kita akan jadi mudah untuk hadir ke tempat kerja. Maka kuranglah kita beralasan dan majikan pun mungkin jadikan kita salah seorang pekerja terbaik sebab dorang sukakan sikap/adab kita.
Dapat ke tak dapat kerja itu, adalah rezeki masing-masing. Andai kata rezeki pekerjaan kita satu hari nanti, dalam bidang yang lain, bermaksud peluang kita untuk berjaya lebih cerah sebab boleh belajar banyak perkara yang lain dan tak semua orang dapat rezeki macam itu walaupun kita mula daripada bawah (kosong). Jadi bersyukur lah andai ditawarkan dengan pelbagai bidang yang lain. Apapun sebagai bakal pelajar, tanya dalam diri "Apa lagi ilmu yang kita nak tahu" dan niatkan, "Kita nak belajar kerana Allah", nanti lepas habis diploma korang boleh je nak tukar ke bidang yang lain untuk degree. Contoh bawah Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) ni kita ada pecahan kos degree iaitu 1) Perladangan, 2) Agronomi, 3) Agri-business. 4) Bioteknologi, 5) Horticulture. Kalau korang nak tahu tentang kos ladang ni mungkin boleh buka dalam facebook FPA UiTM ni,ada banyak info online, boleh juga nak join sekali event yang diadakan dalam ini https://www.facebook.com/FPANews/. Selain itu, daripada degree ladang ni boleh tukar ke kos yang kita minat yang lain (dari no.2 hingga no. 5) ikut kepada kriteria yang pihak fakulti tetapkan.
Tapi kalau korang minat dengan kos ni, secara mendalam dekat bawah ini aku ada sertakan bersama poster dari UiTM punya peluang pekerjaan dan sambung belajar bawah bidang FPA ladang selepas sahaja tamat degree untuk sambung ke peringkat Master. Mungkin korang boleh tengok-tengok dulu. Boleh scan barcode yang disediakan. Sebenarnya kalau nak mohon dekat UiTM atau Universiti Putra Malaysia (UPM) selepas degree pun boleh juga untuk kos ni. Sebab boleh terus skip pergi kepada fast track PHD tanpa melalui jalan Master bagi yang selalu dapat Anugerah Dekan (ANC) setiap semester waktu degree dulu dan dapat biasiswa tanpa perlu bayar yuran pengajian. Boleh tanya dulu kepada para pensyarah sebab dorang lebih arif bab-bab sambung belajar ni dan mungkin boleh bantu kita.
Kalau sambung Degree pula dibawah Fakulti Perladang dan Agroteknologi yang sama iaitu kos Bachelor of Science (Hons) in Plantation Technology and Management. Boleh je nak baca kisah masa degree, klik je link biru tadi. Kelebihan bila kita ambil degree kos yang sama macam diploma ni, boleh skip 1 semester jadi dipendekkan tempoh pengajian itu kepada 2 tahun setengah sahaja (normal 3 tahun). Maksudnya kita boleh lompat kepada Semester 2 terus masa degree nanti.
Secara ringkasnya begini, (contoh keterangan untuk no. 1 iaitu bidang plantation sahaja)
DIPLOMA - belajar 2 tahun setengah - boleh kerja tapi kalau mohon kerajaan/ swasta mungkin majikan lebih suka pelajar peringkat degree.
DEGREE - belajar 2 tahun setengah (normal 3 tahun) - boleh kerja mana-mana sahaja, tapi kalau nak jadi pensyarah atau guru bawah pertanian ni kena ambil peringkat master
MASTER - bergantung kepada fakulti - tapi peluang kerja lebih cerah
PHD - InsyaAllah sangat cerah untuk jadi pakar penyelidik sebab dah banyak pengalaman
Nasihat penyarah aku buat semua, 'masa belajar' atau 'dah habis belajar' nanti. Mohon je dua-dua perkara ni, yang mana datang terlebih dahulu itulah yang kita ambil. Moga salah satu rezekinya itu Allah permudahkan jalannya untuk berjaya.
1) Mohon sambung belajar
2) Mohon kerja (https://t.me/spa9i ataupun dalam https://jobshop.uitm.edu.my/ dan sebagainya)
Harap penjelasan ini dapat membantu serba sedikit. Boleh klik sahaja poster maklumat terkini tahun 2021 bawah ni untuk peringkat Master dan ada dinyatakan jenis perkerjaannya sekali.
Thursday 15 July 2021
Bukan "Kalau"
Wednesday 7 July 2021
Thursday 1 July 2021
Perumpamaan Dunia
Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...
-
Assalamualaikum w.b.t, Dulu masa diploma aku ambil MUET, tapi bila dah masuk degree kita akan menghadapi EET (English Exist Test). Seperti ...
-
Assalamualaikum w.b.t Siapa kat sini bakal pelajar Diploma Planting Industry Management (DPIM)? Mengaku cepat! Klik "saya TERI...
-
Assalamualaikum w.b.t. kepada para pembaca entri aku kali ini, harap semua dikurniakan kesihatan yang baik. Baiklah sejak akhir-akhir ini ra...