Saturday 29 August 2020

Wednesday 26 August 2020

All Out

All out.. tiada istilah kembali
To get something that we never had, we need to get something that we never did

tekun

Allah sangat sayang pada orang yang TEKUN

Tuesday 25 August 2020

Semester 4: Movie Presentation masa PKP..hah..Macam mana tu?

Assalamualaikum w.b.t

Welcome to the degreee world. Bawah ini adalah nota daripada lectural ELC yang ajar aku sepanjang PKP ni,  rasa sayang pula nak buang ilmu ni tentang comment mengomen movie English yang ada banyak kesilapan berlaku sepanjang kita bekerja. Pendek kata tujuan Movie Presentation ni dibuat adalah untuk kita  menelusuri lebih mendalam lagi, apakah rupa dunia pekerjaan yang sebenarnya. Jadi disini adalah sembilan 9 nonverbal iaitu satu gaya bahasa yang bukan datang daripada pecakapan kita sehari-harian. Yang highlight warna ORANGE tu Point Utama, Bold Tulisan Biru tu Point Penting, dan  PINK tu Example Penting. Boleh pilih mana-mana yang kita jumpa dekat dalam movie kita tu. Tak semestinya ambil semua sekali. Okey mari mulakan dengan Bismillahirahmanirrahim :)

9 Non-verbal Communication

1. Kinesics
  • Facial expression 
- Mussle movement by your body
- eg. Land to the wall
  • Gestures
-Eye contact
-eg. Blink eyes - can touch someone heart/ to express something
  • Body motion / Posture
- Happen unconsciously (tanpa disedari)
- eg. 
- Fidgeting - Cannot sits still (tak boleh duduk diam)
- Slouching (membongkok)
- Shaking the leg/ knoking fingger on table (like playing piano)
- It is not a negative habit but it can be misunderstood habit/intrepreted wrongly.

2. Haptics
  • Physical touch
- Power / Status - Boss to the employee
eg. Touch someone back (purpose for motivation) or  slap someone because you are angry
- Intimacy -  Closeness (Kemesraan / kerapatan) between person to the other person in good mood.
  • Lead to sexual harrasment
- Look at their culture society (background)
- eg. For the UK, hugging with ajnabi is normal but for Islam it is haram.

3. Physical Appearance
  • Physical qualities
- Gender - male/female
- Skin Color - light / brown/ black/ white
- Feature - hidung mancung / mata besar/sepet
  • Misjudged
- Fat - Lazy
- Women - Weak/ easy to discriminated
eg. Be pilot but today it is imposible
-It is because people start to judge
-We need to give people chance
- Short - Short can be perform well rather the tall one.

4. Artifacts
  • Personal Object
- We can know it without asking
- eg. how do you know they is a doctor, because they wearing this doctor uniforms.
- eg. Soldier, students (coperate shirt colors)
  • Identity Image
- Looking at the things
-Streotyping

5. Proxemics
  • Space
- Intimacy - CEO of the company is top flavor that employee cannot close easily and must repect.
- Power/ Status - consultancy
eg. Teacher have power at the infront of the class
- Student need to know the knock the door before enter lectural room
- Senority
- Wealth

6. Environmental Factors
  • Setting to indicate (feel/ emotion) - Relay your feeling and emotion
- Sent a certain message to the receiver
eg. Roomate see you sitting  alone and covered in the dark 
( He will though maybe you fell upset, sad or angry with something.)
  • Romantic
eg. Candle light dinner (sweet momment)
- Fresh flowers, emerge mode date
  • Sport Equipment
- Health conscious
- Love exercise activity

7. Chronomics
  • Time
-Identity/ Status/ Power/ Someone Postion
- eg.  Student have to be in the class before class start at 8.00 am.
- Except for the VIP came or attend late in the ceromony & meeting ( 1/ 50 minutes or hours) this cannot be ague because of their high status.
- Punctual - Office start at 8.00 am but we are earlier arrive at 7.45 am o' clock ( it shows that you are "professionalism" positive messege )
- Clinic - Your turn number paper is No.105, we need to wait and folow the count from people before you, the nurse will calling your name or number after finish.

8. Paralanguage
  • Sound
-Sound that we make (eg. Hurghh, Urmm..Arr (tergagap/Sac))
- Murmur/ Vocal / Rhythm / Gap / Volume/ Intonation / Pitch
- eg. Talk as a moderator
- Bosan sebab nada tak ada piching tinggi or rendah (uninteresting)
- Speck in one intonation
- Clear ke tak clear cakap
- Speck fast/ slow

9. Silence
  • Lead to misunderstanding
- No movement, no sound, not do anything
- Menyebabkan kita fikir dia faham ke apa yang kita cakap? Dia bosan ke?
  • Attitude
- Maybe dont care to response
  • Extremely Powerful

Lepas dah jumpa movie yang menetapi kriteria, kita kena cari pula tajuk ISSUE yang sesuai. Issue nilah yang merujuk kepada masalah dalam clip movie tu. Cuba catat mana-mana bahagian yang ada issue kat bawah ni (sambil kita tonton movie tu kita ambil kertas tulis part bagi minit ke berapa? dan issue apa?) Cara ni untuk elakkan kita daripada terlupa dan tak perlu lah kita nak ulang-ulang banyak kali cerita yang dah ditengok. Kan? Boleh ringkaskan lagi. Usahakan cari yang ada kena mengena dengan WORKPLACE  yee. (tempat kerja) Contohnyanya:-

Movie 1

Minit & saat yang ke:-

00.00.20 - Kelihatan seorang lelaki  masuk kedalam bilik majikan tanpa mengetuk pintu. Majikan itu terkejut dan berasa tidak selesa kerana perbuatan tersebut. Majikan itu melayan acuh tidak acuh kepada lelaki biadap tadi kerana dia terlalu sibuk menguruskan dokumen. Lelaki tadi tetap bercakap, menyoal soalan bertalu-talu dan dia mengeluarkan kertas, pen untuk mencatat dan rakaman recorder (mungkin seorang wartawan). Majikan berasa terganggu bagaikan dia tiada privasi dibiliknya sendiri. Akhirnya lelaki itu dihalau keluar.

00.02.20 - Tamat. Cukup 2 minit. 


# ni contoh sahaja kepanjangan tempoh klip ikut pada arahan pensyarah masing-masing. Ada yang minta 5 minit untuk 1 movie. Ada yang nak 2 movie.

# Biasanya ambil masa beberapa hari dan bulan untuk dapatkan movie yang tak sama macam kawan-kawan kita yang lain, maklumlah bukan jenis kaki movie -.-' yang mana kaki movie tu bantu-bantulah sedekah sikit movie kat classmate kita)

Jadi kat mana ISSUE dia????????????

ISSUE dia dari Movie 1 ni adalah UNETHICAL WORK BEHAVIOR
Sebab lelaki tu tak ada adab bila masuk kedalam office seorang majikan yang langsung tidak mengenali diri beliau. Sepatutnya dia kena ketuk pintu dulu dan minta kebenaran dulu baru kita boleh masuk. Bukan main rempuh cam gitu je. Salah lagi menyalahkan. Walaupun lelaki itu wartawan dia tetap juga kena minta izin/ kebenaran untuk catat apa-apa sahaja yang diperbualan. (Cuba bayangkan  kalau kita seorang boss hari ni dan ada orang buat kat diri kita macm tu.. of coz lah rasa nak marah..dah lah banyak kerja nak fikir..pastu tiba-tiba diganggu pula..sabar jela). Lepas kita kaitkan  dengan diri kita, kita kena kaitkan pula dengan pekerjaan di Malaysia. Cuba try cari kat mana-mana surat khabar ke atau pengalaman kita ke, benda ni memang betul-betul berlaku dalam negara kita. Memang kisah benar dan pernah terjadi. Jadi apa usaha kita untuk memperbaiki keadaan...bla bla..bla, bla, bla......................(cerita lagi dan lagi komen sampai habis masa present dan buat kesimpulan)


Issue here mean we do not tell summary. Issue happen in clip & in day to day workplace situation affecting everone. Antara ISSUE movie yang lain pula..

1. BODY SHAMING @ OFFICE BULLYING @ DISCRIMINATION 
(choose one of this words)

eg. Insecure female staff having problems with collegue because of her physical


2. ABUSE OF POWER @ UNETHICAL WORK BEHAVIOR @ LACK OF JUDGEMENT
(choose one of this words)

eg. A group of soldiers being wrongly punished by their superior


3. SEXUAL HARASSMENT @ ABUSE OF POWER @ LACK OF INTEGRITY @ OFFICE MISCONDUCT
(choose one of this words)

eg. A female boss inappropiately touching a male staff in the car on the way a meeting.


Baiklahh.. itu dia tips untuk cari isi-isi dalam Movie Presentation kita. Tapi ingat ye, lain lecturer lain dia punya details. Yang ni adalah apa yang aku dapat dari pensyarah aku sepanjang PKP aku sepanjang semester 4 dan PKP di rumah. Alhamdulillah, berkat ajaran beliau. Moga diberikan ganjaran yang lebih banyak di sisi Allah.

Ringkasanya begini:-

  • Cari Movie
  • Keluarkan point (hint macam disenaraikan kat atas, ikut yang mana sesuai)
  • Cut (pendekkan) movie kepada Clips (eg. boleh edit dalam Wondershare Filmora)
  • Tunjukkan pada pensyarah untuk aprroved
  • Cara nak cerita untuk present:-
  1. Tayangan clips movie
  2. Introduction (definition)
  3. Issue
  4. Details (example)
  5. Conclusion
Yang penting confident je masa present dalam bahasa English ni, tak pe kalau grammar kita ke laut yang penting kita cuba sehabis baik. Pakai baju yang kita paling suka masa present nanti, sopan, tutup aurat sempurna dan ikut sahsiah rupa diri. Tarik nafas dalam-daam hembus, baca bismillah sebelum mula dan teruskan bercerita sampaikan apa sahaja yang kita tahu tentang issue tu.

Korang nak tahu tak masa aku present PKP itu macam mana????

Kan kita semua belajar ODL dari rumah. 

Nak tahu lebih lanjut kena tunggu aku buat PART 2 pula untuk sesi semester 4 ni.

InsyaaAllah, ada rezeki dan dipanjang umur sehari lagi aku sendkan kat sini. 

Sekian.


Klik Sambungan Semester 4 (PART 2):
Semester 4: Setting Kamera Paling Jimat


Kita semua sedang bermusafir

Ibnu Umar mengajarkan bahawa apabila Rasulullah SAW telsh berada di atas kenderaan hendak bermusafir, baginda bertakbir sebanyak 3 kali. Kemudian baginda berdoa,"Maha Suci (Allah) yang telah menundukkan semua ini bagi kami,padahal kami sebelum ini tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami aian kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah sesungguhnya kami memohon kebaikan dan ketakwaan serta perbuatan yang Engkau redhai dalam perjalanan ini. Ya Allah permudahkanlah perjalanan kami ini, dan dekatlah bagi kami. Ya Allah, Engkaulah pendampingku dalam bermusafir dan yang menguruskan keluarga yang aku tinggalkan. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kelelahan dalam bermusafir, pemandangan yang menyedihkan dan kepulangan yan buruk dalam harta dan keluarga." Jika baginda kembali daripada perjalanan, Baginda membaca kembali doa tersebut,serta menambah doa dalamnya, "Kami kembali dengan bertaubat, tetap beribadah dan selalu memiji Tuhan kami." 

(Hadis Riwayat Muslim,Sahih Muslim,Juz 2 No. Hadis 1342, 1412H/1991 ) M:978)

Saturday 22 August 2020

Hikmah Penciptaan Daun

"Dialah yang menghidupkan dan mematikan. Maka apabila Dia hendak menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata, "Jadilah!" Maka jadilah sesuatu itu"

(Surah Ghafir 40: 68)

Sunday 16 August 2020

Takbur Dan Syukur

Janganlah kita berasa TAKBUR kerana kita dapat memberi manfaat kepada orang lain. Sebalikmya, tanamlah rasa SYUKUR kerana Allah mengizinkan kita untuk memberi manfaat kepada insan lain

Monday 10 August 2020

Kebaikan untuk diri sendiri

"Wahai manusia! Kamulah yang memerlukan Allah dan Allah Dialah Yang Maha Kaya(tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.

Jika Dia mengkehendaki, nescaya Dia membinasakan kamu dan mendatangkan makhluk yang baru (untuk menggantikan kamu)

Dan yang demikian itu tidak sukar bagi Allah.

Dan orang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Dan jika seseorang yang dibebani dosa yang berat mahukan (orang lain) untuk memikul bebannya sekalipun, ia tidak akan dipikul sedikit pun, meskipun (yang dipanggil itu) kaum kerabatnya. Sesungguhnya yang dapat engkau beri peringatan hanya orang-orang yang takut kepada (azab) Tuhannya, sekalipun mereka tidak melihat-Nya dan mereka yang melaksanakan solat. Dan barang siapa menyucikan diri untuk kebaikan dirinya sendiri. Dan kepada Allah lah tempat kembali"

(Surah Fatir 35:15-18)

Sunday 9 August 2020

Rezeki

Katakanlah, "Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyempitkannya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya" Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantikannya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.

Wednesday 5 August 2020

Satu Hari Nanti

Satu hari nanti case study ini akan berjaya menjadi kenyataan. Insyaa Allah amin

Tuesday 4 August 2020

Monday 3 August 2020

Kita hanya mampu melihat

Kita hanya mampu melihat kehidupan seseorang melalui corong-corong cahaya kotak leper yang kita pegang ini, dari situ kita dengar dan membuat manipulasi sendiri... adakah kita yakin itu perkara yang sebenar? 
Pelbagai perasaan yang timbul sepanjang kita hidup pada alaf ini.. terasa seperti orang sekeliling memiliki kehidupan yang lebih indah dan megah ditemani dengan pelbgai macam aktiviti, cara dan kegembiraan. 
Tanpa sedar diri lupa untuk berasa bersyukur kepada Allah yang memberi nikmat ini.. 
Nikmat dia adalah sekian sekian sekian...
Nikmat kita?
Nikmat kita adalah masih lagi dapat hidup hari ni.. dapat berfikir dan muhasabah diri tentang 'diri aku'..
Susah untuk bagitau diri bahawa jangan pernah tertipu dengan apa sahaja yang kita pernah lihat, 
Hidup kita yg sebenarnya...
Apa yg aku nmpak tu semua hnya bayangan semata², cnntohnya aku yg tengah monolog..
Apa yg aku guna untuk smpaikan ayat ini pun akan hilang juga dan akhirnya bakal pergi  tinggalkan diri ku seorang,
Ye tinggalnya aku seorang..
Yg tersedar bahawa ini semua hnylah pinjaman.

Lidah & Hati yang petah berkata²

Bicara ku sepanjang ku hidup, Ya allah maafkan aku..aku mohon maaf andai ada perkara baik yg aku katakan namun rupanya² aku sendiri gagal untuk melakukannya. 

Andai ada yg masih lagi membaca hasil penulisan aku hari ini, pasti dia la yg Allah gerakkan hati untuk membuka blog aku. Dan Allah lebih nmpk kebaikan² nya berbanding orang lain.. dalam diam kuat dalam menghadapi ujian²  dan cubaan hidup. Insan yang terpilih yang aku cemburui. Aku mohon doakan aku selalu dalam 2 perkara ini.. tolong.."doakan aku agar Allah ampunkan diatas segala dosa² yang pernah aku buat. Dan yang terakhir moga dengan mengharapkan keredhaan Allah sahaja aku tak diazab dengan seksaan disebabkan perbuatan aku dan dimasukkan kedalam syurga tanpa perlu dihisab dengan soalan² yg tak mampu aku jawab. Dan syurga itu menjadi destinasi terakhir untuk aku yang kekal selamanya walaupun setelah aku dibangkitkan semula di alam mahsyar nnti"

Sedekah kan juga aku dengan AlFatihah & Yassin.. 

Semoga doa ini juga menjadi milik kamu juga. Seperti pantulan cermin disebalik cahaya lampu yg kita suluh.. pasti arahnya juga diberikan kepada kita.

Dan yang paling terakhir,apa sahaja kebaikan yang kamu nampak melalui mata hati kamu didalam blog ini. ikutlah ia mengikut kemampuan. Dan andai tak memberatkan kamu. Aku harap ayat² yang baik itu dikongsi dan disharekan pada masyarakat yg lain. Moga kita semua memperoleh ilmu dan kebaikan yang sama. 

Sedekah jariah itu bukan cuma duit yng kita derma, tapi juga ilmu dan kebaikan contoh tauladan yang menjadi ikutan dan bimbingan semua.

Seorang hamba Allah
-sekian-

Saturday 1 August 2020

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...