Wednesday 28 October 2020

Alhamdulillah Maulidur Rasul

Alhamdulillah hari ini Allah bantu kita dalam segenap urusan,
Dapat melihat tenangnya pagi Khamis ini,
Terdengar cicipan dan suara makhluk yang terus bersemangat berzikir dan berselawat dengan bahasa yang luar biasa,
Hari ini,
Hari kelahiran seorang lelaki yang aku amat cintai kerana Allah,
Dia yang mengajak dan mengajar erti cinta yang sebenar,
Muhammad Ya Rasulullah,
Muhammad Ya Rasulullah,
Muhammad Ya Rasulullah,
Terima kasih kerana menyebarkan agama Islam ini hingga dapat ku rasai hingga kini,
Terima kasih kerana sentiasa kuat dan mendoakan kami dengan panggilan 'ummati',
Kami mohon maaf kerana masih lagi mengikut hawa nafsu kami,
Kami ingin berubah,
Lebih baik daripada semalam,
Menjadi insan yang menyumbang sesuatu,
Menyebarkan kasih sayang ini,
Ya Allah izinkan kami menemui Baginda di akhirat nanti,
Bantulah kami, bimbinglah kami di dunia ini agar tak terlepas daripada fokus kami yang satu,
Ampunilah dosa² kami,
Zuriat keturunan kami,
Jadikan lah kami orang² yang khusyuk mendirikan solat,
Terima lah segala amalan kebaikan kami,
Selamatkan kami daripada azab api neraka yang membahang panasnya,
Kerana kami tidak mampu hidup bahagia tanpa Mu disana.

Be grateful

Never do something because of human, 
Do it because you choose it by the help of almight,
That is the right way to be done,
Your life is always back to Allah plan.
Indeed.

More you grateful, the more you receive the happiness.

Tidak tahu

"Aku ni bukannya baik sangat"

Adalah lebih baik sekiranya ia tidak diketahui langsung,
Namun aku tertanya,
Kenapa bila kita berbuat baik,
Kita dianggap seperti 'pelik'?
Walhal benda yang sebaliknya tanpa segan silu kita pertonjolkan ke sana dan kemari,
Malah siap beritahu lagi tanpa tanpa rasa malu,
Ingin ditegur takut, 
Ingin disambut sama² terleka,
Ingin ditegah maka peperangan pun bermula,
Ya, jika ini yang bermain difikiranmu
Ketahui lah, 
Zaman aku juga begitu,
Malah yang cabarnya adalah bila kita baru perasan yang kita pun macam tu dahulu,
Sekarang mahu atau pun tidak,
Kita hidup di sekeling keadaan yang begitu,
Maka jalan mana yang membuatkan kita keluar dari fikiran ini?
Darimana ia datang memahamkan kita tentang sesuatu?
Apa yang membuatkan kita tersedar?
Siapa? Dan bagimana ia membuatmu kembali?

Masih lagi mencari jawapan 

Fikir-fikirkan.

Tuesday 27 October 2020

Be the light into someone darkness

Jadilah penyuluh kepada dunia,
Untuk membantu diri mendapatkan keredaan Allah,
Hingga cahaya itu menyinari lurus ke lorong akhirat nanti,
Hadapilah, 
Berjalanlah,
Buatlah mengikut kemampuanmu,
Biar sirna itu yang melafazkan segalanya.

AL-WAKIL | Yang Maha Pelindung

Darjat dan tawakal mestilah difahami oleh seseorang muslim agar tidak dianggap remeh. Darjat yabg pertama adalah hati yang menghadap kepada Allah secara berterusan kerana dia mengetahui bahawa Allah berkuasa ke atas segala sesuatu. Yang kedua adalah anggota badan yang menghadap dan mengusahakan penyebab, kerana Allah SWT telah menetapkan  suatu hikmag terhadap segala akibat daripada sesuatu. Yang ketiga adalah berserahnya seorang muslim dan redhanya terhadap hasil-hasil yang ditetapkan untuknnya. Dia tidak menyerah sebelum berusaha kerana hal itu menyebabkan tawakalnya tidak diterima. Seorang hamba perlulah mempunyai keyakinan yang baik, indah di dalam kesabaran,dan memahami hakikat redhavsehingga hatinya menjadi tenang ketika ditimpa pelbagai kejadian dan bencana. Demikian juga jiwa menjadi tenang di dalam memahami hikmah ujian kerana mereka meyakini bahawa hanya Allah yang mengaturkan segenap makhluk sebagaimana yang Dia kehendaki.

Daripada Abu Bakrah r.a, bahawanya Rasulullah SAW berdoa ketika ditimpa bencana,

Ya Allah, hanya rahmat-Mu yang aku harapkan, janganlah Engkau sandarkan aku kepada diriku sendiri walaupun hanya sekelip mata, perbaiki seluruh urusanku, tiada tuhan kecuali Engkau.
(Sahih Jami: 3388)

Monday 26 October 2020

Understanding

Mu'awiyah (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah said, "When Allah wishes good for someone, He bestows upon him the understanding of the Deen." 

(Bukhari & Muslim)

Pasrah Terhadap Takdir

Allah SWT telah melarang hamba-hambanya-Nya untuk menyerupai orang-orang yang mengatakan, "Sekiranya demikian dan demikian, tentu kejadiannya tidak akan seperti itu." Nabi SAW bersabda, "Dan jauhilah olehmu ucapan 'Seandainya...' kerana sesungguhnya ungkapan 'Seandainya...' membuka peluang masuknya syaitan." 
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, 'Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada orang mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Kejarlah dengan bersungguh-sungguh apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan Allah SWT, dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah. Apabila kamu ditimpa suatu kemalangan, janglahlah kamu mengatakan 'Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu.' Tetapi katakanlah, 'Ini sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya' kerana sesungguhnya ungkapan 'Lau' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan syaitan." 
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW melarang seseorang mengucapkan perkataan tersebut ketika terjadi sesuatu yang merugikannya dan tidak memberi manfaat kepadanya serta memerintahkan kepadannya melakukan hal-hal yang membawa kepada kejayaan atau keselamatan. Jika hal itu tetap terjadi hendaklah dia mengatakan, "Cukuplah Allah bagiku" kerana jika dia mengatakan, "Cukuplah Allah bagiku" setelah berusaha melakukan kesemua penyebab-penyebabnya (perkara-perkara yang membuatkan sesuatu itu berlaku), dia termasuk orang yang terpuji. Lalu dia pun mendapat manfaat daripada perbuatan dan ucapannya itu. Namun apabila berasa lemah dengan meninggalkan pelbagai penyebabnya dan kemudian dia mengucapkan perkataan itu, tentu dia termasuk orang yang tercela kerana dengan sengaja meninggalkkannya tanpa berusaha terlebih dahulu, sehingga ucapan itu menjadi tidak bermanfaat bagi dirinya. 
(Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, Al- Wabilu As-Saybu wa Rafi'ul Kalimi At-Tayyibi, t.t.: 228).

Kisah Wafatnya Rasulullah SAW

Setelah mengetahui bahawa ajalnya semakin dekat melalui wahyu, Rasulullah SAW menyampaikan perpisaha  kepada seluruh manusia di dalam Haji Wada' (Haji Perpisahan). Ketika itu hati para sahabat bergejolak, gelisah dan takut seandainya ajal Rasulullah telah pun dekat. Padahal, apabila sudah datang ketetapan daripada Allah, maka ia tidak boleh diundur. Ketika berita kewafata  Rasulullag SAW tersebar seluruh sahabat kebingungan kerana waktu-waktu genting dan malapetaka akan tiba.

Madinah bergoncang hebat. Kecemasan yang melanda sebahagian besar sahabat yabg terlebih dahulu memeluk Islam tidak terkendali lagi. Di antara mereka ada yang kelu lidahnya dan tidak dapat berbuat apa-apa. Bahkan Umar r.a sampai menghunus pedang untuk melarang orang-orang untuk mengucapkan, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah wafat." Dia menyangka Baginda hanya tidak sedarkan diri dan akan segera pulih. Hanya Abu Bakar r.a yang tabah. Dia mendekati jenazah Rasulullah SAW yang terbujur di atas pembaringan, lalu kemudian menciumnya dan berkata, "Demi ayah dan ibuku, aku tebus engkau, wahai Rasulullah. Alangkah englau sangat menyenangkan,baik hidup mahupun mati! Kematian yang telah ditentukan Allah ke atas engkau sudah engkau rasakan Engkau tidak akan pernah tekena kematian lagi setelah itu selama-lamanya. Wahau Rasulullah, ingatlah kami disisi Tuhanmu". 

Abu Bakar keluar menemui orang ramai, lalu kemudian berpidato dihadapan mereka, "Whai manusia, barang siapa menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah mati dan barang siapa menyembah Allah, maka Allah tetap hidup tidak akan mati" Abu Bakar kemudian membaca Surah Ali 'Imran, 3: 144. Ketika Abu Bakar membaca ayat ini, para sahabat tersedar daripada kekalutan mereka. Mereka seakan-akan tidak mendengar Abu Bakar membaca ayat itu, lalu aku tercengang sehingga Aku rebah ke tanah. Kedua-dua kakiku tidak berdaya menahanku lalu aku pun menyedari bahawa Rasulullah SAW, telah tiada." 

(Mustafa As-Siba'i, As-Sirah An-Nabawiyah, Durus wa 'Ibar: 186-187)

Saturday 24 October 2020

Balasan Melanggar Perjanjian Allah

Allah SWT menjelaskan bahawa sesungguhnya orang-orang yang menukarkan apa yang mereka janjikan kepada Allah, iaitu hendak mengikuti Muhammad SAW, menerangkan sifatnya dan menjelaskan ajarannya kepada orang ramai, serta menukar sumpah-sumpah mereka yang dusta dengan harga yang sedikit dan rendah (.....Allah tidak akan menyapa mereka, tidak akan memperhatikan mereka pada hari Kiamat..) iaitu Allah tidak akan mengajak berbicara kepada mereka dengan perkataan yang lembut dan tidak akan memandang mereka dengan pandangan kasih sayang. (...dan tidak alan menyucikan mereka...) daripada dosa-dosa tetapi Allah akan memerintahkan agar mereka dicampakkan ke dalam neraka. (..Bagi mereka azab yang pedih.) 

Daripada Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda, "Ada tiga golongan yang Allah tidak akan berbicara, tidak melihat, dan tidak menyucikan mereka dan bagi mereka seksaan yang sangat pedih pada hari kiamat." Abu Dzar berkata, aku bertanya "Wahai Rasulullah, siapakah mereka yang rugi dan sia-sia itu? Abu Dzar mengatakan bahawa, Rasulullah mengulanginya sampai tiga kali, lalu bersabda, "Iaitu orang yang menjulurkankan pakaian kerana sombong, orang yang banyak menawarkan barang dagangan dengan sumpah palsu, dan orang-orang yang mengungkit-ungkit pemberian." (Hadis Riwayat Ahmad). 

Dalam periwatan lain pula diterangkan daripada Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda, "Ada tiga orang yang dicintai oleh Allah dan ada tiga orang yang dibenci oleh Allah. Orang yang dicintai iaitu, seorang lelaki yang berhadapan dengan musuh dalam barisan perang kemudian dia mempersiapkan tubuh badannya sehingfa terbunuh atau membukakan kemenangan untuk para sahabatnnya; suatu kaum yang melakukan perjalanan sehingga mereka merasa ingin menyentuh tanah (tidur kerana mengantuk), kemudian mereka berhenti dan salah seorang daripada mereka memisahkan diri daripada yang lain lalu mendirikan solat sehingga tiba masa membangunkan mereka untuk memulakan perjalanan kembali, dan salah seorang lelaki yang memiliki jiran tetangga yang menyakitinya namun bersabar  diatas perbuatan jiran tetangganya itu sehingga keduanya dipisahkan oleh kematian. Manakala mereka yang dibenci ialah penjual yang banyak menawarkan sumpah palsu, orang fakir yang sombong, dan orang bakhil yang suka menyebut-nyebut pemberiannya." (Hadis Riwayat Ahmad) (Ibnu Kasir, Tafsirul Qur'ani Azimi, Jilid 3,1421 H/2000 M:92-94).

Wednesday 21 October 2020

Aku Gembira, Aku bahagia

Hari ini, letakkan kebergantungan diri kepada Allah SWT,
Secara menyeluruh tanpa risau akan apa kata manusia,
Sebenarnya tiada siapa yang hiraukan tentang perasaan kita kerana masing² sibuk tentang diri sendiri,
Bila-bila masa sahaja kita akan dilupakan apabila telah menemui apa yang dicari,
Jangan sedih bila tiada siapa yang mampu gembirakan kita, 
Kerana yang selayaknya rasa gembira hanya kita sendiri,
Carilah cara untuk merehatkan sebentar fikiran kita,
Buangkan bisikan-bisikan yang melemahkan,
Pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam,
Kata pada diri,
Aku gembira, 
Aku bahagia
Aku pasti boleh buat punya,
Bacalah basmalah ketika mulakan sesuatu.

InsyaAllah boleh!

Kata guru ku, kita akan menjadi seseorang seperti apa yang kita sebutkan dalam diri. Percayakan pada kebolehan diri kita. Kerana setiap ciptaan tuhan tu tiada yang sia-sia. Seprti pita rakaman yang diproses mengikut apa yang kita dengarkan. Fikirkan yang positif, fikirkan yang baik². Ok.

Thursday 15 October 2020

Doa yang didengari

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku berada dekat dengan mereka. Aku kabulkan permohonan orang yang berdia apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran"

(Surah Al-Baqarah: 186)

Monday 12 October 2020

Siapa nak Buku Percuma?

"Sesiapa yang dapat menunjukkan kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."

Klik pada link pautan dibawah untuk mendapatkan buku yangbboleh di muat turun secara PERCUMA di atas talian.


Selamat beramal dan semoga bermanfaat.

Apabila dipuji

Ini adalah tips yang diajarkan oleh masyeikh terdahulu yang disampaikan oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid kepada kita semasa live sharing yang bertajuk "Akhlak Influencer".

"Kalau seseorang mendapatkan pujian, anggaplah sanjungan tersebut sebagai satu doa. 

Sebagai contoh, 

Ada orang puji, "MasyaAllah, engkau orang yang berilmu."

Berdoalah dalam hati, "Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang berilmu."

atau

Ada orang puji, "Engkau seorang yang pemurah."

Berdoalah dalam hati, "Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang pemurah."

Berdoa dengan merasakan pujian tersebut tidak layak pun untuk diri kita. "

Baca zikir ini apabila mendapat pujian. 

اللهم إني أعوذبك أن أشرك بك شيءً وأنا أعلم وأستغفرك لما لا أعلم
"Ya Allah aku berlindung kepadamu daripada menyekutukan Engkau dengan sesuatu yg aku tahu dan aku memohon ampun berlindung kepada Engkau daripada sifat menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang aku tak tahu"

Semoga bermanfaat.

Sunday 11 October 2020

Ciptaan yang menduga

Bagaimana kamu boleh lalai terhadap sesuatu, sedangkan sesuatu itu diciptakan oleh Allah

Saturday 10 October 2020

Maafkan dirimu

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berfirman:

Aku menurut sangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku.

Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik daripada kelompok mereka.

Jika dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-ku sehasta, maka Aku mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari. 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sunday 4 October 2020

Waspadalah

Ramai muslim hari ini terutama di Malaysia menjadikan barat sebagai idola dan ikon utama dalam setiap urusan kehidupan, Sehingga tanpa disedari, terlahirnya ramai melayu berjiwa Anglophile.

Umpama seperti, 
Mulut suka makan nasi lemak,
Tetapi hati rindukan keju.

Waspadalah, temanku.

Ketika kita diuji pada titik yang paling kita lemah

Ketika kita diuji pada titik yang paling lemah,
Walhal sebelum ini kita rasa berada dipuncak,
Terasa semua langkah ini betul,
Rupa-rupanya hanyalah sangkaan,
Termakan dengan kata-kata syaitan yang sentiasa menghasut,
Hari ni kita tak macam dulu,
Mula menjauh dan bersendirian,
Sambil berfikir,
Mungkin ini cara Allah menyentuh hati ini,
Dengan teguran yang lembut dan berhikmah,
"Allah akan menguji hamba-Nya pada titik yang paling kita lemah"
Aku tertanya apa titik kelemahan itu?
Titik lemah kita bila kita dah tak berupaya lagi nak terus memperbaiki diri,
Malah kita biarkan semuanya dan hanya turuti hawa nafsu,
Sombong dan tidak mahu lagi campur tangan dengan generasi kini,
Walhal generasi kita di masa hadapan,
Mereka ada hak untuk meminta kita ni berubah,
Kehidupan yang lebih baik,
Adalah apabila Cinta Allah SWT itu berjaya dirasai sesama kita,
Bukan sorang-sorang,
Hulurkan tangan bagi yang pernah jatuh,
Bantu mereka berdiri,
Sapulah air mata mu,
Kita akan HADAPI semua ni,
BERSAMA-SAMA,
Terhadap Realiti kehidupan,
Hari Ini!

Thursday 1 October 2020

Kena Tolak?

Tolaklah Kejahatan Itu Dengan Kebaikan

"Kebaikan itu tidak sama dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada merasakan permusuhan antara kamu dan dia adalah seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan, kecuali kepada orang-orang yang sabar, dan tidak dianugerahkan, kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.

(Surah Fussilat ayat 34-35)

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...