Thursday 29 December 2022

Pengalaman Positive COVID-19

Pengalaman Pertama Kali Kena COVID-19


Tarikh: 15/ 2 (Selasa) - 19/2 ( Sabtu)

Hari 1- Sihat

Hari 2 - Sihat

Hari 3 - Sakit tekak ■Saliva Test Positive■

Hari 4 - Sakit tekak & Batuk

Hari 5 - Sakit tekak, Batuk & Demam


Tarikh: 20/2 (Ahad) - 23/2 (Rabu)

Hari 6 - Sakit tekak, Batuk, Demam, Selsema, Sakit dada & Sakit kepala (pening) ■Saliva test Positive■

Hari 7- Sakit tekak (kurang), Selsema & Demam (kurang)

Hari 8- Selsema (banyak & cair), Sakit kepala, Sakit mata, Hilang Deria Bau, & Demam (kurang)

Hari 9-  Selsema (kurang), Sakit kepala & Bersin  ■ Swab Test Negative■

IM SURVIVE TODAY. END ISOLATION❤


P/s: Sentiasa Catat Keadaan Kesihatan Sepanjang Kuarantin Dalam Phone Atau Buku Nota 

Tips Bila Positive Covid-19

Daripada: Dr Zaleha Md Amin

INFO KREDIA COVID-19


 ◉ Oleh kerana kes yang semakin meningkat, kami, para profesional kesihatan, telah menyiapkan pesanan ini untuk orang ramai.

  

*◉ Gejala muncul dari hari ketiga selepas jangkitan (gejala virus).*


 *➙ Fasa pertama;*


 ◉ Sakit badan 

 ◉ Sakit mata 

 ◉ Sakit kepala 

 ◉ Muntah 

 ◉ Cirit-birit

 ◉ Berair @ kesesakan hidung 

 ◉ Penguraian 

 ◉ Membakar mata 

 ◉ Membakar ketika membuang air kecil 

 ◉ Merasa demam 

 ◉ Tekak yang sakit (sakit tekak) 


 *➙ Sangat penting untuk menghitung hari-hari gejala: 1, 2 , Ke-3.*


 ◉ Bertindak sebelum bermulanya demam. 

 ◉ Hati-hati, sangat penting untuk minum banyak cecair, terutamanya air yang disucikan. Minum banyak air untuk memastikan tekak anda lembab dan membantu membersihkan paru-paru anda. 

  

*➙ Fasa ke-2;*

*(dari hari ke-4 hingga ke-8) radang.*


 ◉ Kehilangan rasa dan / atau bau 

 ◉ Keletihan dengan usaha yang minimum 

 ◉ Sakit dada (tulang rusuk) 

 ◉ Mengetatkan dada 

 ◉ Sakit di punggung bawah (di kawasan ginjal) 

  

*➙ Virus menyerang ujung saraf;*


 ◉ Perbezaan antara keletihan dan sesak nafas: 


 • _ Kekurangan udara adalah ketika orang itu duduk - tanpa berusaha - dan kehabisan nafas; 


 • Keletihan adalah ketika orang itu bergerak untuk melakukan sesuatu yang sederhana dan merasa letih. 

  

*➙ Ia memerlukan banyak penghidratan dan vitamin C.* 


Covid-19 mengikat oksigen, jadi kualiti darah kurang baik, dengan kurang oksigen. 

  

*➙ Fasa ke-3* *Penyembuhan;*


*◉ Pada hari ke-9, fasa penyembuhan bermula, yang boleh berlangsung sehingga hari ke-14 (pemulihan).*

 ◉ Jangan kelewatan rawatan, semakin cepat semakin baik! 

  

 ➙ Semoga berjaya semua !!!


*Lebih baik menyimpan cadangan ini, pencegahan tidak terlalu banyak !!!*


 • Duduk di bawah sinar matahari selama 15-20 minit 

 • Rehat dan tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam. 

 • Minum 1 setengah liter air sehari 

 • Semua makanan mesti panas (tidak sejuk).


*➙ Perlu diingat bahawa pH coronavirus berkisar dari 5.5 hingga 8.5.*


Jadi yang perlu kita lakukan untuk menghapuskan virus adalah dengan *memakan lebih banyak makanan beralkali, melebihi paras asid virus.*


 ◉ Pisang, Kapur → 9,9 pH 

 ◉ lemon kuning → 8.2 pH 

 ◉ Avocado - pH 15.6 

 ​​◉ Bawang putih - pH 13.2 

 ◉ Mangga - pH 8.7 

 ◉ Mandarin - pH 8.5 

 ◉ Nanas - 12.7 pH 

 ◉ Selada air - 22.7 pH 

 ◉ Jeruk - 9.2 pH 

  

➙ Bagaimana anda tahu anda menghidapi Covid-19 ???


 ◉ tekak gatal 

 ◉ Tekak kering 

 ◉ Batuk kering 

 ◉ Suhu tinggi 

 ◉ Kesukaran bernafas 

 ◉ Kehilangan bau dan rasa 

 

### JANGAN simpan maklumat ini hanya untuk diri sendiri, berikan kepada semua keluarga dan rakan anda.

Sunday 25 December 2022

Jodoh itu mesti diperjuangkan

 Effort

.

.

"Jika kita mahukan sesuatu,

Kita akan sanggup 'mengorbankan' sesuatu,

Jika benar ingin disatukan, maka perjuangkan lah,

Dengan bersungguh-sungguh sehingga kita mati".

.

Walaupun ramai yang mendoakan "Semoga jodoh berkekalan hingga ke hari tua atau hingga ke Jannah"

.

Jodoh Itu Mesti Diperjuangkan!.

.

Kesungguhan melalui jalan yang diredhai-Nya.

.

.

Aku berani menolak ajnabi kerana mereka tiada effort ke arah perkahwinan.

Tu je.

Dah banyak kelonggaran dan kemudahan saya bagi,

Tapi tak dihargai,

Ramai salah anggap bila ditegur untuk berjaga-jaga daripada perhubungan couple ini,

Minta jaga ikthilat,

Tak nak dengar,

Malah dianggap kita sombong, dipulaukan,

Mereka ingat kita cemburu atau nak pisahkan,

Bukan.

Aku juga lalui alam remaja & mendewasa,

Dan aku tahu fitrah itu macam mana,

Aku hanya nak bantu & selamatkan kamu,

Daripada buang masa dengan seseorang yang hanya tahu main-main,

Jumpa keluarga bukan syarat 'saya terima'.

Jelas dan nyata...

Buat² tak faham,

Buat² lupa,

Jika mengharapkan kita berkenalan lama-lama,

Itu tanda kamu memilih dan kemudian satu hari nanti meninggalkan,

Jika benar kamu mengerti tentang agama, 

Mesti tahu hukum ikhtilat antara perempuan dan lelaki bukan?


Sebab itu, bagilah effort jika benar kamu takut akan Dia. 

Friday 23 December 2022

Rancang

Aku plan banyak benda tahun 2022,

Tapi masih lagi semuanya tak tercapai,

Seakan-akan hidup ini hanya ikut kepada flow dan takdir,

Ya..begitulah.

Rancangan Allah lebih baik daripada rancangan kita.

Lepas habis belajar,

Aku tak nak sambung belajar sebab aku faham akan ekonomi keluarga,

Aku cuba utk tak susahkan mereka,

Aku plan nak kahwin hujung tahun ni, tapi masih pasangannya indah khabar dari rupa, 

Aku hilang keyakinan dengan soal jodoh ni,

Dalam berkenalan ternyata ikhtilat itu terabai melalui chating dan sebagainya,

Hati tak menipu,

Aku plan nak kerja, tapi satu panggilan pun aku tak dapat, 

Aku rasa kena tukar cara aplikasi kerja tu, hantar email lebih baik, dan betulkan balik resume aku.

Kerja aku sekarang 'mencari kerja',

Cari pengalaman dalam dan luar bidang,

Aku masih melihat keseronokan kawan-kawan yang lain,

Pergi sana, pergi sini,

Tahu² dah itu, tahu² dah ini,

Tapi aku masih tidak punya apa² perkembangan,

Usia muda... aku tidak sehebat mereka,

Mungkin doa mereka lebih kerap.


Tahun 2023

Aku tahu aku insan yang biasa,

Akan ku cuba mencipta peluang,

Aku nak belajar, kerja dan punya pasangan yang sudi menemani di dunia & syurga,

Aku nak berdikari & mampu berfikir lebih matang,

Satu hari nanti, aku pasti akan berjaya,

Kejayaan setiap org itu lain²,

Dan aku tidak mahu menjadi bualan,

Biarlah menjadi pedoman.


Moga Allah bantu jalan kehidupan kita semua. InsyaAllah amin.


Doakan aku.


Kejayaan itu perlu dicipta, bukan ditunggu. Jangan bagi gap pun dalam hidup ni  teruskan mencari identiti diri dan perbaikinya.

Tuesday 13 December 2022

Masa depan

Janganlah engkau khawatir terhadap masa hadapan,

Sehingga mengganggu waktu tidur dan rehat mu,

Terasa iri hari terhadap rezeki orang disekeliling mu,

Bertenanglah dan usahakan semampu mu,

Soal rezeki ini, 

Rahsia Allah...

Ada yang datang cepat dan ada yang datangnya lambat,

Untuk diri mu pula,

Tak lama lagi akan tiba untuk kamu,

Buatlah apa yang kamu mahu,

Hingga nanti makin indah untuk engkau redah,

Dan menjadi diri sendiri.


Senyumlah :)

Friday 9 December 2022

Kejayaan

Kejayaan bermula dari langkah yang kecil,

Ibarat menggenggam bara api biar sampai jadi arang.

#oneday

Friday 2 December 2022

Belajar

Jangan takut untuk gagal, 

Belajar, dan gagal lagi.

Capailah perkara-perkara yang kecil,

Sebelum capai perkara-perkara yang besar.


Kejayaan kamu, bermula dari langkah yang pertama.


Ingat tu :) 


Thursday 1 December 2022

Peluang

Peluang itu ada di depan mata,
Ramai yang cuba bantu dan beri laluannya,
Tinggal kita sahaja yang perlu menggunakannya,
Dengan sebaik mungkin.

Buatlah apa yang terbaik menurut Allah SWT, Rasulullah SAW dan Agama Islam.

Moga ada kebaikan buat kamu nanti. :)

Wednesday 30 November 2022

Besar

Makin lama kita membesar,

Kita akan mula peduli dengan perasaan dan emosi sendiri,

Kita akan mula bergerak sendiri,

Dan tidak akan berpatah balik untuk menuju ke garisan dunia hakiki,

Makin banyak hal yang sepatutnya kita diamkan,

Tetapi dunia mahu mendengar ia berbunyi,

Kita mula meletakkan pendirian agar segalanya sempurna,

Dua jawapan yang akhirnya satu yang telah ditetapkan oleh Rabbku,

Aku akan buat yang terbaik disepanjang hidup,

Agar nanti aku tidak menyesal,

Yang aku ingin mengikuti perintah-Mu dan menjauhi larangan-Mu.


Cinta❤





Tuesday 29 November 2022

Selawat 1000 Kali Cara Beginner

 Selawat 1000 Kali Cara Beginner


1. Guna tasbih digital. Beli dekat shopee.


2. Mula dengan selawat yang pendek. Eg. Selawat Jibril


 ( صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّ)

Ataupun yang selalu kita baca dalam solat

( اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل مُحَمَّدٍ)


3. Pilih antara 2 kaedah. A atau B


a) Selawat sekali duduk 

 -1000 kali = 20 - 30 minit


b) Selawat kali sikit 

- Maghrib > Isyak = 200 kali

- Isyak > Subuh = 200 kali

- Subuh > Zuhur = 200 kali

- Zuhur > Asar = 200 kali

- Asar > Maghrib = 200 kali


Jumlah = 1000 kali selawat :)


Sesuai untuk yang busy lagi kebiziannn di waktu siang gitchu. Boleh start dari malam ni dan bawa keesokan hari .


4. Selawat selama 40 hari secara istiqamah dan jangan skip.


Buat je, walaupun mula-mula rasa terpaksa & tak ikhlas. Lama-lama insyaAllah akan ada perubahan dan Allah SWT permudahkan.


Tak cukup motivasi untuk selawat? Boleh join group ni. Percuma je👇

https://t.me/joinchat/ngW4etQvaIc2NjU9


#selawat 

#LifeIsShortSoMakeItSweet 


https://youtu.be/HmjrRoOEV0Y

Friday 25 November 2022

Cantik

Setiap wanita itu,
Sudah Allah ciptakan cantik sejak azali lagi,
Ia sesuai dengan dirinya samaada sebagai nikmat mahupun ujian,
Kamu tak perlu ubah walau sikit pun,
Cantik itu 'hidup' selagi mana kita tetap bersyukur,
Maka jangan membandingkan definisi cantik itu hanya pada alat make upnya,
Ataupun rupa parasnya,
Tak perlu ikut dengan trend itu trend ini,
Kamu akan lemas dan penat,
Dengan perlumbaan dunia ni,
Tetaplah cantik itu pada akhlak yang terpuji,
Menjadi kemas agar kamu selesa memulakan hari,
Dan usaha memperbaikinya hari demi hari,
Sedarilah kamu tidak perlu terus menerus mengatakan kamu 'tidak cantik',
Tutuplah auratmu dengan sempurna,
Kerana menjadi sang bidadari dunia,
Tidak menagih pandangan bukan mahramnya,
Bukan secara percuma,
Bijak memilih perkara yang bermanfaat buat akhiratnya juga.

Fikirlah apa pandangan Allah, bukan pandangan manusia. Kamu akan faham mengapa hidup ini bukan cuma 'cantik' yang ingin dikejar-kejarkan seumur hidup. Yakinlah apa yang Allah sudah berikan itu, adalah satu anugerah ciptaan-Nya yang terbaik.

Jadilah diri kamu. Tak perlu jadi orang lain.

https://youtu.be/4iuhbUO_1-o


Sunday 20 November 2022

Healing

Im not healing, im just living.

For me,

Healing (sembuh) ni memerlukan masa,

Kamu perlu gembirakan diri,

Supaya luka tadi itu sembuh.

Jadi apa benda yang membuatkan kamu gembira?

Lakukannya.

Sesuatu yang baik untuk dirimu. 



Thursday 17 November 2022

PERINGATAN ALLAH DALAM AL-QURAN TENTANG PEMIMPIN

PERINGATAN ALLAH DALAM AL-QURAN TENTANG PEMIMPIN


1). *Al-Quran melarang memilih kafir sebagai pemimpin* 

(Alu Imran : 28).

(Al-Nisaa : 144).

(Al-Maidah : 51 & 57).


2). *Al-Quran melarang memilih kafir sebagai pemimpin walaupun kerabat sendiri*.

(At-Taubah : 23).

(Al-Mujadilah : 22).


3). *Al-Quran melarang memilih kafir sebagai teman setia dan sekutu*.

(Alu Imran : 118).

(At-Taubah : 16).


4). *Al-Quran melarang tolong menolong dengan kafir yang merugikan ummat Islam*.

(Al-Qasas : 86).

(Al-Mumtahanah : 13).


5). *Al-Quran melarang mentaati orang kafir untuk menguasi muslim*.

(Alu Imran : 149 - 150).


6). *Al-Quran melarang beri peluang kepada orang kafir untuk menguasi muslim*.

(Al-Nisaa : 141).


7). *Al-Quran menghukum munafiq kepada muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin*.

(Al-Nisaa : 138 - 139).


8). *Al-Quran menghukum zalim kepada muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin*.

(Al-Maidah : 51).


9). *Al-Quran menghukum fasiq kepada muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin*.

(Al-Maidah : 80 - 81).


10). *Al-Quran menghukum sesat keatas muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin*.

(Al-Mumtahanah : 1).


11). *Al-Quran mengancam dengan azab yang dahsyat keatas muslim yang menjadikan kafir sebagai pemimpin*.

(Al-Mumtahanah : 14 - 15).


12). *Al-Quran mengajarkan doa agar muslim tidak menjadi sasaran fitnah kafir*.

(Al-Mumtahanah : 4 - 5).

Tuesday 15 November 2022

Kenapa aku suka menulis?

Kenapa aku suka menulis?

Kadang membaca.

Dengan pandangan sepi tidak bertajuk.

Tidak mahu diganggu oleh apa pun.

Jawapannya tidak lain dan tidak bukan.

Sebab aku mahu BEBAS.

Ya, aku bebass.

Kemana sahaja.

Bebas melahirkan buah fikiran.

Bebas tentang persaanku sendiri tanpa sebarang kerisauan.

Bebas daripada penjara jiwa yang mencengkam ku erat dibelakang.

Kau mungkin lihat fizikal ku digari.

Tetapi tidak..selagi ku punya akal dan otak berdimensi.

Fizikal dan mental ku seperti diawangan tanpa terikat dengan apa-apa ikatan.

Menulis disetiap liang liuk tarian pena,

Membaca diantara mimpi-mimpi yang ku ingin menjadikan ia realiti.

Walaupun aku mencintai dunia yang sunyi.

Aku gembira apabila apa yang ku lontarkan bisa menjadi manfaat buat yang lain.

Yang mahu ikut, silakan.

Yang mana lari dariku, aku tidak memerlukan alasan itu lagi.

Apa yang tulis dan kongsi ini.

Demikian adalah secebis atau setitis memori yang bakal pudar.

Aku bahagia bebas melaluinya.

Hanya diri ini.

Seorang diri.

Tidak dikenali itu sahabat sejati.

Aku mahu terus begini.

Mengekspresikan segalanya yang ku rasa.

Tanpa dikenali.

Tak perlu mendalami ku.

Kerana kau suka kan begini.


Jujur dariku.

Monday 14 November 2022

Selawat #1

Dulu kan saya pelik bila dengar macam mana someone tu boleh selawat sampai beribu ribu kali sehari. Tak penat ke? Tak bosan ke? Saya nak baca 10x sehari pun berat.


Bukan apa, saya ada seorang kawan sekerja, perempuan, cantik, bekerjaya, suami dan anak anak yang baik. Senang cerita, life dia macam sempurna sangat. Ape je kita sebagai perempuan ni nak, semua dia ada.

Saya pun macam biasa start korek cerita. Apa amalan dia sampai dia boleh capai semua ni dalam usia yang agak muda. Yela, belum 30 dah stabil dari semua segi. Kita ni pulak masih terkial kial lagi.

Kawan saya cakap, aku pegang satu je dalam hidup aku babe. Apa apa je yang aku nak aku akan selawat.

Dulu masa sekolah aku nak sangat belajar dekat Harvard University, tapi kalau ikut logik macam susah sebab keluarga tak mampu. Zaman tu dulu nak dapat biasiswa bukan senang. Aku cerita dekat ayah aku pasal impian aku tu. Ayah aku cakap, selawat banyak banyak sambil mintak dekat Allah.

Sejak tu, aku memang terus selawat setiap masa. Baca selawat jibril je. Mula mula aku tak kira berapa sehari aku selawat. Sampailah satu masa aku letak target, sehari kena baca 10,000 kali.

Makaiii... 😱 Buntang bijik mata saya masa dengar tu. Hahahaha

Dia sambung lagi. Masa mula mula memang susah, lama lama bila tak selawat, aku rasa kosong.

Dengan izin Allah, aku berjaya dapat tawaran ke Harvard. Biasiswa pun alhamdulillah dapat. Masa belajar dekat sana, aku selalu score. Cuti semester buat kerja part time. Asbab berjimat cermat dekat sana, alhamdulillah, aku dapat ringankan beban mak ayah dekat kampung dan dapat buat rumah baru sikit untuk mereka.

Bagi saya logik sebab currency mereka besar dan bila tukar ke RM memang mewah la.

Selain dari tu, apa je terdetik dekat hati beliau, memang akan dapat. Kerja pun tak perlu cari sebab tak tahu dari mana, ada company call untuk interview dan terus diterima bekerja.

Kawan saya ni naik pangkat laju sangat. Belum 30 dah jadi Regional xxxx dekat one of the largest shipping company based dekat Malaysia.

Selain daritu, apa je dia jual mesti laku keras. Tolong mak dia jual nasi lemak sambil sambil balik cuti pun, dan dan tu la jualan haritu habis. Selalu mesti ada baki sikit sikit.

Kagum jugak saya. Rasa rugi pulak sebab dari dulu tak tahu tips ni kan.

Bagi saya, there is no such thing like "Buat amalan jangan mengharapkan balasan, tapi buatlah dengan ikhlas".

Sebab, bagi saya, kalau bukan dekat Allah tempat saya nak meminta, habis dekat siapa lagi. Kalau dengan amalan selawat atau amalan sunat lain buat Allah pandang, redha dan makbulkan doa doa saya, why not? Selagi benda tu benda yang baik, teruskan.

Allah pandang effort kita.

Ibarat kita bekerja dikedai orang. Kita bekerja bersungguh sungguh, ikhlas, jujur, selalu buat overtime. Majikan nampak usaha kita. Jadi kita dinaikkan pangkat dan gaji. Dan kita rasa usaha kita selama ni berbaloi dan semakin rajin untuk bekerja.

Macam tu lah jugak kita sebagai hamba. Nak sesuatu, kena "kerja kuat" sikit untuk tarik perhatian Allah. Bila Allah dah sayang dan nampak kita, apa je kita nak Dia pasti bagi.

Belum terlambat lagi untuk kita bermula. Selagi hayat masih dikandung badan, teruskan buat ibadah pada Allah dan jangan putus asa dengan rahmat dan kasih sayangNya ♥️

fb: Nurul Shahfika

Wednesday 9 November 2022

Sombong

At- Tirmizi berkata, Muhammad bin Al-Mutsanna bin Abdullah bin Abdurrahman telah menceritakan kepada kami, kedua-duanya berkata, Yahya bin Hammad telah menceritakan kepada kami, dia berkata, Syu'bah telah menceritakan kepada kami daripada Aban bin Taglib daripada Fudlail bin Amr daripada Ibrahim daripada 'Alqamah daripada Abdullah bin Mas'ud daripada Nabi SAW, baginda bersabda, 

'Tidak akan masuk Syurga, orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun hanya sebesar biji sawi, dan tidak akan masuk Neraka (tidak kekal di dalamnya) orang yang di dalam hatinya terdapat keimanan meskipun sebesar biji sawi."

Abdullah berkata, kemudian seseorang lelaki berkata kepada baginda, "Sesungguhnya aku berasa bangga jika pakaianku bagus dan kasutku bagus." 

Baginda bersabda, "Sesungguhnya Allah menyukai keindahan. Yang dimaksudkan kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia."

(Hadis Riwayat At-Tirmizi, Sunan At-Tirmizi, Juz 5, No. Hadis 1999, 1382 H/1962 M: 360)

Monday 7 November 2022

Labah-labah

Adakah manusia berfikir bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji? (2)

Sesungguhnya, kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan orang-orang yang berdusta (3)

Atau orang-orang yang melakukan kejahatan itu menganggap bahawa mereka akan bebas daripada (azab) kami? Sangatlah buruk apa yang mereka tetapkan itu! (4)

Barang siapa mengharapkan pertemuan dengan Allah, sesungguhnya waktu (yang dijanjikan) Allah pasti datang. Dan Dia Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (5)

Dan barang siapa berjihad, sesungguhnya jihadnya itu untuk dirinya sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) daripada seluruh alam. (6)

[Surah Al-'Ankabut, 29: 2-6]



Friday 4 November 2022

Tetap

Daripada Khabab bin Al-Aras, ia berkata, "Kami mengadu kepada Rasulullah SAW ketika baginda sedang berbantalkan kain selimut di bawah naungan Kaabah, 'Tidakkah baginda memohon pertolongan buat kami? Tidakkah baginda berdoa memohon kepada Allah untuk kami?' Baginda bersabda, 'Ada seorang lelaki daripada umat sebelum kalian, lantas digalikan lubang untuknya dan dia diletakkan di dalamnya, lalu diambil gergaji, kemudian diletakkan gergaji itu di kepalanya lalu dibelahkan kepalanya menjadi dua bahagian namun hal itu tidak menghalangnya daripada tetap pada agamanya. Tulang dan urat di bawah dagingnya disisir dengan sikat besi namun hal itu tidak menghalangnya daripada tetap pada beragamanya. Demi Allah, sesungguhnya urusan (Islam) ini akan sempurna sehingga ada seorang yang menunggang kuda bergerak dari Sana'a menuju Hadralmaut, tidak ada yang ditakutinya melainkan Allah atau (tidak ada) keraguan kepada serigala keatas kambingnya."

(Hadis Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari Juz 4, No. Hadis, 3612, 1400 H:201)


Istidraj

Uqbah bin Amir r.a berkata, Nabi SAW bersabda, "Jika kalian melihat Allah memberikan dunia kepada seorang hamba pelaku maksiat dengan sesuatu yang disukai, maka sesungguhnya itu hanyalah istidraj." Kemudian Rasulullah SAW membacakan ayat,

Maka tatkala mereka melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, kami pun membuka semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka; sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan kepada mereka, kami seksa mereka dengan tiba-tiba. Maka ketika itu mereka terdiam dan berputus asa. (Surah Al-An'am, 6:44)

(Hadis Riwayat Ahmad, Musnas Imama Ahmad Ibnu Hanbal, Jilid 28, No. Hadis,17311: 547, Sahih Al-Jami' no. 561)

Saturday 29 October 2022

Manis Pahit

Percaya atau tidak,

Kehidupan ni pasti akan menjadi tempat yang dirindui,

Disini adanya kenangan.. yg manis & pahit,

Dan detik waktu yang tidak akan berulang,

Jalaninya,

Kerana perjalanan hidup ini untuk menuju ke arah Allah SWT,

Tak yang ku simpan,

Hanyalah kata maaf jika ada salah silap,

Bersyukur dan bersabar.

Saturday 22 October 2022

Bayang-bayang

Tidakkah engkau memperhatikan (ciptaan) Tuhanmu, bagaimana Dia memanjangkan (dan memendekkan) bayang-bayang yang, sekiranya Dia mahukan, nescaya Dia jadikan (bayang-bayang itu) tetap, kemudian Kami jadikan matahari sebagai petunjuk. (45)

Kemudian Kami menarik (bayang-bayang itu) kepada Kami sedikit demi sedikit. (46)

[Surah Al-Furqan, 25: 45-46]

Friday 21 October 2022

Waktu

Dari Abdullah bin Umar r.a, dia berkata, "Rasulullah SAW pernah memegang bahuku dan bersabda, "Jadilah kamu di dunia ini seakan-akan orang asing atau seorang pengembara" Ibnu Umar r.a juga berkata, "Bila kamu berada di petang hari, maka janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi, dan bila kamu berada di pagi hari, janganlah menunggu waktu petang, gunalah waktu sihatmu sebelum sakitmu,dan hidupmu sebelum matimu."

(Hadis Al-Bukhari)

Tuesday 11 October 2022

Tujuan

Daripada Zaid bin Tsabit, dia berkata, "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Barang siapa yang menjadikan dunia sebagai tujuannya, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikannya miskin. Dia tidak akan mendapatkan dunia kecuali apa yang telah ditetapkan baginya. Dan barang siapa yang menjadikan akhirat sebagai tujuannya, maka Allah akan menyatukan urusannya serta menjadikan kaya hatinya dan dunia akan datang kepadanya dalam keaadan hina.' "

(Hadis Riwayat Ibn Majah, Sunan Ibnu Majah, No. Hadis, 4105, t.t: 683)

Sunday 9 October 2022

Hutang

 Tak pernah terdetik dekat fikiran aku yang..

Nak buat apa-apa mesti kena berhutang,

It is a big NO,

Walaupun masa itu memang aku dalam keadaan yang susah,

Sampai diri sendiri pun kena buat catuan kehidupan,

Tak akan sesekali aku buat pinjaman atau minta orang lain untuk bagi aku meminjam dengan cara hutang ni,

Rezeki yang Allah bagi sudah cukup bagi aku,

Aku risau kalau aku berhutang nanti aku tak sempat nak bayar balik,

Macam mana kalau masa itu aku terlupa dan benda buatkan seseorang itu sakit hati dengan aku?,

Macam kalau tiba-tiba ajal aku dah sampai sebelum sempat aku membayar semua hutang-piutang itu?,

Adakah Allah redha dengan diri aku,

Yang pernah berhutang waktu ketika hidup didunia dahulu,

Setiap pinjaman itu, 

Perlu dipulangkan dengan segera kepada pemiliknya,

Nilai 10 sen sekalipun ataupun benda yang lain,

Masih perlu dikembalikan dengan apa cara sekalipun,

Usahakanlah menjaga diri daripada sifat suka berhutang,

Bersyukur dan manfaatkan apa sahaja kemudahan yang Allah dah berikan buat kita.

InsyaAllah hidup tenang tanpa terikat dengan hal-hal dunia.


Sekian.

Friday 7 October 2022

Abu Lahab

 إن أبا لهب الذي مات كافرا 

 لما فرح بمولد رسول الله

Tika mana si Abu Lahab yang matinya kafir itu gembira dengan kelahiran Rasulullah 


وجاءت جاريته ثويبة 

تحمل له نبأ

Dan tika mana hamba sahaya nya, thuwaibah  datang membawa khabar

 

ميلاد ابن أخي 

محمد بن عبد الله 

Khabar kelahiran anak saudaranya


فرح

Terserlah kegembirannya Abu Lahab


ومن سروره أعتق الجارية

Dibebaskan hamba itu dek kerana terlalu gembira


والتقا العباس بعد أن مات

Selepas kematiannya , bertemu Abu Lahab dan Al Abbas di alam seterusnya


أين انت

Bertanya Al Abbas : Hei Abu Lahab, di kamu menetap sekarang?


في النار لأنه نزل فيه تبت يد أبي لهب وتب

Abu Lahab berkata : Aku di neraka kerana Allah telah menitahkah bahawa celakalah tangan Abu Lahab


إلا أنه أردف يقول

يخفف عني عذاب في كل يوم اثنين

Abu Lahab kemudian menambah: kecuali pada setiap hari isnin, seksa ku di ringankan


بفضل فرحي محمد بن عبد الله

Berkat aku gembira dek kelahiran Muhammad anaknya Abdullah 


حتى قال أحد العارفين

Maka berkatalah seorang Arif billah 

إذا كان هاذا كافرا جاء ذمه وتبت يداه في الجحيم 

مخلدا 

أتى أنه في يوم الإثنين دائما 

يخفف عنه للسرور بأحمد

Sedangkan orang yang kafir , dikeji dan dihina serta diazab di neraka selamanya itu . Orang semacam ini pun di ringankan azabnya kerana gembira pada hari lahirnya Ahmad (Nabi Muhammad)


فما الظن بالعبد الذي عاش عمره

بأحمد مسرورا ومات موحدا


Maka apakah pula ganjaran pada mereka yang hidupnya sentiasa gembira dan cinta pada Ahmad itu sehingga mati di dalam keimanan?

.

.

.

Terjemahan ucapan daripada Sheikh Ahmad Umar Hashim Hafizohullah, mantan Rektor University Al Azhar.

Thursday 6 October 2022

Tuesday 4 October 2022

Pahala

Sesungguhnya, mereka yang beriman dan beramal soleh, Kami tidak akan mensia-siakan pahala orang yang melakukan amalan baik itu. (30). 


Mereka itulah yang memperoleh Syurga 'Adn, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; (dalam syurga itu) mereka diberi perhiasan gelang emas dan mereka memakai pakaian hijau daripada sutera halus dan sutera tebal, sedang mereka duduk sambil bersandar di atas pelamin-pelamin yang indah. (Itulah) sebaik-baik pahala dan tempat istirehat yang indah; (31)


[Surah Al-Kahf,18: 30-31]

InsyaAllah

 Dan jangan sesekali engkau mengatakan terhadap sesuatu, "Aku pasti melakukan itu esok pagi", (23) kecuali (dengan mengatakan), "InsyaAllah". Dan ingatlah kepada Tuhanmu apabila engkau lupa dan katakanlah, "Mudah-mudahan Tuhanku akan memberiku petunjuk kepadaku agar aku yang lebih dekat (kebenaran) daripada ini." (24) 


[Surah Al-Kahf, 18: 23-24]

Saturday 24 September 2022

Mengharap Hanya Pada Allah

Kalimah (.....mencari jalan...) dalam ayat Surah Al- Isra' ayat yang ke 57, bererti mencari cara untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan ibadah dan mencintai-Nya. Ada tiga sendi iman, iaitu cinta, rasa takut, rasa takut, dan berharap. Tentang pengharapan ini, Allah SWT telah menjelaskan dalam firman-Nya, Surah al-Kahfi 18: 110 dan Surah al-Baqarah, 2: 218.

Di dalam hadis yang disebutkan daripada Jabir r.a, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Allah SWT berfirman, "Aku berada pada sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Maka hendaklah dia membuat persangkaan kepada-Ku menurut kehendaknya." (Hadis Riwayat Muslim)

Raja' (mengharap) merupakan hayunan langkah yang membawa hati kepada yang Maha Pengasih, iaitu Allah. Ada yang berpendapat, raja' bermaksud kepercayaaan tentang kemurahan Allah SWT. Perbezaan raja' (mengharap) dengan berangan-angan ialah berangan-angan disertai dengan kemalasan, perlakunya tidak pernah bersungguh-sungguh dan berusaha. Sebaliknya mengharap itu disertai dengan usaha dan tawakal. Orang yang berangan-angan akan hanya berangan bahawa tanahnya disuburi dengan tanaman dan hasilnya tersedia untuk dipetik. Manakala orang yang mengharap, dia akan mengolah tanah itu untuk bercucuk tanam, lalu berdoa dan berharap agar tanamannya tumbuh. Demikianlah perbezaan antara berangan-angan dan berharap. Oleh sebab itu, para ulama telah sepakat bahawa raja' tidak dianggap sah kecuali disertai dengan usaha.

Raja' itu terbahagi kepada tiga jenis. Dua jenis merupakan perbuatan yang terpuji dan satu jenis lagi merupakan perbuatan yang tercela. Pertama, harapan seseorang agar dapat taat kepada Allah SWT berdasarkan cahaya daripada-Nya, lalu dia mengharap pahala-Nya. Kedua, seseorang yang berbuat dosa lalu bertaubat dan mengharap keampunan, kemurahan dan kasih sayang-Nya. Ketiga, orang yang melakukan kesalahan dan mengharap rahmat Allah SWT tanpa disertai usaha. Ini sesuatu yang menipu dan harapan yang dusta.

Ahmad bin Asim pernah ditanya, "Apakah tanda raja' pada diri seorang hamba?" Dia menjawab, "Jika dikelilingi kebaikan, maka dia mendapat ilham untuk bersyukur, sambil mengharap kesempurnaan nikmat daripada Allah SWT di dunia dan di akhirat, serta mengharap kesempurnaan keampunan-Nya di akhirat."

[Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Madariju al-Salikina Manazilu Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'in, Juz 2, t.t.: 36-37]

Monday 12 September 2022

Bahagia

 Aku juga berhak untuk bahagia

Jadi diri sendiri dan teruskan kehidupan seperti biasa

Thursday 18 August 2022

Tahap

 Berada di sini, sampai ke tahap ini,

Adalah satu anugerah yang perlu disyukuri,

Alhamdulillah terima kasih Allah,

Dapat bertahan hingga ke hujung waktu.



Menikmati apa yang tinggal,

Bersama tahajud dan selawat yang dititipkan,

Langkahku ku cuba iringi dengan doa,

Bersama pakaian taqwa yang disarungkan,

Dan menerapkan iman di dalam diri ini,

Sentiasa... 


InsyaAllah amin :)

Tuesday 9 August 2022

Hujan

Berdoalah kepada Tuhanmu dengan rendah hati dan suara yang lembut. Sesungguhnya, Dia tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (55)

Dan janganlah kamu melakukan kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Berdoalah kepada-Nya dengan rasa takut dan penuh mengharap. Sesungguhnya rahmat Allah sangag dekat kepada orang yang melakukan kebaikan. (56)

Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa khabar gembira, mendahului kedatangan rahmat-Nya (hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu. Kemudian kami tumbuhkan dengan hujan itu pelbagai jenis buah-buahan. Seperti itulah Kami bangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pengajaran. (57)

Dan tanah yang baik, tanam-tanamannya tumbuh subur dengan izin Tuhan; dan tanah yang buruk, tanam-tanamannya tumbuh tidak subur. Demikianlah Kami jelaskan berulangkali tanda-tanda (kebesaran Kami) bagi orang-orang yang bersyukur. (58)

[ Surah Al-A'raf: 7: 55-58]

Matured

Jika seseorang bertanyakan pada aku kenapa perlu sambung belajar hingga ke akhir hayat,
Jawapannya adalah gambaran pemikiran dan cara pandangan kita akan bertambah luas untuk melalui liku-liku kehidupan,
Wang yang disalurkan dalam sistem pembelajaran digantikan dengan pengalaman yang cukup mahal,
Aku, kamu, dan kita memang memiliki sudut mentaliti yang berlainan,
Dan sebab itu sesi perkongsian itu penting,
Kongsikan kebaikan daripada apa yg kita pernah belajar,
Mudahkan segala pekerjaan kita melalui ilmu yang asa.

#living
#matured

Saturday 6 August 2022

Makan

Dan Dia-lah yang menjadikan tanaman-tanaman yang menjalar, dan yang tidak menjalar, pohon kurma, tanaman yang beraneka ragam rasanya, zaitun dan delima yang sama (bentuk dan warnanya) dan tidak sama (rasanya). Makanlah buahnya apabila ia berbuah dan berikanlah haknya (zakatnya) pada hari menuai hasilnya, tapi janganlah berlebih-lebihan. Sesungguh Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. (141)

Dan di antara haiwan-haiwan ternakan itu ada yang dijadikan pembawa barangan dan ada (pula)untuk disembelih. Makanlah rezeki yang diberikan Allah kepadamu, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuhmu yang nyata. (142)

Ada lapan haiwan ternakan yang berpasangan (empat pasang); sepasang kibas dan sepasang kambing. Katakanlah, "Adakah yang diharamkan oleh Allah dua yang jantan atau dua yang betina atau yang ada di dalam kandungan kedua-dua betinanya? Terangkanlah kepadaku berdasar pengetahuanmu jika kamu orang-orang yang benar." (143)

Dan daripada sepasang unta dan daripada sepasang lembu. Katakanlah, "Adakah yang diharamkan dua yang jantan atau dua yang betinanya? Adakah kamu mebjadi saksi ketika Allah menetapkan ini bagimu? Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan pembohongan terhadap Allah untuk menyesatkan manusia tanpa pengetahuan?" Sesungguhnya Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim. (144)

Kataanlah, " Tidakku dapati di dalam apa yang diwahyukan kepadaku,sesuatu yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya, kecuali daging haiwan yang mati (bangkai), darah yang mengalir, daging babi, kerana semua itu kotor atau haiwan yang disembelih bukan atas (nama) Allah. Tetapi barang siapa terpaksa bukan kerana keinginannya dan kerana darurat maka sesungguhnya, Tuhanmu Maha Pengampun, lagi Maha Penyayang." (145)

Dan kepada orang-orang Yahudi, kami haramkan semua (haiwan) yang *berkuku, dan Kami haramkankepada mereka lemak lembu dan kibas, kecuali yang melekat di punggungnya, atau yang ada di dalam isi perutnya, atau yang bercampur dengan tulang. Demikianlah Kami menghukum mereka kerana penderhakaan. Dan sesungguhnya, Kami Maha Besar. (146)

*Yang dimaksudkan haiwan berkuku ialah haiwan yabg jarinya tidak berpisah abtara satu dengan lain seperti unta, itik, angsa dan lain-lain. Sebagahian mufasir mengertikan haiwan yang berkuku satu sepeti kuda, keldai dan lain²

(Surah Al-An'am: 6:141-146)

Thursday 4 August 2022

Hakikat

Sesungguhnya aku juga akan mati,
Bersama realiti yang aku cuba untuk hidupkan,
Peluang demi peluang yang ingin dicipta,
Takdir tidak selalunya kalah dengan kemahuan,
Aku hanya mampu mengawal diri berbanding mengawal keadaan luaran,
Biarlah aku yang kini lebih mensyukuri,
Apa yang ada dengan aku,
Ternyata lebih baik.

Thursday 21 July 2022

Matured

Jika seseorang bertanyakan pada aku kenapa perlu sambung belajar hingga ke akhir hayat,
Jawapannya adalah gambaran pemikiran dan cara pandangan kita akan bertambah luas untuk melalui liku-liku kehidupan,
Wang yang disalurkan dalam sistem pembelajaran digantikan dengan pengalaman yang cukup mahal,
Aku, kamu, dan kita memang memiliki sudut mentaliti yang berlainan,
Dan sebab itu sesi perkongsian itu penting,
Kongsikan kebaikan daripada apa yg kita pernah belajar,
Mudahkan segala pekerjaan kita melalui ilmu yang asa.

#living
#matured

Jaga

Semakin meningkat usia,
Baru aku perasan yang ada satu lagi benda yang aku kena jaga,
Selain jaga iman dan jaga hati sendiri,
Aku kena jaga masa,
Kerana masa yang ada ini takkan pernah kembali.

Tuesday 19 July 2022

Hargai

Jangan rasa diri kita ni tak berharga atau tak bernilai,
Sebab kita ni sebenarnya bernilai dan berharga,
Cuma memang fitrah manusia itu jenis tak reti menilai dan menghargai sesuatu.
Itu sebab kita kena bangkit dan fikir yang positif akan diri.

Itu je. 
Bersangka baiklah terhadap diri.

Saturday 16 July 2022

Penat?

Tidak.

Aku sedang memperjuangkan benda yang betul, aku yakin Allah tak akan sia-siakan usaha aku. 

Nanti Allah akan balas juga kalau bukan dekat dunia. Mesti dekat akhirat.

InsyaAllah

Thursday 14 July 2022

Baru

Apabila diri mulai belajar untuk menerima perubahan baru,
Rupa-rupanya 'melarikan diri' itu bukanlah satu jawapan,
Hakikatnya kita harus hadapinya,
Habiskan apa yang pernah kita mulakan.

Kadang termenung jauh mengingatinya kembali,
Waktu zaman kecik² dulu,
Waktu belajar dulu,
Waktu cari kerja, jodoh dan segala rezeki yang ada,
Akhirnya diri cuba untuk akur memahaminya perlahan-lahan
Maksud 'buat kerana Allah' itu adalah...
"Semua ini datang dari Allah, aku cuma usahakan saja.. dan biarlah pengakhiranya Dia tentukan"

Rasa susah, rasa senang bagaikan kawan baik yang tak mahu berenggang.

Sesuatu yang kita sedaya upaya jaga kerana kita tahu mahalnya sebuah 'keberkahan' dari-Nya.

Berkatnya menjaga amanah Allah 🌹

Wednesday 13 July 2022

Jangan Iri Hati

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurniaan yang telah dilebihkan oleh Allah kepada sebahagian kamu atas sebahagian yang lain. (Kerana) bagi lelaki ada bahagian daripada apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan ada bahagian yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebahagian daripada kurniaan-Nya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala sesuatu."

(Surah Al-Nisa' 4 : 32)

Monday 11 July 2022

Hebahan Kerja dan Bantuan

Assalamualaikum.. untuk makluman ybhg dato'/ datin/ tuan/ puan/ encik/ cik (hebahan ke Pejabat Parlimen, DUN dan UPPM)

Hebahan group WhatsApp Bantuan Kerajaan bagi seluruh negeri di Malaysia sepanjang tahun 2022.

t.me/mohonkerjaya

Mohon jasa baik semua ahli group untuk bantu hebahkan kepada semua ahli keluarga serta sahabat kita yang memerlukan.. Semoga beroleh manfaat.. Amiinn🤲..

1. Sabah 
https://chat.whatsapp.com/DNs70jeWw6b6qXN5YobupL

2. Sarawak 
https://chat.whatsapp.com/HRQDOl0JpRk19GDF4GHyds

3. Selangor
https://chat.whatsapp.com/Jgp6DUb15NHF5UfxYTFCsF

4. Wilayah Persekutuan
https://chat.whatsapp.com/D6m1FLPnvJK5SwjTIW0ngG

5. Perak
https://chat.whatsapp.com/D0G9Buqzi36IujzSk2i4VR

6. Perlis
https://chat.whatsapp.com/JWklFGoqbNBKvD10t6t63r

7. Pahang
https://chat.whatsapp.com/BJcyXtp81NZ27U6DIh04CN

8. N. Sembilan
https://chat.whatsapp.com/E1y17QzDfG6LESWvK95R8Q

9. Kelantan 
https://chat.whatsapp.com/Iu1CiXzO2kl35luIBnqW5J

10. Johor 
https://chat.whatsapp.com/Lhsjo7GuCLoKZifjBP9NRd

11. Melaka
https://chat.whatsapp.com/J9cXOaBoVzYI0Wv8Q3lo04

12. Terengganu
https://chat.whatsapp.com/BJBQll4mxAk6OlogwDEDJs

13. Pulau Pinang
https://chat.whatsapp.com/CaojmF9MQoOIBPInMD7mdJ

Monday 13 June 2022

Peluang

Ambil lah seberapa banyak peluang yang ada,
Kerana kita tidak tahu mungkin diantaranya akan membuat mu gembira,
Pencapaian bermula dari bawah,
Bila diatas nanti jangan lupa untuk menarik tangan² yg dibawah jua,
Kerna kita juga pernah begitu.

Sunday 12 June 2022

Bukan

Aku bukan siapa²,
Tapi aku ada pesanan buat diri kau,
Engkau tahu apa sahaja yang engkau buat itu bukan kerana manusia bukan?
Jadi kenapa engkau perlu marah jika tiada yang menghormati engkau?,
Engkau tahu bahawa semua ini Allah yang beri dan aturkan.

Takpe,
Tak lama lagi engkau akan bebas,
Bebas tanpa meninggalkan jejak.

Tuesday 31 May 2022

Hitung

Menghitung nikmat manusia itu melelahkan,
Sadar atau enggak,
Rupanya perhitungan nikmat yang Allah berikan buat kita itu ternyata begitu banyak,
Tinggal ucapkan syukur sama Dia yang Maha Memberi,
Malah rencananya buat memenuhi keperluan kamu kok,
Agar bisa keren jalani hidup di dunia ni,
Sedikit sebanyak kamu itu bisa jadi manusia yang sabar dan syukur,
InsyaAllah bahagian rezeki kamu tetap ada.

Banding

Untuk kamu yang pernah dikecewakan oleh masa lalu,
Ketahuilah,
Engkau layak berada pada masa kini,
Berhentilah menyalahi dan membandingkan mereka yang pernah meragut kebahagiaan mu,
Kerna kamu juga punya harga diri,
Kamu adalah insan yang sedang berjalan dalam hidup ini,
Jujurlah pada diri,
Biarkan lah ia meluahkan apa yang sedang dirasai,
Tapi satu saja kamu perlu ingat,
Jangan pernah menjadi orang lain hanya kerana ingin diterima makhluk,
Jadilah diri kamu sendiri,
Kamu memiliki keunikan yang tersendiri,
Berbahagialah dengan apa yang kamu miliki kini,
Kerna mereka tidak mungkin mampu mencuri identiti kamu,
Nikmat apa lagi yang ingin didustai?
Nikmat yang diberi oleh Allah ini,
Ternyata cukup banyak,
Sehingga nyawa yang begitu bernilai ini masih dapat membekalkan sehari lagi untuk kita bernafas, 
Simpanlah kata-kata ini,
Setiap makhluk itu telah ditulis akan rezekinya dilangit sebelum ia sampai ke tangan kamu,
Untuk memetik hasilnya harus punya usaha yang mendatangkan keberkatan dari Allah,
Malahan,
Mulailah dengan ini,
Kawal lah sesuatu yang kamu mampu jangka dan kawal pada diri,
Termasuklah segala perasaan mu,
Andai saja kamu tahu bahawa aku yang menulis ini juga tidak mampu menyampaikan kata² jika Allah tidak berkehendak,
Maka kenapa perlu takut dengan masa hadapan mu,
Bersyukurlah dengan nikmat Allah yang terlalu banyakn
Bergembirlah dengan bekalan dan pertolongan yang telah Allah beri buat kita semua,
Sudah pasti ianya bersesuain buat setiap hamba-hamba-Nya.😁

Bersangka baiklah, fikir yang baik².

Alhamdulillah

Monday 23 May 2022

Mujahadah

MUJAHADAH

Lazatnya orang yang hatinya membesarkan Allah SWT

*Nafsu mutmainnah*ada roh yg seronok utk beribadah, macam mana dia boleh buat maksiat kepada Allah SWT?
Dia akan merasai tak selesa kemurungan, susah, pahit, tak tenang dan kepayahan.

Dia nak buat taat, dia ingat semua orang ni sama macam dia, dia tahu orang yg buat maksiat hidupnya sukar, tetapi orang yang taat hidupnya akan mudah dibantu oleh Allah SWT.

Kemudian dia kembali rujuk kepada hawa nafsu dia. Dan ingat balik apa yang dia pernah rasa sebelumnya. Semua org bermula dengan *nafsu Amarah* (jahil)-dia rasa seronok melakukan kejahatan, syahwat & maksiat. Nak buat taat dalam ibadat badan dia rasa berat.

Dia rasa kelazatan solatnya hari ni berbeza dengan yang dulu. Ketenangan. Dia perlukan mujahadah yang terus menerus dan berpanjangan. Dengan pertolongan Allah SWT yg Maha Agung.

Kalau rasa nak buat maksiat. Dia kena tolak, tak nak buat dosa tu. Lawan sampai habis. Sampai nafsu itu terdidik melalui usahanya itu. Dia kena ada perjuangan untuk capai nafsu mutmainnah itu. 

Moga Allah bantu untuk capai kelazatan, kekuatan, kesenangan untuk sampai kepada Allah SWT. Sabarlah dan teruskan berbuat kebaikan. 

Saturday 21 May 2022

Kutip

Setiap orang yang kita jumpa,
Sebenarnya membuatkan kita bisa mengutip sesuatu dari mereka,
Entah itu baik atau buruk yang ditonjolkan,
Tetapi hakikatnya ada kebaikan buat diri kita.

Untuk versi yang kini..

Begitu juga dengan usia,
Semakin lama semakan banyak yang dipelajari,
Bimbing agar engkau sedar akan kehidupan dunia ini hanyalah sementara.

Monday 16 May 2022

Hijrah

Orang yg sedang berhijrah..
Kita yang melihat tak berhak untuk menilai,
Diuji untuk rindu akan maksiat,
Kepada keinginan² nafsu,
Diuji dengan rasa malas dan berputus asa,
Yang tak pernah buat dosa,
Tapi diuji dengan teringin untuk buat dosa baru,
Apa nak buat bila berlaku macam tu?,
"Peganglah hati kamu dan takut akan Allah SWT"
Penting untuk bersahabat dengan sahabat yang baik, 
Hadir dalam majlis ilmu,
Dan menolak sekuat hati pengaruh² itu.

Sunday 8 May 2022

Jaga Solat

JAGA SOLAT

Jaga solat sunat qabliyah (sebelum- selepas solat fardhu)

Maghrib isyak jangan buat benda sia², hidupkan waktu ni dengan amalan.

Dua waktu yang mulia untuk memperbaiki diri. Allah memberikan pertolongan. Menghadaplah hati ini kepada akhirat. Buat amalan² yg istimewa.

💚Selepas asar hingga maghrib (terbenam matahari)
-Zikir, Mathurat, Rathib, Selawat keatas Nabi
- Kalau siapa ada anxiety, penyakit dia boleh hilang.(Sakit hati, hasad) (REZEKI BATIN)

💚Selepas Subuh hingga (naik matahari)
- Yassin, Al-Kahfi
-Tak tidur pagi, sabda Rasulullah SAW, "Umatku diberkati pada pagi hari"
-eg. Orang yg meniaga tiba² sale dia melonjak. (REZEKI JASMANI)
-"Siapa yg berzikir selepas Subuh, dia dapat hasil rezeki yang lebih cepat"

Demikian yg telah dialami oleh orang² yg melihat dengan mata hati dan orang² yang mengenali Allah. 

-Ustazah Khudaij Alosmany-
9.5.2022

#solat

Wednesday 4 May 2022

Hormat

Hormat mereka seperti mana kita ingin dihormati & jangan pernah mengharapkan balasan daripada manusia kerana tali kebergantungan itu seharusnya diletakkan pada Allah sahaja. Dalam apa jua pengharapan kita.

Wednesday 27 April 2022

Ghafir 40: 64-66

Allahlah yang menjadikan bumi untukmu sebagai tempat menetap dan langit sebagai atap dan membentukkan tubuhmu lalu memperindahkan rupamu serta memberimu rezeki daripada yang baik-baik. Demikianlah Allah, Tuhanmu, Maha Suci Allah, Tuhan seluruh alam. (64)

Dialah yang hidup kekal, tidak ada Tuhan selain Dia, maka sembahlah Dia dengan tulus ikhlas kepada-Nya. Segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam. (65)

Katakanlah, wahai (Muhammad) "Sesungguhnya, aku dilarang menyembah selain Allah, setelah datang kepadaku keterangan-keterangan Tuhanku, dan aku diperintahkan agar berserah diri kepada Tuhan sekalian alam." (66)

[Surah Ghafir 40: 64-66]

Saturday 23 April 2022

Hadis Nabawi #2

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda, "Para malaikat saling berganti, ada malaikat malam dan ada malaikat siang, mereka bertemu ketika solat Subuh dan solat Asar. Kemudian malaikat yang tinggal bersama kamu naik kepada-Nya, lalu Allah bertanya kepadanya, padahal Dia Maha Mengetahui, 'Bagaimana engkau tinggalkan para hamba-Ku?' Mereka berkata, "Kami tinggalkan mereka sedang mendirikan solat dan kami datang kepada mereka sedang mendirikan solat."

(Hadis Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari,Juz 3, No. Hadis, 3051,1470 H/1987 M: 1178)

Monday 18 April 2022

Solusi kepada hati

Solusi kepada hati dalam mendekatkan diri kepada Allah

Berusaha meninggalkan perkara-perkara yang mengundang maksiat kepada Allah. 

Meninggalkan perkara yang sia-sia sebab ini akan mengeraskan hati.  Ianya tidak dapat menambahkan apa-apa iman, zikir atau ilmu akhirat. Membuang waktu. Perkara ini lalai dan menjadi kegemaran syaitan.

Tidak menggerakkan lidahnya melainkan membaca tilawah alquran, zikir dan apa-apa yg dapat ingatkan diri pada Allah walaupun kita tak faham. Menasihati kepada orang islam yang lain. Nasihati kebenaran, kebaikan dan satukam hati-hati orang islam tentang kecintaan Allah dan Rasulullah. Jangan mengadu domba dan jangan pecah belahkan orang islam.

Guna sesuatu yang dapat memenuhi hajat dunia (keperluannya) dimana ia dapat memanfaatkan akhirat dia. Nampak zahirnya macam pekerjaan dunia tapi sebenarnya dia sedang mengerjakan urusan akhirat dia.

Orang agama ni dia tak banyak cakap dan selalu diam. Sebab dia risau, nanti bakal panjang hisab dia depan Allah bila terlalu banyaknya bercakap. Berhati-hati dengan lidah. Semoga Allah kurniakan lidah yang taat kepada Allah. Tak berkata-kata tentang orang lain. (Ghibah= mekipun perkara itu benar tapi tak disukai oleh dia yang mendengar)

-Ustazah Khudaij Alosmany-
19.4.2022

Sunday 17 April 2022

Hadis Nabawi

Daripada 'Ubadah bin Shomit r.a, Rasulullah SAW bersabda,"Barang siapa terbangun pada tengah malam, kemudian berkata, "Lā ilāha illāllah wahdaū lā syarīkalahū mulku walahu'l hamdu yuhyī wa yumīt, biyadihi'l khairu wa huwa 'alā kulli syai'in qadir,Subhānallāh walhamdulillāh wa lā ilāha illallāh wallāhu akbar,walā hawla walā quwwata illā billāh" yang ertinya,"Tidak ada Tuhan selain Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, milik-Nya segala kekuasaan dan milik-Nya segala pujian, menghidupkan dan mematikan, pada tangan-Nya semua kebaikan,dan Dia Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada Tuhan selain Allah dan Allah Maha Besar, dan tidak ada daya dan upaya kecuali daripada Allah." Kemudian berkata "Allahummaghfir li", yang ertinya Ya Allah ampunilah aku, atau berdoa sesuai kehendaknya maka akan dikabulkan doanya, jika dia berwuduk dan solat, akan diterima solatnya."

(Sheikh Nasyirudin Al-Albany, Sahihu'l Jāmi', no. Hadis 6156)

Matlamat kita

Urusan dunia adalah perkara yang kecil,
Tak layak untuk dihasadkan,

Orang yang bergelumang dengan harta,
Itu adalah ujian,

Tanya pada diri, 
Apa yang saya boleh berikan pada agama,
Dan jangan menjatuhkan orang lain (berhasad).

Kita saling bantu membantu jika nampak kelemahan, pimpin dan jangan jatuhkan dia,

Matlamat yang sama dalam nak sampai kepada Allah. (Jenis yang sama)

Gembiralah bersama orang yang memperjuangkan agama.

Jadilah pembantu (support), memperbanyakkan orang supaya jadi sama dengan dia yang taat pada Allah

Nakkan kebaikan, jangan cemburu.

Dia kena cinta (batin), dia kena berusaha (zahir) untuk mengumpulkan ( kembalikan) manusia ke atas jalan Allah.

Saling ingatkan kebaikan dan balasan atas amalan, tak pedulikan "aku lebih baik",
Kerana dalam hatinya hanya nak ajak semua orang kembali kepada Allah.

Semua ini adalah kurniaan Allah.
Allah yang memilih siapa yang diatas dan dibawah dan jangan sesekali merendahkan.

Sesungguhnya kami telah memberikan peringatan ibu kepada segala keburukan (akhlak).

Cinta dunia ni adalah nafsu.

-Khudaij Alosmany-
18.4.2022

Diam-Diam Zikir

Berzikir dapat memberikan ketenangan dan menghilangkan tekanan.

Malam dan Siang

Katakanlah (Muhammad), " Apa pendapatmu, jika Allah menjadikan malam itu terus-menerus sehingga hari kiamat. Siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan cahaya terang kepadamu? Adakah kamu mengerti?" (71)

Katakanlah (Muhammad), "Apa pendapatmu, jika Allah menjadikan untukmu siang itu terus-menerus sampai hari kiamat. Siapakah Tuhan selain Allah yang akan mendatangkan malam kepadamu sebagai waktu istirehat? Adakah kamu tidak perhatikannya?" (72)

Dan kerana rahmat-Nya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, agar kamu beristirehat pada malam hari dan agar kamu mencari sebahagian kurniaan-Nya (pada siang hari) serta agar kamu bersyukur kepada-Nya. (73)

[Surah Al-Qasas 28: 71-73]

Sunday 10 April 2022

Al-Furqan 25:3

Daripada Abdullah bin Umar r.a, dia berkata, "Rasulullah SAW pernah memegang bahuku dan bersabda, "Jadilah kamu di dunia ini seakan-akan orang asing atau seorang pengembara" Ibnu Umar r.a juga berkata,"Bila kamu berada dipetang hari, maka janganlah kamu menunggu datangnya waktu pagi, dan bila kamu berada di pagi hari, maka janganlah kamu menunggu waktu petang, gunakanlah waktu sihatmu sebelum matimu."

(Hadis Riwayat Al-Bukhari) 

(Dr. Mustafa Sa'id Al-Kin, Nuzhatul Muttaqina Syarhu Riyadis Salihina, Jiz 1, 1407 H/1987 M:495)

Hantar

Pada beberapa keadaan Allah SWT akan hantar seorang hamba atau makhluk yang baik untuk membantu menjadi penerus perjalanan hidup kita di dunia.

Samaada kita sedar atau tidak sedar, kemungkinan ianya baru sahaja menghulurkan bantuan seketika tadi.

Carilah disekeliling, kamu akan menjumpainya tak lama lagi.

Thursday 31 March 2022

Tuesday 29 March 2022

Rahsiakan

"Jangan sesekali tunjukkan yang kita bahagia walaupun dengan orang yang kita paling percaya dalam hidup ni."

"Apatah lagi dengan orang yang tak mengenali kita, tentu jauh sekali."

Tuesday 15 March 2022

Rencana Allah

Boleh jadi sesuatu yang kamu suka dan berharap itu buruk buat kamu, dan boleh jadi sesuatu yang kamu tidak sukai itu ternyata baik buat kamu. Sesungguhnya Allah lebih Maha Mengetahui dan kamu tidak mengetahui apa-apa. Tiada yang inginkan kebaikan dengan sebanyak²nya melainkan Allah dan tiada yang melindungi kita daripada keburukan melainkan Allah.

Rencana Allah itu penuh dengan kasih sayang dan memiliki pengetahuan yang sangat luas✨

Monday 7 March 2022

Satu Kata Positif #1

Kalau kita tak dapat apa yang kita suka, maka suka lah dengan apa yang kita dapat.

-FQ-

Saturday 5 March 2022

Jaga Waktu Makan Dan Betulkan Corak Pemakanan Kita

  

3 waktu perut kita rembeskan asid

 Sarapan: 6 pagi - 8 pagi

Makan Tengahari: 12 tengah hari - 2 petang

Makan Malam: 6 petang - 8 malam


Untuk elakkan daripada gastrik dan anxiety.


Jangan jadikan "Malam kamu jadi siang, Siang kamu jadi malam"

Tetapi jadilah "Siang untuk bekerja, malam untuk berehat"

Nasihat Untuk Anak Muda

 1. Kemanakah kita pergi hari ini?

2. Apakah yang kita baca hari ini?

3. Dengan siapa kita berkawan hari ini?

Kerana perkara ini akan mempengaruhi kehidupan kita


Sunday 27 February 2022

Syukur

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memperingatkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), pasti azab-Ku sangat pedih."

(Surah Ibrahim, 14: 7)

Thursday 3 February 2022

Dedau

Terhibur betul saya bila dapat tahu maksud untuk perkataan "Dedau" atau "Berdedau-dedau"

DEDAU = Demam yang kejap ada atau kejap tak ada, demam yang datang dan pergi

Bahasa bumi Hang Tuah

Saturday 29 January 2022

Siapa dulu?

Mungkin aku patut bahagiakan diri aku dulu,
Dan juga orang² yang aku sayang yang ada pertalian darah dengan aku❤

Tuesday 11 January 2022

Sihat :)

Alhamdulillah, Allah bagi nikmat sihat sekali lagi. Rasa gembira dia macam dapat harta paling mahal dalam seumur hidup kita. Kita akan baru menghargai rasa sihat ni selepas kita merasai kesakitan. Ujian rasa sakit itu, Allah sebenarnya nak mengajar kita agar bersyukur.

Alhamdulillah.

Keputusan untuk ujian darah juga dalam keadaan yang normal dan lebih baik.

Satu benda yang aku belajar tentang kehidupan ini adalah..

"Kita ada PILIHAN, dan kita ada HAK untuk tentukanlah apa yang kita MAHU kan."

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...