Wednesday 30 December 2020

Doa di setiap solat (Al-Ghafur- Yang Maha pengampun)

Di antara doa yang menyebab nama ini adalah hadis yang menerangkan ketika Abu Bakar berkata kepada Rasulullah SAW, "Ajarkanlah aku sebuah doa yang akan aku baca di setiap solatku." Baginda menjawab, "Katakanlah"

"Ya Allah, sesungguhnya aku telah banyak berbuat aniaya ke atas diriku, dan tidak ada yang dapat mengampuni dosa kecuali Engkau, kerana itu ampunilah aku dengan keampunan yang datang daripada sisi-Mu dan rahmatilah aku, kerana sesungguhnya hanya Engkau-lah yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang."

(Sahih Bukhari, 799)

Tuesday 22 December 2020

Betul lah

Betul lah kita kena banyak bersyukur😊😁
Alhamdulillah
#jom
#positif

Friday 18 December 2020

Sikit lagi

Kenapa perlu mengalah?
Sedang sikit je lagi kita nak berjaya,
Dah jauh perjalanan dari tapak kita bermula,
Jangan pandang lagi kebelakang,
Percayalah, usaha ini pasti akan berbuah hasil,
Pasti akan membuatkan kita tersenyum lebar,
Disaat kegemilangan itu,
Susah itu kita laluinya dengan kuat,
Sukar itu kita tempuhinya bersama dengan tekad dihati,
Masa muda inilah kita menuntut ilmu,
Mencari dimana ia hilang,
Kerana masih ada peluang yang sangat besar dihadapan kini,
Yang kita sedang genggam,
Amanah ibu dan ayah,
Amanah para pendidik,guru dan pensyarah,
Saat ini, saat untuk terus mencuba dengan berani hingga sampai ke titik yang terakhir.

Wahai pelajar, teruskan belajar.
Jangan mengalah.
Teruskan melangkah.
Bina kejayaan untuk diri sendiri.
Rentak kita akan berbunyi suatu hari nanti.

Berjuanglah.

InsyaAllah, kita berjaya!

Monday 14 December 2020

Belajar ya?

Belajar ya?
Apa yang aku belajar, 
Bila kita tolong orang, 
Mudahkan dan ringankan bebanan dia,
Kita gembirakan hati dia yang tengah dalam kesusahan,
Walau sesibuk mana pun tetap menghulurkan bantuan,
InsyaAllah, kita akan rasa mudah dengan pekerjaan kita pula,
Senang je buat semua benda nanti lepas tu,
Percayalah formula ini,

"Makin banyak kita tolong orang, makin mudah kerja kita"

Pelikkan?
Tapi inilah kenyataannya,
Tak percaya cuba buat satu,
Masa yang ada ni bukan untuk kita sahaja yang guna sorang,
Sebenarnya masa kita ni pun ada haknya iaitu untuk menolong orang² mukmin.

Kesempitan mu akan diluaskan sepanjang kamu menolong saudara mu. :)

Kearah kebaikan.

Wednesday 2 December 2020

Lakukan

Ingin menjadi orang yang paling gembira di saat ini. Semester ini akan diukir dengan lukisan yang lebih indah. InsyaAllah.

Kuatkan diri, laluinya dengan tabah dan yakin.

Setelah berusaha pasti ada pertolongan dari Allah

Wednesday 25 November 2020

Buat

Jangan buat kerana manusia,
Tapi buatlah kerana Allah,
Pasti ada barakahnya walau apa juga yang kita bakal capai.

Tuesday 17 November 2020

Jaga

Barang siapa yang menjaga Allah (hak² Allah), Allah akan menjaganya.

Saturday 14 November 2020

Masa yang hilang

Masa yang hilang ni, 
Akan berbayar balik,
Yakinlah, bila susah payah mencari perkara yang Allah redha,
Semua ni bukanlah perkara yang sia-sia,
Ia akan berbalas. 
InsyaAllah

Buat kerana mengejar akhirat pasti tak kan penat.

Wednesday 11 November 2020

Minta Tolong

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Apabila engkau memohon, pohonlah kepada Allah dan apabila engkau meminta pertolongan, maka pintalah pertolongan dengan Allah" 

(Sunan al-Tirmizi, Kitab Sifat al-Qiyamah war-Raqaiq wal-Wara' An Rasululillah, hadis no.2516. Menurut Abu 'Isa at- Tirmizi hadith hasan sahih. Nasiruddin al-Albani menilai hadith ini sahih).

Tuesday 10 November 2020

Kamu hebat

Hebatnya kehidupan orang-orang mukmin, 
Tiada walau satu pun perkara yang dia buat itu sia-sia,
Jika dia tak dapat apa yang dia ingin kan didunia, 
Perkara itu langsung tidak meresahkan dirinya,
Kerana dia sedar bahawa perbuatan yang baik itu tetap akan di balas,
Dan sebaik² balasan dan ganjaran itu adalah datang daripada sisi Tuhannya.

Allah Azza Wajala.

Jika kini kita sedang menperlajari akan erti kehidupan,
Tidak mengira siapa pun kamu,
Niatkan lah untuk memberikan ilmu itu kepada orang lain,
Walaupun sekecil-kecil perkara itu tidak dipandang,
Namun pandangan Allah itu lebih penting daripada semua ini,
Berikan lah, kerana tangan yang memberi itu lebih baik,
Kita akan rasa bahagia bila rupanya-rupanya Allah nak beritahu kita,

BAHAGIANYA MENCINTAI ALLAH

Dia yang menguji, Dia yang memberikan rezeki, Dialah menemukan kita dengan sesuatu yang kita tak pernah minta pun sebelum ini,  
Dia memberikan sesuatu,
mengikut neraca dan perancangan Allah yang cukup hebat,
Allah tidak pernah silap dalam merancang kerajaan alam ini,
Termasuklah diri kita,
Hari ini merupakan jilid-jilid kehidupan kita dengan Allah,
Setiap buku yang telah ditulis,ditutup dan digantikan pada setiap maal hijrahdengan yang baru,
Biarlah hijrah ini menjadi bukti tertulis buat tuhan kita, Allah itu tuhan kita semua.

Kerana..
Kita tetap akan berjalan kehadapan,
Dengan izin Allah,
Sekiranya kita berjaya?
Kita 'bersyukur',
Sekiranya sebaliknya
Ingatlah sesungguhnya Allah itu dekat. Dan dia dia bersama dengan orang-orang yang 'bersabar'.

Fikirkan sejenak.

Kerana...
Itulah hebatnya kehidupan orang mukmin,
Sentiasa meletakkan kebergantungan dirinya kepada Allah. 

Wednesday 4 November 2020

Mulakan Langkah Ku

Apa yang Allah beri pada kita hari ini, merupakan nikmat yang begitu banyak.
Jadi bersabarlah bila kita diberikan saat yang sukar,
Kerana itulah caranya..
Mudah mudahan Allah ampunkan dosa kita semua.

Mulakan langkah, teguhkan pendirian, mengharapkan redha Allah. Dan hanya Allah lah sebaik² Penolong.

Wednesday 28 October 2020

Alhamdulillah Maulidur Rasul

Alhamdulillah hari ini Allah bantu kita dalam segenap urusan,
Dapat melihat tenangnya pagi Khamis ini,
Terdengar cicipan dan suara makhluk yang terus bersemangat berzikir dan berselawat dengan bahasa yang luar biasa,
Hari ini,
Hari kelahiran seorang lelaki yang aku amat cintai kerana Allah,
Dia yang mengajak dan mengajar erti cinta yang sebenar,
Muhammad Ya Rasulullah,
Muhammad Ya Rasulullah,
Muhammad Ya Rasulullah,
Terima kasih kerana menyebarkan agama Islam ini hingga dapat ku rasai hingga kini,
Terima kasih kerana sentiasa kuat dan mendoakan kami dengan panggilan 'ummati',
Kami mohon maaf kerana masih lagi mengikut hawa nafsu kami,
Kami ingin berubah,
Lebih baik daripada semalam,
Menjadi insan yang menyumbang sesuatu,
Menyebarkan kasih sayang ini,
Ya Allah izinkan kami menemui Baginda di akhirat nanti,
Bantulah kami, bimbinglah kami di dunia ini agar tak terlepas daripada fokus kami yang satu,
Ampunilah dosa² kami,
Zuriat keturunan kami,
Jadikan lah kami orang² yang khusyuk mendirikan solat,
Terima lah segala amalan kebaikan kami,
Selamatkan kami daripada azab api neraka yang membahang panasnya,
Kerana kami tidak mampu hidup bahagia tanpa Mu disana.

Be grateful

Never do something because of human, 
Do it because you choose it by the help of almight,
That is the right way to be done,
Your life is always back to Allah plan.
Indeed.

More you grateful, the more you receive the happiness.

Tidak tahu

"Aku ni bukannya baik sangat"

Adalah lebih baik sekiranya ia tidak diketahui langsung,
Namun aku tertanya,
Kenapa bila kita berbuat baik,
Kita dianggap seperti 'pelik'?
Walhal benda yang sebaliknya tanpa segan silu kita pertonjolkan ke sana dan kemari,
Malah siap beritahu lagi tanpa tanpa rasa malu,
Ingin ditegur takut, 
Ingin disambut sama² terleka,
Ingin ditegah maka peperangan pun bermula,
Ya, jika ini yang bermain difikiranmu
Ketahui lah, 
Zaman aku juga begitu,
Malah yang cabarnya adalah bila kita baru perasan yang kita pun macam tu dahulu,
Sekarang mahu atau pun tidak,
Kita hidup di sekeling keadaan yang begitu,
Maka jalan mana yang membuatkan kita keluar dari fikiran ini?
Darimana ia datang memahamkan kita tentang sesuatu?
Apa yang membuatkan kita tersedar?
Siapa? Dan bagimana ia membuatmu kembali?

Masih lagi mencari jawapan 

Fikir-fikirkan.

Tuesday 27 October 2020

Be the light into someone darkness

Jadilah penyuluh kepada dunia,
Untuk membantu diri mendapatkan keredaan Allah,
Hingga cahaya itu menyinari lurus ke lorong akhirat nanti,
Hadapilah, 
Berjalanlah,
Buatlah mengikut kemampuanmu,
Biar sirna itu yang melafazkan segalanya.

AL-WAKIL | Yang Maha Pelindung

Darjat dan tawakal mestilah difahami oleh seseorang muslim agar tidak dianggap remeh. Darjat yabg pertama adalah hati yang menghadap kepada Allah secara berterusan kerana dia mengetahui bahawa Allah berkuasa ke atas segala sesuatu. Yang kedua adalah anggota badan yang menghadap dan mengusahakan penyebab, kerana Allah SWT telah menetapkan  suatu hikmag terhadap segala akibat daripada sesuatu. Yang ketiga adalah berserahnya seorang muslim dan redhanya terhadap hasil-hasil yang ditetapkan untuknnya. Dia tidak menyerah sebelum berusaha kerana hal itu menyebabkan tawakalnya tidak diterima. Seorang hamba perlulah mempunyai keyakinan yang baik, indah di dalam kesabaran,dan memahami hakikat redhavsehingga hatinya menjadi tenang ketika ditimpa pelbagai kejadian dan bencana. Demikian juga jiwa menjadi tenang di dalam memahami hikmah ujian kerana mereka meyakini bahawa hanya Allah yang mengaturkan segenap makhluk sebagaimana yang Dia kehendaki.

Daripada Abu Bakrah r.a, bahawanya Rasulullah SAW berdoa ketika ditimpa bencana,

Ya Allah, hanya rahmat-Mu yang aku harapkan, janganlah Engkau sandarkan aku kepada diriku sendiri walaupun hanya sekelip mata, perbaiki seluruh urusanku, tiada tuhan kecuali Engkau.
(Sahih Jami: 3388)

Monday 26 October 2020

Understanding

Mu'awiyah (May Allah be pleased with him) reported: The Messenger of Allah said, "When Allah wishes good for someone, He bestows upon him the understanding of the Deen." 

(Bukhari & Muslim)

Pasrah Terhadap Takdir

Allah SWT telah melarang hamba-hambanya-Nya untuk menyerupai orang-orang yang mengatakan, "Sekiranya demikian dan demikian, tentu kejadiannya tidak akan seperti itu." Nabi SAW bersabda, "Dan jauhilah olehmu ucapan 'Seandainya...' kerana sesungguhnya ungkapan 'Seandainya...' membuka peluang masuknya syaitan." 
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, 'Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah SWT daripada orang mukmin yang lemah. Pada masing-masing memang terdapat kebaikan. Kejarlah dengan bersungguh-sungguh apa yang berguna bagimu, mohonlah pertolongan Allah SWT, dan janganlah kamu menjadi orang yang lemah. Apabila kamu ditimpa suatu kemalangan, janglahlah kamu mengatakan 'Seandainya tadi saya berbuat begini dan begitu, nescaya tidak akan menjadi begini dan begitu.' Tetapi katakanlah, 'Ini sudah takdir Allah dan apa yang dikehendaki-Nya pasti akan dilaksanakan-Nya' kerana sesungguhnya ungkapan 'Lau' (seandainya) akan membukakan jalan bagi godaan syaitan." 
(Hadis Riwayat Muslim)

Hadis di atas menunjukkan bahawa Rasulullah SAW melarang seseorang mengucapkan perkataan tersebut ketika terjadi sesuatu yang merugikannya dan tidak memberi manfaat kepadanya serta memerintahkan kepadannya melakukan hal-hal yang membawa kepada kejayaan atau keselamatan. Jika hal itu tetap terjadi hendaklah dia mengatakan, "Cukuplah Allah bagiku" kerana jika dia mengatakan, "Cukuplah Allah bagiku" setelah berusaha melakukan kesemua penyebab-penyebabnya (perkara-perkara yang membuatkan sesuatu itu berlaku), dia termasuk orang yang terpuji. Lalu dia pun mendapat manfaat daripada perbuatan dan ucapannya itu. Namun apabila berasa lemah dengan meninggalkan pelbagai penyebabnya dan kemudian dia mengucapkan perkataan itu, tentu dia termasuk orang yang tercela kerana dengan sengaja meninggalkkannya tanpa berusaha terlebih dahulu, sehingga ucapan itu menjadi tidak bermanfaat bagi dirinya. 
(Ibnu Qayyim Al Jauziyyah, Al- Wabilu As-Saybu wa Rafi'ul Kalimi At-Tayyibi, t.t.: 228).

Kisah Wafatnya Rasulullah SAW

Setelah mengetahui bahawa ajalnya semakin dekat melalui wahyu, Rasulullah SAW menyampaikan perpisaha  kepada seluruh manusia di dalam Haji Wada' (Haji Perpisahan). Ketika itu hati para sahabat bergejolak, gelisah dan takut seandainya ajal Rasulullah telah pun dekat. Padahal, apabila sudah datang ketetapan daripada Allah, maka ia tidak boleh diundur. Ketika berita kewafata  Rasulullag SAW tersebar seluruh sahabat kebingungan kerana waktu-waktu genting dan malapetaka akan tiba.

Madinah bergoncang hebat. Kecemasan yang melanda sebahagian besar sahabat yabg terlebih dahulu memeluk Islam tidak terkendali lagi. Di antara mereka ada yang kelu lidahnya dan tidak dapat berbuat apa-apa. Bahkan Umar r.a sampai menghunus pedang untuk melarang orang-orang untuk mengucapkan, "Sesungguhnya Rasulullah SAW telah wafat." Dia menyangka Baginda hanya tidak sedarkan diri dan akan segera pulih. Hanya Abu Bakar r.a yang tabah. Dia mendekati jenazah Rasulullah SAW yang terbujur di atas pembaringan, lalu kemudian menciumnya dan berkata, "Demi ayah dan ibuku, aku tebus engkau, wahai Rasulullah. Alangkah englau sangat menyenangkan,baik hidup mahupun mati! Kematian yang telah ditentukan Allah ke atas engkau sudah engkau rasakan Engkau tidak akan pernah tekena kematian lagi setelah itu selama-lamanya. Wahau Rasulullah, ingatlah kami disisi Tuhanmu". 

Abu Bakar keluar menemui orang ramai, lalu kemudian berpidato dihadapan mereka, "Whai manusia, barang siapa menyembah Muhammad, maka sesungguhnya Muhammad telah mati dan barang siapa menyembah Allah, maka Allah tetap hidup tidak akan mati" Abu Bakar kemudian membaca Surah Ali 'Imran, 3: 144. Ketika Abu Bakar membaca ayat ini, para sahabat tersedar daripada kekalutan mereka. Mereka seakan-akan tidak mendengar Abu Bakar membaca ayat itu, lalu aku tercengang sehingga Aku rebah ke tanah. Kedua-dua kakiku tidak berdaya menahanku lalu aku pun menyedari bahawa Rasulullah SAW, telah tiada." 

(Mustafa As-Siba'i, As-Sirah An-Nabawiyah, Durus wa 'Ibar: 186-187)

Saturday 24 October 2020

Balasan Melanggar Perjanjian Allah

Allah SWT menjelaskan bahawa sesungguhnya orang-orang yang menukarkan apa yang mereka janjikan kepada Allah, iaitu hendak mengikuti Muhammad SAW, menerangkan sifatnya dan menjelaskan ajarannya kepada orang ramai, serta menukar sumpah-sumpah mereka yang dusta dengan harga yang sedikit dan rendah (.....Allah tidak akan menyapa mereka, tidak akan memperhatikan mereka pada hari Kiamat..) iaitu Allah tidak akan mengajak berbicara kepada mereka dengan perkataan yang lembut dan tidak akan memandang mereka dengan pandangan kasih sayang. (...dan tidak alan menyucikan mereka...) daripada dosa-dosa tetapi Allah akan memerintahkan agar mereka dicampakkan ke dalam neraka. (..Bagi mereka azab yang pedih.) 

Daripada Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda, "Ada tiga golongan yang Allah tidak akan berbicara, tidak melihat, dan tidak menyucikan mereka dan bagi mereka seksaan yang sangat pedih pada hari kiamat." Abu Dzar berkata, aku bertanya "Wahai Rasulullah, siapakah mereka yang rugi dan sia-sia itu? Abu Dzar mengatakan bahawa, Rasulullah mengulanginya sampai tiga kali, lalu bersabda, "Iaitu orang yang menjulurkankan pakaian kerana sombong, orang yang banyak menawarkan barang dagangan dengan sumpah palsu, dan orang-orang yang mengungkit-ungkit pemberian." (Hadis Riwayat Ahmad). 

Dalam periwatan lain pula diterangkan daripada Abu Dzar, Rasulullah SAW bersabda, "Ada tiga orang yang dicintai oleh Allah dan ada tiga orang yang dibenci oleh Allah. Orang yang dicintai iaitu, seorang lelaki yang berhadapan dengan musuh dalam barisan perang kemudian dia mempersiapkan tubuh badannya sehingfa terbunuh atau membukakan kemenangan untuk para sahabatnnya; suatu kaum yang melakukan perjalanan sehingga mereka merasa ingin menyentuh tanah (tidur kerana mengantuk), kemudian mereka berhenti dan salah seorang daripada mereka memisahkan diri daripada yang lain lalu mendirikan solat sehingga tiba masa membangunkan mereka untuk memulakan perjalanan kembali, dan salah seorang lelaki yang memiliki jiran tetangga yang menyakitinya namun bersabar  diatas perbuatan jiran tetangganya itu sehingga keduanya dipisahkan oleh kematian. Manakala mereka yang dibenci ialah penjual yang banyak menawarkan sumpah palsu, orang fakir yang sombong, dan orang bakhil yang suka menyebut-nyebut pemberiannya." (Hadis Riwayat Ahmad) (Ibnu Kasir, Tafsirul Qur'ani Azimi, Jilid 3,1421 H/2000 M:92-94).

Wednesday 21 October 2020

Aku Gembira, Aku bahagia

Hari ini, letakkan kebergantungan diri kepada Allah SWT,
Secara menyeluruh tanpa risau akan apa kata manusia,
Sebenarnya tiada siapa yang hiraukan tentang perasaan kita kerana masing² sibuk tentang diri sendiri,
Bila-bila masa sahaja kita akan dilupakan apabila telah menemui apa yang dicari,
Jangan sedih bila tiada siapa yang mampu gembirakan kita, 
Kerana yang selayaknya rasa gembira hanya kita sendiri,
Carilah cara untuk merehatkan sebentar fikiran kita,
Buangkan bisikan-bisikan yang melemahkan,
Pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam,
Kata pada diri,
Aku gembira, 
Aku bahagia
Aku pasti boleh buat punya,
Bacalah basmalah ketika mulakan sesuatu.

InsyaAllah boleh!

Kata guru ku, kita akan menjadi seseorang seperti apa yang kita sebutkan dalam diri. Percayakan pada kebolehan diri kita. Kerana setiap ciptaan tuhan tu tiada yang sia-sia. Seprti pita rakaman yang diproses mengikut apa yang kita dengarkan. Fikirkan yang positif, fikirkan yang baik². Ok.

Thursday 15 October 2020

Doa yang didengari

"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku berada dekat dengan mereka. Aku kabulkan permohonan orang yang berdia apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku agar mereka memperoleh kebenaran"

(Surah Al-Baqarah: 186)

Monday 12 October 2020

Siapa nak Buku Percuma?

"Sesiapa yang dapat menunjukkan kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."

Klik pada link pautan dibawah untuk mendapatkan buku yangbboleh di muat turun secara PERCUMA di atas talian.


Selamat beramal dan semoga bermanfaat.

Apabila dipuji

Ini adalah tips yang diajarkan oleh masyeikh terdahulu yang disampaikan oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid kepada kita semasa live sharing yang bertajuk "Akhlak Influencer".

"Kalau seseorang mendapatkan pujian, anggaplah sanjungan tersebut sebagai satu doa. 

Sebagai contoh, 

Ada orang puji, "MasyaAllah, engkau orang yang berilmu."

Berdoalah dalam hati, "Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang berilmu."

atau

Ada orang puji, "Engkau seorang yang pemurah."

Berdoalah dalam hati, "Ya Allah, jadikanlah aku seorang yang pemurah."

Berdoa dengan merasakan pujian tersebut tidak layak pun untuk diri kita. "

Baca zikir ini apabila mendapat pujian. 

اللهم إني أعوذبك أن أشرك بك شيءً وأنا أعلم وأستغفرك لما لا أعلم
"Ya Allah aku berlindung kepadamu daripada menyekutukan Engkau dengan sesuatu yg aku tahu dan aku memohon ampun berlindung kepada Engkau daripada sifat menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang aku tak tahu"

Semoga bermanfaat.

Sunday 11 October 2020

Ciptaan yang menduga

Bagaimana kamu boleh lalai terhadap sesuatu, sedangkan sesuatu itu diciptakan oleh Allah

Saturday 10 October 2020

Maafkan dirimu

Dalam sebuah hadis Qudsi, Allah s.w.t berfirman:

Aku menurut sangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya apabila dia mengingati-Ku. Jika dia mengingati-Ku dalam dirinya, maka Aku mengingatinya dalam diri-Ku.

Jika dia mengingati-Ku dalam suatu kelompok, Aku mengingatinya dalam kelompok yang lebih baik daripada kelompok mereka.

Jika dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku mendekatinya sehasta. Jika dia mendekati-ku sehasta, maka Aku mendekatinya sedepa. Jika dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku datang kepadanya dengan berlari. 

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sunday 4 October 2020

Waspadalah

Ramai muslim hari ini terutama di Malaysia menjadikan barat sebagai idola dan ikon utama dalam setiap urusan kehidupan, Sehingga tanpa disedari, terlahirnya ramai melayu berjiwa Anglophile.

Umpama seperti, 
Mulut suka makan nasi lemak,
Tetapi hati rindukan keju.

Waspadalah, temanku.

Ketika kita diuji pada titik yang paling kita lemah

Ketika kita diuji pada titik yang paling lemah,
Walhal sebelum ini kita rasa berada dipuncak,
Terasa semua langkah ini betul,
Rupa-rupanya hanyalah sangkaan,
Termakan dengan kata-kata syaitan yang sentiasa menghasut,
Hari ni kita tak macam dulu,
Mula menjauh dan bersendirian,
Sambil berfikir,
Mungkin ini cara Allah menyentuh hati ini,
Dengan teguran yang lembut dan berhikmah,
"Allah akan menguji hamba-Nya pada titik yang paling kita lemah"
Aku tertanya apa titik kelemahan itu?
Titik lemah kita bila kita dah tak berupaya lagi nak terus memperbaiki diri,
Malah kita biarkan semuanya dan hanya turuti hawa nafsu,
Sombong dan tidak mahu lagi campur tangan dengan generasi kini,
Walhal generasi kita di masa hadapan,
Mereka ada hak untuk meminta kita ni berubah,
Kehidupan yang lebih baik,
Adalah apabila Cinta Allah SWT itu berjaya dirasai sesama kita,
Bukan sorang-sorang,
Hulurkan tangan bagi yang pernah jatuh,
Bantu mereka berdiri,
Sapulah air mata mu,
Kita akan HADAPI semua ni,
BERSAMA-SAMA,
Terhadap Realiti kehidupan,
Hari Ini!

Thursday 1 October 2020

Kena Tolak?

Tolaklah Kejahatan Itu Dengan Kebaikan

"Kebaikan itu tidak sama dengan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada merasakan permusuhan antara kamu dan dia adalah seperti teman yang setia. Dan (sifat-sifat yang baik itu) tidak akan dianugerahkan, kecuali kepada orang-orang yang sabar, dan tidak dianugerahkan, kecuali kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar.

(Surah Fussilat ayat 34-35)

Tuesday 29 September 2020

Hisab Yang Mudah

Daripada Aisyah r.a., dia berkata, "Saya telah mendengar Nabi SAW pada sebahagian solatnya membaca, "Ya Allah, hisablah saya dengan hisab yang mudah." Ketika Baginda berpaling, saya berkata, "Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan hisab yang mudah?" Baginda SAW bersabda, "Seseorang yang Allah melihat buku catatan amalannya lalu Dia memaafkannya. Kerana orang yang diperdebatkan hisabnya pada hari itu, pasti celaka, wahai Aisyah." 

(Hadis Riwayat Ahmad)

(Hadis Riwayat Ahmad, Musnadul Iman Ahmad Bin Hanbal, Jilid 6, No. Hadis 24325, 1420 H/1999 M: 48)

Saturday 26 September 2020

Si pemberi makanan yang misteri

Daripada Abdulullah bin Amr, dia berkata, 'Ada seorang bertanya kepada Nabi SAW, ' Islam manakah yang paling baik?' Nabi SAW menjawab 'Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal." 

(Hadis Riwayat Bukhari)(Faisal Bin Abdul 'Aziz Ali Mubarak,Tatrīzu Riyādīs Sālihīna,Juz 1,t.t.:374)

Ajal yang didengari

Hari ini, kita mendengari pemergian saudara kita, 
Sedekahkan Al-Fatihah dan mendoakan agar arwah dipermudahkan segala urusan disana,
Moga keluarga tabah menerima berita ini, 
Tanpa disangka rupanya Allah memberi peringatan buat diri kita jua,
Bahawa aku juga makin dekat menghampiri AJAL ku,
Bukan saja didengari tapi MERASAI sama,
Kematian itu,
Sakit itu pasti, 
Kerana waktu itu,
Roh kita sedang dipisahkan daripada badan,
Segala urat kita terputus dari hujung jari kaki hinggalah ke bahagian ubun² dikepala kita,
Roh yang sebenarnya hanyalah menumpang setia,
Setelah sekian lama ia bersemadi disitu,
Menjalani kehidupan sebagai hambanya,
Yang tak akan telepas kerana sentiasa diuji ,
Tiba masa untuk bertemu sang Pencipta-Nya,
Bagi hati yang mengharapkan Allah, 
Dia merasakan detik ini begitu indah untuk kembali ke sisi Tuhannya,
Kita yang mendengar juga merelakan apa yang Allah ambil daripada kita,
Semua ini adalah mengikut ketetapan Allah,
Seperti mana kita datang pasti kita akan kembali,
Usia ini sebenarnya semakin memendek, 
Umur 20 bahkan 50 sekalipun,
Allah sedang memberikan kita peluang untuk menambahkan ketaatan kita terhadapNya,
Sabar dalam apa sahaja yang diberi,
Seperti hujan, jangan disangka itu simbolik kepada kesedihan,
Tetapi dengan turunnya hujan itulah,
Allah memberikan rahmat dan kebaikan kepada makhluk-makhluknya,
Mengampuni dosa, memperkenankan doa,memberikan rezeki sumber air, menyuburkan tanaman bahkan hujan itu mengusir musuh ketat kita iaitu syaitan dengan tembakan petir yang kuat berdentum memecahkan kesunyian,
Dunia ini mungkin gelap dengan kehadiran hujan itu,
Tapi akhirnya akan menghadiahkan satu ketenangan setelah ia menyinari sinar yang lebih terang untuk kita merasai kedamaian,
Begitu juga pada diri kita,
Allah menjaga kita dengan sangat baik,
Bersangka baiklah pada Allah kerana dia yang memberikan kita 'dugaan',
Dugaan itu tanda kita sentiasa dibawah pemerhatian Dia,
Bagi hati yang sedang merasai kesedihan, 
Akibat daripada kesusahan yang meremoknya hingga berkecai,
hati  itu rupanya tidak berhenti berdoa,
Dan Allah mengabulkan doa bagi hati-hati yang sedang bersedih,
Kerana hati yang sebegitu lebih dekat dengan Penciptanya.
Malah sangat dekat.

ALLAH uji kerana Allah sayang.

Takdir ini buat diri ku dalam perjalanan musafir yang begitu banyak perhentian. Ada yang menemani, membantu bekalan ku, ada yang pergi, memberikan ku khazanah ilmu, semoga terus mencintai Allah ya Qalbun Salim (Pencipta Hati) hingga kita dipertemukan di sana. Negari akhirat yang kekal abadi.

Doa ku dan doa kita semua. 

Penantian sebuah JAWAPAN

Assalamualaikum w.b.t, 

Bismillahirahmnirahim,

Sahabatku, pernah tak dalam kita berfikir atau bermonolog (berkata-kata) didalam hati tentang sesuatu perkara terhadap ALLAH? Kita nak tahu sangat kenapa ia jadi begini dan begitu dalam hidup ini?

Kadang soalan itu hanya tinggal tanda tanya.

Apabila Allah menjawab setiap soalan mu, boleh jadi ianya hari ini, boleh jadi ianya esok atau bulan depan dan boleh jadi ianya setelah kamu benar-benar bersedia untuk menerimanya. Aku juga begitu, ada satu soalan itu aku pernah menyoal dalam diri untuk sekian lamanya yang aku sendiri lupa bilakah ianya berlaku. Lama. Dan akhirnya hari ni barulah ianya terjawab.

Rupa-rupanya, Allah sembunyikan jawapan itu untuk lihat usaha dan kesabaran kita. 

Tetaplah yakin apabila kita meletakkan keyakinan kita terhadap setiap amal perbuatan kita samada tindakan atau keputusan. Hanya Allah yang kita niatkan. Sebab Allah lah kita buat dan mengharapkan segala balasan. Sebab Allah ada disisi kita waktu senang dan susah. Allah melihat kita dari kaca mata ketuhanan yang HEBAT dan SEMPURNA. Hanya Dia yang Maha Mendengar dan Maha Mengkehendaki.

Bukan selain Dia yang kita harapkan,

Jawapan itu boleh datang dalam bermacam-macam bentuk dan bermacam-macam cara mengikut KEBIJAKSANAAN ALLAH. Kadang dari sesama makhluk atau pun daripada firasat hati kita terhadap perkara yang baik.

Percayalah, Allah dengar suara hati kita yang tak mampu diluahkan dan ALLAH tahu sebab dia yang cipta kita. Kasih sayang Allah tu melebihi segala-galanya.

Trust with Allah, First :)

Wednesday 23 September 2020

Rezeki

"Seandainya kalian semua bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya, nescaya Allah akan memberi kalian rezeki sebagaimana Allah memberi rezeki pada burung. Burung keluar (mencari makan) di waktu pagi dalam kedaan perut kosong dan pulang di waktu petang dalam keadaan kenyang".

[ H.R. At Tirmidzi ] Beliau berkata hadis ini hasan (baik)

Sunday 20 September 2020

Wahai Teman

Wahai Teman,
Jika kamu ingin berjaya,
Berjayalah dengan diredhai Allah,
Janganlah kamu berjaya dalam kekufuran.

Wahai Teman,
Jika kamu ingin diredhai,
Carilah keredhaan Allah,
Janganlah kamu mencari redha manusia semata-mata.

Wahai Teman,
Jika kamu ingin berkawan, 
Carilah kawan yang membawa kamu kearah kebaikan,
Janganlah kamu cari kawan yang membawa kearah kejahatan.

Wahai Teman,
Jika kamu ingin membenci,
Bencilah kepada kejahatan dan kemaksiatan,
Janganlah kamu membenci kebaikan.

Wahai Teman,
Ingatlah Allah sekalian alam,
Dia yang mencipta langit dan bumi,
Tanpa Allah tidak akan wujud kita di dunia ini.

Muhasabah🖋

Friday 18 September 2020

SOIL (Fertilizer Recommendation )

 SOIL (FERTILIZER RECOMMENDATION)

The varieties types of plant can influenced the fertilizer recommendation. It can be showed at the annual crop such as maize which live only one year have difference characteristic with perennial plant. The perennial crop such as oil palm can live from year to year and will increase height when mature need more phosphorous (P) n rather than annual plants. If the life cycle of plant varieties increase the quantity of fertilizer recommendation also increase depend on the environment condition. Secondly, soil test can help the farmer estimate the right amount of fertilizer should apply to the crop based on the type of soil composition as they already know the nutrient available in the soil residue before replanting. If the type of soil is sand soil, the Water Holding Capacity (WHC) is low can cause to lower of Cation Exchange Capacity and base saturation also decrease. It can be as a guidelines for agriculture management because provide the information about soil pH and lime requirement which the farmer can apply the lime to increase the pH of soil from being to acidic. Thus, a sample of soil can interpret the macro and micro-nutrient such as phosphorus (P), potassium (K), magnesium (Mg) and calcium (Ca) by following the Sufficiency Level of Available Nutrient (SLAN). Thirdly, irrigation also influencing in fertilizer recommendation by supply the optimum level of water irrigation. It is because irrigation also can cause leaching of soil nutrient if the water contain is higher than requirement which reduce the nutrient uptake by plant. To avoid this problem, farmers use fertigation drip system in vegetable crop to ensure that the water supply is not waste and provide with fertilizer treatment by following the digital water timer. Fourthly, the previous fertilizer application can influencing the fertilizer recommendation in the future. It is because the farmer can control the cause of the deficiency or excessive nutrient on crops which is related with the cost of input by refer to the history data. For example, if the  oil palm’s foliage be chlorosis because of lack in Nitrogen (N) in the past, we can assume that it need to added by the appropriate amount of N fertilizer as the recommendation. Fifthly, crop rotation influencing in the fertilizer recommendation by planting the different types of crop at the same area. It is because this method can preserve the fertility of soil so that it can be easily consumed by crop, improve the texture of soil by stored the water and fertilizer efficiently and provide the optimum pH. For example like paddy-cotton-peas and tomatoes-legumes-carrots. Sixth, tillage system influencing in the fertilizer recommendation by plowing and change the soil structure. This can help to give the better aeration for oxygen and microbial activities in soil become more productive to breaking the Nitrogen fixation. It facilitate the plant because the soil is filled with enough water, air and nutrient between the pores. Lastly, the yield gold also show the indicator about plant nutrient and health regarding to the many symptoms on plant parts. The good calibrated of nutrient sufficiency fertilizer recommendation can help to increase the yield, reduce the fertilizer inputs and save cost. For example like lower application can produce good paddy grain which is full with the milky sap.

Lapangkanlah

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu diminta untuk memberi ruang daripada tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta untuk kamu bangun, maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama beberapa darjat daripada kalangan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan."

(Surah Al-Mujadalah : 58: 11)

Thursday 17 September 2020

Kita pelajar yang mana satu?

ADAB SEBELUM MENUNTUT ILMU

1. Niat yg benar.
2. Datang awal (tepati waktu).
3. Berpenampilan sopan dan menutup aurat.
4. Bawa pen dan buku nota atau kitab.
5. Husnuzhon terhadap guru.
6.Duduk dibahagian hadapan sekali (bahagian muslimat).

ADAB KETIKA SEDANG MENUNTUT ILMU

1. Jangan kerap ke tandas.
2. Bertanyakan soalan yg berkaitan dengan tajuk yg dibahaskan sahaja. 
3. Jangan sandarkan badan pada dinding kerana ia sgt menyalahi adab.
4. Mendhobit (mencatit) setiap apa yg didengari dan disampaikan oleh guru.
5. Jangan *MAKAN* atau *MINUM* ketika pengajian sedang berlangsung. (Hatta gula2 sekalipun).
6.*Telefon bimbit hendaklah di *MATI*kan atau di *SILENT*kan agar tidak mengganggu konsentrasi pengajian. Fokus belajar. Dibenarkan utk merakam audio.
7. Berbual-bual yg tiada manfa'ah didalamnya adalah sgt menyalahi adab.
8. Memalingkan wajah atau mata ke arah lain, selain dari guru adalah menyalahi adab.
9. Menjaga aurat dengan sempurna.
10. Tidak ada pergaulan antara ikhwan dan akhawat.
11. Tidak bergelak ketawa dalam keadaan tidak sopan.
12. Bagi ikhwan, x perlu pandang kearah akhawat dan bagi akhawat, fokus dgn menuntut ilmu dan x perlu pandang ikhwan.
13. Jangan melunjurkan kaki menghadap guru. Kalau kaki dah sakit dan tak tahan, nnti bawa alas mcm sejadah ke, utk alas kaki. Biase kalau pergi mjlis ilmu, ade org bawa alas. Nk tukar kaki, tukar cepat2 dan jgn smpai guru perasan. Jgn smpai guru tak fokus mengajar disebabkan kelakuan kita.
14. Jangan berbalas msj ketika guru sedang mengajar.

ADAB SETELAH SELESAI MENUNTUT ILMU

1. Baca doa setelah menuntut ilmu
2. Mendoakan kebaikan utk guru dan sahabat2 yg hadir dan tidak dpt hadir.
3. Tunggu guru keluar terlebih dahulu melainkan setelah diberi keizinan utk keluar.
4. Mohon doa dari guru.
5. Ulangkaji setelah belajar.
6. Nota yang telah didhobit, jangan bersepah-sepah, jika faham, boleh kongsikan ilmu bersama sahabat.
7. Keluar dari dewan dengan penuh tertib.


Wallahua'lam.

الأدب فوق العلم 😄

Sunday 13 September 2020

5 Broadleaf Weed Collection

Asslamualaikum w.b.t,

Assignment cari weed untuk kita buat specimen herbarium ni memang menyeronokkan, sebab kita boleh perhatikan kecantikan pokok-pokok bunga dan rumput yang memang tak pernah perasan pun sebelum-sebelum ni. Kalau dulu kita suka keringkan kelopak bunga ros warna merah, putih dan pink. Kali ni kita buat lebih besar lagi. Kita boleh nampak hasil usaha kita berbaloi bila daun-daun tu semua kering lepas kita dah lapik atau tindihkan dia dengan benda berat. Masa diploma dulu aku kena cari pokok bunga untuk tampal kat kertas. Bukan cari weed. Ada beza ye weed dengan bunga. Tapi  weed pun berbunga juga..hehe. Memang kena keluar dari kolej cari dekat taman perumahan, padang, dan lokasi yang memang ada pokok bunga. Lepas dah cari lebih daripada 10 jenis bunga kena basuh sikit dengan air supaya tak ada kotoran melekat dekat pokok kita. Contohnya macam tanah ataupun habuk.  Lapkan dengan tisu atau kain betul-betul. Lapikkan dengan surat khabar lama untuk alas dia bagi cepat kering. Tindihkan dengan benda yang memang betul-betul berat macam buku ker.Yang paling penting kena pastikan kita dapat 3 benda ni iaitu bunga daun dan akar sebab ni elemen yang terpenting dan wajib ada. Boleh dapat lebih banyak markah kalau kita berjaya buat betul-betul.

Teamwork aku pernah bagi tips macam mana nak keringkan herbarium tu kalau katakan kita dah tak ada tempat atau ruang nak letak. Jawapan dia tindihkan dekat bawah tilam yang dah berlapik dengan surat khabar atau kertas. Aku dah try memang menjadi tapi daun dia kalau lupa nak check dari hari ke hari dia akan jadi terukssss.. berkedut-kedut. (kita bukan tahu apa jadi kat bawah tu -.-). Maka, penyelesaiannya aku periksa selang 3 hari macam tu sebab nak kekalkan kecantikan dia. Lepas tu yang kedua, kalau ada orang cakap keringkan herbarium guna iron gosok baju tu..jangan ikut sebab tu kerja last minute. Tapikan aku dah try juga tau..haha. Saje nak tengok keberkesananya. Seriously, dia punya daun jadi terbakar teruk walaupun dia kering dan warna dia nampak lain macam sikit dengan yang cara normal kita selalu buat. Aku tak sure nak guna yang tu ke tak, sebab cara dia memang laju, macam instant gitu tapi tak kering betul! Last-last aku pilih method yang lama iaitu keringkan cara biasa. Sebab dia lebih tahan lama, dan lebih kering walaupun kita terpaksa tunggu berminggu-minggu untuk dapatkan hasil yang terbaik. TAK PE KITA SABAR YEE.

Masih segar dalam ingatan aku time kena cari weed pula masa sem 3. Masa aku dulu tukan, haha. Ada part yang kelakar. Di sebabkan terjumpa weed yang memang pelik dekat ladang dan memang jenis macam semak-samun punya pokok. Menjalar. Tapi ada bunga warna pink putih kecil yang sangat lawa membuatkan kitorang rasa macam hishhhh.. rugi ni kalau tak ambil! Aku dengan kawan aku pergi bawa satu semak tu balik kolej. Dalam sepanjang perjalanan tu semua orang pandang kami ni pelik sebab dah lah petang time tu balik dengan keadaan penuh dengan tanah cari weeds. Tangan kanan kiri pegang rumput. (cuba bayangkan macam mana rupa kitorang..ahaha) Seronok! Aku perasan bila semua yang tengok tu pandang tak berkelip. Dah ala-ala artis rasa. Hanya budak ladang je yang faham keadaan ni kan. Tapikan sebenarnya tak perlu pun bawa semua tu. Gunalah gunting ambil benda yang penting je.

Lepas dapat je weed kita nak, terus basuh, lapkan kering dengan tisu atau tuala dan limpitkan dengan benda berat sebelum dia layu dan daun dia mula jadi liuk-piukk (ada ke bahasa ni). Kena pantas ye.  Hari tu juga kena siapkan kerja ni. Jangan tunggu esok. Bahagikan kerja ni contoh sorang buat dua (2) weed untuk hari ni. Nanti esok cari lagi yang lain supaya tak terkejar-kejar.

Kalau nak buat herberium cara aku korang kena pastikan bawa barang ni masa turun cari weed:

1) GLOVE
-pakai sarung tangan sebab weed ni tajam banyak duri, elakkan ambil risiko jaga keselamatan diri baik-baik

2) PLASTIC SAMPAH YANG BESAR
-Bawa banyak sikit. Nanti boleh simpan bila dah jumpa. Senang nak angkut masa berjalan

3) GUNTING
-Kadang weed ni ada batang yang keras dan lembut. Mana yang degil tu korang gunting je.

4) MINI TOOL
-Nak jaga kecantikan akar dia yang mudah sangat terputus. Akar taproot tu susah nak tarik. Akar fibrous tu lagi lah cepat sangat putus. Jadi guna mini tool ni cangkul perlahan-lahan atau boleh je guna tangan tarik slows-slow. Nak pinjam cangkul yang besar tu pun boleh.

5) BOTOL YANG BERISI AIR
-Untuk kekalkan kesegaran pokok yang ada akar, bunga dan daun. Lepas je kita cabut dari tanah atau petik. Pokok memang mudah layu. Jadi bila kita rendam kejap akar dia dalam botol tu. Bagi dia segar sikit sebelum kita keringkan. Jauh lagi perjalanan nak cari weedsssss. Tapi kalau tak ada botol ni...boleh try jangan pisahkan akar dengan tanah yang melekat tu. Biar je dia kat situ. Supaya pokok tu tak terkejut.

6) EXTRA INFO
-Masa cari weed.. tengok dulu cuaca hujan ke tidak.
-Kalau hujan banyak lumpur melekat dekat akar dia, dan kadang tu susah nak tarik pokok tu.
-Kalau panas pula, mudah tarik tapi kita la yang berpanas..haha
-Mana-mana pun boleh yang penting rajin :)
-Kreteria yang lain untuk specimen weed ni adalah...adakah ia muat untuk ditampalkan keatas kertas???? Kena fikir-fikirkan. Tak besar sangat tak kecik sangat. Cantik ke, buruk ke? Kena pilih pokok yang lawa yang daun dia tak ada penyakit atau lubang. Cuba usahakan cari yang korang rasa perfect.

Antara halangan nak siapkan herbarium atau weed collection ni adalah macam kat bawah ni:-

1) Sifat suka menangguh kerja.
-Bila buat lambat, memang  rasa tak keruan bila kawan lain dah siap. Tahu esok nak hantar. Kita masih lagi mencari-cari sampai ke sudah herbarium ni. Dah lah susah nak jumpa! Lepas tu tak pasti ni spesis apa? Apa nama Scientific name dia? Lupa nak catat tarikh dan tempat dia?
-Buat awal, dapat keringkan betul-betul dan elakkan herbarium kita daripada berkulat teruk. Serius teruk rupa dia. Hari pertama kerja dah ada progress. Dan terus buat.

2) Tak ada yang nak jadi ketua kumpulan
- Tak mustahil semua orang akan buat tak tahu dan memang group whatsapp pun sunyi sepi sebab semua tak kisah pasal kerja
-Kena lantik sorang ketua dalam group kita supaya dia boleh 'push' kita untuk lebih semangat buat kerja dan juga adakan beberapa meeting untuk bincang pasal kerja ni.

3) Tak bahagikan tugas
- Mesti ada yang kena 'dera' dalam tiap-tiap kumpulan walaupun kita tak nampak dalam hati manusia tu ada apa. Dah dia sorang je yang sedar dan rasa bertanggungjawab, dia lah yang cari, dia yang keringkan, dia yang tampal dalam kertas, dia yang masukkan dalam fail, dia yang cari nama pokok dan catat semua benda. Habis tu ahli member kita yang lain? Buat apa??
- Kena bincang dan senarikan nama ahli untuk pembahagian tugasan. Boleh je buat dalam Whatsapp tak perlu jumpa depan-depan. Nanti bila hari nak cari tu boleh cari sama-sama ATAUPUN kalau kita terjumpa kat mana-mana. Contohnya balik Kampung ke, bagitau rakan-rakan yang lain supaya tak tercari pokok yang sama. Serius, elakkan dapat pokok yang sama, biarlah berlainan itu lebih baik. 
- Bahagi tugas biarlah adil. Dan semua mesti ada kerja masing-masing.

"Lebih banyak species lebih baik, tapi biarlah berlainan jenis"

Semuanya bergantung juga pada arahan, contohnya kalau dia minta kita tampal rumput tu guna gam. Jadi kena ikut tanpal guna gam. Tapi kalau dia minta guna selotape. Kita tampal guna selotape. Kalau tak cakap apa-apa. Pada pendapat aku, lebih kemas tanpal guna gam yang warna putih susu tu. Beruskan pada tangkai daun pokok yang dah kering dan leper. Lepas tu tampal atas kertas keras. Ni dapat elakkan daripada cepat rosak. Yang paling penting sekali labelkan pokok yang kita tampal tadi. Mana bahagian daun, bunga, batang, dan akar taproot ataupun fibrous dan letak petunjuk macam dekat bawah ni.


Specimen number
 1
Common name
Common purslane
Scientific name
Portulaca oleracea
Family
Portulacaceae
Life cycle
Annual
Name collector

Location of collection

Collection date
14 th October 2019


Specimen number
 2
Common name
Horseweed
Scientific name
Conyza Canadensis
Family
Life cycle
Annual or biennial
Name collector

Location of collection
Collection date
14 th October 2019


Specimen number
 3
Common name
Low amaranth  
Scientific name
Amaranthus deflexus
Family
 Amaranthaceae
Life cycle
Annual, biennial, or short-lived perennial
Name collector

Location of collection
Collection date
27 th September 2019

Specimen number
 4
Common name
Persian silk tree
Scientific name
Albizia julibrissin
Family
Fabaceae
Life cycle
Perennial
Name collector

Location of collection

Collection date
8 th November 2019

Specimen number
 5
Common name
Billygoat weed
Scientific name
Ageratum conyzoides
Family
Life cycle
Annual
Name collector

Location of collection

Collection date
27 th September 2019

Selamat mencuba

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...