Friday, 5 July 2024

Resepi Asam Pedas Daging Tetel Sedap

PENYEDIAAN BAHAN

Bahan-bahan A (dikisar dengan sedikit air)

4 biji bawang besar/merah/holland
6 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit (kalau tak ada 2 sudu kecil kunyit)
1 sudu besar serbuk lada hitam
1 inci belacan (option jika tiada alahan-ikan bilis)
10-15 tangkai cili kering (digunting pendek & direndam dengan air panas)

Bahan-bahan B (ditumis)
1 sudu besar halba campur (Biji halba, jintan manis, jintan putih, biji sawi)
2 batang serai (diketuk/dititik)
1 biji bawang merah (dihiris)

Bahan-bahan C 
1-2 sudu besar pes asam jawa (ikut citarasa)
1 keping asam keping
1 sudu besar garam (ikut citarasa)
1 sudu besar gula (ikut citarasa)

Bahan-bahan D (direbus 3 jam)
500 g daging lembu/kerbau (dipotong kecil & dipendekkan uratnya)
Air secukupnya

Bahan-bahan E
Bendi 
Tomato (potong 4)
Bunga kantan (potong separuh)
Daun kesum (buang batang)
Daun limau purut (Di buang tulang tengah daun dan dironyokkan sikit)

CARA PENYEDIAAN

1. Rebus daging tetel bersama air sehingga empuk selama 3 jam di dalam periuk. (Bahan D). Buang lebihan lemak yang terapung pada permukaan periuk dengan menggunakan sudu. (Jika nak kurangkan kalori)

2. Panaskan kuali yang lain, letak minyak dan tumis (Bahan B) sehingga naik bau harum mewangi dan nampak macam garing. Masukkan (Bahan A) yang telah dikisar halus, masukkan sikit air rebusan dan dibiarkan pecah minyak sebanyak 3-4 kali bagi cili tu masak dan warna kuah bertukar menjadi lebih gelap.

3. Pindahkan hasil tumisan tadi ke dalam periuk rebusan daging. Biarkan ia mendidih seketika. Kemudian, masukkan (Bahan C) dan (Bahan D). Kacau rata sehingga kuah menjadi pekat.

4. Agak-agak rasa dia pun macam kena dengan selera kita. Barulah masukkan (Bahan E). Kacau rata sehingga naik bau harum. 

5. Akhirnya, siap untuk dihidangkan dengan nasi putih.

Boleh cuba tengok dekat youtube juga jika nak tahu lebih terperinci tentang asam pedas daging tetel. Yang pasti practice make you perfect gituu. Aku ada rujuk banyak video dan salah-satunya macam bawah ni. Cuma aku ada ubah sikit ikut kesesuaian dan bahan yang ada dekat rumah kita. 

https://youtu.be/BUW8oexN_-U?si=HweEdzos0imHxDTu

Jika nak ubah resepi kepada asam pedas ayam pun boleh juga. Cuma ayam tu masuk je dalam kuah yang kita dah siap tumis. Tak perlu nak pindah-pindah kuali semua. Biar kan je ayam tu empuk dalam periuk. Kebiasaannya saya ikut resepi yang ada dalam video Che Nom sebab dia buat ringkas je tapi sedap.

https://youtu.be/oJiqRWfdKdM?si=5AY_10s89CM_JftE

Kalau nak ubah jadi asam pedas ikan pula, kena pastikan ikan tu rebus sekejap je dalam 2 minit (bergantung pada situsai) lepas tu keluarkan ikan dari kuah ke pinggan lain supaya tulang dia tak terpisah daripada badan ikan. Boleh guna ikan pari, ikan kembung, ikan sardin dan lain-lain). 

Kalau nak pekatkan kuah asam pedas ni, keluarkan juga sayur bendi dan tomato supaya warna bendi tak bertukar jadi coklat dan tomato jadi terlalu lembik plus tertanggal kulit dia sebab dah telebih masak. Asingkan kat pinggan lain duli supaya dapat jaga khasiat sayur tu sendiri.

Ikut pada pengalaman aku makan asam pedas ni, lagi sedap bila dapat buat sendiri dan masak sendiri kat rumah. Serius best. Dapat hidang banyak-banyak. Boleh elak daripada guna bahan perasa MSG dan gantikan guna bahan yang lebih sihat. Boleh kawal junlah minyak, garam, dan gula. Kalau kat kedai biasanya aku jumpa yang terlalu masin tahap lautan paling dalam. Kurang kena dengan tekak. (Lain orang lain citarasa kan?) Tapi baru aku perasan yang sebenarnya asam pedas ni dia sedap bila ada rasa masam tu lebih sikit bila ada bau-bau harum daripada halba campur yang ditumis, bunga kantan, daun kesum dan daun limau purut. Kena pastikan juga yang cili kisar kita lengkap ditumis supaya dapat kurangkan risiko sakit perut.

Semoga bermanfaat :)

Tuesday, 2 July 2024

Bagi Dan Lupakan

Perumpamaan bagi orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah seperti sebutir biji yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi sesiapa yang Dia kehendaki, dan Allah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui. (261)

Orang yang mendermakan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia dermakan itu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih. (262)

Perkataan yang baik dan pemberian maaf lebih baik daripada sedekah yang diiringi dengan tindakan yang menyakitkan. Allah Maha Kaya, lagi Maha Penyantun. (263)

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu merosakkan sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan penerima), seperti orang yang mendermakan hartanya kerana riyak (menunjuk-nunjuk) kepada manusia dan tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Perumpamaannya (orang itu) seperti batu licin yang di atasnya terdapat debu, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, maka tinggallah batu itu dalam keadaan licin kembali. Mereka tidak memperoleh apa-apa pun daripada apa yang mereka kerjakan. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang kafir. (264)

[Surah Al-Baqarah: 261 - 264]

Tuesday, 2 April 2024

PART 3 - Pengalaman Mengandung (Minum Air Gula)

Assalamualaikum w.b.t semua.

Week-10 kena minum air gula sebab ada sejarah penyakit keluarga iaitu kencing manis. Aku tak ada kencing manis setakat ni. Tapi siapa tahu kan... mungkin dalam diam ada. 

Jadi lebih baik kita ikut je prosedure yang pihak Kesihatan Malaysia tetapkan. Mana-mana ibu hamil yang berumur 25 tahun ke atas ataupun yang masih 25 tahun kena periksa dia punya tahap kencing manis. Sebelum ambil ujian minum air gula ni Dr suruh kita puasa dulu bermula pukul 10 malam hingga lah keesokan hari ujian tu. Tak boleh makan apa-apa kecuali minum sikit-sikit air masak. 

Aku kena waktu puasa Ramadham, terpaksalah buka puasa untuk ujian pagi tu dan tak boleh sahur. Kena ganti puasa tu nanti selepas ni sebab dikira darurat perubatan yang melibatkan ibu hamil.

Kena menepati masa pula datang pukul 8 pagi. Better datang awal sebab perut pun dah start lapar dan minta untuk diisi. Pagi tu kena bagi buku pink dekat nurse dan terus ambil darah dekat lengan kiri sebanyak 1 tabung uji saiz kecil. 

Nurse akan minta kita pergi ke satu bilik untuk minum air gula 1 cawan. Kena minum sampai habis. Aku dengar tips ni dari akak-akak youtuber.

1) Dorang kata lebih baik ambil test ni awal pagi sebab time tu air gula tu masih suam-suam panas lagi untuk diminum. Kalau dah sejuk rasa dia lagi tak de selera. 

2) Minum dalam 1-2 teguk dalam 1 nafas. Jangan stop minum.

3) Jangan hidu bau air tu. (Tutup je hidung atau tahan nafas).

4) Jangan lupa baca bismillah sebelum minum

5) Berkumur dengan air untuk buang sisa gula yg melekat dekat dalam mulut.

6) Cuba bertenang walaupun rasa pening kepala, loya dan nak termuntah. (Tahan diri dan nampak cool)

7) Bawa minyak angin dan cari tempat duduk yang selesa untuk berehat.

Aku pun duduk dan try la minum air tu ikut tips atas ni. Mula-mula minum tu rasa dia macam okay sedap. Ada rasa masam manis sikit. Macam air tenaga yg orang selalu bancuh dengan air tapi ni versi manis sangat-sangat tahap potong kaki. Lama kelamaan aku tak tahu kenapa rasa dia sangat tak sedap sampai aku rasa sakit tekak sebab manis sangat. Untuk tegukan yang kedua terakhir tu aku paksa diri minum sambil tahan segala perasaan yang terasa saat tu. Nak minum air masak tak boleh. Jadi terpaksalah hadap.

Lepas habis minum aku pun letaklah cawan kosong tu balik. Rasa terhuyung hayang masa nak kembali semula dekat tempat duduk menunggu (rehat) untuk 2 jam. Aku punya kepala start pening sangat-sangat sampai tak boleh nak main fon ataupun baca apa-apa. Rasa nak muntah tapi aku tahan je semahu-mahunya. Dalam hati doa supaya aku tak de kencing manis dan tak sabar nya nak balik rumah nak tamatkan semua ni. -.-'

Serius manis betul!

Ibu-ibu hamil yang ambil ujian sama macam aku ada yang menghilang satu persatu. Mungkin dorang dah habis dan berjaya tamatkan semua ni. Aku pula dah tak tahan menunggu nak pergi ke tandas klinik. Nak kumur-kumur. Dah sampai dekat singki tandas tu.. nampak ada banyak sangat semut hitam hurung air yang ada dekat situ. Aku pelik. Ada air gula ke kat situ?

Rupanya-rupanya semut tu bukan hurung sebab air gula pun, tapi sebab ada sisa orang kencing manis yang buang dekat sinki tu tapi tak bilas bersih. Kan klinik selalunya lepas ujian air kencing dalam cawan kena buang air kencing tu balik. Aku rasa macam geli. Sepatutnya air kencing tu buang la dekat dalam jamban. Baru lah terjaga kebersihan sikit.

Aku masih tak sanggup nak duduk lama-lama dekat toilet. Takut teruji keimanan untuk muntah.

Bila tamat je 2 jam, terus aku kena panggil dengan nurse untuk ambil darah kali yang ke-2 dekat lengan aku yang sebelah kanan. Dapatlah kuantiti dalam 1 tabung uji saiz kecil tu. Nurse kata dah boleh balik rumah. Aku pun ambil semula buku pink tu dan terus balik. Nurse kata result tu akan keluar selepas 1-2 minggu.

Sejurus aku melangkah masuk ke dalam rumah, terus kaki aku laju pergi toilet sebab nak muntah. Aku muntah sepuas-puasnya. Sampai air gula tadi dah bertukar jadi warna kuning masam dalam perut keluar dari mulut. Mungkin dah bercampur dengan asid perut. Serius banyakkk. Rasa puas hati bila dah keluar. Taksanggup nak biarkan air manis tu lama-lama dalam badan.

Lepas dah rasa lega, aku pun minum air masak dan makan roti untuk alas perut. Dalam tekak masih terasa lagi trauma minum air gula..huhu. mungkin ada hikmahnya. Takut nak makan atau minum benda manis-manis. 

Moga kita semua diperlihara oleh Allah untuk nikmat kesihatan yang lebih baik. InsyaAllah amin.

PART 2 - Pengalaman Mengandung (Buka Buku Pink)

Assalamualaikum w.b.t semua 

Pengalaman buka buku pink aku masa minggu yang ke-9 dekat klinik kerajaan berdekatan dengan tempat tinggal. Rasa best sebab tak ada ramai orang tapi adalah memakan masa selama 4 jam untuk siapkan semua ni.

Sebelum nak ke sana aku dah sediakan semua dokumen yang diperlukandan  letak dalam 1 fail. Contohnya:-

1) Kad Pengenalan
2) Slip bil elektrik/bil air (untuk tengok alamat rumah)
3) Sijil Nikah yang original
4) Gambar Scan Baby Week ke-6 (buat dekat klinik swasta kena charge RM50-RM60)

Dokumen ni akan diperlukan sebagai rujukan nurse dekat klinik tu. Memandangkan waktu aku datang pun awal pagi pukul 8 pagi macam tu, aku terus jadi orang pertama yang dipanggil untuk masuk bilik Doctor (DR)

Dia tanya macam-macam pasal kesihatan aku, ketinggian, berat, alamat rumah terkini, tarikh pertama dalam tempoh terakhir period, sejarah penyakit diri/keluarga, pekerjaan suami isteri, alahan, emosi dan lain-lain.

Alhamdulillah semua dah siap lepas tu, Dr bagi ubat tambahan dekat aku yang WAJIB dimakan satu kali sehari. Makan sebelum 2 jam waktu makan ataupun selepas 2 jam waktu makan. Macam aku aku lebih prefer makan waktu malam sebelum nak tidur.

Elakkan minuman berkafein seperti air teh, kopi dan kurang-kurangkan coklat. Kena patuh arahan ni supaya ubat yang nurse bagi tu berkesan dan diserap baik oleh tubuh badan. Biasanya ubat tu tujuan dia untuk menambahkan nutrisi badan dan juga mengawal alahan/loya muntah semua tu.

Nama ubat tu macam bawah ni:-
1) Asid Folik
2) Vitamin B12
3) Tingkatkan bacaan HB darah ( hemoglobin/darah merah)
4) Vitamin C

Seboleh-bolehnya dapatkan rehat yang cukup dan tidur yang berkualiti sebab janin kita masih memerlukan kita untuk kekal sihat dan membesar dengan baik dalam rahim. Happykan diri jangan stress-stress okay.

Seterusnya, aku kena ambil darah dekat lengan untuk check bacaan HB darah. Adalah dapat dalam1 tabung uji kecik tu. Terus kena pergi ke makmal untuk dapatkan keputusan. Kalau lebih daripada >11 itu tandanya sihat. Kalau kurang daripada < 10 itu tak sihat. Alhamdulillah aku sihat dan normal 12. Rahsia dia kena banyak-banyakkan makan ikan ataupun ikan siakap masak 3 rasa sebelum pergi buat checkup dekat DR. Ikan tu tujuan dia untuk tambahkan darah. First time masak sendiri guna resepi dekat youtube. Boleh try search nama Che Nom. Memang serius menjadiii bahan pun senang nak dapat dan menjimatkan daripada makan dekat luar.. :D

Akan ada ujian air kencing untuk tengok kita ni ada kencing manis ataupun tidak. Kuantiti dia adalah dalam 1 cawan kecil tu. Dulu ada DR pesan kalau nak elakkan kencing kotor kena banyak minum air masak dan masa kencing tu ambil air kencing yang pertengahan. Jangan ambil yang first keluar sebab tu biasanya banyak kotoran ataupun backteria. Untuk ibu hamil yang ada sejarah keluarga yang ada kencing manis dia kena minum air gula untuk temu janji yang akan datang. Tujuan dia sebab nak tahu adakah insulin kita dapat dihasilkan bila setiap kali kita makan/minum benda yang manis. Sebab kebiasaanya ibu hamil ni pun senang dapat kencing manis sepanjang tempoh kehamilan tanpa dia sedari.

Encik suami pula kena ambil test HIV lagi sekali untuk langkah berjaga-jaga kepada kesihatan janin nanti. Dia punya jari kena cucuk.

Selepas je dapat sesi bimbingan dan kaunseling daripada nurse, diminta untu berbaring sebab nak periksa bahgian perut (ditekan perlahan) untuk tahu kedudukan janin, diperiksa samaada ada penyakit beguk ataupun tidak (sesuatu benjolan yang tumbuh dekat leher kita).

Akhir sekali, dekat bilik yang lain pun sama kena baring sebab nak check saiz janin dalam rahim dengan menggunakan alat scanner ultrasound. DR akan letak jel warna biru dekat perut kita dan akan golek² untuk tengok keadaan sebenar rahim kita. Bahagian sini kena tahan kencing untuk dapatkan gambaran janin yang lebih jelas. DR akan kesan kalau dalam rahim kita sihat, janin tu akan nampak degupan jantung (seakan-akan berkelip), dan saiz janin juga membesar sikit). Nanti dalam screen akan nampak kantung dan janin. Week ke -9 ni perut tak delah nampak bulat besar ke depan tapi boleh la kita rasa macam ada benda tarik-tarik dalam rahim. Kita tahu ada 'nyawa' yang hidup dalam tu.

Habis je sesi temujanji ini, dah boleh balik rumah dengan selamat. Proses ni memang menuntut kesabaran yang tinggi sebab kena tunggu lama. Boleh juga kalau nak bawa buku ke ataupun nak healing-healing dalam klinik kerajaan tu selama menunggu. Buku pink tu pun kena jaga baik-baik dan bawa kemana sahja kita pergi. Buku pink tu kira macam IC kita yang kedua. Gituu.

Tuesday, 5 March 2024

PART 1: Pengalaman Mengandung (Trimester 1))

Assalamualaikum w.b.t. semua yang sudi singgah ke blog aku. Mesti yang datang ni tengah cari acaner nak tahu kita ni mengandung ataupun tidak? First of all aku nak ucapkan tahniah buat yang dapat result yang positif dan if yang sebaliknya,.i know how it felt like. Allah tahu sebabnya dan semua ini akan ada hikmah mengikut kebijaksanaan-Nya. Aku selalu katakan ini buat sahabat dan juga diri sendiri. "Takpe, kita cuba lagi buat yang terbaik. InsyaAllah Allah bantu dan dengar doa kita selalu."

Sebenarnya hari ni aku nak cerita pasal pengalaman mengandung as a first time beginner yang masih amatur dan langsung tak tahu apa-apa. Masih lagi di awal tempoh kehamilan dan aku sendiri pun tak perasaan. Sekarang masih lagi diawal fasa first trimester. Dia ada 3 trimester yang dibahagikan dalam 9 bulan tempoh mengandung.

1st Trimester (0 -13 minggu + 6 hari)
2nd Trimester (14 - 27 minggu + 6 hari)
3rd Trimester (28 - 40 minggu)

Jadi simptom (petanda) yang aku rasa adalah masa bulan yang pertama ( 1st Trimester) tu aku masih dapat menikmati kehidupan yang sangat indah ya. Bergelak ketawa dan bergurau senda dengan hari-hariku. Rasa normal je. Boleh makan ikut selera aku. Jalan-jalan tak reti nak balik rumah. Cari benda-benda yang viral. Nikmat dunia ini benar-benar didustakan..hahaha. Tetapi segala-galanya berubah apabila......

1) MINDSET

Aku rasa pelik dengan mindset aku time tu. Kenapa asyik terfikir pasal anak ataupun kanak-kanak. Aku rasa macam sayu dan happy je dalam hati bila nampak budak-budak. Aku start cari pasal ibu mengandung selalu dan cari bacaan pasal keibubapaan dengan lebih kerap. Padahal waktu aku masih tak tahu apa yg terjadi sebenarnya. Mungkin ini adalah ilham daripada Allah SWT.

2) PERIOD LEWAT

Aku cuba tengok dekat dalam kalender, kenapa dah lewat lebih daripada 3 hari pun haid aku tak datang. Tunggu punya tunggu sampai 1 minggu. Pun sama tak de. Aku start rasa tak sedap hati. Takut aku ada masalah kesihatan sebab jarang betul period tak datang langsung. Selalunya normal.

3) PREGNANCY TEST

Aku pun cuba periksa guna pregnancy test tu waktu sebelum subuh. Sejurus bangun pagi. Kata pakar farmasi, air kencing lepas kita bangun tidur result dia akan lebih tepat. Kalau guna yang murah punya. Kena tadah dekat dalam bekas kecik. Gunakan dia punya tiub picit-picit tu. Titiskan air kencing kita dekat lobang kecik pregnancy test tu dan biarkan selama 5 minit -15 minit. Mula-mula aku nampak 1 line je. Tiba-tiba dia naik jadi 2 lina. Aku macam.... ya Allah benarkah ini bukan mimpi. :D

4) LOYA DAN MUNTAH

Sebelum ni aku tak rasa apa-apa tapi bila dah tahu kita mengandung tiba-tiba aku jadi pening kepala dan nak muntah banyak kali. Setiap hari pula tu. Dunia dan pandangan mata aku jadi berpusing-pusing. Bila bangun dari baring ataupun bangun dari tempat duduk pun jadi macam tu. Lepas bangun tidur nak sarapan pagi, muntah, nak makan tengah hari, muntah lagi, nak makan malam, muntah lagi. Sampai aku air dalam perut yang berasid masam hijau kuning tu pun keluar juga. Kadang makanan tak keluar yang keluar hanya air liur dan asid. Sbb dalam perut tu dah kosong. Aku dah try cari tips macam mana nak kurangkan muntah. Still juga rasa loya tu ada. 

Tips 1: Aku try untuk muntah sebelum makan apa-apa makanan. Dan lepas makan aku elakkan daripada buat kerja. Terus baring or duduk kejap. Rehat dulu biar makanan tu turun ke bawah perut biar dia proses dulu.

Tips 2: Bau je lama-lama minyak angin dekat hidung. Jangan sapu pada kulit sebab katanya habaya untuk janin disebabkan bahan kimia dalam minyak tu akan terus meresap dalam badan pergi dekat janin.

5) HILANG SELERA MAKAN

Aku serius tak rasa nak makan walhal dulu aku memang jenia suka makan. Sekarang tengok makan pun rasa takde selera. Benda-benda yang dulunya kegemaran (favourite) pun dah jadi tak favourite.

Tips 3: Paksa diri untuk makan walaupun sikit. Jaga waktu makan kita. Sarapan, tengahari, dan malam. Makanlah walaupun sikt tetapi berkhasiat. Banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan yang pelbagai. Macam aku bekalkam kismis, kurma dan roti. In case tiba-tiba tak larat nak makan banyak. Ambil je yang itu supaya badan tak kena gastrik. Amalkan sunnah sebanyak-banyaknya. Elakkan makan gula or benda manis sebab ibu yang mengandung mudah diserang kencing manis dan anak boleh jadi terlebih berat ataupun obesiti (kegemukan).


6) LETIH DAN PENAT SANGAT-SANGAT

Sejujurnya sangat lain rasa badan ni dan berbeza betul dengan waktu kita single belum kahwin lagi. Kelincahan aku sudah tiada dan perlu rehat buat masa ni. Sambil menaip entri pun masih terasa penatnya. Tapi mesti ku coretkan kisah ini supaya semua isteri dan bakal ibu mahupun bapa cakna tentang hal ini. Aku rasa diri tu dah tak de kudrat macam wakti kita muda-muda dulu. Tenaga tu dah hilang entah kemana. Rasa nak duduk, tidur dan baring je sebab nak berdiri pun letih. Rasa macam badan tu dah berlari 2 pusingan padang bola penatnya. Serius. Hanya yang lalui je yang faham apa maksud aku. Ini bukan main-main. Dan bukannya drama. Muka dan bibir pun start pucat dan aku tak larat nak keluar rumah untuk jalan-jalan macam biasa.

Tips 4: Sentiasa jaga kebersihan diri, gosok gigi dan mandi at least 2 kali sehari supaya badan segar semula. Malas-malas pun tetap kena buat.

Tips 5: Wajib makan asid folik setiap hari dan jangan skip sebab ubat ni adalah vitamin untuk tumbesaran janin kita nanti. Elak daripada sumbing, cacat atapun kegagalan organ dalaman daripada berfungsi. Boleh beli pil asid folik ni dekat farmasi. Kalau boleh yg belum kahsin pun ataupun yg bakal kahwin 3 bulan sebelum tu dah amalkan ubat ni. Dah berumahtangha pun lagilah kena makan selalu.(Yang plan nak ada anak yang sihat)

7) DERIA BAU JADI TAJAM

Aku jadi macam loya tekak bila terbau segala benda yang sepatutnya wangi dan sedap. Tapi entah kenapa aku rasa benda tu busuk dan menggelikan. Even aku tengok dekat video je pun aku dah rasa macam nak muntah dan boleh agak bau dia tu caner. Contohnya, aku rasa allergic dengan bau tumisan, masakan ayam, ikan, syampoo, minyak wangi, longkang, dan asap dekat udara. Serius bau dia busuk dan kuat betul dekat hidung. Patutlah bila makan dekat kedai yang masak-masak tu aku jadi mual dan nak pengsan. Hidung aku macam dah dapat kuasa hidung kucing yang superbionik. Semua benda jadi tajam dan terperinci.

Tips 6: Masak sambil tutup mulut guna mask baru (pelitup muka) lebihan COVID 19 haritu. Walaupun tak lalu dengan bau dia tetap kena masak untuk insan yang tersayang dan juga diri sendiri. Sambil tu aku coletkan sikit minyak angin dekat mask tu supaya bau harum minyak je yang melekat dekat hidung.

8) KERAP KENCING DAN KE TANDAS

Setiap hari rasanya dah hampir 10 kali aku ulang alik toilet sebab nak buang air kecil (kencing). Tu belum kira waktu rasa betul-betul nak muntah. Habis terkeluar semua. Mungkin seiiring dengan banyaknnya aku minum air masak sejak kebelakangan ni sebab nak kurangkan dehidrasi (kehilangan air dalam badan). 

Tips 7: Minum banyak air waktu siang, tapi minim skit je air waktu malam sebab nak elakkan kita daripada terkencing-kencing dan bangun je kerja. Dah tu bila nak rehat ye idok?

9) EMOSI

Kejap rasa sedih, kejap rasa gembira, kejap rasa nak marah dan macam-macam perasaan lagi. Senqnh cakap mudah terasa waktu ni. Tapi kita tetap kena hudnuzon (bersangka baik)

Tips 8: Rahsia kehamilan kalau masih awal lagi. Kalau nak bagitau biarlah parents dan suami je yg tahu. Kurangkan baca benda yang negatif dan pengaruh sosial media. Banyakkan baca benda yang bermanfaat dan dengar pengalaman podcast yang baik.

Tips 9:  Peranan encik suami juga penting. Jagalah emosi isteri anda dan banyakkan tolong dia. Fahami perasaannya. Ringankan beban dia uruskan kerja rumah dan anak-anak. Masakkan yang simple-simple pun dah dia sangat hargai. Percayalah. 

10) SAKIT PINGGANG, TULANG BELAKANG & LENGUH

Ya rasa sakit dia macam orang kena senggugut (period pain PMS) cuma dia tak keluar darah. Dan ianya berterusanya berminggu-minggu. Itu sebab sayik terbaring sahaja setiap kali nak mulakan apa-apa kerja.

Ini untuk 1st trimeter. Dan setiap orang lain simptoms dia. Semua ini tindakbalas hormon kita dan juga rezeki masing. Apa- apa pun buat semua jangan risau dan teruskan jaga kesihatan diri. Menjadi amanah kita untuk sayang diri kita dahulu barulah orang lain. Jangan risau dengan apa yang berlaku di pengakhiranya sebab kita dah usahakan yang terbaik. Selebihnya kita berserah kepada Allah kerana Dia sebaik-baik Perancang.

Yang dah dapat result positif boleh terus buat scanning dekat klink berdekatan untuk periksa kesihatan janin. Better selepas 6 minggu keatas. Macam mana nak kira?

Mula-mula cari hari pertama tapi last sekali korang datang haid. Jadi kira dipada minggu tu hinggalah ke minggu ni.

Contohnya:

Haid datang & berakhir ( 1/1/2024 - 7/1/2024)
Tarikh hari ni masih tak datang period (10/3/2024)

Jadinya usia kandungan korang bermula masa 1/1/2024 - 10/3/2024 ( 10 minggu)


Dah pregnane 10 minggu. ( boleh refer pada pandangan Dr yang lebih pakar)

Okay itu je setakat ni, hopefull membantu korang untuk bangkit. Begitu la yang mom kita pernah lalui dulu. Pengorbanan demi pengorbanan. :)

Tuesday, 23 January 2024

Akhlak yang baik

Hendaklah kamu takut (kepada Allah) di mana sahaja kamu berada dan hendaklah iringi kejahatan itu dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskannya (kejahatan) dan hendaklah beraklak dengan manusia dengan akhlak yang baik." ( Riwaya Ahmad, Tirmizi, Baihaqi)

Wednesday, 1 November 2023

Pengenalan Usrah

🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂
*NOTA 1: PENGENENALAN USRAH*
🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂🍂

🌹 *1.1 MAKSUD USRAH*🌹

📖 Dari segi bahasa:

👉🏼 Berasal dari kalimah Arab, الأسرة yang bermaksud keluarga.


📖 Dari segi istilah:

👉🏼 1. Kumpulan individu Muslim yang beriman dengan Allah serta berusaha tolong-menolong antara satu sama lain untuk memahami dan menghayati Islam.

👉🏼 2. Usrah membentuk satu ikatan perpaduan yang dibina atas dasar aqidah Islamiyah dan terjalin dengan satu ikatan persaudaraan Islam (Ukhuwwah Islamiyyah).


👉🏼 3. Bukan sahaja majlis ilmu semata-mata, tapi ianya merupakan medan tarbiyyah untuk membentuk generasi yang sanggup hidup dan mati demi memperjuangkan Islam.

🌹 *Perbezaan antara majlis ilmu dan usrah*🌹

Majlis ilmu ni hanya melibatkan satu hala sahaja diantara naqib yang berucap terhadap ahli yang mendengar. Dia juga melibatkan ramai pendengar2 yang tiada had bilangan.. Atau kata lain, majlis umum

Manakala,

Usrah ni ibarat satu keluarga duduk bersama adik-beradik yang lain membincangkan isu-isu duniawi, ukhrawi di samping bertukar-tukar fikiran. Di situlah juga medan kita meluahkan perasaan.. Ibarat satu medan untuk mengecas bateri diri selepas sibuk belajar dan berprogram. Kita dapat berkongsi pendapat

Mungkin ada sesetengah orang akan menganggap usrah ni seperti medan diskusi ilmiah sahaja.. Tapi sebenarnya usrah bukan seperti perkara2 macam tu.. Usrah boleh diadakan dalam bentuk aktiviti riadah, ziarah dan jugak piknik

Ya.. Group usrah ni dalam bulatan kecil dan selalunya dalam bilangan sikit.. Setiap bulatan ada naqib dan naqibah masing2

Tambahan jugak usrah boleh dibuat dimana-mana sekali pun termasuk di tepi sungai,taman dan sebagainya termasuk di laman sosial juga ✨

Fungsi group usrah online ni adalah supaya semua kumpulan digabungkan dalam satu group dan mudah untuk sahabat saling berkenal-kenalan.

Mereka yang mencintai majlis usrah akan merasakan usrah ni adalah tempat melepaskan lelah, tempat meluahkan segalanya kepada sahabat2 dalam bulatan kecil.. Sebab usrah merupakan tempat kita bertukar-tukar fikiran dan pendapat selain mendapat ilmu

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...