Assalamualaikum w. b.t
Sehingga ke hari ini aku masih muhasabahkan diri aku balik,
yang dulu itu dulu, kini aku hidup di masa hadapan,
segala flashback itu dibuang ke belakang agar tidak mengejar lagi,
aku masih berfikir,
betapa bertuahnya aku hidup pada hari ini dan sempat memaafkan diri,
inilah hadiah dari ALLAH, kerana memberi ku bernafas SEHARI lagi,
jadi apa yang perlu aku buat?
adalah dengan menjadi lebih baik lagi,
MALAH BAIK YANG MENGAJAK KEPADA KEBAIKAN
akan membuatkan hati ini terbiasa dengan baiknya itu,
jika dulu aku begitu dan begini dengan segala hal,
ingatilah bahawa hidup di dunia ini ada butang RESET,
Kita boleh jadi kepada diri yang cinta akan kebaikan,
hiraukan persepektif dunia terhadap hati yang ingin hidup dalam mod insaf,
tenangnya rasa bila kita jumpa jawapan kepada itu,
yang sedang bermain dalam fikiran,
pentingkah?
Aku adalah diri aku yang sekarang,
mencari jalan cinta yang sebenar,
si pencari ilmu yang sentiasa berwaspada,
kerana MASA hidupku amatlah singkat ,
aku ingin membeli syurga dari Rabb ku,
dengan JIWA ku yang sudah ketagih dengan manisnya gula keimanan,
Dan percayalah wahai hati,
engkau jatuh agar kau menghargai detik ini
terjadinya semua ini bukan satu kebetulan,
ianya takdir,
jadilah takdir kali ini,
lebih memihak kepada ALLAH,
Pelihara hubungan istimewa ini dengan bercinta akan ALLAH,
Rindu ku, tangisan sedihku, luahanku..
hidup dibawah pemerhatian yang tidak pernah putus apatah lagi lupa,
hanya untuk DIA,
AKU PERLU MENJADI LEBIH BAIK LAGI!
Sunday 15 September 2019
Saturday 31 August 2019
Carilah AKU semula
Assalamualaikum w.b.t
Sesuatu yang pernah.......
Hasil nukilan dari sahabat ku dan pesanan untuk kamu yang mencari jawapannya.
Ketika Langit seolah berbicara kepadaku menarik perhatian ku untuk menulis tentangnya hari ini setelah sekian lama aku memikirkanya. Ingin sahaja aku mengulangi masa supaya aku boleh menghalang diriku daripada mengulangi kesilapan yang sama. Dan memberi amaran keras terhadap diri itu bahawa itu adalah salah. Pernah ku berjanji untuk tidak menulisnya lagi untuk seumur hidupku. Tentang fitrah itu. Benarkah aku menggunakannya dengan betul? Di usia yang begitu muda dan memiliki kudrat remaja, kau akan diuji dengan soal hati dari pelbagai arah. Kau merasainya walaupun kau menindakkan kewujudannya. Dimana jika engkau memilih kehendak diri dan nafsu, hati itu akan menangis menahan derita. Tetapi jika bersabar dan menyimpan rahsia itu kau akan ketahui bahawa hidup ini bukan cuma CINTA.
Perhatikan sekeliling kamu, di sekolah, universiti, rumah, kejiranan, tempat kerja yang memaksa kita untuk menelan persekitaran yang membawa pengaruh besar dalam hidup ini. Berapa ramai kawan-kawan yang dulunya satu kepala pernah bercouple? Atau pun kita sendiri pernah diajak untuk melakukannya? Kerana ramainya orang yang buat perkara itu, kita pun terikut-ikut dengan trend kini dan zaman yang memang tak ada batasnya untuk kita terus menjadi hamba kepada manusia.
Rasa sedih bila ingatkan kembali betapa diri terperangkap dalam PENJARA PALSU. Hati ku membuak-buak ingin keluar. Penjara itu membuatkan diri mula mencintai akan dosa. Dosa dengan menjadikannya tuhan di dunia ini. Jujurlah pada diri masing-masing, dalam kita menyukai akan sesuatu pastinya kita sangka apa yang kita buat tu betul. Padahal kau hanya menuruti hawa nafsu dan tiada siapa yang berani katakan "TIDAK" kepada tindakan yang sia-sia itu. Walhal kau dan mereka tahu akan hukumnya yang tepat namun tiada siapa yang menerangkan nya dengan lebih dalam. Kenapa ianya tak boleh? Tepuk dada tanyalah iman.
Kau mewujudkan satu perasaan yang datang kerana tidak menundukkan langsung pandangan. Berani menatap sesuatu yang bukan milik kita, mengejar ia untuk selama-lamanya walhal kau lupa bila mana usia ini bakal berakhir, dia juga akan melupakanmu. Malah itu semua adalah pengorbanan yang kosong. Kau tahu akan sedar hakikat itu setelah diri disakiti dan dikecewakan oleh cinta manusia. Dan betul, dia akan mula mencari Allah semula selepas itu. Dan sekurang-kurangnya kamu mencari IA semula. Aku bersyukur.. Alhamdulillah.
Keluar lah dari jalan couple dan anti-single itu wahai sahabatku, dan masuk semula kejalan yang Allah dah rancang dan dihitung satu persatu dengan sangat terperinci. Cuba katakan pada diri itu supaya sedaya upaya untuk menyingkirkan rasa itu walaupun ia sakit lagi menyakitkan. Kerana jika kau teruskan juga kau akan lalai daripada Cinta yang sebenar iaitu ALLAH.
Aku menyatakan ini berdasarkan apa yang aku lalui, bukanlah kerana aku membenci dengan kisah lampau yang menyedihkan. Tapi aku ingin menyelamatkan seberapa ramai manusia yang samaada aku kenal ataupun yang aku tidak kenali seperti yang sedang membacakan ayat-ayat ku ini. Aku bersyukur ia berlaku keatas diriku yang telah memasuki kedalam gaung hitam yang dalam. Sekurang-kurangkan aku boleh menceritakan hal ini kepada yang lain. Melihat kedalamnya, penuh dengan kebahagiaan sementara yang diperolok-olokkan oleh saudara kita yang turut terkadas di tempat yang sama. Ternyata semuanya cuma Mitos!
Mitos apabila mengenangkan yang kita kena bercinta dulu sebelum bernikah baru boleh faham perasaan masing-masing.
IANYA SALAH LAGI SALAH MENYALAHKAN!!!
Padahal hanya menghabiskan air liur atau bateri fon dengan menceritakan riwayat hidup dari A-Z sambil bergelak tawa dengan kerenah masing-masing yang kononnya secocok dan menepati ciri-ciri pasangan hidup. Tahu tak, kita tak dengar ada makhluk lain yang join sekali masa tu, duduk betul2 kat tepi sudut bilik kau .Perhati kau dari tadi tau. Gelak tawa syaitan kalau nampak kita buat camtu lagi dan lagi dan sekali lagi. Dia ingat dia dah menang bila tengok kita lalai. Sedarlah yang kita akan bosan lepas tu dah semua benda diberitahu kat si dia. Dan lepas dah bosan mulalah cerita pasal orang lain pula. Last2 korang akan merajuk sesama sendiri sebab dah tak ada idea lagi nak cakap dan mencurigai pula orang lain yang dah sah2 tak bersalah. Maka akhir sekali, mula menyalahkan dan berbalah sebab tak setia la, curangla, main kayu tiga la apa semua...
Kedua, sebab apa perkara itu berlaku keatas diri kita, adalah sebab ini petanda bahawa Allah tak redha dengan cara yang macam tu.....atau biasa kita cakap 'belum masanya lagi untuk perkara ini'. Couple membawa keburukan terhadap diri kita dan itu cara orang barat memilih cinta. Sedangkan cinta ALLAH pun dia dusta, berpaling jauh dari kehidupan islam dan langsung tak nak mengakui bahawa ALLAH tu tuhan dia dan tuhan kita yang satu. Apatah lagi cinta kita?
Maksudnya, jangan ikutkan sangat perasaan dan kawan2 yang dah berpunya... jauhi lah maksiat perasaan yang menyeksakan ini. Sudah-sudahlah kita ni jadi terlalu baik menjaga jodoh orang lain. Umur kita ni bukan nya lama, kita hidup pun dah makin singkat. masa bergerak laju, jangan biarkan hati ini diisi dengan perkara macam ni. Dah tiba masa untuk jadi baik untuk diri sendiri pula. Bukan tak boleh nak bercinta. Boleh, tapi biarlah kita belajar meletakkan cinta ALLAH yang pertama dalam ranking yang teratas.
Sebab hanya cinta ALLAH yang boleh meletakkan kita disini, di ruang memuhabahkan diri yang inginkan keadilan yang berkekalan. Tak perlu cakap banyak, tak perlu bermesej bermati-matian sampai lupa akan kewarasan diri, tak perlu gaduh-gaduh dengan kawan atau berebut antara sama lain sampai sanggup hilang kawan yang semata-mata nak pastikan dia kompem untuk kita,tak perlu booking orang tu awal2, tak perlu risau2 pasal orang lain yang cuma perhiasan ketika senang namun hilang bila susah.
Semua ni membuatkan kita stress dan serabut dengan masalah baru yang sebenarnya macam...apekah hidup ni kena berlumba-lumba mcam ni sekali?
Cukuplah kita hanya ada ALLAH. Percayalah. Allah tahu apa yang kita nak. Bersama siapa yang kita akan berjumpa? Apa yang kita perlukan? Apa yang sebenarnya kita tak tahu tapi Dia lagi tahu?? Dengan meletakkan ALLAH dalam hati kita bersama Cinta itu...kita akan tenang sebab itu lah jawapannya.
Atau DIA dahulunya menjemputkan kita dengan kematian agar kita BOLEH BERCINTA DENGAN ALLAH. Yang cintaNYA lebih indah dari corakan langit yang kita lihat kini. Lebih dekat dari waktu kat dunia dulu. Kau benar-benar beruntung!
Ingat,
Cinta itu jangan disalahgunakan,
Jangan biarkan kita begitu cintakan dunia hingga makhluk2nya sekali,
Mereka tak mampu buat kerja Allah,
Tapi kita akan lupa kerja Allah bila kita buta kerana mereka,
Bila kau dah dapat penyuluh itu semula,
Genggam lah ia seperti kau menggenggam bara api,
Menahan sakit dalam mengukuhkan kebenaran,
Disebalik pengharapan agar tanah di sini menjadi ladang mewah di sana,
Sibukkan diri dengan mencari siapa itu ALLAH,
Dan seterusnya Allah akan bagi kita,
Sesuatu yang kita betul2 perlukan.
Sebab hingga bila tiba saat itu,
Hanya redha Allah yang kita tercari-cari.
Tinggalkan dia...Dan pilih lah AKU (Allah s.wt.) . Tiada penyesalan kecuali hari penyesalan.
Sekian
Wednesday 28 August 2019
Seronok ke praktikal ladang Sem 4
Assalamualaikum w.b.t
Pengalaman masa aku sem 4 dulu, praktikal aku sekejap je dalam 1 bulan setengah. Itu pun aku rasa lama sebab aku buat praktikal sorang-sorang (Angkara nak dekat sangat dengan rumah la katakan..yang lain semua negeri jauh2). Lepas aku fikir-fikir lagi, rasanya elok lah kalau praktikal tu pergi ramai-ramai dalam 2-4 orang kawan kita supaya apa-apa berlaku sekurang-kurangnya kita bersama.(Aku syorkan dan tekan kan benda ni tolong jangan pergi sorang-sorang lagi2 pelajar siswi) Kawasan-kawasan ladang kat Malaysia ni kebanyakan bukannya sebelah pejabat ni je dia betul-betul jauh terpelosok kat dalam hutan sana. Kena naik kenderaan atau motor. Pastu nak lagi dramatis ladang dia bercerai berai dan berterabur dekat dalam satu negeri tu. Aku pon terkejut juga masa mula-mula pergi tu tapi apa nak buat..kenalah redah juga. Aku punyer praktikal masa tu dekat agensi RISDA PLANTATION. Tapi siapa yang pilih SIME DARBY dia punyer ladang dekat2 je.
Masa hari pertama aku datang, aku tiba2 diserang panic tak nak buat LI rasa nak patah balik rumah. Tapi last2 aku masuk juga mengadap boss-boss risda sbb aku punyer markah final exam bergantung teruksss dengan ini punyer praktikal. Aku sedaya upaya hadamkan apa yang boss aku cakap masa dia bagi briefing dalam pejabat dia. Ayat dorang semua memang sangat berskill dan sangat matang berbanding diri aku yang masih amatur. Maklumlah, ini cuti sem terpaksa dikorbankan demi LI yang satu ni. Tak de cutisss, tak de tido lamesss2, tak de......tu...tak de ..ni.Tapi bukan masalah cuti je tapi masalah diri aku yang kena belajar jadi dewasa sikit. (kena kurangkan sikap gedik dan kebudak-budakan).
Hari pertama aku tak terus direct turun ladang tapi diaorang ajak aku buat tour dalam pejabat. Misi mengenali semua pekerja Risda. Walaupun tak semua nama aku ingat dalam masa sehari tapi aku just ingat nama 2-3 orang je yang setia bimbing aku sepanjang hari tu. Oh ye, aku lupa nak cakap yang aku ada 2 boss masa tu satu majikan bahagian kewangan dan satu lagi majikan bahagian ladang. Apa-apa pun nasib baik aku dah belajar pasal HUMAN RESOURSES masa sem 4 tu...haha. Kalau ada arahan dari insan bernama boss ni memang kena patuh deh.
Benda pertama aku kena buat, adalah siapkan punch card mereka untuk bulan seterusnya. Seorang pekerja tu ajar aku cara2nya dan bagi aku contoh sample. Aku nasib baik ada tersedianya meja admin kat depan pintu masuk tu. Jadi aku pun buat lah kat situ. Jujur lah cakap, aku tak reti nak guna cop mohor dia tu cantik-cantik. Bila aku buat je aku rasa macam "OH TIDAKK!!"(Sambil pandang kiri kanan kot2 ada orang nampak ke careless san aku) ..tak sekemas yang asal. Bayangkan dakwat biru cop tu, macam tertarik-tarik buruk atas bawah... -.-''. buruk. Tapi entah kenapa pekerja tadi tu dia asyik cakap
"Tak pe cantik dah awak buat, slow2 buat. Mula2 memang macam tu nanti bila dah mahir lagilah nampak ok", sambil bagi senyuman bermotivasi.
Aku rasa positif betul bila ada orang bagi semangat buat kerja. Padahal aku cuma budak praktikal yang biasa2 yang muncul secara tiba-tiba kat tengah orang lain sibuk buat kerja. Aku pun siapkan benda tu sampai habis. Dalam puluhan pekerja yang namanya kena tulis juga dekat situ... hah yang tu aku ada tersilap tulis sikit and tersalah tulis nombor yang sepatutnya aku guna pembaris acuan nombor tu. Bersungguh-sungguh nak siapkan!
Ada seperkara lagi yang membuatkan aku sedar, kita rupanya tak boleh suka-suka hati je masuk bilik boss,ketuk banyak kali sbb nak tanya soalan, keluar masuk macam bilik sendiri sebab dalam tu banyak sangat dokument penting yang memang private dan rahsia. dan lagi satu boss pon manusia juga. Dorang banyak benda nak kena fikir lagi-lagi pasal syarikat.
Hari berikutnya aku seminggu duduk dalam pejabat dan tak keluar pergi mana-mana. Memang banyak juga kerja yang aku buat tapi yang tak berapa penting la. Macam siapkan file dan susun dokumant pekerja yang naik pangkat berdasarkan barcode dorang. Kalau tanya aku samaada bosan ke tak. Aku bosan, mungkin faktor cemburu tengok kawan-kawan aku punya status wahtsapp yang lain dapat turun ladang. Petik pokok cili, tanam anak pokok gaharu, tanam terung, tanam padi, dan pergi jalan-jalan dengan boss sendiri. Sedangkan aku masih disini. Masa nilah tahap kesabaran aku teruji. Aku tertanya kenapa aku ditakdirkan ke sini dan ditempatkan ke sini. Yang paling penting..
"APA AKU NAK TULIS KAT BUKU REPORT LADANG AKU??"
Aku cuba kuatkan semangat. Tak pe sikit lagi LI ni nak habis..
Tapi staff RISDA semua layan aku dengan baik.Yang mana semuanya staff lelaki dan hanya 4-5 orang staff perempuan. Dorang asyik cerita kat aku dengan macam-macam cerita sampai aku tak jelak langsung mendengarnya. Aku baru tahu yang staff situ kebanyakannya sangat muda dan merupakan bekas pelajar course ladang juga. Bukan setakat tu je, dengan boss2 sekali budak ladang tapi dah dianegerahkan rezeki hingga ke tahap tu. Subahannallah. Jadi hati aku macam terubat juga lah bila dorang faham dengan nasib budak praktikal macam aku ni. Dan aku nak ucapkan terima kasih sebab rasa terharu bila ada yang belanja aku makan KFC dan lepak2 kat kedai goreng pisang, sarapan pagi dan makan tengah hari.
Aku dapat ilmu gak orang pejabat ni suka guna ayat camni bila waktu pagi-pagi. Cara nak tanya hang dah sarapan ke belum..
"Dah minum ke belum??", sambil melihat respon aku dan bila aku balas dah, mereka pun berlalu pergi dan menghilangkan jejak langkah menerusi pintu keluar pejabat. Aku hanya memerhati menggunakan ekoran mata ku akan pemergian mereka. (macam novel tak)
Minum kat situ maksudnya makan ataupun breakfast la kata orang putih..
Dalam banyak2 makanan yang aku suka dan rasanya paling sedap dan tersedap sekali yang aku tak boleh lupa lah kan. Ialah........NASI AYAM LEGEND!!!!. Pertama kali aku rasa nasi ayam yang sangat kuat rasa dia. Seriously, kalau tanya pasal makanan, aku tak tipu sedap. Semua sedap termasuklah nasi dia yang warna kuning tu, sos merah pekat masam manis pedas, kicap hitam pekat, kuah sup ayam, dan ayam goreng berempah. Memang licin, tak tinggalkan satu sisa pun dalam bekas plastik polistren tu. Ni adalah jasa ihsan dari pekerja yang tolong belikan tuk aku nasi ayam tu.. susah2 je belanja aku. Terima kasih banyak2, sampai terkenang-kenang hingga ke hari ni. (dah lama duduk sini pun baru tahu akan kedai tu..tapi sedih juga kedai tu dah tutup dan aku tak tahu dia pindah kemana atau mungkin owner tu dah kaya-raya)
Maka tibalah hari dimana ada meeting dengan penduduk kampung yang lain, selalunya kalau aku tak join kan lepas dorang habis meeting. Akan ada sesi makan-makan. Bawa diri je dengan perut kosong. Memang best dapat makan free dalam pejabat, tak payah lah nak keluarkan duit dan cari tempat makan kat luar tu (aku nyer LI tak de orang melayu jual makanan, kalau ada pun nun jauh disana). Ada nasi goreng, mee goreng, air teh susu, air sirap. air oren, kueh muih. Ambil je mana-mana yang berkenan di hati.
Pengalaman aku masa sertai sekali meeting tu for the first time ever, aku kena jadi setiausaha. Setiausaha ni tugas dia kena buat 'MINUTE MESYUARAT'. Aku kena tulis dan catat semuanya yang berlaku dekat dalam mesyuarat tu. Contohnya apa yang dorang bincangkan, apa keputusan mereka, persoalan-persoalan, corak idea baru, apa yang nak ditangguhkan, siapa yang tengah bercakap, siapa individu yang hadir dan tak hadir, siapa yang bangkang, kenapa tak berjaya, kenapa hasil dia jadi macam tu dan banyak lagi kena dengar betul2. Aku catat sikit-sikit je mana yang penting dan disebabkan laju sangat cakap, aku tulis nama diarang berdasarkan kedudukan meja dorang. (nanti dah habis mesyuarat baru aku check balik). Duduk pun dalam bulatan meja pejabat yang besar dan air cond yang sangat sejuk (mungkin untuk menyejukkan hati masing2), aku memerhati reaksi setiap seorang daripada mereka. Sangat cool!
Dan mana aku tak sempat tulis tu, aku rakam je. Yang paling penting "MASA" tu kena catat. contoh bila start pengenalan, dan bila waktu berehat dan tamat meeting. Gitu je nampak mudahkan. Pastu aku ingat kan ianya akan berakhir disitu. Tetiba aku kena buat report dia pula. Nasib baik ketua kampung tu tolong aku (sebab dia duduk sebelah aku) dia bagi aku sample macam mana nak buat minute mesyuarat. Terima kasih encik. Alhamdulillah , dalam bahasa melayu.
Cabaran aku yang aku rasa mencabar ada dalam 2 ke 3 camtu dimana aku pernah kena marah teruks dengan sorang pak cik tu sebab aku terlupa nak persilakan dia duduk kat kerusi sementara tunggu aku panggil staff yang berkaitan keluar.. (dalam ramai2.. mungkin salah aku juga). Aku memang kena kaw-kaw punya tengkeng dan amarah yang sangat kuat intonasi dia sampai aku boleh agak yang semua dalam pejabat tu boleh dengar dan tekejut dengan suara dia yang full voltan. Habis malu aku rasanya sebab dorang semua keluar tengok apa yang dah terjadi. Syukur ada sorang, dua staff yang cuba selamatkan keadaan. Dorang cuba tenangkan pakcik tu dan cakap aku cuma budak praktikal je kat sini. Tapi pak cik tu tetap kata aku budak kurang ajar sebab tak hormat dia.
Hati siapa yang tak tergores bila dia kata macam tu. Tak berani nak pandang muka pak cik tu apatah lagi buka mulut. Tapi aku paksakan diri juga cakap. "saya minta maaf pak cik" sambil aku tundukkan wajah je time tu even suara aku tersekat-sekat. Sekali lagi, itu salah aku.
Sejak dari haritu, aku mulai sedar yang aku kena perbaiki tahap komunikasi dan aku kena bercakap dengan baik dan layan mereka dengan baik. Seakan-akan aku ni juga tetamu yang masuk dan disambut oleh seorang pemuda yang berhati lembut dengan pakej high class punyer service. Maka bermula lah sesi aku menjadi lebih peramah tamah dan mesra dengan orang kampung sampaikan makcik tu tarik kerusi sebelah semata-mata nak duduk depan meja aku nak sambung bercerita pasal kehidupan dia dan related kan dengan kehidupan aku. Aku rasa gembira dengan kerenah mereka yakni orang-orang kampung yang datang sebab dorang selalu sokong aku yang cuma praktikal je kat sini..hehe. Tapi aku still takut kena marah lagi macam haritu..trauma.
Entah kenapa aku punyer meja tu memang mengadap pintu masuk utama pun so memang la jadi penyambut tetamu terus plus admin kat situ...Best dapat kerusi empuk, meja kaca besar, dan paling penting office baruu tuhh weyhh.
Eh apa lagi cabaran aku eh..
Aku tak selalu masuk ladang macam orang lain. Boleh dikira dengan jari berapa kali aku dapat masuk ladang. Mungkin kurang dari 10 kali. Sebab aku tak de kenderaan wajib ada macam staff lain iaitu MOTOR. Aku tak reti bawa pun apatahlagi nak memilik motor tu. Kadang- kadang ada staff situ busy dengan kerja dia dan memang minggu muka serius buat kerja tu jatuh pada bulan aku praktikal time tu..(terimalah takdir ini). Kalau turun pun kan, kita as pratical student kadang-kadang tak dapat sangat buat kerja ladang sebab untuk bahagian managemant ladang biasanya pekerja yang buatkan. Contoh nye, workers bangladesh dan indonesia yang tengah busy menyiapkan tugas harian. Kita pula just boleh tengok dari tepi dan amik gambar untuk report. Tak boleh nak duk menyebuk dan melambatkan proses dorang siapkan kerja. Dalam otak tu memang kena siap sedia dengan seribu satu soalan nak ditanya kat staff ladang. Mcam berapa keluasan ladang, nama ladang, berapa jarak pokok, baja apa dia guna, racun jenis apa, kenapa kena penyakit macam ni, apa serangan dia, bila boleh harvest pokok kelapa sawit, berapa hari nak toreh getah dan...macam-macam kena tanya dan yang paling penting kena kenal siapa nama staff yang bawa kita tu.
Setiap benda bakal ada pengiraan dan pengiraan itu lah yang memeningkan. Aku amik masa yang lama nak siapkan dan skip kat dalam buku report yang besar tu. (aku tampal kertas pembetulan sebab salah buat) Tapi kalau kita berjaya buatkan. Kita akan rasa bangga. Jadi aku harap siapa junior aku yang tak faham ke atau tak boleh buat, tolong sangat-sangat jangan stop mencuba. Korang tanya kawan-kawan yang tahu dan minta senior punyer contoh report. InsyaAllah ada yang baik hati.
Masa presentation tu paling aku takut. Sebab aku tak bersedia lagi nak cerita kat depan lectural. Dalam Whatsapp pun dah duk bising pasal pensyarah yang bakal judge dan handle kitorang markah LI dah sampai dan semua status tulis "ALHAMDULILLAH" sebab dah habis present. (habis kitorang yang blom lepas lagi ni dah rasa cuak) Aku pun minta pandangan boss aku dan dia bagi aku panjang lebar punyer penjelasan. Aku ikut apa yang dia suruh macam..
- Buku report bertulis tu kena siapkan awal2 dan dapatkan tandatangan dan cop setiap staff yang incharge. Ok dah! (kalau tak siap try cari kat officedan tanya staff kalau diorang ada buku rujukan kat situ atau kita boleh tanya staff mana yang tak tahu)
- Pastu dalam slide presentation tu pilih satu je tajuk untuk bentang kat depan pensyarah sebab aku sorang je. Kalau dua orang student buatlah dua tajuk dalam satu slide. Contoh tajuk besar dia Planting. Kalau dua tajuk jadilah Planting dan Harvesting. Boleh letak pengiraan, gambar dan kurangkan ayat kalau boleh. Nanti masa present je bleh bebel banyak2.
- Jujur.....dlm slide tu..kalau tu je yang kita belajar masa LI. Maka ceritakan tu SAHAJA. Jangan tokok tambah atau copy paste benda lain semata-mata nak nampakkan benda tu best dan berperisa. Tak baik menipu dan dapat markah biarlah markah yang halal. Percayalah korang takkan Gagal untuk LI ni..they just want to hear you experiences only. Believe yourself.
Macam mana pun, dalam aku punyer takut tahap pucat time last day practical ladang. Sebab time tulah kena present dan aku punyer slide tak 100% siap lagi. Boleh pula boss aku ajak aku jalan2 pergi masuk ladang. Aku tak fikir apa terus ikut je tinggalkan semua kerja tu kat office dan keluar cari ketenangan diri. Akhirnya rasa takut aku tu hilang sikit sebab happy pula bila berjalan naik kereta hullax besar tu. Memang maju ke depan!
Dah la aku pakai pakaian yang tak sesuai langsung. Baju sponsor untuk presentation tapi pi masuk ladang pula. Nasib pakai kasut sukan..hahaha
Dan berakhir lah sudah aku punyer sesi lari kan diri kejap sebab lectural aku dah call kata dia tak jumpa mana tempat praktikal aku. Sebab tempat tu tempat baru dan tak masuk dalam GPS atau Google Map lagi. Bila aku balik office terus dorang pun sampai juga kat sana... Buka laptop, pasang dekat slide mesyuarat yang sejuk dan besar tu. Aku bentangkan mana yang mampu je sambil 2 orang pensyarah aku komen yang dia nak aku ringkas semua benda sebab time tu meamng dah lebih dari pukul 5 petang. Orang semua nak balik kerja.
Pengajaran untuk aku juga supaya kita kena kenal siapa lectural yang datang dan gunakan panggilan 'miss' atau' madam'. Jangan ikut aku angkara dah lama sangat asyik ber 'encik' 'puan' dalam tu selama sebulan lebih. aku terpanggil puan dekat madam2 aku tu. Huhu. Maafkan saya madam. Dan terima kasih sebab sudi datang dan tunggu saya dari jauh, saya benar-benar hargai pengorbanan madam terhadap masa yang diperuntukkan ke sini. Sekali lagi terima kasih banyak2 sebab sudi menjadi juri bagi pemarkahan saya yang akhirnya terlah tamat. (rasa gembira.)
Kenapa aku gembira bila dah habis ni...
Aku gembira sebab aku tak payah present kat kolej lagi macam orang lain Sebab siapa yang blom present, lectural tak sempat datang kat tempat dia. dorang semua nnti akan dikumpulkan kat universiti dan present ramai-ramai kat depan semua orang. In English okey. Syukurlah aku dah lepas.
Jadi inilah kenangan aku waktu praktikal semeter 4 dengan RISDA PLANTATION. Terima kasih sebab terima aku sebagai pelajar praktikal di situ walaupun sekejap je. Aku still simpan lagi hadiah yang mereka bagi dalam memori aku. Contohnya macam coklat forero resheee & NIPS hari jadi aku dan jamuan kecik2 gitu, aku sebenarnya dah makan habis..haha. Dan aku masih simpan hadiah dari boss aku yang baranya dirahsiakan di sini. Dan yang ada logo2 risda kat botol air dan notebook. Benda tu memang betul-betul membanggakan.
Terima kasih terhadap semua staff yang membantukan aku bermula dari bahagian akak cleaner, admin, kewangan dan ladang. Aku punya ucapan sebenarnya panjang lagi kalau nak dengar kena sediakan popcorn. Ada banyak benda aku belajar dari dorang ni....
akak cleaner
Bersih betul akak tu jaga pejabat, sampai tak ada satu habuk pun dalam tu. Menyapu, mengelap, mengemop, membasuh. Tapi sayang aku terlupa nak tanya nama akak tu apa sebab aku asyik panggil dia 'akak' je. Terima kasih kak! sebab cerita pasal itu dan ini yang bagi aku memang tak dapat beli kat mana2.. pasal pusat hemodialis dan semuanya (sebab akak tu pun kerja situ juga). Ada pesakit yang jujur mengatakan yang antara sebab dorang kena sakit buah pinggang walhal usia sebaya aku je. muda2 gitu. sebab dia guna produk nak cepat kurus. yg ala2 shake2 tu. pastu yang nak cepat putih, nak cepat kenyang mcam makanan instant noodle, benda2 keropok, gula, dan paling seram yang guna jamu sebarangan pun boleh kena tanpa belas kasihan. Aku cuma mampu menumpang telinga smbil dalam hati minta dijauhkan.
Okey rasanya itu lah kot untuk entri aku kali ni moga korang yang nak praktikal ni teruskan bersemangat. sebab bukan setakat kita datang situ sia-sia je. Bukan. tapi kita datang sana untuk cari apa lagi yang kita tak tahu pasal kehidupan kat dunia ni. Tunjukkan yang kita budak ladang ni boleh buat. Tak kira lah pelajar perempuan atau lelaki. Korang tanya je apa yang tak tahu kat majikan tu. Biar lah dorang dorang anggap kita tak tahu dah memang kita datang dari 'zero' pon. InsyaALLAH saya doakan apabila kita keluar nanti kita lah 'hero' tu yang boleh ajarkan ilmu tu kat orang lain pula.
Ilmu yang bermanfaat adalah apabila kita memahaminya, mengamalkannya dan menyebarkannya (ajar) kepada orang lain. Moga kamulah salah seorang yang dimaksudkan tu.
GOOD LUCK!
Sekian.
Tuesday 27 August 2019
Aku tak dapat kolej sebab DAH DEGREE
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar korang yang tengah baca ni, sihat? Aku alhamdulillah sihat hari ni, lepas dah 1 bulan setengah aku seenak-enaknya bercuti Semester di rumah. Yelah bila dah balik ke 'kubu' aku yang ada empukan-empukan bahagia dan selamat dengan segala benda yang jadi kegemaran. Serius aku tak rasa nak keluar rumah langsung..haha. Tapi keluar juga lah menikmati keindahan dunia ni.. mana boleh mereputkan diri je keje..amboi3.
Jadi memandangkan aku ada 4 lagi hari berbaki sebelum balik ke kolej, aku rasa puas hati betul berehat dari segala kerja. Tajuk yang kolej tu.. aku actually tak dapat kolej lagi dan sedang dalam proses rayuan. InsyaALLAH, dapat ke atau tak dapat ke. Aku percaya ALLAH ada rancangan yang lain dan itu keputusan yang terbaik untuk aku. Tak pelah bagi budak-budakyang tinggal jauh dan diploma duduk situ sebab dorang still lagi perlukan masa untuk survive kat universiti. (Dulukan hang dah lama duduk kolej masa dip..udah2 lah keluar kamu mencari erti kehidupan sebenar)
Sebagai seorang senior ni memang aku tersedar beberapa banyak perkara dalam hal ni...maka wujudlah beberapa persoalan dalam diri aku.
1) Macam mana rasanya hidup sorang-sorang kat luar eh? Tanpa roomate.
2) Aku tak reti drive kereta dan apatah lagi parking?
3) Bangun awal pagi dan stop janji melayu?
4) Mahalnya sewa rumah sampai kering duit poket?
5) Jatuh miskin lepas di halau dari tempat 'orang-orang terpilih' macam dekan-dekan yang lain?
6) Belajar tuk hargai rasa senang dan sabar dengan rasa susah?
7) Dulu hidup aku huru hara sebab tak ada calender planner?
8) Minta group assignement buat meeting awal sikit jangan malam2?
9) Tak berebut basuh baju tapi kena guna mesin basuh jenama LAMA?
10) Pagar diri lebih penting dari pagar rumah?
Cukup 10 benda yang aku rasa mcam tak lama lagi akan terjawab.... sebenarnya aku agak teruja nak lalui semua benda ni walaupun kadang-kandang aku akui aku rasa macam kureng yakin sikit tapi kalau tak mula dari sekarang bila lagi nak merasa ye dok?
By the way, sesiapa yang kena duduk luar dari kolej dan dapat rumah sewa secara personal ke atau ramai-ramai ke. Korang jangan putus asa, sebab mana-mana tempat yang kita pergi pun mesti akan kena macam ni sama ada kita yang terpaksa atau dipaksa. Siapa tahu dekat luar kita lebih dekat dengan tuhan. Nak tunggu duduk kolej yang serba serbi kaya dan mudah dengan katil empuk, loker besar, meja belajar selasa, bilik air hotel, cermin gergasi, rak kasut macam almari, ada aircoway sejuk menyegarkan, wifi free yg malu2 macam hamster, tv astro tapi bateri tak ada, mesin basuh tak bersih dan tangga gunung kinabalu...itu semua pengalaman yang terindah. Untuk diri kita yang dulu.
Sekarang?
Yang sekarang pastinya lebih baik. Sebab aku pun akan sama-sama merasai macam mana dunia luar tu tapi versi pelajar universiti. Walaupun tak semewah yang dulu tapi cukup lah ada tempat untuk berteduh dari panas dan hujan. Berjihad dalam laluan yang sukar untuk mereka yang biasa hidup senang. Memang satu benda yang baru.
Pastikan kita guna detik ni dengan perkara yang lebih baik dan lebih bermanfaat.
yang penting stop mengeluh... alrite
Sunday 28 July 2019
Pengalaman Diploma Pengurusan ladang (ep.3)
Assalamualaikum w.b.t
Hai, planters dan bakal-bakal
planters sekalian, tengah stalk blog aku ke ni?? Okey, kali ni aku nak cerita
waktu aku Semester 2 dulu, dah lama dah tahun 2017 berlalu. Ini memang sem yang
critical juga lah bagi aku sebab ada subjek yang aku tak berapa mahir tapi
mungkin korang boleh buat lebih baik dari aku. Subjek ape tu? nanti aku
ceritakan.
Tapi kalau tengok kitorang time tu, muka
masing memang tegang la sebab kita dah tak boleh main-main macam sem 1 dulu.
Kali ni memang kitorang kena alert dengan suara lectural masing-masing. Sebab
apa aku cakap camni, kadang-kadangkan time kita duk berangan dalam 2, 3, 4 saat
pun tiba-tiba muncul assignment! Hahaha….tahu terkejut. Dah tak akan ada dah
sistem macam sekolah dulu tulis homework kat whiteboard. Yang ada cuma arahan
dan kalau bernasib baik lect akan tulis submission date kat depan. Tu kalau dia
baik la and ada maker pen sekali. Kalau tak memang kita tak tahu pun ada kerja
kena buat. Percaya lah aku dah pernah kena..huhu. Nasib baik ada kawan mention
pasal benda ni sebelum due date. Alhamdulillah.
Tu satu, dalam pahitnya kehidupan
ni mesti ada manisnya. Antara benda yang bagi aku paling best dan sweetnya
adalah Sem 2 ni kita akan ada field visit. Oh yeay! Detik untuk bebas dan
keluar kejap dari kancah dunia universiti ni walaupun untuk sehari je.. terasa
sangat heaven. Serius cakap, aku rasa macam nak stop kan masa time tu, biar
lupa semua masalah yang akan datang ni. Untuk Field visit ni dia di bawah
course (AGR 182 Plantation Crop 1) aku nyer group ada dalam 5 orang dalam satu
group. Nak tak nak memang kena campur juga lelaki dengan perempuan. Kitorang
buat dekat Johor time tu, lawat Nursery Kelapa Sawit. Nursery ini tempat kita
tanam biji kelapa sawit dalam tray pastu bila dah bercambah, kita akan
pindahkan dekat polybag kecil dan polybag besar. Kenapa kena pindah? Kena lah
pindah sebab pokok oil palm ni kan nak membesauu. Polybag tadi tu akan disusun
ikut jarak yang ditetapkan bagi dia tak bersaing sangat dengan pokok lain.
Kalau rapat sangat dia senang kena serang dengan penyakit (disease) dan perosak
(pest). Semua tu akan indirect (attack to the non-product) serang kat bahagian
daun oil palm dengan kejamnya..huhuhu. Tu sebab nanti ada teknik culling masa
dalam polybag kecil. Teknik culling ni lah kita akan buat pemilihan pokok mana
yang sihat dan boleh di jaga dengan baik. Yang mana tak okey tu dia kan buang
(removed) terus dari muka bumi ni.
Tempat dia tak la besar sangat sebab owner
tempat ni pun orang-orang kampung kat situ juga. Tapi entah nape aku excited
sangat nak pergi buat interview, mungkin sebab aku jadi cameraman je kot..haha.
Tujuan sebenar field visit ni sebernarnya untuk kita buat sesi temu ramah
dengan owner yang mahir tentang selok belok nursery ni. Tak kira mana-mana
tempat pun sekitar Malaysia ni asalkan dia cerita pasal oil palm nusery. Jadi
sebelum kedatangan kitorang ni pun kena buat surat kebenaran buat aktiviti luar
dan dapatkan cop HEA. Biar ada bukti yang kita ni datang bukan sebagai
penjenayah bersiri ke apa tapi sebagai pelajar Universiti yang nak buat
research. Part yang aku kena jadi cameraman tu pun sebahagian dari arahan lect
juga minta kitorang video field visit dan kena buat presentation sekali pasal video
tu. Aku belajar banyak perkara juga dalam ni walaupun still amatur lagi bab-bab
buat video. Ni la pengalaman pertama aku jadi tukang editor video. Ahli aku
yang lain ni tukang jadi interviewer dan artis yang bertanyakan soalan sebab
idea dorang tanya tu memang bertubi-tubi banyaknya. Tapi syukur lah aku dapat
ketua yang baik hati dan bijak merancang strategi kitorang sebelum hari
kejadian. Malam sebelum pergi tu juga dia suruh kitorang buat soalan dan
senarainya semua benda yang nak ditanya esok. Thanks ketua! <3
Group kawan-kawan aku yang lain
ada yang dapat buat kerja ladang atau ikut aktiviti kat nusery tu sikit. Itu
memang peluang keemasan juga nak try buat benda tu kan dan rasa sendiri betapa
beratnya nak angkat polybag tu. Kagum jap tengok pekerja bangla dengan indon
boleh angkat benda tu ke lori. Tapi kebanyakan banyak yang soal jawab jela
sebab kita datang pun sehari je ada rezeki mungkin boleh deal dengan owner tu
minta buat 2 kali. Ikut idea masing-masing.Korang boleh tanya mana-mana tajuk
berdasarkan note contohnya macam berapa luas nursery ni, spacing antara polybag
berapa, guna sistem sprinkler ke tak, guna baja jenis apa, berapa hari nak jaga
dalam polybag, hantar kemana semua oil palm ni, berapa harga semasa biji kelapa
sawit dia beli, berapa banyak dia guna biji tu, dari mana dia beli biji tu dan
sebagainya. Jangan lupa tanya juga nama panjang owner ni. Biar mesra alam
sikit..dia pun suka kita banyak bertanya benda yang dia expert. Untuk group aku
sehari je sebab tempat ni pun jauh terpelosok dalam hutan Johor dan kitorang
tak ada banyak masa nak berfoya-foya kat sana. Semua serius je muka masa buat
kerja ni. Maklum la aku pun baru kenal ahli group aku sendiri. Pastu esok tu
pula memang dah start hari kuliah untuk week seterusnya. Memang laju betul
berpackingkan barang nak balik universiti..haha. Aku memang tak kan lupakan
ni…seronok dan berharga bagi aku.
Bila dah balik kolej, maka
berperang lah nak siapkan video pula. Aku tak pernah mimpi aku akan jadi editor
video. Tak pernah okey! Aku ingat lagi aku rakam sampai memori kamera tu full
(kamera canon lama je pun), then aku sambung guna fon aku pula. Pastu sambung
pula kat fon kawan aku..hahaha. seronok bila bekerjasama. Tapi sebab kamera
semua aku yang pegang, jadi macam leceh sikit nak pass-pass kat member yang
jauh nun di sana. Bagi aku dorang dah buat kerja dengan baik dah mungkin dah
tiba masa aku pula berjasa dalam hal ni. Maaf la time tu aku masih amatur. Aku
pun try la download Filmora Wondershare sebab aku pernah nampak group aku untuk
subjek CTU tu guna apps tu. Bayangkan edit sampai pukul 3 pagi sebab berlakon
nya kitorg time pagi ke petang dalam masa sehari sebelum edit dan sehari
sebelum hantar dan burnkan ke CD. Ya ampun mengantukss, rasa mcam nak cekik je
sorang-sorang time tu. (Hantuk kepala kat dinding.. nanti aku cerita yang CTU
ni). Okey kembali pada aku yang nak edit ni, di sebabkan tak nak pisang berbuah
dua kali and tak nak buat kerja last minit. Aku pun try la tekan-tekan mana
button dalam app tu. Sambil dibimbing oleh ketua aku yang asyik meyakin kan aku
yang aku boleh buat. Dan dia bagi aku beberapa lagu untuk background music dalam tu.
Banyak juga nak kena cut bagi pendek dan pastikan semuanya gempak bila music tu
muncul kat bahagian korus. Contohnya lagu yang hot time aku ialah Chainsmokers-Don’t
Let Me Down. Aku suka giler tau lagu ni lagi-lagi bila ada orang buat lagu ni
untuk senamrobik atau Zumba..haha. Semangat!
Yang paling susah nak buat video
ni adalah bila kita kena pendekkan dia jadi 20 minit. Bayangkan betapa
berjamnya interview dan kena ambil dan susun ayat yang lebih penting je dalam
tu. Aku rasa banyak kali juga group aku ubah benda ni sebab ada yang suara
dalam video tu tak dengar dan bertarabur jalan cerita dia. Tapi syukur ketua
aku tolong aku buatkan yang opener video tu. Memang gempak sangat sebab dia
edit guna iphone kot tak silap aku. Macam ada music seram-seram sikit dan
ala-ala panggung wayang. Memang best bila ada gmbar kita dan nama kita keluar
dalam tu untuk dijadikan introduction. Pastu nasib baik ketua aku ada siapkan
satu video tu panjang dia dalm 30 minit. So aku jadikan benda tu rujukan. Pastu
yang editing aku ni just cut sikit mana yang tak okey dan ulang-ulang kali
dengar video tu. Benda ni lagi syok la dari assignment yang bertulis tu sampai
aku tak sedar yang aku demam sebab tak cukup rehat. Mata ni asyik tengok laptop
je. Dari battery full terus jadi zero. Cas pun still edit lagi smpai dia jadi
full. Aku sedar yang aku sakit bila dah pening masa berjalan cari kupon haritu,
ada event kat luar kampus iaitu di padang, dan nak ke tempat tu kena la redah
hutan orang kampung. Kejap je sampai tapi sebab orang kalau dah sakit dengan
rasa panasnya so semua benda nmpak jauh..haha. (alasan tak nak datang) Aku
datang juga sebab nak kupon dan aku tengok
asrama aku semua senyap je tak de orang rasa macam serba salah pula kalau aku
ponteng.
Dan bila ko paksa diri ko buat
benda yang ko tak nak macam tadi tu lebih mementingkan kupon dari kesihatan
sendiri, demam aku tu tak sembuh sampai ke hari presentation. Aku gi juga Unit
Kesihatan (UK), dan dapat detect factor demam tu ialah aku kena keracunan makanan
dari ayam dalam Nasi Goreng Kampung yang
member aku belikan kan kat luar kampus. Serius aku tak tahu pun benda cam tu
boleh terjadi kat aku. Mungkin ayam tu dah lama kot. Dan yang paling tak
percaya member aku yang makan sekali ayam tu pun kena benda yang sama. Habis
kulit dia jadi merah and ada macam ada tompok orang kena chicken pop. 3 hari
juga nak sembuhkan dia. Aku nasib baik sebab aku cuma demam dan ada tompok
camtu kat tangan je. Tapikan, benda tu gatal tahap gaban and lubang tompokan tu
sangat2 dalam. Syukur lah aku dapat satu ubat krim doktor dan benda tu amik
masa juga nak hilang.
Sebelum present kitorang ada
tunjuk lah video tu kat semua ahli group nak tengok reaction dorang mcam mana.
Aku segan plus takut juga nak bagi tengok sebab yela cam merepek je cara aku
edit ni. Bila semua thumbs up, aku pun
okey jela. Alhamdulillah. Then, aku bagi member aku edit sama video ni kot-kot
ada benda yang dia nak tambah. Biasanya benda yang best kena ada 2,3 kepala yang
menolong. Jadi kawan aku edit sampai siap dengan jangka masa 15 minit untuk
keseluruhan video tu. Aku sebenarnya nak gelak tau sebab bila dah last2 punyer
touch up dia akan jadi makin superb merepek..haha. Aku ingat lagi aku tambah
lagu Aishiteru dalam tu. Tapi rentak jelah sampai budak kelas aku tegur pasal
tu masa buat perbentangan. Ingat kan dorang tak tahu. Dan member aku pun satu
hal dia pegi tambah lagu jepun kat belakang video. So dalam vid tu makin
menimbun lagu pelik..hahaha. Rasa terhibur!
Lepas je habis semua ni, akhirnya
badan aku totally dapat rehat secukupnya. Rasa macam lamanya tak dapat duduk
kat tilam katil yang empuk ni. Lega bila semuanya dah selesai dan mood aku pun
dah makin baik lepas tu. Aku cuma nak cakap, “Thank you very much” kepada semua
ahli members aku yang sporting. Lebih-lebih lagi kepada ketua group, aku akan
cuba tiru strategi dan gaya dia memerintah lepas ni. Terima kasih untuk segala
tunjuk ajar selama ni. Aku dah dapat sikit confident dari ketua yang aku
kagumi. Aku tak pernah lupa pengalaman ni dan inilah kenangan yang takkan
terpadam dari memori kecuali dengan izin-Nya. Tak tahu lah kalau member aku
terbaca blog entry ni sebab aku tak nyatakan pun nama. Kalau ada sebarang
persamaan dari cerita dalam ni mungkin hanya kebetulan semata-mata. Tiada kena
mengena dengan yang hidup atau yang mati cuma ini adalah kisah benar. Maaf
andai ada salah dan silap dari aku.
Saturday 20 July 2019
Sedih Assignment Kena Reject
Assalamualaikum w.b.t
Pernah tak korang rasa macam mana perasaan bila assignment korang buat tu kena reject? Mestilah sedihkan. Down. Rasa macam nak koyak, buang je kertas tu.
Sabar-sabar meh, submit kat sini je. At least ada juga yang baca..
Sabar-sabar meh, submit kat sini je. At least ada juga yang baca..
* WARNING!!!!Sediakan popcorn dan tisu
CONTOH SOALAN
KES 3
Kekosongan hidup Dollah ditemani dengan gelak tawa dan gurau senda rakan-rakannya, Samad, Ani dan Gusdar. Suatu hari Dollah dikejutkan dengan kunjungan seorang gadis, Fatihah, anaknya yang ditinggalkan 17 tahun lalu.
Keluarga isterinya yang mewah menentang cinta mereka dan tidak mahu membiarkan anak mereka hidup susah dengan pemandu lori.
Akhirnya Dollah melepaskan isterinya dan Fatihah yang ketika itu masih bayi kepada keluarga isterinya bagi memastikan kehidupan dua beranak itu terjamin. Dollah tekejut apabila Fatihah memberitahu ibunya telah meninggal dunia ketika usia Fatihah 5 tahun. Dalam keadaan sayu, Dollah bertanya kepada Fatihah akan tujuan sebenar Fatihah datang berjumpa dengannya.
Fatihah memberitahu dia ingin menghabiskan cuti sekolah selama sebulan untuk mengenali ayahnya itu. Dollah berasa segan untuk menyambut kehadiran Fatihah kerana keadaan rumahnya yang usang dan berselerak sedangkan Fatihah sudah biasa hidup mewah bersama Tok Mak. Kehidupan menjadi ceria dengan kehadiran Fatihah namun saat-saat bahagia tidak berpanjangan kerana Dollah akan menemui ajalnya.
Sebagai PRS anda dikehendaki membantu Fatihah untuk membuka ruang menyelesaikan masalahnya. Nyatakan langkah-langkah yang perlu anda lakukan sebagai seorang PRS. Anda dikehendaki menganalisis kes ini dan menulis laporan kepada ketua anda. Laporan anda hendaklah merangkumi Penceritaan semula, pandangan dan pendapat anda, jenis kaunseling yang diperlukan oleh Fatihah.
Penceritaan Semula
Fatihah merupakan gadis remaja yang berusia 17 tahun telah berjaya tamat menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun ini. Maka bermula percutiannya yang panjang selama beberapa bulan sambil menunggu keputusan SPM nya diumumkan. Saat itu pasti mendebarkan para pelajar sehingga ada yang menitiskan air mata kegembiraan atau penyesalan terhadap keputusan masing-masing. Namun usaha dan tawakal pasti akan berbuah hasil kerana ketentuan yang Maha Pencipta tidak pernah salah terhadap setiap makhluknya yang hidup di muka bumi ini. Ditambahi pula dengan doa oleh kedua ibu bapa yang mengingin anaknya berjaya di dunia dan diakhirat pasti dimakbul oleh Allah s.w.t. Walaubagaimana pun, Fatihah tahu detik-detik seperti itu pasti akan diraikan bersama orang tua masing-masing dan semua itu membuatkan dirinya rasa cemburu terhadap rakan-rakan seperjuangan yang lain. Sudah lama Fatihah meninggalkan hasrat untuk bertanya soalan siapakah bapa kandungannya kepada datuknya, Tok Mak.Tidak pernah dia berjumpa dengan seseorang yang layak dipanggil “ayah” itu dalam seumur hidupnya. Terbit rasa rindu dihati ingin melihat raut wajah bapanya yang pasti kini telah menelan usia tua itu membuak-buak dalam dirinya. Namun setiap kali dia ingin berbuat demikian pasti datuk kesayangan itu akan mengubah topik perbincangan. Fatihah tidak mampu membantah kata-kata datuknya kerana perasaan hormat seorang cucu kepada datuknya yang tua. Dikuatiri andai dipaksa sesuatu yang dibencinya akan membawa padah kerana datuknya itu penghidap penyakit darah tinggi.
Ibu Fatihah telah lama meninggal dunia 12 tahun yang lepas disebabkan oleh kemalangan maut yang berlaku akibat kecuaian pemandu lain yang tidak bertanggungjawab. Pada ketika itu, ibu Fatihah baru pulang dari Tanah Suci Mekah kerana telah usai menunaikan ibadah Haji di Tanah Haram. Kereta yang dipandu oleh bapa saudaranya terbabas dengan teruk sewaktu keluar dari Lapangan Antarabangsa (KLIA) itu ke jalan besar. Pada hari itulah, Fatihah kehilangan 3 orang yang amat disayanginya, ibu, nenek dan bapa saudaranya. Tok Mak tidak ikut menunaikan rukun islam yang kelima itu kerana kesibukan dengan urusan syarikatnya yang seakan-akan tiada penghujung. Tidak terfikirkah dia bahawa dunia ini hanya sementara? Kadang-kadang Fatihah berharap jika ibunya diberi kesempatan untuk bernafas sesaat pasti dia akan menjawab persoalan itu. Selama 17 tahun Fatihah tinggal dengan penuh kemewahan di rumah agam yang sebesar padang bola sepak itu bersama Tok Mak. Mintalah apa sahaja pasti akan ditunaikan oleh datuknya itu. Walaupun ditemani oleh orang-orang gaji yang berkhidmat menyediakan keperluan di situ termasuklah makanan dan kebersihan, rumah itu masih kelihatan sunyi.
Suatu hari ketika Fatihah ingin mencari buku di bilik bacaan milik keluarganya, dia tidak sengaja menolak buku yang paling atas sekali di rak yang setinggi 3 meter itu. Kedengaran bunyinya menghentam karpet lantai merah yang hanya bergema di dalam bilik tersebut. Mata Fatihah terpejam rapat kerana lain yang hendak diambil lain pula yang keluar. Habis terjatuh segala jenis buku yang agak lama itu. Nasib baik benda itu tidak menimpa dirinya, kalau tidak pasti kepalanya sudah lama lebam dek bucu buku yang tajam dan tebal itu. Fatihah mengurut dadanya akibat terkejut dan cuba menenangkan dirinya. Perhatiannya mula beralih kepada buku-buku yang malang tadi. Dia mula mencangkung dan perlahan-lahan dia mengutip kertas-kertas yang terkeluar dari isi kandungan buku yang terkoyak. Sedang dia cuba berusaha memasukkan semula kertas itu kedalam buku yang asal, tiba-tiba matanya menangkap satu keping foto yang agak lapuk terselit pada halaman pertama. Terdapat dua orang muda yang sedang berdiri berlatar belakangkan rumah kampung. Seorang wanita yang berpakaian baju kurung melayu dan seorang lelaki yang lebih tinggi berpakaian baju melayu. Mereka berdua kelihatan sedang tersenyum manis memandang ke arah kamera. Sehinggakan sesiapa yang melihat pasti merasai apa itu erti kebahagiaan. Baru Fatihah sedari bahawa terdapat tulisan berangkai dibelakang foto tersebut. Dia tatapi nama dan alamat tersebut dengan penuh minat.
Ikhlas,
Dolah Bin Kamaruddin & Sarimah Binti Kazim
Alamat:
Plot 5, Jalan Sergam 11, Kampung Seri Buloh, Simpang Renggam, Johor Bahru.
Sarimah? Itu memang nama ibunya. Tetapi siapakah gerangan lelaki yang bernama Dollah itu? Fatihah begitu tertarik ingin mengetahui lebih lanjut tentang lelaki tersebut kerana mereka nampak mesra dalam gambar itu. Wajah ibunya sewaktu muda sangat ayu seindah budi bahasanya cocok dengan lelaki yang berdiri disebelah ibunya kelihatan segak. Adakah itu bapa kandungnya? Buku lama yang dipegang oleh Fatihah tadi juga rupanya ialah diari lama ibunya. Terus dilupakan tujuan asal untuk mencari buku yang tadi kerana perkara ini lebih penting dan kemungkinan besar, Fatihah berpeluang berjumpa dengan bapanya berpandukan kepada gambar ini.
Ingin sahaja Fatihah memberitahu Tok Mak tentang hal ini namun bila difikirkan semula, Tok Mak pasti akan menghalang niatnya yang satu ini kerana ibunya ada menulis tentang perpisahan mereka berdua disebabkan oleh hubungan yang tidak direstui oleh keluarga. Tok Mak begitu benci sekali dengan bapanya yang miskin dan hanya bekerja sebagai pemandu lori. Baginya, semua itu tidak boleh memberikan kebahagian kepada ibunya yang sememangnya datang dari keluarga berada. Orang bandar dengan orang kampung tidak layak untuk bersatu. Tetapi atas dasar kasih sayang, ayahnya terpaksa memilih jalan yang sukar iaitu menuruti perintah Tok Mak. Dengan membawa sekali Fatihah yang masih bayi tinggal dengan keluarganya, rindu ibunya terhadap suami begitu mendalam. Dari tahun ke tahun, perasaan itu bercambah dengan kerelaan hatinya. Namun terpaksa dibiarkan kerana status seorang isteri sudah tiada lagi kerana telah terpisah lama dari sisi suami, kini dia hanya perlu berbakti kepada kedua orang tuanya. Bukan tidak pernah cuba untuk mencari semula suaminya, tetapi setiap kali dia berbuat demikian Tok Mak pasti akan mengugut untuk membunuh suaminya andai perintahnya dilanggar. Neneklah yang selalu menyokong pendirian anak perempuannya dan memujuk perasaannya supaya banyak bersabar.Cinta Puan Sarimah terhadap suaminya tidak pernah terpadam sehinggu membawa dirinya ke Kota Suci Mekah. Dia berharap dapat berdoa dihadapan Kaabah untuk dipertemukan kembali.
Manusia hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan segalanya, mungkin takdir mereka untuk bertemu bukanlah di dunia tetapi di tempat yang abadi bernama Syurga. Tanpa disedari telah habis buku itu dibaca oleh Fatihah, dan dia membuat keputusan untuk tidak memberitahu sesiapa dalam hal ini kecuali seorang, pemandu peribadi Fatihah yang boleh dipercayai, Pak Rahman. Fatihah memintanya untuk menghantar ke alamat yang tertulis dibelakang foto tersebut. Kereta mewah berwarna hitam itu terus meluncur laju kearah destinasi yang ditetapkan. Tibanya di tempat tersebut, Fatihah tidak dapat menjumpai rumah seperti di dalam gambar. Pasti rumah itu sudah diubah suai ataupun penghuni yang asal telah berpindah ke tempat lain dan dirobohkan untuk pembinaan infastruktur yang baru. Pak Rahman yang sudah keletihan meronda satu kampung meminta izin kepada Fatihah untuk singgah ke kedai warung yang berdekatan di situ. Fatihah bersetuju kerana perutnya yang tidak terisi sejak dari pagi tadi mula berbunyi.
Fatihah dan Pak Rahman duduk dikerusi bersebelahan dengan dua orang lelaki yang berumur, mereka sedang asyik berborak sambal menghirup secawan kopi panas. Sambil menunggu makanan dan minuman yang mereka pesan itu tiba, Pak Rahman bertanya kepada Fatihah jika dia ingin terus mencari lagi lelaki bernama Dolah itu. Fatihah mengangguk lemah walaupun peluangnya kelihatan tipis dengan hanya satu bukti didalam tangan. Dia reda. Tiba-tiba pakcik disebelah Fatihah menyampuk perbualan mereka.
“Anak cari siapa tadi? Dollah ke?”
“Ya, pakcik kenal dia ke?”
“Apa pula tak kenal Pak Cik berdua ini kawan baik dia. Ini Pak Samad jiran Dollah. Pak cik pula Pak Gustar rakan sekerja dia. Dan itu, yang ambil pesanan kamu tadi itu, pemilik warung ini, Mak Cik Ani. Dia lagi kenal Si Dollah itu sebab selalu singgah warung sini.”, Sampuk pak cik yang berbangsa india itu dengan nada mesra dan bersemangat
“Siapa yang sebut nama aku tadi?”, pelayan yang bernama Mak Cik Ani muncul sambil meletakkan makanan yang dipesan oleh Fatihah dan Pak Rahman. Bau keenakan Roti Canai dan Tea Tarik mula menusuk ke dalam hidung pelanggan baru itu.
Fatihah menunjuk kearah pak cik berdua itu. Ingatkan peperangan bakal meletus tapi rupanya ia sebaliknya, terus bersepah gelak dan tawa mereka. Usai habis menjamah makanan. Fatihah bertanya kepada dua orang pakcik yang masih belum beredar dari tadi. Dia inginkan kepastian adakah Dollah yang dimaksudkan itu ayahnya. Fatihah pun menunjukkan gambar tersebut dan mereka berdua terus berbalas pandangan.
Fatihah berasa tidak sedap hati melihat reaksi pak cik itu. Adakah itu berita baik atau berita buruk? Yang pasti mereka berdua bersetuju untuk membawa dirinya ke alamat yang masih tidak dijumpai sehingga kini. Mereka menunggu motosikal. Kereta mewah milik keluarga Fatihah sekali lagi bergerak perlahan kerana kawasan kampung agak sempit dan kadang-kadang roda kereta terpaksa mengelak beberapa kawasan yang terdapat taik lembu atau kerbau yang tidak segan muncul dia atas jalan.
Akhirnya tibalah di rumah yang agak pendalaman. Rumah yang sederhana besar dan diperbuat daripada kayu jadi yang usang. Pak Cik berdua itu meminta izin untuk mengundur diri kerana ada urusan lain. Fatihah pun keluar dari perut kereta dan melihat sekeliling sementara Pak Rahman menunggu dengan setia di dalam kereta. Gambar tadi cuba dibandingkan dengan yang berada di bebola matanya. Sama. Dia melangkah perlahan ke arah tangga kayu itu dan dengan sekali nafas mengucapkan salam. Lama Fatihah tunggu dan hampir tiga kali salamnya tidak disahut oleh sesiapa, Fatihah mula berasa sedih. mungkin pakcik-pakcik tadi tidak sampai hati ingin mengatakan yang ayahnya sudah tiada. Baru sahaja Fatihah pusing ke belakang, tiba-tiba ada seorang lelaki menegur dan kelibatnya betul-betul dihadapannya. Fatihah memandangnya tanpa berkelip.
“Waalaikumsalam, maaf anak Pak Cik baru balik dari kebun tak dengar pula ada orang bagi salam tadi.” kata pak cik itu sambil mengelap tangannya yang penuh dengan tanah ke baju lusuhnya.
“Ayah”
Air mata Fatihah meluncur laju.
Dollah terkejut dan terus mengangkat wajahnya apabila seorang gadis itu memanggil dirinya Ayah.
“F..fa..fatihah ke ini?”, tanya Dollah dengan teragak-agak.
Anggukan di kepala menjadikan jawapan kepada pertanyaan ayahnya itu. Rasa sebak dalam diri Fatihah tak dapat dibendung lagi kerana tidak menyangka ayahnya masih dapat ingat akan namanya.
Dollah terus terduduk ke atas tanah mengangkat tangan tanda bersyukur dipertemukan dengan anak kandungnya semula. Fatihah menyambut tangan ayahnya dengan penuh kasih dan salam. Fatihah mengajaknya untuk berbual dengan lebih lanjut di dalam rumah namun Dollah seakan-akan mengelak pula permintaan anaknya itu. Dia malu dengan keadaan rumahnya yang serba kekurangan. Fatihah pasti tak kan berasa selesa. Fatihah terus menggelengkan kepalanya tanda tidak mengapa.
Dollah akhirnya mengalah dan menjemput anaknya masuk. Di dalamnya tiada kerusi, hanya tikar mengkuang yang menjadi alas kepada lantai kayu itu. Sedang Fatihah ingin mencari tempat duduk, Dollah meminta izin untuk menyediakan air namun dihalang oleh Fatihah. Bapanya tidak perlu bersusah demi dirinya. Dollah bertanyakan khabar berita kehidupan Fatihah selama ini. Fatihah mengucapkan syukur meskipun dia dilimpahi dengan kesenangan namun dirinya tidak pernah melupakan tuhan. Didikan daripada ustazah sekolah agamanya tentang islam tidak akan dilupakan kerana disitulah dia berubah menjadi seorang perempuan solehah. Tentang aurat dan batas pergaulan tetap dijaga dengan teguh meskipun ramai rakan-rakannya yang kadang-kala kecundang dari aspek ini. Semua itu hanyalah permainan dunia yang menentukan siapa pemenangnya ialah akhirat. Fatihah tidak pernah lengkang berdoa ke atas kesejahteraan kedua ibubapanya di dalam solatnya.
Dollah bertanyakan soal keadaan isterinya, Sarimah. Dollah tekejut apabila Fatihah memberitahu ibunya telah meninggal dunia ketika usia Fatihah 5 tahun. Dalam keadaan sayu, Dollah bertanya kepada Fatihah akan tujuan sebenar Fatihah datang berjumpa dengannya. Fatihah memberitahu dia ingin menghabiskan cuti sekolah selama sebulan untuk mengenali ayahnya itu. Tidak sampai hati untuk menolak satu-satunya permintaan anak kesayangannya itu, Dollah membenarkan Fatihah untuk datang melawat dirinya bila-bila masa yang dia inginkan.
Setelah 4 bulan berlalu, kehidupan menjadi ceria dengan kehadiran Fatihah namun saat-saat bahagia tidak berpanjangan kerana Dollah tiba-tiba dimasukkan ke dalam hospital kerana pengsan di subuh hari atas bantuan Pak Samad. Nasib baik jirannya Pak Samad datang melawat dan tersedar akan ketiadaan Dollah di rumahnya. Akhirnya janji untuk berjumpa terpaksa dibatalkan. Ada sesuatu yang penting yang ingin dibicarakan olehnya. Doktor memberitahu penyakit yang dialami oleh Dollah selama ini iaitu Hepatitis B. Penyakit yang disebabkan oleh kegagalan hati untuk berfungsi dengan baik akibat dari tabiat yang suka makan begitu banyak kerang. Dollah tahu akan risiko itu dan sengaja melambat-lambatkan rawatan selanjutnya kerana kekurangan wang untuk membeli ubat doktor. Jangka hayatnya sudah hendak sampai ke penghujungnya. Dollah meminta Pak Samad untuk merahsiakan hal ini dari pengatahuan Fatihah.
Fatihah berhajat ingin ke rumah ayahnya itu untuk memasang langsir yang baru ditempah di butik terkenal. Di samping itu, banyak lagi barang-barang keperluan yang diperlukan oleh ayahnya itu turut diangkutnya sama. Harapannya agar ayahnya bakal gembira melihat perubahan rumah yang akan dinaiktaraf sebentar lagi. Baru sahaja dia ingin keluar dari pintu rumah agamnya, Tok Mak tiba-tiba memanggilnya supaya ke ruang tamu. Fatihah akur dengan arahan Tok mak.
“Tok Mak tak izinkan kamu keluar dari rumah ini hari ini”, tegas Tok Mak.
“Kenapa pula Tok Mak?”, Tanya Fatihah hairan.
“Kau jangan jumpa orang miskin itu lagi, faham!”, tengking Tok Mak.
Rupanya-rupanya rahsia Fatihah telah terbongkar dari pengetahuan datuknya itu. Bukan angkara Pak Rahman yang baik hati itu tetapi disebabkan oleh pembantu peribadi Tok Mak yang mengekorinya secara rahsia sejak akhir-akhir ini. Ingin sahaja Fatimah lari dari rumah itu kerana kehendaknya dihalang. Bukankah selama ini Tok Mak sibuk dengan urusan pekerjaan dan tidak hirau akan dirinya? Adakah perasaan ini sama seperti apa yang dialami oleh ibunya suatu ketika dahulu? Jika ayahnya ada berbuat dosa tidak bolehkah dia ampunkan sahaja?
Kedaan menjadi lebih keruh apabila Fatihah mendapat berita dari orang kampung dan lebih-lebih lagi Pak Samad, bahawa ayahnya menghidap penyakit yang tiada harapan untuk sembuh. Pak Samad berasa tidak wajar jika anak rakannya itu tidak mengetahui masalah Dollah yang sebenar. Dunianya seakan-akan terdiam. Fatihah ingin sekali berhajat menjemput Dollah ke sekolahnya bagi meraikan keputusan SPM yang bakal diumumkan minggu depan. Itulah hari yang bakal menjadi kenangan buat dirinya kerana pertama kali seorang “ayah” datang menemaninya ke sekolah.
********************************************* TAMAT *******************************************
Pandangan dan pendapat
Pada pandangan saya, sebagai seorang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) saya tidak seharusnya terpengaruh dengan kisah sedihnya. Meskipun ianya adalah perkara benar yang diluahkan oleh klien saya sendiri, kita mestilah lebih tabah dan menunjukkan kekuatan untuk mendengarkan kisahnya lebih lanjut. Emosi yang terganggu akan mengakibatkan kegagalan kita untuk berfikir dengan idea yang lebih bernas. Saya juga tidak boleh menghalang Fatihah jika dia ingin menangis ketika sesi kaunseling kerana perasaan itu sudah lama terbuku di dalam hatinya. Saya perlu bersabar dan memberi sepenuh minat dan perhatian terhadap masalah yang dialami dan tidak sesekali beremosi bersama klien. Saya percaya yang Fatihah telah melakukan keputusan yang betul tetapi mungkin boleh diperbaiki lagi. Melalui pengetahuan dan kemahiran yang saya pelajari, pengalaman itu mendewasakan diri seseorang. Seperti diri Fatihah, dia tidak mudah dipengaruhi dengan kegiatan negatif dan masalah sosial walau sedikit pun kerana nilai agama dan penghayatan tentang islam itu telah meresap masuk terus kedalam dirinya. Jiwa yang memiliki iman tidak mudah goyah kecuali jika dia melihat maksiat. Itulah sebabnya seseorang yang dulu menghafal al-quran hendaklah dia meneruskan bacaan agar dia tidak lupa.
Abdullah bin Umar melaporkan, Nabi Muhammad menerangkan, “Orang yang menghafal al-Quran umpama seekor unta yang sedang ditambat. Sekiranya terus ditambat, ia tidak lari. Sekiranya tali penambat dilepaskan, unta itu pun lari”.- Direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.
Itu adalah perbuatan yang terpuji. Ramai remaja perlu menjadikan Fatihah modal dan contoh untuk menempuhi dunia yang semakin mencabar ini. Lebih-lebih lagi penggunaan gajet moden seakan-akan disalahgunakan untuk perkara yang tidak berfaedah. Fatihah diuji oleh Allah dengan dugaan kekayaan yang banyak namun sedikit pun tidak terkesan dihati untuk riak dan takbur. Dia masih berpakaian sopan dan menutup aurat. Tudung dikepala labuh menutupi bahagian dadanya, penggunaan sarung tangan dan stokin untuk melindungi kulit bukan setakat panas daripada UV matahari tetapi juga daripada panas azab api neraka Allah yang kekal itu. Tiada siapa mampu menahan walaupun dengan hanya api dunia yang kecil ini. Wang ringgit digunakan untuk bersedekah antara saudara dan lebih elok jika ianya adalah saudara terdekat kita iaitu ibu, bapa, adik –beradik, nenek dan datuk. Kemunculan Fatihah telah membawa erti kehidupan yang gembira kepada diri Dollah. Fatihah telah banyak menolong orang tuanya itu walaupun hanya seketika.
Abdullah bin Umar melaporkan, Rasulullah menerangkan, “Seorang Muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain. Dia tidak boleh membuat zalim terhadapnya dan tidak boleh pula membiarkannya dizalimi orang. Sesiapa yang memenuhi hajat keperluan saudaranya, Allah memenuhi hajat keperluannya pula. Sesiapa yang membebaskannya dari satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan yang ada pada hari akhirat. Sesiapa yang menutup keburukan seorang Muslim, Allah menutup keburukannya pula pada hari kiamat.”- Direkod oleh Bukhari dan Muslim
Pada pendapat saya tentang kisah Fatihah tadi itu, perkara yang perlu klien lakukan ialah dia boleh bawa Tok Mak berunding. Cari hari dimana datuknya itu terpisah dari hal pekerjaannya yang mungkin membebankan dirinya sendiri. Cuba berbincang dari hati ke hati kenapa datuknya itu suka membezakan antara orang kaya dengan orang miskin. Pada hakikatnya, kita semua adalah manusia yang sama. Semuanya akan meninggal dunia dan dikembalikan di tanah untuk dihadapkan kehadapan Pencipta. Meskipun harta melimpah- ruah namun semua itu tidak dapat menolong kita terlepas dari azab seksaan Allah. Sedangkan dalam islam tiada yang mengajar kita akan perbezaan kedudukan dan pangkat. Kita tidak ditanya siapa kita ketika di dunia? Sebab kita ini cumalah hambaNya yang tidak berdaya. Selain itu, klien boleh mengajak Tok Mak ke masjid atau pun melaksanakan solat berjemaah bersama-sama. Berusaha mendekatkan diri Tok Mak dengan tuhanNya dengan membaca Al-Quran. Mungkin dengan cara ini, hati Tok Mak dapat dilembutkan dengan ayat-ayat yang baik dan suci. Tidak lupa untuk membuat solat sunat Taubat kerana tuhan itu Maha Pengampun lagi maha Penyayang. Jika Tok Mak masih bekeras juga dengan keputusannya, klien mungkin akan menggugut datuknya supaya dapat berjumpa dengan Dollah. Klien mengatakan yang dia bakal lari daripada rumah dan tinggal dengan bapanya. Namun idea ini agak berisiko sebab hayat Dollah telah hampir ke penghujungnya. Kemungkinan besar Tok Mak pun turut tidak akan memaafkan diri Fatihah sebagai cucu kesayangannya itu. Jangan jadi seperti peribahasa ini ‘apa yang dikejar tidak dapat, apa yang dikendong berciciran’. Maka seandainya Tok Mak berubah fikiran setelah Fatihah menceritakan segalanya, Tok Mak memberi kebenaran kepada klien untuk berjumpa dengan bapanya untuk kali terakhir. Kita perlu ingat bahawa itu adalah kekuasaan yang Maha Esa, bukan kita yang mengubah hati sesorang. Fatihah boleh membawa Tok Mak dan ayahnya keluar berjalan-jalan ataupun melakukan hobi yang segelintir masyarakat kita gemar lakukan iaitu memancing. Ikatan silatuturrahim juga dapat terjalin tanpa disedari kerana wujudnya persefahaman diantara manusia.
Jenis Kaunseling
Jenis kaunseling yang diperlukan oleh Fatihah ialah Kaunseling berkeluarga kerana masalah ini perlu diselesaikan diantara Tok Mak dengan Dollah.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perumpamaan Dunia
Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...
-
Assalamualaikum w.b.t, Dulu masa diploma aku ambil MUET, tapi bila dah masuk degree kita akan menghadapi EET (English Exist Test). Seperti ...
-
Assalamualaikum w.b.t Siapa kat sini bakal pelajar Diploma Planting Industry Management (DPIM)? Mengaku cepat! Klik "saya TERI...
-
Assalamualaikum w.b.t. kepada para pembaca entri aku kali ini, harap semua dikurniakan kesihatan yang baik. Baiklah sejak akhir-akhir ini ra...