Sunday 26 January 2020

Mula

Jika ingin berhenti, berfikirlah bagaimana ia bermula. Bayangilah saat ingin bangun dahulu..setelah jatuh berkali-kali. hingga kan kita mampu sampai ke dataran ini. Dan lihat lah dimana kamu berdiri?  Jangan toleh lagi kebelakang. Bukan kah kamu sudah tahu jawapannya. Walau hilang semua pautan itu, kamulah yang akan menjadi pemaut itu. Satu hari nanti,kamulah itu. MULAKAN! 

Saturday 25 January 2020

Satu je

Bahagia apa yang ingin dicapai andai hati sendiri masih lagi sukar untuk bersyukur. Apa yang ada dihadapan seakan-akan tidak terasa oleh deria walhal tuhan masih lagi tidak menghilangkan apa yang kita runguti itu. Jika manusia lain yang lupa untuk mengucap terima kasih kepada kita. Apa yang kita rasa? Rasa kecewa kerana pemberian kita langsung tak dihargai. Kita lupa, dalam ramainya manusia seperti itu disekeliling kita, rupanya adalah refleksi diri kita sendiri. Diri kita? Bersungguh terhadap manusia, memuji-muji dia atas kebaikan. Sangat manis ketika berkata-kata terhadap makhluk dia cipta. NAMUN sayangnya kita lupa untuk berbuat seperti itu kepada Ya Rabb. ALLAH. Adakah apa yg dia bagi itu tidak cukup? ATAU masih lagi melihat yg lain yang bukan milik kita apatah lagi untuk kita.Ya Allah, cukupkan lah apa yg ada ini.Allah rupanya dah bagi kita lebih banyak dari mereka. Pemberian dia.. yg kita terlepas pandang. Adalah hampir kesemuanya. Lupa yg nikmat hidup ini.. bukan lah pada duit semata. Tapi pada kehidupan yg belum dijemput oleh kematian. Sungguh waktu mati nnti kita dah tak akan kisah dan peduli langsung pasal kerja yang bnyk.. langsung tak. Percayalah waktu tu kita dah tak perlu apa-apa macam apa yang kita nak sekarang ni. Jadi nikmat apa lagi masih kita lupa untuk bersyukur? Bukan setakat pada pembaca tapi pada penulis sendiri..sentiasa alpa dengan apa yang kurang. Rasa tak cukup dengan hidup yg ada. Tapi sebenranya dah cukup. Cuma kita yang tak perasan sbb masih lagi tertipu dengan  perasaan sombong yang ada dalam setiap manusia. hidup ini bukan cuma untuk dinikmati hingga lupa siapa diri diri Dia. selalu menipu walhal Dia tahu.

Itulah apa yang aku rasa tiap kali aku mmg nak lepaskan semua ni pergi. Aku harap ada secebis ketabahan dalan diri ini yang masih hidup. Yang mana aku kena usahakan agar ia bercambah dengan banyak. Moga kamu juga begitu... jangan berhenti sampai sini! 

Sbb... Allah masih bagi kita kesempatan ini... walau banyaknya rungutan yang kita bagi kat dia. Pernah ke Dia jemu Memberi? 

Tak pernah.

Sekian. ALHAMDULILLAH

Monday 20 January 2020

Bachelor of Science (hons.) in Plantation Technology and Management

Asslamualaikum w.b.t

Hai planterrsss sekalian,
Yang dah degreee, junior-junior ku, dan senior-senior ku yang ku doakan agar kamu lebih baik di sana. Selalu dekan hingga ke hari ini. amin. Azam 2020 nak 4 flat annn!

Baiklah siapa kat sini nak LI (latihan industri), angkat tangan???
Aku, aku, aku, akuuuuuu...sebab aku pun dah nak LI esok. Siapa yang baca blog aku doakan lah aku supaya aku dapat melalui hari-hari ku bersama tanaman komoditi Malaysia ni dengan jayanya. Aku harap semua berjalan dengan lancar. Dapat boss baik, staff baik, rakan seperjuangan yang baik, semua benda yang baikkkk. amin.

Aku pilih Lembaga Getah Malaysia (LGM) sebagai port aku untuk timba ilmu dorang sebanyak-banyaknnya. Negeri yang berkaitan biarlah rahsia sebab itu lebih baik untuk kita semua. Dimanakah tempat yang aku maksudkan itu..hanyalah kami2 di sini je yang tahu sebab aku pergi dengan kawan-kawan aku sekali.. ramai2. Tapi aku tak adalah rapat sangat dengan depa semua. Just kenalan saja. So apa-apa yang menarik nanti aku akan cerita kat sini

INSYAALLAH, COMING SOON!

Jadi kalau korang nak tanyakan soalan sila jangan segan silu tinggalkan komen dibawah

"Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui"

(Surah An-Nahl:43)



Dijemput untuk membaca Pengalaman jadi pelajar Degree dalam Program AT220

Saturday 18 January 2020

Cara mudah nak ingat kitaran Nitrogen


Assalamualaikum w.b.t

Hai plantersss sekalian, degree semester 3 ni aku ada belajar subjek Soil. Ini lah subjek yang sama-sama muncul dalam mimpi diploma aku dulu dan soalan dia terbukti masuk masa aku waktu degree sem 2 lepas.. walhal benda ni time SPM pun ada keluar. (dulu  laaa…yang selalu aku elak2 tu kini dah tak boleh lari lagi. Setelah dicobain itu dan ini…Alhamdulillah aku dah faham sikit. Jadi, hari ni aku nak ajar korang cam mana cara nak ingat Nitrogen Cycle yang panjanggg tu supaya nanti masa exam korang boleh jawab laju ala2 jet pejuang dan imagine kan cerita aku ni macam tengok cerita drama korea kat tv tu..hehe. (sekarang semua dah pandai download kat fon je.. nak exam ni jgn asyik layan korea je memanjang. Arasoo!). Okey, ayuh mulakan.

WARNING: Subtitle di bawah adalah dalam mode “Manglish”(melayu plus English). Jika anda adalah student campuran omputeh. Sila baca saje jangan banyak soal.

Nitrogen adalah macronutrient terpenting bagi tumbuhan. Nitrogen cycle berlaku dalam 2 tempat iaitu:-
  • atmosphere kita (langit @udara)
  • dalam tanah .

1) Pertama sekali, kita kena tahu dari mana datangnya N source tu?
-          Lightning
-          Fertilizer
-          Nodules of legume
-          Plant or Animal residue (eg. Cow-dung), NH3

2)  Apa lima (6) formula N tu??? (nak tak nak kena HAFAL)
-          Nitrogen oxide, NO2
-          Nitrogen gas, N2
-          Ammonia, NH3
-          Ammonium, NH4
-          Nitrate, NO3-
-          Nitrite, NO2-

3) Kita akan start dekat atmospehere iaitu bahagian atas tanah tu. Bayangkan gas yang kita sedut hari2 ni selain Oxygen, Carbon dioxide rupa-rupanya kat udara kita ada 78% Nitrogen. Formula untuk Nitogen di udara adalah N2 (gas). Bila awan mendung, kilat (lightning) akan mengikat gas N2 kat langit tadi  dan bercantum dengan gas oxygen, O2 untuk menghasilkan Nitrogen oxide, NO2. Bila hujan turut dia akan larut dan membentuk ion nitirate, NO3- terus masuk ke dalam tanah. (ion tu maksudnya water ataupun molekul yang boleh diserap oleh akar pokok sebagai sumber makanan teringkas).

4) Benda ni sama juga dengan fertilizer…sama2 akan tukar dari bentuk solid (butir-butir baja) ke liquid punya ion nitrogen, nitrate, NO3-. Tapi untuk nodule legume..yang duduk enak-enaknya kat akar pokok kecik2 tu.. dia akan tukar jadi ammonium, NH4+( blom boleh serap dan perlukan microorganism untuk proses Nitrification).

5)Tutup kejap citer yang tak boleh tu, yang mana pokok boleh serap dalam tanah tu, NO3- nutrient ni akan digunakan untuk synthesis protein ke dalam tisu tumbuhan. Seterusnya, haiwan akan makan dia sebagai sumber makanan contohnya macam rumput, so dalam badan haiwan pun akan ada N nutrient tu juga. Lama-kelamaan, mungkin berlakunya kemarau atau pun dah bertahun hidup akhirnya pokok, haiwan dan cow dung yang ditinggalkan mati di sebuah ladang itu.

6) Animal dan plant residue akan mereput dan automatic jadi bangkai yang menghasilkan Ammonia, NH3 atas tanah, bila hujan dia akan bertukar jadi ion ke dalam tanah. Maknanuya dari NH3 kepada ion ammonium, NH4+. (sebenarnya kalau manusia meninggal dunia pun akan hasilkan gas yang sama macam tu). Hal ini akan disambung oleh  microorganism untuk proses decomposition sebab bahan reput tadi adalah bahan organic compound (x boleh diserap). Kita kena tukar dia jadi inorganic dulu kat dalam tanah baru pokok boleh serap. Maka, kita perlukan microorganism pengurai atau pun omputeh panggil  Nitrogen fixation from bacteria dalam tanah.
Nitrogen fixation from bacteria tu ada dua (2) ni sahaja, Nitrosomanas sp. dan  Nitobacter sp. Apa yang diaorang akan buat adalah.

  • Nitrosomonas sp. akan breakdown Ammonioum, NH4 kepada Nitrite, NO2-
  • Nitrobacter sp. akan breakdown kan Nitrite, No3- tadi kepada Nitrate NO3-

 Barulah plant boleh serap NO3- menggunakan akar dengan mudah….

7) Lebihan NO3 akan diuraikan oleh fungi anaerob (x guna oxygen) iaitu Bacillus sp. kepada Nitrogen gases ,N2 dan Oxygen gases, O2. N2 akan dilepaskan ke atmosphere manakala O2 akan digunakan oleh bacteria pengikat tadi ( ingatkan.. si Nitrosomonas dan Nitrobacter adalah aerob bacteria yang guna oxygen untuk meneruskan kehidupan dia). Yang mana lepas ke udara tu akan ulang balik Nitrogen cycle ni sampai lah hari kiamat.

8) Belum habis disitu lagi… yang atas ni untuk paper pelajar diploma je. Kalau pelajar yang bijakk bak kata pensyarah  degree aku ( tetibe…hehe). Dia akan citer macam mana proses leaching boleh berlaku. Cuba perhatikan charge Nitrate, NO3- tu betul2. Dia cas negative ke positive? Kalau dah (-) maksudnya Negative lakan kan!

9) Tanah memang sejak azali lagi dah memang cas negative, jadi bila cas negative bertemu dengan cas negative ion NO3- (macam magnet kutub sama) dia akan menolak keluar atau menghalau pegi dan tak kembali ke water T.T. Maka hilanglah nutrient N tu secara leaching terus ke dalam ground water..uhuhuhu. Sebab lagi banyak hujan lagi hilang (banjir). Yang no. 10 dengan 11 ni kalau korang tak faham tak pe. Nanti aku citer camner dia berlaku melalui lukisan.

Gambar Nitrogen Cycle. Kena lukis baru ingat! yang mana tak lengkap tu maaf la ye. boleh tambah sikit2 macam kat atas huraian tu.

Good Luck untuk siapa yang tengah nak Final Exam!

Sekian.

Monday 6 January 2020

Siapa aku?

Siapakah aku?
Penulis blog yang misteri, tanpa menggunakan gelaran dirinya yang sebenar,
Cukuplah kamu tahu aku masih menekan keyboard ini hingga ke masa yang ditetapkan,
Aku rasa gembira andai kamu dapat memahami setiap bait tulisan ku,
Hanya sedikit jalan cerita tentang aku dapat ku kongsi,
selebihya biarlah kamu mengukirnya sendiri,
walhal aku sebagai penulis juga tidak mengetahu siapa pembaca ku,
Soalan ku juga turut sama,
Siapakah kamu?
Bagaimanakah kamu menjumpai blog ku,
atau apa sedang kamu cari?
Dan
Mungkin semua persoalan ini terhenti sampai disini saja,
kejap ayat ku baku,
kejap ayat ku macam tengah berborak,
kejap cerita pasal itu dan ini,
kejap sunyi yang terlalu lama,
harap kamu dapat sesuatu yang baik dari segenap kata disini,
sebab aku juga menghadapi sesuatu yang aku tak suka,
tapi aku tetap kena hadapi,
lalui semua itu,
sebab tempoh itu akan berakhir,
jangan risau pasti ada juga sisi2 baik yang bakal menerjah kedalam hidup ini,
aku harap kamu tolong doakan agar aku bersabar,
Sabar yang sebenar2 kesabaran,
Semoga ia juga menjadi kekuatan buat diri pembaca diluar sana.


Amin.

Aku ingin kongsi ayat yang menjadi penguat buat aku saat ini..

"Mukmin yang kuat lebih baik dan dicintai Allah daripada Mukmin yang lemah dan pada keduanya ada kebaikan."

(Hadis Riwayat Imam Muslim & Ahmad)

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...