Wednesday 31 March 2021
Ada 3 Ikatan Waktu Kita Tidur
Monday 29 March 2021
Meeting Tu macam mana?
Thursday 25 March 2021
Resepi Sambal Tumis [Masak Sampai Jadi]
Wednesday 24 March 2021
Tips Buat Presentation Dalam Google Meet
Assalamualaikum w.b.t kepada yang sedang membaca sekarang ni, mesti kena buat presentation secara virtual kan. yaaaa... jangan risau sebab ini pengalaman yang bagus dan korang akan jadi lebih professional nanti, Baiklah bawah ni adalah antara yang akiu dapat belajar.
Jika menggunakan Google Meet untuk sharescreen.
1. Tekan Present now
2. Ada 3 pilihan
Ø “Your Entire Screen” -Nampak keseluruhan device yang digunakan. Tidak perlu berhenti untuk beraih ke bahan yang lain. Namun audience boleh melihat disebalik takbir dan kemunculan pop up yang tiada kaitan.
Ø “A Window”- Fokus kepada Google dan file tanpa melihat tools device yang lain, Perlu berhenti untuk present dan file akan ada dalam pilihan jika ianya dibuka awal. Audience tidak nampak disebalik takbir.
Ø “A Tab” - Khas untuk Google SAHAJA ataupun untuk satu jenis file. Bagus untuk membuka video dan bunyi audio yang baik didalam Youtube dan Google drive. Audience tidak nampak disebalik takbir.
*Audience tidak nampak disebalik tadbir itu membolehkan kita membuat persediaan awal jika diminta untuk mengubah paparan.
3. Jika ada masalah audio pergi ke: Simbol 3 titik > Setting > Tukarkan default-microphone (Related (R ) Audio) kepada Stereo Mix (Relatek (R ) Audio) > Buka microphone.
Maklumat penuh boleh merujuk di: https://www.youtube.com/watch?v=DMuHZoqW9vY
4. Untuk teknik paparan penuh (fullscreen) dan pembahagian antara dua paparan (split). Kita perlu mendownload apps “Dualess”
Cara penggunaan boleh merujuk di : https://www.youtube.com/watch?v=9X9AxR9oTSQ
5. Kalau nak mainkan video secara berulang didalam YouTube boleh tekan Right klik > Pilih LOOP. siap!
BOLEH KLIK BAWAH NI TIPS MUDAH GUNA GOOGLEMEET
Sekian. Harap dapat membantu :)
Bukan kerana itu..
Monday 22 March 2021
Homemade Cookies Sedap
Kita Cuma Musafir
Saturday 20 March 2021
Doa
Buatlah kerana Allah
Sunday 14 March 2021
Mereka kata...
Saturday 13 March 2021
Yang Maha Mendengar
Thursday 11 March 2021
Hikmah Penciptaan Daun
Tuesday 9 March 2021
Cinta
Sunday 7 March 2021
Pengalaman menjawab EET (English Exist Test)
Assalamualaikum w.b.t,
Dulu masa diploma aku ambil MUET, tapi bila dah masuk degree kita akan menghadapi EET (English Exist Test). Seperti sedia maklum yang EET ni terbahagi kepada dua jenis iaitu Speaking dan Writing. Jadi nak diceritakan sebenarnya EET batch aku kali ni memang kami ambil di rumah masing-masing sebab still lagi tak boleh pergi ke universiti sebab PKP dan ada juga kawan yang stay dekat kolej tak balik ke rumah, boleh je jawab kat mana-mana yang ada rangkaian internet dalam kawasan institusi. Jadi bila kita cerita pasal EET ni mesti dah boleh agakkan universiti mana? (Sambil berdehem 2, 3 kali sebelum menyambung ayat seterusnya). Okey sambung-sambung.
Jadi sambil-sambil aku search cara nak jawab kedua-dua test tu, dalam setiap websites, blog, portal dan youttube, aku masih belum dapat cerita yang lebih lengkap dan sumbernya masih kurang kecuali kalau siapa yang ada buku tentang EET mungkin boleh rujuk dekat dalam situ. Tapikan, aku try lah cari buku EET ni dekat shopee tapi dah habis pula. Masa tu lagi 2 hari nak mula ujian.. memang lah dapat sambutan hangat. Dah last minute baru nak cari..(ni lah nasib baru tahu kewujudan buku tu -.-), dalam hati cakap siapa ya kawan-kawan yang ada buku ni..boleh lah share-share sikit cara jawab dia. Sebab aku nak tahu format dan cara menjawabnnya. Meskipun pun English ku tidaklah seperti mat salleh berloghat pekat ataupun berdas2 cakap tanpa henti macam tak tahu bila nak noktah. Tapi sekurang-kurangnya usaha tu penting dan kena ada dalam diri. Usaha lah walaupun baru nak baca hari ni. Usahalah walaupun semampu kita walaupun hanya tuhan je yang tahu perasaan kita ni macam mana.
" Tak boleh jadi! Lagi beberapa hari lagi nih...", getus aku dalam hati sambil memandang kearah kalender. Hari EET dah nak dekat...wooo.
Disebabkan aku tak dapat rujukan tu jadi aku pun try tanya senior dan juga kawan-kawan yang sama-sama tengah berjuang nak jawab test ni. Macam manoo nak jawab. Dorang pun cerita benda yang sama macam yang pensyarah aku cerita masa briefing haritu. Ingatkan nak korek rahsia soalan apa yang keluar tapi senior cakap soalan dia berubah-ubah dan setiap pelajar tak sama sebernarnya. Dan tak sempat pun nak tulis banyak-banyak kat kertas sebab sekejap sangat masa yang dia bagi. hmmm... dan diorng pun dah lupa soalan apa yang keluar haritu.. hahaha. Aku pun cakap tak pelah tapi tolong doakan kami ni berjaya jawab dengan baik.. dapat doa pun jadilah. :)
Tetiba aku dapat mesej daripada pensyarah aku dalam group whatsapp cakap yang dia ubah tarikh dan masa untuk kami semua dan hari tersebut diawalkan daripada hari yang sebelum ni.. iaitu ESOK!!!!!!! Bila dapat tahu yang aku punya nama dekat hari yang pertama sekali (sebab semua kawan-kawan kelas aku dah booking hari dan masa awal.. dan aku lah orang terlast isi senarai tu)
"Aku lah yang esok tukan ?", aku bertanya dalam hati untuk kepastian. (kelip mata kejap sambl telan air liur pandang skrin henfon ni banyak kali)
Tak boleh tunggu lagi. Jadi aku pun guna alternatif terakhir. Macam sebelum ni aku buat macam bawah ni.
PERSEDIAN SEBELUM MENJAWAB EET
- Speaking hari-hari bahasa English. (pagi, petang, siang malam, cakap depan cermin, cakap sorang2 sebab tak de sape sudi dengar dan lagi konfiden bila rasa apa yang kita cakap tu macam betul jee..macam sedap jee.. ngomong2nya..hahaha. Bangun pagi pun terngiang-ngiang bahasa english dalam kepala)
- Baca buku motivasi bahasa English & Journal2 English berkaitan dengan kos kita (yang assignment aku sebelum ni, serius membantu bila dulu selalu baca journal boleh lah faham sikit-sikit walaupun tak banyak)
- Berdoa kepada Allah setelah kita berusaha kemudian bertawakal. (kita ni usaha macam mana pun tetap kena minta dekat Allah supaya bagi soalan yang mudah-mudah, yang boleh bantu kita jawab tu Dia. Jadi kita akan tenang bila apa-apa yang bakal terjadi masa hari test nanti. Moga Allah redha dengan apa yang kita buat)
- Cuba ingat balik, tulis dalam satu kertas & senaraikan subjek-subjek yang pernah kita belajar dulu masa diploma dan degree. (mungkin boleh bantu kita bila diajukan soalan interview, sebab biasanya dia akan relatekan dengan bidang kita terhadap kerja yang kita mahukan nanti eg. dulu saya minat subjek english & mandarin sebab mudah nak komunikasi dengan orang luar negara dalam bidang pekarjaan saya ni, nak kaitkan dengan isu-isu semasa dalam bidang kita tu pun boleh)
- Baca buku rujukan MUET bahagian WRITING (Ada bahagian graph, pie chart, bar chart dan rangking dalam tu yang boleh kita analisa cara menjawab dia, Aku guna buku nota saiz poket macam smartphone "Revisi Mobil MUET"..yang ni beli dekat kedai POPULAR dulu beberapa tahun yang lepas.. harga dia tak ingat berapa tapi memang mudah faham dan berwarna warni. Memang semangat nak baca sebab ada tips dan beberapa benda penting yang penulis buku tu tekankan. Tapi sebenarnya dalam buku Essay PMR & SPM pun ada juga contoh2 ayat dia sikit untuh bahagian graf.)
- Jawab balik soalan past sem tahun sebelum ini (nak biasakan diri dengan format dia dan manalah tahu kalau dapat soalan yang sama ke nanti)
- Baca isu-isi semasa yang terkini. (macam COVID-19 ni ke, banjir ke, atau apa sahaja yang tengah hot dalam negara kita)
- Pakai baju tie berkolar atau kurung ikut sahsiah rupa diri yang kemas, bergosok licin dan yang paling kita suka masa present nanti. (Bayangkan kita nak buat temuduga dekat tempat yang kita dah lama idam-idamkan..meskipun cuma acah2 je depan temuduga komputer yang merupakan pensyarah kita juga yang mengawal disebaliknya itu. Tapi apa salahnya kita hormat keadaan tersebut sambil feeling2 hebat ni. Bukan ke first impression tu penting!.. lagi kemas dan cantiknya kita akan menonjolkan lagi tahap keyakinan kita. Ayuh serlahkan)
- Berwudhuk setiap kali belajar dan sebelum menjawab exam/test. (Supaya malaikat pun mendoakan dan memayungi kita sebab bersusah payah nak study benda ni. Bukankah menuntut ilmu itu satu ibadah dan jihad sebab kita berkorban waktu kita untuk faham dan menguasai ilmu tu dengan baik dan pada masa yang sama wujudnya kebekatan masa disitu.
SEMASA MENJAWAB EET
EET Speaking
(30 minutes)
Masa test EET Speaking ni memang jauh nun di sana soalan-soalan yang diajukan kearah aku. Aku ingatkan dia akan tanya sebijik sikit macam soalan sample yang dia bagi tu..rupa-rupanya memang lain daripada yang lain. Jauh berbeza daripada apa yang aku targetkan. Tak de nya dia nak tanya soalan yang kacang macam ."Sila perkenalkan diri awak?" dan kita pun dengan bangga beritahu keseluruhan biodata kita kepada si penanya a.k.a komputer tu. Walhal, itu hanyalah mimpi je, sebenarnya dia akan tanya yang lebih terperinci daripada tu. Tapi soalan yang dia bagi ni pun otak aku ligat berfikir apa benda yang aku nak cakap sebab aku tak sempat langsung nak tulis banyak2 dekat kertas tu. Semua ni memang secara SPONTAN.
Soalan tu akan dibaca oleh audio tapi kalau nak baca sendiri pun boleh sebab format dia macam dekat bawah ni.
Pastikan BACA SOALAN dulu, FAHAMkan dengan baik dan keluarkan MAIN POINT, REASON/DESCRIPTION & EXAMPLE.
TASK 1 : SIMULATED CONVERSATION
Audio bacakan soalan
Voice 1: 20 seconds prepare
Voice 1: 1 minute to respond
Kita jawab
Bip.
Hint
- Baca soalan dulu, kenal pasti kehendak soalan
- eg. Berkomunikasi, satu perbualan dengan seseorang
- "Macam mana cara pengurusan stress? Macam mana cara hadir ke program2 ataupun majlis2 tertentu? Langkah-langkah?"
- Buat 3 point, explaination & example
TASK 2: JOB INTERVIEW (ada 3 soalan)
1) Audio bacakan soalan
Voice 1: 10 seconds to prepare
Voice 1: 1 minute to respond
Kita jawab
Bip.
Hint
- Baca soalan dulu, kenal pasti kehendak soalan
- eg. Pengalaman kita yang sebenar ataupun nak brainstrom dan reka2 cerita sendiri pun boleh
- "Siapa yang kita paling kagumi/minati dalam mencapai kejayaan hidup? Ikut kepada bioadata diri kita."
- Buat 3 point, explaination & example
2) Audio bacakan soalan
Voice 2: 20 second to prepare
Voice 2: 2 minutes to respond
Kita jawab
Bip.
Hint
- Baca soalan dulu, kenal pasti kehendak soalan
- eg. Pengalaman kita yang sebenar ataupun brainstorm dan reka2 cerita sendiri pun boleh
- "Apakah target yang tak tercapai dalam hidup kita, nyatakan sebab dan penyelesaiannya?" Apa yang menyebab awak tertarik dengan organisasi ini dan kenapa awak pilih kerja ini?"
- Sebab job ni related dengan waktu kita belajar di universiti/ matriks, sekolah menengah, rendah dulu
- Ia membantu saya perbaiki dan membina pengalaman yang lebih luas
- Saya betul-betul suka dengannya kerana__________
- Saya betul-betul ingin mengetahui lebih lagi tentang syarikat ini.
- Buat 3 point, explaination & example
3) Audio bacakan soalan
Voice 3: 30 minutes to prepare
Voice 3: 2 minute to respond
Kita jawab
Bip.
Hint
- Baca soalan dulu, kenal pasti kehendak soalan
- eg. kelebihan kita, pengalaman
- "Bidang yang paling kita minati semasa belajar dan kenapa ia berkaitan dengan pekerjaan ini?" Program yang kita pernah hadir atau atur sebelum ini?" Apa yang kita nampak dalam company ini untuk 5 tahun yang akan datang?"
- Saya dulu pernah belajar _________, saya rasa ianya memang ada kena mengena dengan skop kerja saya dan ini membantu saya kerana saya dah belajar tentang asasnya_________
- Saya pernah jadi ketua dan saya mendapat tempat yang terbaik/pertama menyebabkan semangat saya terhadap perkara ini bertambah kuat________
- Buat 3 point, explaination & example
TASK 3: ORAL PRESENTATION (1 soalan je, tapi kadang2 dia akan bagi sub-soalan)
Audio bacakan soalan
Voice 1 : 60 seconds to prepare
Voice 1: 3 minutes to respond
Kita jawab
Bip.
Hint
- Baca soalan dan gambarajah, kenal pasti kehendak soalan
- Pastikan kita sebut semua sekali yang dia dah bagi (eg. peratus sekian-sekian adalah.____)
- eg. Pekerja bermasalah, hasil jualan secara online ataupun tidak
- Pie chart, Ranking, Bar Chart
- Macam soalan writing muet dulu tapi kali ni mind set macam orang dah berkerja dan sedang membaca dan bercakap tentang graph bukan lagi menulis.
- Mula baca daripada hasil tertinggi hingga ke terendah
- Tulis 2 cadangan kita untuk penambahbaikan masalah tersebut.
- INTRODUCTION:
- A survey was conducted among the ____________ to find out ___________________.
- There are __________ different____________consist of ____a)___, ____b)_____, and ______c)___.
- MAIN BODY :
- The major--------------The minor
- The most preferred-------The least prefered
- The most important ---------The least important
- The main reason-------The least reason
- Advesely,
- Literally,
- Respectively,
- Obviously,
- Fistly, secondly, thirdly, fourthly, fifthly,
- Besides, moreover, furthermore, in addition, In other hand,
- Finally, lastly
- REASON why it happen and EXAMPLE
- CONCULSION & RECOMMENDATION:
- It is evidence that ____________can effected___________.
- In nutshell, in conclusion,
- My recommendation/ suggestion
Bila masa dah nak hampir tamat atau dah tamat kita boleh dengar bunyi getaran buzzel dalam 2-3 saat macam tu. Boleh juga perhatikan di skrin ada disediakan 'jangka masa' sebagai penanda masa. Nak habiskan ayat sebelum habis masa pun boleh ye. Masuk je terus point terakhir atau conclusion kita. Gunakan dan manfaatkan masa yang ada. Elakkan bercakap sampai terlebih masa.
Dan bertenang (ni yang terpenting sekali)
Tapi kalau dah tak tahu nak cakap apa, blur, blank, kosong dan tak ada idea lagi. Boleh je nak cerita pengalaman diri kita yang sebenar. Dah alang2 meng'goreng' ayat biar lah nampak real. Iyadok?
Cakap je guna perkataan English yang kita ingat. Nak guna ayat yang simple2 pun boleh ikut kepada kemampuan diri kita.
EET Writing
(1 hour 30 minutes)
TASK 1
- 150 words
- Response to a comment/query/email
- FIRST MULAKAN DENGAN Dear____(nama penerima)___, (letak sebelah kiri)
- Thank you for hoping _______
- LAST AKHIRI DENGAN Regards, ______(nama pengirim)___, (letak sebelah kiri)
- Make sure...jangan careless yang ni. Nama2 nikan BUKAN nama kita ya, tengok pada soalan kadang2 dia akan beritahu email ni daripada siapa ke siapa. Cara penulisan pula macam kita tulis surat cinta kepada orang lain..tapi ni versi email. Tulis ringkas2 je. Kira balik patah perkataan lepas dan check grammar.
- Boleh buat 2-3 perenggan
- Describe (process)
- Explain
- Give suggestions
- Express probability
- Give example
TASK 2
- 250 words
- Article/ proposal to report an event
- Buat dalam 5 perenggan
- INTRODUCTION
- 3 MAIN BODY Main point, Sub-point (supporting details), example
- CONCLUSION Simpulkan ketika-tiga main point tadi
- Buat ringkas2 juga, check grammar, dan patah perkataan.
- Summarise
- Compare & contrast
- Synthesise
- Give opinions
- Evaluation
Baiklah itu sahaja pengalaman aku menjawab EET , yang ni bukanlah tips sebenar untuk dapat markah dan gred yang tertinggi tetapi hanya sekadar kaedah yang aku guna walaupun ada yang aku tak sempat nak follow. Harapnya junior-junior dan pembaca yang sedang membaca dengan khusyuk entri aku ini boleh buat yang lebih baik lagi. Kot2 ada yang lebih baik dan memang dah berpengalaman dalam bab MUET atau EET ni boleh lah share dekat ruangan komen bawah tu. Kita kongsi sama2 kejayaan itu dengan yang lain dan doakan semoga kita semua berjaya buat yang terbaik. InsyaAllah amin.
Kalau nak tahu yang lebih lanjut tentang sample soalan tahun lepas untuk speaking dan writing, soalan faks, dan video role play menjawab boleh buka ke laman portal EET SINI
Semoga berjaya!
Benda yang aku boleh ubah
Thursday 4 March 2021
Doa Mohon Kekuatan
Reda Allah..Permintaan Allah
Monday 1 March 2021
Semester 5: List-To-Do yang paling panjang
Assalamualikum w.b.t,
Semester 5 ni betul-betul membuka mata aku sebagai budak degree. Walaupun sekarang ni tengah cuti aku tak rasa macam cuti pun. Ya, aku ada EET tak lama lagi. Ujian yang menjadi penanda aras untuk mengetahui kita ni dapat speaking english dengan baik ataupun tidak. Kali ni dibuat secara online sebab masih lagi dalam tempoh PKP. Mudah-mudahan urusan kita semua dipermudahkan dan ada barakahnya bila sabar dengan ujian demi ujian. Untuk junior-junior aku yang nak tahu EET tu apa? Korang pernah ambil MUET kan? Haa.. dia macam muet tapi lain sikit. Aku tak boleh nak citer panjang sebab belum tempoh lagi yang EET ni jadi menurut keterangan pensyarah, ada 2 je WRITING dan SPEAKING. Yang lain-lain tu tak ada. Jadi nanti kalau ada rezeki dan dipanjangkan umur aku share ke SINI caner nak jawab dua2 ujian ni. Doakan ya kami tenang, sabar dan mudah menjawabnnya. (amin)
Bismillahirahmannirahim..
Jadinya, sambil-sambil aku menunggu ketibaan harinya itu. Aku nak citer sikit pasal semester 5 aku. Bukan apa, ni untuk pesanan diri sendiri juga dan aku harap orang lain dapat buat lebih baik daripada aku. Jangan ulangi kesilapan yang sama dan ambillah iktibar (pengajaran). Bila aku fikir-fikirkan bukan aku sorang yang melaluinya. Semua kawan-kawan aku laluinya benda yang sama namun ujian dan cabaran masing-masing sangat berbeza. Jujur lah aku cakap aku hampir 'berputus asa'. T.T dan perasaan ni membuatkan aku macam berfikir yang bukan-bukan. Lagi-lagi bila ada assignment yang aku tak mampu buat yang terbaik. Aku dapat bayangkan kan budak-budak yang tengah SPM sekarang ni. Macam mana lah mereka tabah melalui semua ini...
"Ya Allah kau kuatkan lah semangat mereka ya Allah bagilah kejayaan kepada mereka di dunia dan akhirat. Dengan rahmatmu moga apa yang kami usahakan ini menjadi satu ibadah yang memberatkan ganjaran pahala kami nanti"
Kisah aku pun sebagai pelajar degree di universiti, kebanyakan memang bila dah start minggu yang ke-2 dan ke-3, terus je ditimbuni dengan list to do yang memang kedebukkkk banyaknya. (for real)..hahaha. Aku mula-mula ingatkan boleh siapkan sebelum dateline. Last-last memang sampai ke sudah tak siap juga sebab banyak pembetulan kena buat. Itu belum cerita lagi projek tahun akhir (FYP) yang memang buat pertama kalinya aku try buat dalam seumur hidup aku. Memang kena rujuk banyak journal dekat dalam internet ni.
Dalam keadaan yang macam mana nak elak sekalipun tetap kena buat juga semua kerja-kerja tu. Rasa malas pun tetap kena buat juga, rasa nak berhenti pun tetap kena buat juga. (Tak mampu nak diteruskan dengan kata-kata sebab sometime aku pun down juga) Aku rasa aku belajar banyak perkara sem 5 ni. Bila aku cuba muhasabah kan diri balikkan. Daripada aku cuba lari daripada masalah dan jauh daripada rezeki sambung belajar ni, lebih baik aku tengok apa yang perlu aku perbaiki balik. Baru-baru ni aku terjumpa satu file pdf ni dan aku terjumpa jawapan yang aku cari selama ni. Boleh klik link bawah ni.
KLIK SINI :)
Tips Straight A Student (university)
Dalam file ni dalam bahasa English, penulis sudah mengkaji beberapa orang pelajar cemerlang straigth A di universiti berdasarkan kepada kisah benar mereka. Kebanyakan ada persamaan dari segi rutin harian mereka. Walaupun mereka semua daripada universiti luar negara tapi selagi kita bergelar mahasiswa atau pelajar sekolah sekali pun tetap boleh follow tips yang diceritakan tu. Rupanya banyak juga yang kita terlepas pandang. Kalau yang baca ni budak cemerlang dan memang selalu dekan dan 4 flat korang boleh lah share sikit kat ruang comment bawah tu untuk manfaat kita semua. (silakan2) yang tak pernah 4 flat pun boleh komen juga. Jangan malu2. Mungkin satu hari nanti korang pun akan menjadi sumber inspirasi bagi pelajar-pelajar universiti di Malaysia pada masa akan datang. InsyaAllah.
Jadi aku dah habis baca e-book yang di scan kan tu cuma dia macam tak complete lagi sebab patutnya ada point2 yang seteruskan kalau tengok pada table of content dia macam ada banyak lagi tips dia. But it is okay lah..hahaha.. dengan ilmu yang cuma secubit secebis dan sikit ni aku dah keluarkan dan ringkaskan nota yang aku faham berdasarkan kepada ayat-ayat penulis tersebut. Jom kita try sama-sama untuk semester depan pula ! (pantang menyerah..Ya Kita Boleh Lakukan!!!) Orang kata kalau plan A tak menjadi, kita ubah plan B pula.
Tips Bakal Pelajar Cemerlang
1) Time Management System
- A calendar
- A list
2) Declare War on Procrastination
- Keep a work progress journal
- Feed the Machine
- have a a water with your or near the water machine
- Make an event out of the worst tasks
- Build a routine
- Choose hard days
3) Choose When, Where and How Long (by asking question to yourself)
- When the best day to study?
- Where should you study?
- How long should you study?
p/s: Yang no. 1 tu ada table sebenarnya, boleh rujuk dekat dalam link pdf atas tu.. table dia lebih terperinci dan senang faham. Sebenarnya ada banyak lagi tips dekat google dan Youtube memang banyak orang cerita pasal rahsia kejayaan mereka. Siap ada buat to do list warna warni. Dan dalam banyak-banyak perkongsian tu membuatkan aku sedar yang dorang sangat ber DISIPLIN dengan masa yang tuhan bagi 24 jam ni.
Kita? InsyaALLAH akan menyusul. (doakan semua berjaya)
Jom tiru orang berjaya (yang baik2 je kita ikut)
Semoga berjaya!
Perumpamaan Dunia
Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...
-
Assalamualaikum w.b.t, Dulu masa diploma aku ambil MUET, tapi bila dah masuk degree kita akan menghadapi EET (English Exist Test). Seperti ...
-
Assalamualaikum w.b.t Siapa kat sini bakal pelajar Diploma Planting Industry Management (DPIM)? Mengaku cepat! Klik "saya TERI...
-
Assalamualaikum w.b.t. kepada para pembaca entri aku kali ini, harap semua dikurniakan kesihatan yang baik. Baiklah sejak akhir-akhir ini ra...