Sunday, 13 September 2020

5 Broadleaf Weed Collection

Asslamualaikum w.b.t,

Assignment cari weed untuk kita buat specimen herbarium ni memang menyeronokkan, sebab kita boleh perhatikan kecantikan pokok-pokok bunga dan rumput yang memang tak pernah perasan pun sebelum-sebelum ni. Kalau dulu kita suka keringkan kelopak bunga ros warna merah, putih dan pink. Kali ni kita buat lebih besar lagi. Kita boleh nampak hasil usaha kita berbaloi bila daun-daun tu semua kering lepas kita dah lapik atau tindihkan dia dengan benda berat. Masa diploma dulu aku kena cari pokok bunga untuk tampal kat kertas. Bukan cari weed. Ada beza ye weed dengan bunga. Tapi  weed pun berbunga juga..hehe. Memang kena keluar dari kolej cari dekat taman perumahan, padang, dan lokasi yang memang ada pokok bunga. Lepas dah cari lebih daripada 10 jenis bunga kena basuh sikit dengan air supaya tak ada kotoran melekat dekat pokok kita. Contohnya macam tanah ataupun habuk.  Lapkan dengan tisu atau kain betul-betul. Lapikkan dengan surat khabar lama untuk alas dia bagi cepat kering. Tindihkan dengan benda yang memang betul-betul berat macam buku ker.Yang paling penting kena pastikan kita dapat 3 benda ni iaitu bunga daun dan akar sebab ni elemen yang terpenting dan wajib ada. Boleh dapat lebih banyak markah kalau kita berjaya buat betul-betul.

Teamwork aku pernah bagi tips macam mana nak keringkan herbarium tu kalau katakan kita dah tak ada tempat atau ruang nak letak. Jawapan dia tindihkan dekat bawah tilam yang dah berlapik dengan surat khabar atau kertas. Aku dah try memang menjadi tapi daun dia kalau lupa nak check dari hari ke hari dia akan jadi terukssss.. berkedut-kedut. (kita bukan tahu apa jadi kat bawah tu -.-). Maka, penyelesaiannya aku periksa selang 3 hari macam tu sebab nak kekalkan kecantikan dia. Lepas tu yang kedua, kalau ada orang cakap keringkan herbarium guna iron gosok baju tu..jangan ikut sebab tu kerja last minute. Tapikan aku dah try juga tau..haha. Saje nak tengok keberkesananya. Seriously, dia punya daun jadi terbakar teruk walaupun dia kering dan warna dia nampak lain macam sikit dengan yang cara normal kita selalu buat. Aku tak sure nak guna yang tu ke tak, sebab cara dia memang laju, macam instant gitu tapi tak kering betul! Last-last aku pilih method yang lama iaitu keringkan cara biasa. Sebab dia lebih tahan lama, dan lebih kering walaupun kita terpaksa tunggu berminggu-minggu untuk dapatkan hasil yang terbaik. TAK PE KITA SABAR YEE.

Masih segar dalam ingatan aku time kena cari weed pula masa sem 3. Masa aku dulu tukan, haha. Ada part yang kelakar. Di sebabkan terjumpa weed yang memang pelik dekat ladang dan memang jenis macam semak-samun punya pokok. Menjalar. Tapi ada bunga warna pink putih kecil yang sangat lawa membuatkan kitorang rasa macam hishhhh.. rugi ni kalau tak ambil! Aku dengan kawan aku pergi bawa satu semak tu balik kolej. Dalam sepanjang perjalanan tu semua orang pandang kami ni pelik sebab dah lah petang time tu balik dengan keadaan penuh dengan tanah cari weeds. Tangan kanan kiri pegang rumput. (cuba bayangkan macam mana rupa kitorang..ahaha) Seronok! Aku perasan bila semua yang tengok tu pandang tak berkelip. Dah ala-ala artis rasa. Hanya budak ladang je yang faham keadaan ni kan. Tapikan sebenarnya tak perlu pun bawa semua tu. Gunalah gunting ambil benda yang penting je.

Lepas dapat je weed kita nak, terus basuh, lapkan kering dengan tisu atau tuala dan limpitkan dengan benda berat sebelum dia layu dan daun dia mula jadi liuk-piukk (ada ke bahasa ni). Kena pantas ye.  Hari tu juga kena siapkan kerja ni. Jangan tunggu esok. Bahagikan kerja ni contoh sorang buat dua (2) weed untuk hari ni. Nanti esok cari lagi yang lain supaya tak terkejar-kejar.

Kalau nak buat herberium cara aku korang kena pastikan bawa barang ni masa turun cari weed:

1) GLOVE
-pakai sarung tangan sebab weed ni tajam banyak duri, elakkan ambil risiko jaga keselamatan diri baik-baik

2) PLASTIC SAMPAH YANG BESAR
-Bawa banyak sikit. Nanti boleh simpan bila dah jumpa. Senang nak angkut masa berjalan

3) GUNTING
-Kadang weed ni ada batang yang keras dan lembut. Mana yang degil tu korang gunting je.

4) MINI TOOL
-Nak jaga kecantikan akar dia yang mudah sangat terputus. Akar taproot tu susah nak tarik. Akar fibrous tu lagi lah cepat sangat putus. Jadi guna mini tool ni cangkul perlahan-lahan atau boleh je guna tangan tarik slows-slow. Nak pinjam cangkul yang besar tu pun boleh.

5) BOTOL YANG BERISI AIR
-Untuk kekalkan kesegaran pokok yang ada akar, bunga dan daun. Lepas je kita cabut dari tanah atau petik. Pokok memang mudah layu. Jadi bila kita rendam kejap akar dia dalam botol tu. Bagi dia segar sikit sebelum kita keringkan. Jauh lagi perjalanan nak cari weedsssss. Tapi kalau tak ada botol ni...boleh try jangan pisahkan akar dengan tanah yang melekat tu. Biar je dia kat situ. Supaya pokok tu tak terkejut.

6) EXTRA INFO
-Masa cari weed.. tengok dulu cuaca hujan ke tidak.
-Kalau hujan banyak lumpur melekat dekat akar dia, dan kadang tu susah nak tarik pokok tu.
-Kalau panas pula, mudah tarik tapi kita la yang berpanas..haha
-Mana-mana pun boleh yang penting rajin :)
-Kreteria yang lain untuk specimen weed ni adalah...adakah ia muat untuk ditampalkan keatas kertas???? Kena fikir-fikirkan. Tak besar sangat tak kecik sangat. Cantik ke, buruk ke? Kena pilih pokok yang lawa yang daun dia tak ada penyakit atau lubang. Cuba usahakan cari yang korang rasa perfect.

Antara halangan nak siapkan herbarium atau weed collection ni adalah macam kat bawah ni:-

1) Sifat suka menangguh kerja.
-Bila buat lambat, memang  rasa tak keruan bila kawan lain dah siap. Tahu esok nak hantar. Kita masih lagi mencari-cari sampai ke sudah herbarium ni. Dah lah susah nak jumpa! Lepas tu tak pasti ni spesis apa? Apa nama Scientific name dia? Lupa nak catat tarikh dan tempat dia?
-Buat awal, dapat keringkan betul-betul dan elakkan herbarium kita daripada berkulat teruk. Serius teruk rupa dia. Hari pertama kerja dah ada progress. Dan terus buat.

2) Tak ada yang nak jadi ketua kumpulan
- Tak mustahil semua orang akan buat tak tahu dan memang group whatsapp pun sunyi sepi sebab semua tak kisah pasal kerja
-Kena lantik sorang ketua dalam group kita supaya dia boleh 'push' kita untuk lebih semangat buat kerja dan juga adakan beberapa meeting untuk bincang pasal kerja ni.

3) Tak bahagikan tugas
- Mesti ada yang kena 'dera' dalam tiap-tiap kumpulan walaupun kita tak nampak dalam hati manusia tu ada apa. Dah dia sorang je yang sedar dan rasa bertanggungjawab, dia lah yang cari, dia yang keringkan, dia yang tampal dalam kertas, dia yang masukkan dalam fail, dia yang cari nama pokok dan catat semua benda. Habis tu ahli member kita yang lain? Buat apa??
- Kena bincang dan senarikan nama ahli untuk pembahagian tugasan. Boleh je buat dalam Whatsapp tak perlu jumpa depan-depan. Nanti bila hari nak cari tu boleh cari sama-sama ATAUPUN kalau kita terjumpa kat mana-mana. Contohnya balik Kampung ke, bagitau rakan-rakan yang lain supaya tak tercari pokok yang sama. Serius, elakkan dapat pokok yang sama, biarlah berlainan itu lebih baik. 
- Bahagi tugas biarlah adil. Dan semua mesti ada kerja masing-masing.

"Lebih banyak species lebih baik, tapi biarlah berlainan jenis"

Semuanya bergantung juga pada arahan, contohnya kalau dia minta kita tampal rumput tu guna gam. Jadi kena ikut tanpal guna gam. Tapi kalau dia minta guna selotape. Kita tampal guna selotape. Kalau tak cakap apa-apa. Pada pendapat aku, lebih kemas tanpal guna gam yang warna putih susu tu. Beruskan pada tangkai daun pokok yang dah kering dan leper. Lepas tu tampal atas kertas keras. Ni dapat elakkan daripada cepat rosak. Yang paling penting sekali labelkan pokok yang kita tampal tadi. Mana bahagian daun, bunga, batang, dan akar taproot ataupun fibrous dan letak petunjuk macam dekat bawah ni.


Specimen number
 1
Common name
Common purslane
Scientific name
Portulaca oleracea
Family
Portulacaceae
Life cycle
Annual
Name collector

Location of collection

Collection date
14 th October 2019


Specimen number
 2
Common name
Horseweed
Scientific name
Conyza Canadensis
Family
Life cycle
Annual or biennial
Name collector

Location of collection
Collection date
14 th October 2019


Specimen number
 3
Common name
Low amaranth  
Scientific name
Amaranthus deflexus
Family
 Amaranthaceae
Life cycle
Annual, biennial, or short-lived perennial
Name collector

Location of collection
Collection date
27 th September 2019

Specimen number
 4
Common name
Persian silk tree
Scientific name
Albizia julibrissin
Family
Fabaceae
Life cycle
Perennial
Name collector

Location of collection

Collection date
8 th November 2019

Specimen number
 5
Common name
Billygoat weed
Scientific name
Ageratum conyzoides
Family
Life cycle
Annual
Name collector

Location of collection

Collection date
27 th September 2019

Selamat mencuba

Oh Nota Ku [UPDATE]

Assalamualaikum w.b.t 

Hai Planterss semua. Ada yang perlukan pertolongan cemas terhadap subjek yang anda hadapi? Adakah anda pelajar SPM, DIPLOMA ataupun DEGREE. Mari dapatkan nota-nota secara PERCUMA dalam webstite kami. Anda hanya perlu klik sahaja pada link pautan yang tertulis "Oh Nota Ku" dari mana-mana entri didalam blog ini dan DOWNLOAD dengan menggunakan internet data sendiri ye. Dalam nota ini mengandungi dua (2) jenis bahasa yang bercampur iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Semua bergantung pada Terma & Syarat iaitu:-

1) Anda perlu baca terlebih dulu note yang lecturer bagi  masa kuliah kemudian selepas tu jika tak faham boleh baca balik "Oh Nota Ku" dan TANYA SOALAN dalam ruangan komen yang dibuka 24 Jam. 
2) Jawapan yang diberi bergantung pada kefahaman admin sama ada ingat lagi ke tak subjek yang dah lepas-lepas tu. 
3) Doakan admin rajin UPDATE dari semasa ke semasa. Dan doakan juga sahabat kita yang lain berjaya di dunia dan akhirat.
4) Sharing is caring . Jangan lupa sebarkan pada sahabat yang lain. Semoga ilmu ini kamu dapat PAHALA dan dilebihkan KEFAHAMAN dalam menghayatinya.

Dilarang:-
DILARANG guna untuk meniru dalam exam! Tak kira sama ada test, quiz atau final exam sekalipun.Tuhan nampak apa kita buat. Ni amanah paling berat.

[Perhatian] : Nota ini tidak diambil daripada mana-mana pihak sekalipun, cuma ianya adalah nota contengan biasa pelajar yang diubah menjadi PDF format untuk kegunaan semua. 

Jadi.....

(macam buat iklan tutor pula eh)  Aku nak ucapkan terima kasih pada yang bertanya dulu tentang soalan yang berbunyi sebegini..

"KALAU KITA BUKAN BUDAK BIOLOGI, ADAKAH KITA AKAN HADAPI MASALAH NANTI BILA AMBIL KOS LADANG ??" - insanberjaya-

Soalan daripada salah seorang pelajar yang berjaya dapat kos Diploma Pengurusan Ladang baru-baru ini membuka minda aku untuk kongsi cara mudah untuk faham dalam subjek Biologi. Tapi sebelum tu aku minta maaf sangat andai ada kekurangan dari segi penyampaian sebab aku bukan lah pensyarah ataupun sifu-sifu ke cikgu yang hebat untuk mengajar junior-junior yang aku sayangi ni dengan cara yang singkat semudah ABC. Semuanya memerlukan proses dan kita belajar sama-sama. Masa menulis ni aku masih lagi pelajar degree. Aku letak nama dia 'insan berjaya' sebab tak ada keluar nama dalam tu, jadi bila sebut banyak kali. Moga-moga ianya jadi satu doa untuk dia dan kita semua jadi insan yang berjaya. Amin

Semangat betul korang ni kan!

Okey bawah ni senarai tajuk boleh korang rujuk. Nanti boleh guna sama-sama ye.

DIPLOMA


DEGREE

p/s: Admin masih belum melengkapkan lagi bahan yang diberi tapi boleh dibuka ikut mana yang sedia ada dahulu. InsyaAllah, bila ada kesempatan nanti akan ditambahkan lagi. Maaf andai ada kekurangan dari sudut penyampaian, keterbatasan diri, masa dan ilmu. 

Semoga bermanfaat.

[BIOLOGY] Chapter 1: Plant Classification Principle

Taxonomy is the science of naming, describing and classifying organisms.

1) Nomenclature  (the naming of organisms)
2) Systematics (the placing of organisms in groups)

Importance of taxonomy:-
- Boleh menguruskan informasi dan data yang disimpan di dalam sistem dengan baik
- Boleh memberikan scientific names
- Untuk belajar tentang biodiversiti dan perhubungan semulajadi di antara organisma.
- Untuk membangunkan strategi untuk mempertahankan species terancam.

Clasification of plantae:-
-Plantae is a group of oranisms multicells, eukaryote and autotroph and contain chlorophyll.

The full version can Click Here Oh Nota Ku [Biology]

Saturday, 12 September 2020

Setting Kamera Paling Jimat

Assalamualaikum w.b.t

Sebelum-sebelum ini aku tak terfikir pun nak guna "Studio Camera Ring Light" untuk buat rakaman video. Walhal ramai rupanya kawan aku yang beli benda tu masa waktu PKP haritu untuk mudahkan dorang merakam video presentation. Memang cahaya dia cantik dan terletak elok je smartphone kita tu kat tengah-tengah ring cahaya tripod tu. Ada juga yang panjang sikit dia punya stand dia tu ikut ketinggian kita. Tapi entah kenapa baru tahu pasal kewujudan dia bila dah akhir-akhir semester.. Bagi aku harga dia memang mampu milik tapi bila aku pertimbangkan baik buruknya benda ni, rasa TANPA dia pun. 

"OKEY JE VIDEO AKU SELAMA NI"

Led Ring Light 10" With Tripod Stand For Youtube Video And Makeup,Led Camera  Light With Cell Phone Holder Desktop Led Lamp - Buy 10" Selfie Ring Light  With Tripod Stand & Cell
Studio Camera Ring Light. Boleh try cari di shopee.

Aku bukan nak promote barang ye. Tapi kalau ada orang nak hadiah kan aku satu benda ni boleh je sangat-sangat. Jangan segan silu. Aku terima dengan hati terbuka..hehe

Okey serius, cuba bayangkan sebenarnya kita boleh buat rakaman yang hebat tanpa benda ni pun sebenarnya tu sebab tajuk aku pun cara nak "Setting Kamera Paling Jimat".Tak keluar duit walau satu sen pun. Jadi masa aku buat video presentation tu benda yang paling penting kita nak cari adalah macam benda kat bawah ni.

CARA SETTING KAMERA PALING JIMAT

1. Pencahayaan Tempat

Disebabkan aku tak ada halaman yang cantik bak rumput-rumput menghijau untuk outdoor tu. Membiarkan angin-angin sepoi bahasa itu menerpa kearah kulit kita masa tengah shooting. Ala-ala iklan rambut versi amatur. Jadi aku decide buat je rakaman dekat dalam bilik sendiri. Cara dia aku buat dekat area yang dekat dengan tingkap bilik. Ikat langsir siap-siap denga kemas. (kalau ada langsir). Pastikan semua cahaya tu masuk. Mula buat rakaman dalam pukul 8 pagi sampai 12 tengah hari sebab memang lighting dia cantik sangat. Pemandangan waktu pagi memang indah dan menenangkan. Waktu pagi otak kita memang fresh nak mengaturkan ayat dan strategi. Lighting mesti duduk kat depan kita baru lah nampak jelas muka kita.

2. Lense Kamera Handphone

Aku tak adalah guna kamera yang mahal macam nak buat cerita movie tu. Ataupun ala-ala youtuber yang memang handal bab kamera ni. Kami ni student je! Tak semua benda kita mampu miliki. Aku proceed je guna apa yang ada dulu, contohnya kamera handphone Samsung. Tukarkan kamera dia jadi 'back kamera' (yang macam selalu kita buat selfie tu). Buat yang kamera screen tu supaya nampak angle kita okey ke tak okey. Dan nak pastikan yang kita on video kamera tu dulu sebelum mula. Tapi kalau korang ada kawan atau adik beradik yang nak tolong rakam kan pun boleh juga. Tak perlu tukar kamera tu. Boleh terus rakam. Lagi sharp dia punya video nanti.

3. Ketinggian Handphone

Pastikan tinggi kamera tu buatkan diri kita nampak dari paras 'kepala sampai ke pusat' dalam video tu. Maksudnya kena berdiri ye masa bercakap-cakap tu. Bukan seenak-enaknya duduk kat atas kerusi. Nanti badan tu memang betul menghadap ke kamera tanpa senget kemana-mana. Dalam screen tu memang kita berdiri kat centre tengah-tengah tu. (Kalau pembaca berita tv  kat tepikan tapi yang ni memang kita berdiri kat tengah) Badan tu macam mendepa dan memberikan sepenuh perhatian ke arah audience. Bahu kita pun sama macam tu, nanti bila cakap boleh lah buat isyarat tangan tangan semua.

4. Letak Handphone atas rak atau pada buku 

Aku tak ada tripod nak bagi handphone ni berdiri tegak atau melintang. Aku settingkan terus melintang sebab nak nampak macam kita tengah tengok tv  yang luas kiri kanan. (kan semua memang melintang).Kalau present yang berdiri ni, cara dia aku keluarkan semua buku dalam rak mini aku. Lepas tu aku tarik rak tu ketengah supaya lighting tadi masuk dalam video. Aku susun rak tu keatas secara menegak. Letak kamera handphone kat dalam ruang rak kosong tu. Check samada sama tak macam no. 3 tadi. Tak perlu guna earphone. Kalau untuk present yang duduk tu. Aku letak handphone atas meja je. Ambil buku tebal macam kamus, ataupun rujukan semua banyak-banyak susun kat tengah dan letak kamera ikut ketinggian yang sesuai. Masa ni boleh guna earphone.

5. Background dinding

Aku tolak semua benda ke tepi contohnya katil aku supaya tak masuk dalam kamera. Serius nampak lebih proper bila tak ada gambar katil, bantal ataupun teddy bear kat belakang kita. Nanti video tu akan nampak lebih rasmi dan serius dalam perbincangan. Kalau korang nak buat pemandangan menara KLCC pun boleh, laut ke, mana-mana pun boleh ikut kreativiti sendiri dan yang paliing penting korang ingat skrip dan faham apa yang nak disampaikan.

6. Dress Code yang paling kita suka

Aku cari baju yang memang aku rasa nak pakai masa hari tu. Warna yang memang menyerlah dan menarik perhatian ramai supaya semua tertumpu pada aku yang sedangkan menyampaikan info ni. Asyik pakai hitam je sekali-sekala kena bawa warna yang ceria. Bukan ke kita yang nak bentangkan tu? Yang penting ikut SAHSIAH RUPA DIRI. Baju longgar, tutup aurat. Siswa pakai tie dan berkolar  dengan smartnya. Yang siswi pakai baju kurung labih, dan tudung dengan ayunya. 

Okey rasanya itu sahaja tips macam mana nak setting kamera paling jimat untuk kita yang menjadi pemula dan berlatih buat video masa PKP ni. Lepas dah siap-siap rakam tu kena transfer dalam laptop pula untuk kita edit pula.(guna bluetooth pun kena banyak-banyak bersabar). Hah.. yang edit ni boleh guna app 'Wondershare Filmora' sebab yang ni  boleh edit secara offline dan mudah faham macam mana nak guna. Macam mana pun yang pembentangan ni ikut pada lecturer juga, kadang tu ada yang nak secara LIVE presentnya jadi tak perlu lah rakam dan save video pun. Guna je platform macam Whatsapp video, Google meet dan Zoom. Mudah je kan.

Selamat mencuba.

Best ke praktikal ladang sem 3 (DEGREE EDITION)

Assalamualaikum w.b.t

Dulu aku pernah cerita pasal Seronok ke praktikal ladang sem 4, yang mana time tu aku cuba remind balik pengalaman pahit manis masa DIPLOMA sebagai budak ladang. (Eh, korang dah baca ke yang ni?? Jadi, ni nak praktikal ke atau saje-saje nak stalk blog aku..hehe) Mesti yang terjumpa hasil penulisan ini sebab nak buat persedian kebabooom masa hari pertama jadi budak intern kan. Hebat la generasi selepas aku ni. (Kagumnyaa tengok semangat korang semua) InsyaaAllah, pasti ada kebaikan kat mana pun tempat praktikal yang korang dapat. Ini lah masanya untuk kita tunjukkan skill kita yang sebenar. Percayalah ada ke tak wujudnya elaun/gaji itu, satu hari nanti kita akan rasa betapa sweetnya pengalaman semasa zaman belajar a.k.a masa kita muda dan bertenaga tapi banyak rungutan sebab main-main. (okey aku tahu bukan korang yang ni).

Cuba teka aku kali ini dapat praktikal kat mana?

LEMBAGA GETAH MALAYSIA (LGM) @ MALAYSIAN RUBBER BOARD (MRB)

Yup itu dia, sebelah kiri ni dalam Bahasa Melayu manakala sebelah kanan tu dalam Bahasa Inggeris. Yang biasa kita dengar LGM..LGM..LGM kan? Masa belajar dulu pun selalu dengar pasal sektor agensi kerajaan yang popular iaitu Lembaga Getah Malaysia. Dulu aku tak berapa faham sangat masa belajar dalam kelas sebab terlampau banyak sangat agensi perladangan yang hebat-hebat dekat Malaysia ni. Contohnya macam industri daripada KENAF, MPOB, FELDA, FELCRA, RISDA dan lain-lain.Tapi lepas dah buat praktikal kat LGM barulah aku faham siapakah mereka itu. Sebab itulah aku SETUJU je bila ada kawan aku ajak sekali buat Latihan Industri (LI) dengan dia. Dan motif aku ke sana sebab aku nak menjiwai lagi pasal sektor komoditi GETAH kita yang memang besar, dan mempunyai penyelidikan-penyelidikan baru tentang getah yang boleh kita jadikan rujukan untuk buat Final Year Project (FYP) baik daripada segi masalah, penyelesaian bagi masalah ataupun ada idea lain lagi yang boleh kita meyuarakan dimasa akan datang. 

ADA BEZA KE PRAKTIKAL MASA AKU DIPLOMA DAN DEGREE?

Ye. Ada.

Dulu masa aku praktikal dekat RISDA Plantation, boss dan supervisor dah bagi tunjuk ajar dan info dalam tatacara pengurusan ladang dengan sangat terperinci. Contoh dari first pembukaan sebuah ladang, nursery, berapa pokok boleh tanam, baja, tanam polibag, sampailah ke tahap kita dah boleh masuk kilang getah skrap (macam-macam kilang getah, baja dapat pergi). Itu belum lagi masuk part kos-kos yang kita perlu bayar untuk kita buka satu ladang getah, nak bayar gaji perkerja lagi. Ni bukan macam buka estate ladang yang besar tu tau, ni ladang smallholder iaitu orang-orang kampung kita yang kecik-kecik molek. Serius yang ni seronok sebab aku pun baru tahu semua ni dulu. Memang pendedahan yang lebih baik daripada apa yang aku belajar dalam kelas. Nota yang kita dapat itu betul (secara common) tapi dalam dunia ladang yang sebenar-sebenarnya, bergantung pada agensi masing-masing sebab setiap daripada mereka ada strategi yang tersendiri untuk memajukan tanaman komodi kita di Malaysia. Jadi kalau nampak lain-lain itu, kita kena akui kita ni hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan. 

Bagi aku kalau diploma sesuai ambil RISDA atau mana-mana sektor swasta sebab dia banyak buat kerja-kerja ladang. Kalau jenis nak free kebebasan dan tak kenal erti penat lelah boleh tanya terus masa call HQ untuk buat LI. Tanya dorang ada tak ciri-ciri macam yang form aktiviti yang diberikan oleh pensyarah. Tanya satu-satu sampai korang puas hati. Lagi satu biasa student akan tanya ada elaun ke tak. (Biar penat lelah kita terbayar ye idok) Swasta ada elaun tapi bergantung pada agensi itu sendiri. Ada ke tak sediakan penginapan untuk student? Kena bayar ke kalau duduk dekat sana? Tempat makan dekat ke tak? Ada ke student buat praktikal dekat sana? Apa lagi penyelidikan yang dia buat?..tanya dan tanya. Yang penting agensi yang kita pilih itu adalah berlandaskan pada crops jenis OIL PALM, RUBBER, COCOA & PADDY. (sebab tu silibus kita belajar pasal ni) Tapi kalau student dapat crop lain macam jagung, chili, pepper, nenas dan tebu ke? (kena tanya pensyarah boleh ke tidak ye sebab kita budak ladang kena cari pengalaman pasal tanaman terbesar kita)  Yakin lah kita boleh buat sesuatu dan bantu negara kita!

Untuk LGM pulaa..beza dia...

Eh bila nak start cerita pasal praktikal aku dekat LGM ni?

Panjang pula pesanan aku buat junior-junior dan generasi-generasi baru yang aku sangat hargai tahap keberanian korang dalam nak berLI. Mari kita mulakan dengan bismismillah 

Jadi masa hari pertama aku nak buat pendaftaran praktikalkan. Dah parking dah kereta kat dalam kawasan pejabat tu. Nampak dah 2 orang pekerja lelaki tengah borak-borak. Aku tak kenal siapa mereka. Dan kehadiran aku menarik perhatian mereka. Sekali lagi aku diserang penyakit panic nak memunculkan diri sebab awal pagi sangat aku sampai kat pejabat. Sebelum pukul 8 pagi. Bayang kan boss pun tak sampai lagi rasanya. (Semangat betul nak LI). Dan lepas parent aku keluar dan jelaskan tentang tujuan kami kesana, pintu tempat duduk aku dibuka. Paksa aku keluar dan memunculkan diri. Ingat nak duduk je dalam ni sementara tunggu kawan aku tu sampai juga. Last-last, hmm.. nak tak nak, aku terpaksa keluar juga beranikan diri bersemuka dengan pekerja tadi. Sambil menghadiahkan senyuman manis di pagi hari dorang minta aku tunggu kejap dalam bilik meeting. Aku pun masuk ikut pintu utama dan ditunjukkan kat mana bilik tu. Memang kecil rupanya pejabat ni. Tapi sebelum aku masuk ada sorang akak tu ingatkan aku "Dik jangan lupa punchcard". Aku pun check ada ke nama aku kat sini? Sekali , yupp ada!. Terharu kejap aku memang tak salah tempat dan yang paling penting nama aku tak salah eja.

Aku kan tak tahulah nak kata bersedia ke tak nak buat LI sebab LI yang ni pun memang buat masa aku cuti Sem 3 aku (1 bulan setengah).  Di sebabkan ini LI TERAKHIR AKU. Aku kena buat betul-betul!!!!!(sambil bercakap sambil mengalirkan titisan air mata) T^T. Biarlah aku berkorban, meskipun dah tak ada Cutisss-Cutisss Malaysia.

Disebabkan rasa macam lama betul nak start pukul 8 pagi tu, aku pun nak survey lah surau LGM ni kat bahagian mana? Sekali pekerja tadi pun tunjuk kat sebelah tempat parking kereta Hellux tu. Tanpa banyak soal aku pun duduk rehat kejap dalam tu. Nak positivekan minda aku. Nak dapatkan kekuatan hati nurani ini tentang hakikat hari ini. Sunyi. Tiba-tiba....

Aku dengar bunyi bising dari luar.

Dan tombol pintu surau tu dipulas dan bunyi ketukan bertalu-tahu.

Aku pun buka la pintu sekali nampak seorang akak nak masuk surau ni. Malu juga aku dah lah baru datang..haha. Rasanya dia pekerja LGM juga.Aku pula pergi tanya sebab nak hilangkan rasa gemuruh yang tersorok dalam hati dan nak mesra sikit di pagi hari.

 "Assalamualaikum kak, saya (sambil perkenalkan nama & tujuan ) akak ni pekerja kat sini ke?" tanya aku memulakan bicara.

"Ya Dik, Akak pekerja LGM bahagian kewangan. Boleh panggil akak (perkenalkan diri)", jawab akak tadi.

"Oh....Saya ingatkan akak pegawai ladang juga...bla..bla..(ayat aku tak panjang sangat masa borak tu sebab akak tu macam nak solat Dhuha), tanya aku.

"Eh, tak lah akak pakai kain ni takkan nak masuk ladang pula..haha", kata akak kewangan itu. Kemudian dia segera menunaikan solat sunat seusai membentangkan sejadah dan siap-siap pakai telekung.

Lepas habis checklist aku punya surat dokumen penting nak tunjuk kat pegawai LGM nanti, aku pun pandang jam. Dah boleh masuk kerja dah ni. Lepas siap-siap lipat sejadah semua, akak tu pun nak keluar sama. Dah buka pintu. Bila dia toleh dan nampak aku masih terjegat lagi kat situ kan tiba-tiba akak tu macam borak something dengan seorang lagi pekerja wanita dari luar.

"Weyh, aku dah ada kawan baru!", menggunakan nada gembira sambil buka pintu besar-besar dan tunjukkan kearah aku. Habis semua pekerja kat luar tu nampak aku. Aduhai. Mood happy dipagi hari.

Rasa macam terharu pula bila dia cakap camtu. Ye, jujur saya pun suka berkawan dengan akak. Terima kasih sebab menerima kedatangan saya. Senyumm panjang lepas dengar ni. :)

Bila aku masuk je bilik meeting tadi dengan bawa beg sandang aku, sekali lagi aku terkejut. Tak sempat pintu tu tertutup, aku dah nampak kelibat mereka di dalam bilik itu, disekeliling meja bulat panjang pejabat. ADA..

Kawan aku...

CLASSMATE AKU BUAT LATIHAN PRAKTIKAL SAMA KAT SINI?!!!!

Bukan sorang yee, tapi 4 lagi member kat dalam satu tempat LI aku. Maksudnya jumlah semua sekali termasuk aku adalah 6 orang dalam LGM. Jumlah berapa lelaki & perempuan itu dirahsiakan. Tapi doa aku yang dulu tu dah termakbul. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat buat LI ramai-ramai..yepppii. Dan perasaan aku, mungkin ada suatu yang menarik akan berlaku. Kita kena positifkan diri.

Maka cerita kami pun bermula..

WEEK 1

Hari pertama ni macam biasa, breafing pasal aktiviti minggu-minggu yang akan datang. Dan pagi tu sampai ke petang setiap daripada seorang staff LGM dan pegawai ladang masuk kedalam bilik meeting untuk bagi pencerahan tetang apa benda kena buat. Minggu ni memang majikan ladang (boss) belum masuk lagi sebab ada urusan luar. Jadi time ni memang kena buka telinga besar-besar dan catat semua perkara yang penting tu dalam nota kecik. Tak nak telepas walau satu ayat pun sebab kita ni insan yang mudah lupa. Alpa. Bukan otak Einstein. Nota dengan budak ladang memang tak boleh dipisahkan!. (Ingat ye anak-anak, bawa nota kemana saja) Yang paling kelakarnya, aku ingatkan tempat duduk aku tu, tempat yang paling belakang. Rupa-rupanya itulah yang paling depan sekali..haha. Best juga sebab lagi jelas dengar apa yang pegawai tu nak cakap. Satu je aku perasan staff ni suka bila kita banyak bertanyakan soalan dan bagi respon jawpan tiap kali dia ajukan soalan. Jadi korang nanti kena jadi lebih proaktif daripada aku ye..otak kena lincah selincah lintah. Bagi semua idea yang korang rasa bernas dan sesuai. Pemikiran kita sebagai mahasiswa kadang tu tak terfikir dek akal tapi memang logik kalau nak dibayangkan. Cuba jawab ikut apa korang tahu yang mana tak tahu tu cakap je "Maaf, saya tak tahu encik/puan". Yang penting cuba dulu..okey. (Senaraikan je dulu kat kertas)

Salah sorang staff situ kata " Korang boleh jalan-jalan tengok pejabat waktu free". Masa ni yang sesuai untuk kita buat office tour ramai-ramai. Memang kita-kita je kena manage apa nak buat sebab dah besarkan (sambil buat mata sepet pandang sipi.hehe). Staff sini macam tengah sibuk je. Kitorang pun ambil insentif pergi tengok dan baca sikit papan kenyataan kat tepi2 dinding, ambil gambar sana sini, dan kumpulkan seberapa banyak catelog LGM ni kalau boleh untuk buat bahan tulis logbook nanti. Tak notes pasal Carta Organisasi LGM (gambar, nama pegawai & pangkat), Sejarah LGM, Peta LGM, Moto, Visi dan macam-macam lagi . Ada sorang akak tu punya lah baik hati tolong print outkan misi dan visi LGM. Dia siap print banyak2 untuk kami ni. Aku tak habis-habis dengan rasa terharunya. :)

Bila dah empuk-empuk duduk kat kerusi pejabat tu sampai pusing-pusing ke kanan dan ke kiri, ada part tu memang tak ada kerja nak buat. Mungkin sebab bilangan kami yang ramai, dah tak ada sesi buli 'lipat kertas' ke atau pun tolong 'photostepkan' kerja-kerja dorang. Sekali sekala tu adalah.  Staff lain dah ingatkan yang kita duduk sini walaupun WIFI free siap dengan password semua. Jangan selesa sangat. Sebab apa sahaja korang search dalam tu. Tetap disimpan dan DIREKOD!. Tu nasib baik YOUTUBE pun tak boleh buka. Ada dulu sorang student asyik main game je sampai staff minta tolong pun buat tak tahu. So dari situ dah dapat warning kita datang sini kena jaga ATTITUDE. Jaga maruah universiti kita, yang paling penting maruah diri kita. Ada mata yang memerhati tindak tanduk kita disana.

Bila minggu ni berakhir kitorang masih lagi tak keluar ladang. Cuma apa yang aku dapat belajar, aku baru tahu yang kita kalau nak jual getah scrap atau getah cair dekat kilang getah atau pada LGM sendiri kena ada kad PAT-G. Kad  Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G). Kalau tak ada kena denda hampir beribu juga. Apa kepentingan kad ni bagi orang yang jual samaada orang kampung (smallholder) ataupun, penoreh (rubber tapper)??? Jawapan dia, supaya kita lebih mudah mengenalpasti siapakah tuan empunya tanah. Senang citer PAT-G ni macam kad pengenalan kita (IC) tapi yang ni khas untuk IC ladang Getah. Yelah, tanah orang kampung bukan 1, 2 je kat Malaysia ni. Ramaiiiii, dan banyakkkk. Jadi PAT-G ni dapat menyusun satu persatu pemilik sah getah tu. Dengan cara ini, penyelewangan dan penipuan getah yang di curi dapat dikurangkan daripada berlaku. Sebab dalam kad tu ada gambar kita, nama kita, alamat rumah, keluasan tanah, status, nombor pemegang PAT-G, microcip, dan macam-macam lagi data dalam tu.  Hanya sekeping kad tu je dah ada data maklumat pasal kita. Tunjukkan kad dan jual.

Okey sebelum pergi ke minggu seterusnya kitorang diberikan satu senarai panjang nama-nama penduduk kampung untuk kita telefon. Sebab katanya minggu depan nak buat bancian (census) pasal penyakit pokok getah. Disebabkan bilangan pun 6 orang, kita dibahagikan kepada 3 kumpulan. Jadi ada 2 orang dalam tiap2 kumpulan.Tiap kumpulan diletakkan ditempat-tempat yang berlainan. Masa nak call tu.. memang guna telefon pejabat supaya nampak rasmi sikit dan jimat topup. Kena berlatih dulu nak cakap apa sebelum telefon. Dah lah telefon tu satu je..bayangnkan kena ikut turn nak guna. Aku buat last sekali sebab nak prepare betul2.Tengok jam  dah masuk pukul 3 petang maksudnya dah lepas waktu solat zuhur. Aku pun cakap dalam hati "boleh kot call". Masa call tu, macam2 ragam aku jumpa. Ada yang tak angkat fon. Mungkin sebab busy, yelah dorang mesti kerjakan. Kadang tu berkali-kali juga dail tapi tak dapat juga. Last2 bila aku hampir2 nak give up. Ada someone call balik.

"Kring, kring,.. "

Rasa curious nak tahu siapa tu. Dah lah satu pejabat dengar bunyi deringan tu. Kuat -.-

"Hello, Assalamualaikum. Saya (nama panggilan) pegawai daripada Pejabat LGM Cawangan (nama tempat)... Boleh saya bantu?" aku memulakan bicara dengan menggunakan nada mesra ala2 operater.

"Ye puan saya yang call tadi. Sebab ada perkara penting... bla bla bla (terangkan pasa penyakit pokok/ isu terbaru) ..Baru2 ni ada penyakit baru untuk pokok getah dah melanda kat tempat ni. Jadi kami nak buat bancian kat tempat puan, sebab nak check samada sejauh mana penyakit tu boleh menular. Bukan ke cegah tu lebih baik daripada merawati.", aku pun sambung lagi cerita dan terangkan pasal penyakit getah yang baru tu.

"Oh puan tak duduk kat daerah sini? Kiranya nanti puan nak gantikan dengan akak puan?" tanya aku sebab aku macam pelik habis tu siapa pula yang jaga ladang dia kalau dah duduk jauh macam tu?Rupanya puan tu bukan penduduk tetap dan dia minta gantikan dengan kakak dia masa hari lawatan nanti. Jadi aku pun kata boleh je sebab supervisor aku kata 'boleh gantikan orang' tapi dengan syarat mesti bawa kat PAT-G tu bersama sebagai bukti. Pastu dia pun cakap nanti kejap dia sampaikan pesanan ni pada saudara dia tu.

"Baiklah, untuk settingkan masa dan hari bancian ni puan free ke kalau kita buat hari Rabu pukul 9 pagi? Di (nama tempat)", aku ulangkan balik pertanyaan sebab nak confirmkan. Nak temu janji ni kena banyak kali ingatkan. lepas dia setuju dia cakap suruh telefon lagi sekali sebab takut lupa..hehe

Aku pun matikan talian. Dalam hati alhamdulillah ada juga sorang yang angkat telefon ku..berbunga keriangan hati ini. Aku pun balik semula dalam bilik meeting yang ada tempat duduk aku. Baru je duduk tiba-tiba ada staff lelaki buka pintu cakap. Siapa yang ada call puan (nama puan) ?  Sebab dia call balik tadi

Aku pun macam, aikkk macam pernah dengar je nama tu?

Terus cakap "Eh saya yang call", terus aku pun pergi balik kat telefon pejabat tu. Tapi kali ni dalam bilik staff tadi.. (dimana semua orang dapat mendengarnya,baru perasan rupanya satu pejabat boleh angkat call yang sama). Yang call ni pun akak kepada puan tadi. Aku pun cerita balik apa yang aku cakap tadi... pastu habis.

Lepas tutup terus aku perasan staff tadi senyum-senyum. Aku pun senyum balik sambil dalam hati cakap habislah semua orang dah dengar suara aku merepek macam2 dalam tu. -.-

Akhirnya setelah berperang dengan alasan, kitorang dapat pergi turun ladang. Ladang dia jauhhhhhh  nun disana sebab pejabat LGM ni kat tengah bandar. Satu lagi kejutan buat diri sebab aku rupanya dah pernah pergi ladang LGM ni masa aku semester 2 dulu. Kiranya ni kali yang ke-2 aku menziarahi ladang getah depaaa ni, Seriuslah semua pokok dah besar-besar belaka. (Kejutan demi kejutan datang pada aku). Memang dah siap pakai seluar jean, kasut sukan dengan baju ladang. Yang spoilnya orang lain bawa topi tapi aku langsung tak bawak apa-apa. Hanya bertemankan telefon, note book, duit dan botol air dalam beg sandang. Cuaca pun hampir nak ke tengah hari buat pruning dan circle weeding memang haus dia tuhan je yang tahu. Lepas tu supervisor ajar kitorang macam mana nak kenal pasti pokok klon guna daun  getah tu je. Antara jenis pokok yang aku belajar ialah Klon  RRIM 928, PB 350 dan RRIM 3001.

Jenis- jenis clone yang ada boleh rujuk & download SINI:-

RRIM 928 - Leave large, tapered or oval, not shiny
PB 350- Leave round, smooth, shiny
RRIM 928 - Leave same like RRIM 928 but little shiny, tapered.

Baru tahu yang daun pokok ni lain-lain rupanya ingatkan sama je semua, Lepas tu.belajar kenal pasti penyakit daun yang memang secara LIVE nya dapat tengok depan2. Seronokkkk.. akhirnya aku dapat tengok depan2 penyakit dia yang tersirat dan tersurat. (Kini bukan sekadar nota yang aku baca dalam kelas). Rupanya penyakit daun macam Fusicoccum Leaf Blight, Bird's Eye Spot, Oidium Secondary Leaf Fall, Corynespora Secondary Leaf Fall. Ini semua penyakit common disease yang memang dah biasa sangat hampir semua ladang ada penyakit ni. Maksudnya kat mana-mana ladang getah ada penyakit ni, dah biasa di serang dan tak jadi masalah sangat pon. Tapi yang penyakit baru tu yang bahaya sebab dia boleh kurangkan jumlah susu getah (latex) dan mengakibatkan luruhan daun yang extreem. Apa penyakitnyaa..? Korang kena datang LGM dulu baru tahu..hehe. Hint dia, bukan penyakit akar pokok getah lagi ye.

Lepastu kita  balik office LGM guna kereta Hellux yang besar tu siap ada lambang logo LGM lagi.


WEEK 2

Pergi melawat LGM Cawangan Negeri lain sebab ada meeting pasal bancian yang bakal kita lakukan. Jadi kat sini aku ramai-ramai dengar pegawai LGM dari pelbagai negeri bagi pendapat dan pandangan tentang apa yang berlaku tentang penurunan harga getah yang kita alami kini. Macam2 aspek yang perlu dititikberatkan contohnya smallholder, negeri dan dunia. Masa pergi ni memang kena duduk dalam bilik meeting lagi, dengar, tulis dan catat apa isi penting dia. Daripada gaya penyampaian para pegawai LGM, nampak sangat berkarisma dan well prepared dengan slideshow dia, gaya cakap & interaksi dan juga perbincangan dari step pertama hingga akhir yang sangat terperinci. Profesional tinggi macam semua benda ada dekat dalam kepala mereka. Aku rasa macam wow. Dunia kerja yang sebenar macam ni rupanya?

KERJA KERAJAAN PEGAWAI LADANG MACAM NI RUPANYAA!, jerit aku dalam hati. Kagum.

Lepas habis makan-makan free tengahhari tu sama-sama dengan kawan aku. Nasi ayam dengan air sirap limau yang sedap. Ramai yang pegawai yang dah bersurai dan pulang ke tempat masing-masing. Sebab kitorang pergi ni pagi sampai petang memang kena jama' qasar lah solat Zuhur dan Asar dia sebab tempat ni jauh dari negeri asal. Dah ala-ala musafirkan. Then semua balik.

Hari seterusnya baru pergi buat bancian dari ladang ke ladang getah milik orang kampung.Dah siap juga pakai baju ladang seperti selalu. Apa yang bestnya part ni adalah ladang dia memang jauh-jauh dan berasingan. Jadi sepanjang hari ni memang berjalan je keje..haha. Nampak macam pergi bersiar-siar kan tapi dalam kepala ligat berfikir dan susun ayat nak tanya soalan dekat orang kampung nanti. Dekat tangan kitorang ada kertas Questionnaire pasal maklumat tanah dekat area situ dan beberapa flayers tentang simptom penyakit daun getah. Jadi satu kertas ada beberapa soalan penting khas untuk seorang pemilik kebun. Questionnaire ni macam orang pergi buat banci daripada rumah ke rumah la.  Tanya berapa orang anak, semua tapi ni versi ladang ladang ke ladang ye.Kena tanya dia punya management ladang tu macam mana. Sambil tanya tu kita akan kutip sampel biji getah dan daun pokok untuk buat rujukan nanti. Jadi time ni memang kena prepare beberapa beg plastik lutsina dan labelkan untuk kita simpan dan bawa ke LGM nnti. (Dah macam ala-ala ekspektor dahkan)

Maka tibalah saat giliran aku pula bertanya kat orang kampung. Masa tu datang memang petang dan betul2 buat mesyuarat tingkap kat depan rumah makcik & pakcik ni. Sambil kita mengatakan apa tujuan sebenar kita datang sebab sebelum ni kan dah call semua cakap nak buat banci. So kita kena terangkan sekali lagi. Tiba-tiba makcik tu ajak masuk rumah dia...haha

Aku ingatkan sekejap je. Takpelah sebab nak jaga hati makcik yang dah berumur tu. Aku pun buka kasut dan masuk rumah dia. Ingat nak berdiri je tapi dia suruh duduk pula. Kata makcik tu suami dia kalau kita cakap tak berapa nak jelas dengarnya dan tak berapa ingat semua benda jadi aku kalau nak tanya kena tanya kat makcik tu ikut apa yang dia ingat. Aku pun isi maklumat diri ikut pada kad PAT-G yang dia bagi dalam form Questionnaire tu. Bila tiap kali aku tanya soalankan mesti kena ulang-ulang banyak kali sebab makcik tu suka cerita banyak benda. Aku rasa macam cucu kesayangan pula bila dia borak mesra macam tu. Makcik tu cerita dia ada penyakit ni, pakcik tu ada penyakit tu. Aku as orang baru kat sini, tumpang telinga jelah sebab biasanya orang kalau banyak cerita ni mesti sebab dia dah lama pendam perasaan tu. Biarlah. Akhirnya habis juga sesi temuramah. Lama juga rasanya. Aku pun cakap terima kasih sebab banyak kongsi pengalamann. Bila tengok kawan-kawan aku dan pegawai ladang dah balik lepas round-round ladang dia. Dalam hati aku cakap camni.

"Korang memang tahu makcik ni memang 'ramah' kan?" sambil buat senyuman panjang penuh makna.

Tu sebab semua larikan diri. Haha.

Bila dah habis salam salaman sebelum Covid-19 melanda negara. Aku tengok makcik dengan pakcik tu happy bila dapat borak-borak dengan aku. Aku pun happy juga bila ada orang suka kita. Jadi apa yang aku belajar saat tu. Bukan setakat kerja je. Kita ada bonding atau ikatan silaturahim yang baik dengan pekebun kecil negara kita. Dorang manusia juga. Punya perasaan maa... Jadi berbalik pada ladang. Aku faham kenapa ada yang tak mampu usahakan ladang mereka dengan baik. Ada ladang pokok dia dah tua dan tertinggal macam tu je. Dah stop toreh, tanah langsung tak diusahakan dengan tanaman lain. Semua sebab faktor umur. Orang yang rajin turun ladang ni semua. Dulu waktu muda mereka rajin & kuat. Kini kudrat itu berkurangan sedikit demi sedikit kerana sudah terlalu tua. Bila ditanya tentang waris seterusnya. Anak-anak tak minat nak teruskan empayer ni. Di mana kah generasi muda masa kini? Yang sudi membantu sektor perladang tanaman komoditi negara? Siapa yang bertanggungjawab itu?

"KITA LAH BUDAK LADANG"

"HARAPAN KITA UNTUK MEMBANTU IBU BAPA , NENEK ATUK KITA"

"KITA BANTU DIRI SENDIRI JUGA UNTUK DAPATKAN PEKERJAAN SELEPAS HABIS MENUNTUT ILMU, KITA LAH OWNER DAN PENGUSAHA TANAH TU"

"KITA BANTU RAMAI ORANG TERMASUKLAH DALAM MENGEMBALIKAN SISTEM EKONOMI NEGARA"

"KITA DAPAT PENGALAMAN DAN KITA AJARKAN PADA ORANG LAIN"

Apa yang kita belajar sepanjang dekat universiti & praktikal semua ni tak sia-sia. Ilmu tu terus menerus mengalir sampai bila-bila.Satu hari nanti industri perladangan ni mesti akan naik dan dipandang masyarakat. Sebab kita ni start daripada raw material. Kita lah yang usahakan daripada semetah-mentah biji kecil tu hinggalah dia jadi besar gedabak dengan Izin-Nya.

Aku teringat kata-kata cikgu masa aku ambil kelas memandu dulu. Ada sorang pelajar cina ni dia cakap kenapa dia tolong mak ayah dia bercucuk tanam lepas habis belajar. Bukan sekadar hobi malah bercita-cita nak jadi pekebun yang termasyur. Walhal bila  kita jadi seorang pekebun pakaian kita tak seperti orang kerja pejabat. Dengan Tie & kemeja semua. Hakikatnya Kita pakai topi jerami, baju pun dah lusuh dan sanggup menadah kearah cahaya matahari yang perit namun menyihatkan. Ayat dia penuh dengan inspirasi.

"KITA BERJASA PADA TANAH, TANAH ITU AKAN BERJASA PADA KITA"

Kalau bukan pokok getah pun boleh je nak tanam benda lain. Ada sorang pekebun tu dia tanam pokok cili guna kaedah fertigasi (fertigation) dalam polibag, tanam pokok durian belanda, pisang,  betik, terung, bela ayam belanda, bela itik, kambing, lembu dan macam-macam lagi. Nampak macam tak pentingkan. Akhirnya kita juga yang makan semua ni sebab keperluan dan juga kita dapat pendapatan yang baik.

Seronok sebenarnya bila kita ada passion nak buat aktiviti tanam menanam ni. Mungkin tak ada ladang lagi. Boleh try semai dulu dalam pasu. Biar ada stok pokok baka terbaik yang kita pilih setelah sekian lama. Kita tak akan tahu dimana terletaknya rezeki seseorang itu sehinggalah dia berjaya mengecapi impian dia.

Hari seterusnya aku buat bancian ukur lilit pokok getah dekat tanah orang asli. haaaaa.. Maka cabaran baru pun bermula. Tanah orang asli ni tak rata rupanya. -.- Tanah dia memang berbukit, bergunung ganang. Curam. Aku rasa orang yang biasa hiking mungkin suka tempat-tempat macam ni. Kaki tu kena langkah besar-besar macam ada longkang gergasi kat depan tu. Kau bayangkan nak turun daripada laluan ladang dia tu rasa macam nak tergelincir kebawah ikut serpihan batu-batu yang ada. Tanah kat situ warna merah menandakan ianya agak berasid, pH rendah. Rasanya memang kena pilih kasut ladang yang betul-betul grab tanah tu. Biar mencengkam kuat. Brek. Aku cuma mampu pakai kasut sukan je..meh. Tu yang macam main ski je rasa..haha

Tengah bergayut memaut batang-batang pokok yang ada sebab nak imbangkan badan masa turun naik ladang getah curam tu. Tiba-tiba hujan turun lebat, selebat-lebatnya. Tak sempat langsung nak patah balik semula kat kereta Hellux tu. Memang basah kuyup haritu.Supervisor aku punya lah baik  hati buatkan tempat berteduh untuk kita orang guna daun-daun pokok yang ada kat situ..haha. Macam seorang ayah dah rasanya. Tak pernah dalam sejarah ada yang sudi membantu kami sebagai pelajar praktikal. Sebab time tu aku berdua ke dengan kawan aku. Kawan aku pun senyap aku pun ikut jelah dia. Dalam 10 minit macam tu kot. Kitaorang pun bergerak sambung balik buat bancian ukur lilit pokok getah. Tapi supervisor aku yang tolong bacakan sebab tak nak risiko kan diri dengan keadaan waktu.  Dah lama tak main dengan air hujan nih.

Lepas tu kitorang terus balik ke pejabat LGM dalam keadaan basah. Ada yang pegawai hantar balik rumah sebab kitorang tak bawa baju spare untuk gantikan baju yang asal ni. Ni jadi peringatan juga untuk aku supaya bawa baju  & seluar lebih sikit sebab kita tak tahu apa yang terjadi. Tu yang ada pepatah sebut "Sediakan Payung Sebelum Hujan". Jadi aku pun balik lah rumah terus bersihkan diri sebab tak nak demam. Esok dah lah ada kerja lagi kena buat. Tetiba aku baru teringat, aku punya beg tertinggal dekat pejabat. Dah lah ada logbook sekali dalam tu. Habislah. Nanti jadi dua kali ganda kerja. Aku pun buat keputusan pergi balik pejabat LGM untuk ambil barang. Masa tu jam hampir pukul 5 petang (orang dah nak balik kerja ikut office hour). Lepas ambil tu ada terserempak dengan sorang staff LGM. Aku ingatkan dia datang dekat dengan tempat Punch Card tu sebab nak tolong Punch card kan kitaorang punya punch card. Sebab kawan-kawan aku semua dah balik rumah masing-masing. Jadi aku pun senyum dan terus berlalu pergi tanpa buat punch out kad tu..katanya dia boleh buatkan.

Keesokan harinyaa...


Aku tengok punch card aku tak ada  yang punch langsung. Aku try check kawan-kawan aku punya kad.

KOSONGGG?!, jerit aku dalam hati sebab terkejut dan tak percaya.

Hmmm..(aku termenung kejap pandang mesin tu). Menyesalnya kenapa lah aku percaya sangat dengan dia tu. Lagipun dah sipi-sipi dah semalam tu lepas ambil beg tu, patutnya aku buat lah punch out.Aku tak buat pon Malahan, aku tak buat untuk kawan-kawan aku sebab staff tu dah warning juga "Kalau boss tahu, apa yang kita buat ni, kompem kena marah" Sebenarnyakan dia selalu perhatikan apa yang aku buat sepanjang aku LI kat situ. Seram juga tapi nak buat cam manakan. Kita datang tempat orang kenalah lah ikut peraturan kat situ. Lagipun tak baik tipu menipu. Punch cardkan untuk orang lain itu satu kesalahan yang besar. Di manakah letaknya kejujuran mu, sedang ALLAH Maha Melihat akan setiap perbuatan kita itu?

Baik.

"Bagus staff LGM ni, JUJUR dan AMANAH", aku senyum sebab itu perbuatan yang terpuji. Sedikit sebanyak aku meletakkan kepercayaan dan pandangan yang tinggi pada para pegawai tanah air kita di Malaysia. Alhamdulillah.

Aku sebenarnya tak kisah sangat pasal kejadian ni sebab bagi aku memang sepatutnya tu tanggungjawab aku. Bukan dia. Lepas tu dah alang-alang aku dengan kawan-kawan aku senasib tak punch out. Biarlah UNITY kan. Secara berjemaah lah kita bersama menghadap ujian ini. Bila sorang salah semua kena rasa hukumannya. Tapi tak ada hukuman pun cuma tak bestlah kita hari-hari datang tapi tak lawa plus tak cantik pula rekod kehadiran kita tu. Nanti junior-junior aku esok jangan lupa punch card ye dan photostep sekali sebelum habis LI untuk letak dalam report kita. NI PENTING!

WEEK 3

Minggu yang ketiga, apa yang menariknya bila dah tiap-tiap minggu duduk office dan ladang sekali sekala adalah sebab jumlah kami yang 6 orang ramainya ni. (Aku dah tak rasa macam kesorangan, ada juga kawan nak diborak dan hadapi kerenah masing -,-') Jadi bila tiap kali tiba waktu rehat  dalam pukul 1 sampai 2 petang kita memang akan pergi makan sama-sama. Time ni memang kawan aku yang jadi driver tak bergaji bawa kita pergi makan lunch kat EON, MC'DONALD, Kedai warung tepi jalan, Seven Eleven, beli Ayam Gunting kat sekolah dan macam-macam tempat lagi. Dah office LGM ni pun memang tengah2 bandar. Maka kereta yang jadi mangsa adalah kereta kawan aku sebab kitorang jadi penumpang yang tak bersalah kat belakang (tercalon sebab pandai parking dan sabar dengan trafic jem)..hehe. Benda ni berlaku tiap kali waktu rehat kalau supervisor tak bawa kitorang pergi makan kat luar dan belanja makan (benda yang jadi isu berat selalunya adalah nak 'keluarkan duit belanja untuk kami makan' BER ENAM..mahu beratus nak minta claim kat boss..kan?), jadi kami tak mau gaduh-gaduh, susahkan siapa-siapa dan serabutkan masalah tu sebab kitorang cool je dan terima seadainya. Kalau nak belanja, belanja lah, kalau tak nak pun tak mengapa. Tapi memang best bila waktu rehat nih.. dapat jalan-jalan daripada asyik duduk selama separuh hari menghadap office tu lama-lama. Tapi masa makan dengan kawan-kawan ni kena bayar sendiri lah ye. Harap ada yang baik hati boleh lah belanja kawan-kawan sekali. Macam kawan aku dia selalu belanja makan aiskrim, dengan keropok..(saje nak bagi contoh). By the way, aku sebenarnyakan dah lama tak makan MCD tu, dan bila dorang bawa aku ke sana.. aku terkejut sebab sekarang kena order guna machine je. Maka tahulah berapa lama aku menghadap mesin touch screen tu nak minta pesanan. Orang lain dah ambil tempat duduk dah. Harga pun memang telan air liur. Mahelllnya!. Aku rasa kedai warung yang jual nasi lauk tu kira lagi murah, sedap, kenyang dan menjimatkan duit student. Tapi kali ke-2 aku pergi aku dah boleh laju sikit order tu.

Ada satu lagi benda yang paling best berlaku dekat LGM bila time hari JUMAAT. Majlis Makan Besar. Dapat makan ramai-ramai dengan semua staff dan boss. Kitorang semua kena bawa makanan daripada rumah, (boleh masak sendiri ataupun beli je kat mana-mana) lepas tu hidangkan dekat atas satu meja kat tepi pejabat. Memang besttttt yang ni. Rasa macam satu keluarga. Ada lauk sambal petai, rendang daging, roti jala dengan kuah kari, nasi impit dengan serunding kelapa, sandwiches, air gas dengan ice cream vanila, kek marble, bubur kacang hitam, nasi goreng, mee goreng, kek batik dan macam-macam lagi. (asyik cerita pasal makanan jekan..haha). Memang time ni tak perlu risau nak rehat kat mana? Sebab tak keluar pergi mana-mana pun. Makanan semua dah tersedia terhidang depan mata. Memang boleh makan berulang-ulang kali. Nak habiskan terus pun boleh. Tapi staff lelaki semua pergi solat Jumaat la time zuhur tu kat masjid berhampiran situ. Sebab hari jumaat ni waktu rehat dia panjang sikit berbanding hari-hari lain.Yang staff perempuan boleh rehat dan solayt dekat surau yang LGM sediakan.

Selain tu bila ada waktu lapang lagi, kitaorang akan 'tapau' atau bawa bekal sikit makanan dari LGM ke rumah sewa kawan aku dekat2  dengan area bandar tu. Dekat je sebenarnya tak sejauh rumah aku ni hah. Kali ni kawan aku bawa guna kereta Myvi dia. Memang seronok, alhamdulillah ada juga orang sudi tumpangkan dan ada tempat berteduh dari hujan panas. Rumah sewa dia macam homestay SERIUS!, kalau tengok dah macam hotel dah design rumah tu. Ada kelengkapan macam kat rumah, bilik tidur, dapur, alatan memasak, dua ruang toilet, ruang tamu, tv astro, peti ais, karper berbulu, cermin dan air cond okey..ala-ala rumah orang kaya..dalam hati cakap betul ke ni rumah sewa? (sambil muka tak percaya dan macam nak promote rumah sewa dah gayanya) Tapi memang tenang, setenang-tenangnya rumah tu.  Pencahayaan dia pun cantik je bila masuk melalui corong-corong tingkap dia. Sampai tertidur menunggu waktu start kerja lepas waktu zuhur hari Jumaat tu sebab nak rehat. Mengantuk. Entah lah duduk office lama-lama pun penat. Mungkin sebab tak banyak bergerak kot. Sambil tu yang mana nak siapkan logbook ladang, makan ke, tengok cerita ke silakan manfaatkan waktu-waktu begini. Janan lupa tunaikan solat zuhur nanti. Nanti bila balik office dah boleh bersemangat balik sebab dah charge energy siap-siap tadi.


WEEK 4

Minggu yang ke empat dah tak boleh main-main sebab majikan dah bagi tugasan Case Study yang agak mencabar juga. Rupanya apa yang kami lalui sebelum-sebelum ini merupakan bahan yang kita kan guna untuk tulis dalam Case Study LGM ni pula. Jadi kerja kita pun bertambah macam formula kat bawah ini

LOGBOOK (minta t.tangan supervisor & boss)  + CASE STUDY (dapatkan approve dengan boss)+ PRESENTATION (depan boss) = HABIS INTERN


Tu sebab aku cakap jangan tangguh-tangguh kerja yang ada. Lagi-lagi logbook kita tu, aku pun paksa diri untuk tulis logbook tu tiap-tiap hari sebab memang balik pukul 5 petang tu penat dan tak sempat nak tulis semua perkara. Rujuk dan ingat balik guna gambar yang kita tangkap sebagai bukti, buku nota kecil yang kita catat dan sumber-sumber rujukan daripada buku LGM, internet dan pamplet je  dapat bergantung untuk lengkapkan jalan cerita dunia LI ni. Tu tak temasuk lagi nak tanya staff dan boss macam mana nak buat? Hah,memang kena kuatkan semangat nak bertanya tu di samping  memerlukan keberanian yang tinggi. Sebab kita pun still belajar lagi benda baru. Bukan semua benda kita tahu. Bertanyalah pada yang pakar. Kalau dah ramai2 ni boss tak datang kat kita. Tapi kita yang kena datang kat tempat dia. Maksudnya meja dia.

"BIAR KITA YANG MENUNGGU GURU, BUKAN GURU YANG MENUNGGU KITA"

Bila dah tanya tu sebenarnya aku pun tak pernah buat Case Study tu untuk seumur hidup aku. Aku buat je dulu lepas siap baru tunjuk kat boss . Sebab Case Study tu macam satu KAJIAN KECIL yang kita buat kat dalam satu kelopok kawasan. Tajuk dia pun kita kena cipta sendiri berdasarkan pada content yang kita nak buat. Hah gitu dong! Aku rasa bertuah sikit sebab aku buat partner dengan kawan aku yang memang pandai bab kira mengira ni. Alhamdulillah. Jadi bila something tu tak menjadi dia selalu tunjukkan cara yang betul kat aku. Aku harap satu hari dia lebih berjaya daripada aku. Memang nampak ada ciri-ciri pegawai dah tu.  Jadi kitorang ada 3 group yang tajuk dia berlainan. Macam aku aku dapat tajuk yang dirahsiakan..hehe. Kalau nak tahu lebih lanjut kena LI dulu dekat LGM.. Benda pertama yang terbit dalam minda aku adalah "Macam mana nak buat Case Study nih". Katanya bila dah degree kita memang takkan terlepas daripada dunia kajian. Tekad & hadapi semua ini!

Jadi boss aku bagi aku 5 benda yang mudah:-

-Cover page
1) Introduction
2) Problem Statement
3) Research Methodology
4) Result & Finding
5) Conclusion
-Reference

[REMINDER] Yang dalam bentuk 'numbering' tu semua WAJIB ada dalam slide presentation. Aku haritu yang part 'Research & Methodology' tu terlupa nak letak. Terus boss tegur dan mungkin mempengaruhi pemarkahan..huhu. Tapi bagus juga bila kita salah orang betulkan. Boleh ingat sampai bila-bila. Dan ada lagi teguran penting daripada majikan sendiri, bila buat slide pastikan semuanya JUSTIFY ye! Jangan sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Pening nanti kepala. Yang "Reference" tu untuk rujukan sendiri-sendiri sahaja. Tak nak letak pun tak pe.

Bawah ni paling penting!!!

WEEK 5

TIP memikat majikan dalam presentation yang terakhir adalah DRESS CODE ikut SAHSIAH RUPA DIRI  yang sopan dan kemas dengan:-

- Tie dan baju berkolar untuk siswa dan baju kurung bagi siswi.
- Kasut pula bertutup. (berkilat-kilat)
- Kalau korang ada baca batch koperat dari universiti itu pun sangat-sangat dibenarkan.
- Jangan pandang slide masa bercakap (confident je speaking..walaupun grammar ke laut)

Sebenarnya majikan sentiasa memerhatikan kita punya pemakaian ni. Kadang tu nampak je dorang diam  tapi dalam hati siapalah yang tahu. Dan kadang tu dorang akan test kita samada kita ni patuh dan ikut arahan atau tak.

Etika pemakaian tadi tu bukan hanya untuk present semata tapi bila ada  MEETING dekat mana-mana tempat sekalipun memang pakai macam tu. Pernah ke kita tengok orang pakai baju ladang masuk bilik meeting? Seluar jean penuh lumpur? Kasut sukan busuk? Jumpa dengan CEO syarikat pula tu? (mestilah tak..sebab semuanya orang-orang koperat). Dan kalau boss kata esok pakai baju ladang sebab turun ladang barulah pakai. Tapi kalau dia kata esok ada meeting ke apa..haaa. Pakai lah kemas-kemas, segak-segak, cantik-cantik, cun semuaa.. nilah masanya nak rasa macam kita duduk dekat alam pekerjaan yang sebenar.

Kalau boss senyap je, acaner tu? Ehem... Kitalah kena BIJAK memahami suasana dan arahan mereka. Paling selamat korang bawak je baju spare simpan dekat dalam beg ke, meja atau loker untuk kita pastikan event-event dia. (Bukan hari-hari ye..ikut pada situasi atau bincang je nanti dengan majikan kita untuk kepastian)

Macam aku cakap tadi baju Koperat ladang (berkolar) memang PILIHAN TERBAIK! Nampak COOL!

Dan mestilah kita nak banggakan universitikan. Dari jauh kita datang, Takkan tak nak pula?. :)

Syukur sangat masa present ni hanya boss sahaja yang jadi juri. Sebab masa tu semua pegawai agak sibuk menguruskan beberapa jenis tugasan yang tak dapat dielakkan. Dan yang jadi pendengar sepanjang perbentangan dalam bilik meeting tu adalah majikan dan sahabat LI tadi. Rasa gembira sangat bila dah lepas present dan dah habis LI.

Lepas dah habis tu boss minta salinan soft copy report Case Study untuk kita SUBMIT ke email dia. Katanya nak masukkan rearch kita tu dalam majalah LGM musim hadapan nanti. Wow!

Dan yang pasti report tu juga nanti kena hantar pada HQ LGM bila diminta lepas kita habis dalam 2,3 bulan lepas LI camtu untuk rujukan pihak ke-3. Jadi jangan Delete pula report kita tu lepas habis. Dan waktu ni  memang tak menang tangan nak minta cop dan tanda tangan majikan, supervisor semua. Habis sticker note kawan kita guna nak jadi penanda bagi tiap muka surat yang diperlukan dalam logbook. Bila fikir balik...bukan tak nak hantar awal-awal. Sebenarnya dah siap awal tapi semua pakat nak hantar last minute. Aku rasa ni kesilapan paling besar dalam LI.

Adik-adik tolong sangat hantar awal buku Logbook untuk setiap minggu. Ni nak elakkan korang daripada pening kepala bila dah keliru nak minta disemak bahagian mana. Tanya majikan dia nak tanda waktu bila? Kalau tak jadi camni, Ramai sangat supevisor punya cop kena minta. Pergi jumpa sorang-sorang. Lepas tu jangan lupa tinggalkan 2-3 muka surat dalam logbook untuk HARI YANG TERAKHIR + COP majikan. Sebab apa kena buat macam ni?. Sebab hari last pun dikira LI juga dan kita tak munking nak ulang balik pergi tempat Praktikal kalau dah duduk jauh-jauh ni semata-mata nak minta cop. Mereka pun sibuk dengan kerja nanti.

Hari yang terakhir memang makan besar-besaran juga, NASI ARAB lazat dengan macam-macam desert yang disediakan pihak LGM. Kemaskan semua barang-barang yang kita, Dan kitorang pun tak lepas peluang nak ambil gambar semua pelosok tempat praktikal ni lepas dah diserahkan sijil praktikal LGM yang memang sangat membanggakan. Semua supervisor, staff, dan majikan Lembaga Getah Malaysia memang betul-betul sporting dan banyak memberikan buah mutiara kata daripada ilmu yang diberikan.

Sebagai tanda penghargaan dan kenang-kenangan, kita boleh bagi HADIAH buat mereka. Yang banyak berkorban dalam memartabatkan bangsa. Minta restu dan doa semoga dihalalkan semua nasihat dan detik-detik ini dan juga doakan agar kita semua dapat menjadi insan yang memahami, memanfaatkan ilmu dan memberikan kebaikan kepada yang lain.

Alhamdulillah, syukur kehadarat illahi, Allah mengizinkan kini tamat dengan jayanya. Terima kasih LGM kerana memberikan kami peluang keemasan untuk belajar lebih lagi tentang Getah (Rubber) dan mendapatkan pengalaman hebat dalam salah sebuah industri perladangan yang tersohor di Malaysia.

Okey rasanya ini sahaja perkongsian aku tentang Pengalaman Aku Latihan Pratikal (LI) masa degree. Terima kasih pada yang sudi baca sampai habis kisah aku yang masih lagi belajar tentang erti kehidupan. Mana yang baik kita ambil pedoman, manakala yang buruk itu jangan diikut ye dan tegur-tegurlah supaya kita sama-sama memperbaiki diri. InsyaALLAH.

Yang bakal buat Praktikal Semester ni, Teruskan momentum semangat anda!

Good Luck

Monday, 7 September 2020

Ingin Aku Menjadi Sahabat Syurgamu

Aku..

Ingin aku menjadi sahabat syurga mu, 
Yang lebih baik daripada diriku yang dulu,
Ku titipkan ucapan syukur diatas pemberian buku ini,
Ku ingati dan masih ku simpan didalam memori.

Walaupun..
Hasil penulisanku terhenti disini.

Doakanku.

-Sahabatmu-

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...