Tuesday 28 December 2021

Nikmat

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, "Perkara pertama yang akan ditanya kepada hamba kelak pada hari kiamat daripada pelbagai nikmat ialah bukankah Kami telah menyihatkan tubuh badanmu dan memberimu minum berupa air yang begitu segar."

(Hadis Riwayat At-Tirmizi) 

Wednesday 15 December 2021

Wednesday 17 November 2021

Not Dejavu

Kalau boleh, aku tak mahu mereka merasai macam apa yang aku rasakan sebelum ni,
Apa yg dilihat tentang ku, adalah seperti seseorang yang sangat melindungi akan sesuatu,
Menyelamatkan dirinya daripada tipu daya dunia, yang akan turut hilang satu persatu,
Biarlah aku yang fahami andai engkau masih ragu²,
Kelak kamu akan tahu apakah ia.

Wednesday 20 October 2021

Keampunan

Dan musibah apa pun yang menimpa kamu adalah kerana perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan banyak (kesalahan-kesalahanmu)

(Surah Al-Syura 42: 30)

Tuesday 19 October 2021

Kepentingan Khusyuk

Para ulama sepakat bahawa khusyuk itu berada di dalam hati dan hasilnya terserlah pada anggota tubuh. Dengan kata lain, anggota tubuhlah yabg menampakkan khusyuk itu. Nabi Muhammad SAW melihat seseorang yang bermain-main dengan janggutnya ketika solat, kemudian baginda bersabda,

"Sekiranya hati orang ini khusyuk, tentu anggota tubuhnya juga khusyuk." 

Huzaifah bin Al-Yaman berkata, "Jauhilah oleh kamu khusyuk kemunafikan." Ada yang bertanya, "Apa ertinya khusyuk kemunafikan itu?" Dia menjawab, "Jika engkau melihat tubuh khusyuk, tapi hati tidak khusyuk." Umar bin Al-Khattab pernah melihat seseorang yang menundukkan lehernya ketika solat. Maka berkata kepada orang itu, "Wahai pemilik leher, tegakkanlah lehermu kerana khusyuk itu tidak terletak di leher, tapi di dalam hati."

Aisyah r.a pernah melihat sekumpulan pemuda yang berjalan denfan malas. Dia bertanya kepada orang yang tahu tentang mereka, " Siapa mereka itu? "Orang  itu menjawab, "Mereka adalah para ahli ibadah." Aisyah berkata, "Umar bin Al-Khattab adalah orang  yang jika berjalan langkahnya cepat jika berbicara suaranya lantang, jika memukul pukulannya padu, jika memberi makanan, makanannya mengenyangkan, dan dialah ahli ibadah yang sebenarnya." 

Huzaifah berkata, "Yang pertama sekalu hilang daripda agama kamu adalah khusyuk dan yang terakhir sekali hilang adalah solat. Berapa banyak orang yang mendirikan solat namun tidak ada kebaikan di dalamnya. Begitu cepat mereka masuk masjid untuk berjemaah, namun engkau tidak melihat seorang pun diantara mereja yang khusyuk "

(Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Madariju As-Salikin Manazilu Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'inu, Juz 1 t.t.: 558-559)

Monday 18 October 2021

Berubah

"Bercakap seperti perempuan, bertindak seperti lelaki."

Tugas kita untuk naikkan dorang.. berikan education, jangan pre-judge dengan orang lain. Setiap orang yang kita jumpa ada keberkatan.

Puji je apa² dulu, sebelum menyerang.

Sunday 17 October 2021

Al-Basir (Yang Maha Melihat)

Allah SWT mempunyai nama Al-Basir ertinya Allah bersifat Maha Melihat. Melihat merupakan satu sifat Zat-Nya yang berkaitan dengan kekuasaan-Nya, yang wajib bagi Allah tanpa ada perbandingan. Dialah yang Maha Melihat alam ghaib mahupun alam nyata. Dia melihat segala sesuatu walau bagaimana pu  ianya tersembunyi, Maha Memperlihatkan sesuatu, tidak kira kecil atau besar. Allah SWT Maha Mengetahui terhadap makhluk-Nya. Tidak ada satu pun pekerjaan hamba-Nya yang terlepas dari pandangan-Nya. Sesuatu yang rahsia, bagi Allah adalah sangat terang begitu juga yang ghaib, baginya adalah nyata.

Dia yang Maha Melihat terhadap orang yang beriman dengan kemurahan rahmat-Nya mengurniakan nikmat dan syurga-Nya kepada mereka. Kemudian menambahkan kemuliaan mereka dengan pertemuan dengan-Nya. Tidak meleihat kepada orang kafir adalah keputusan yang merupakan hukuman-Nya kerana mereka kekal di dalam seksa-Nya serta terhalang untuk melihat-Nya. Seorang muslim yang mengesakan Allah dengan nama ini diharapkan dapat meningkat diri kepada peringkat ihsan, serta sentiasa dipengaruhi oleh kesempurnaan pengawasan. Sebagaimana diceritakan oleh Umar r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda tentang erti ehsan.

"Adalah kamu menyembah Alah seolah-olah kamu melihat-Nya, jika kamu tidak melihat-Nya maka yakinlah Allah melihatmu." 

(Sahih Bukhari, 50)

Friday 15 October 2021

Impian

Bila kamu ada impian,
Maka teruskan menggapainya hingga ianya tercapai.

Meskipun kamu baru mulakan dengan langkah yang pertama.

Hari ini.

Saturday 9 October 2021

Bahagia

Semoga semua yang indah itu menjadi milikmu.

Aku berdoa agar kamu bahagia bersama Dia.

Itulah harapanku

Saturday 2 October 2021

Tomorrow

Tomorrow, it will be different.

All in reality

I will off all the gadget after my first morning bell.

Enjoy the weekend.

Friday 1 October 2021

Bukti adanya kebangkitan setelah mati

Daripada Abu Hurairah r.a, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Jarak antara dua tiupan (sangkakala) adalah empat puluh." Seseorang bertanya kepada Abu Hurairah, "Empat puluh hari?" Dia menjawab, "Aku tidak dapat menentukannya", Orang itu bertanya lagi, "Empat puluh bulan?" Dia menjawab, "Aku tidak dapat menentukannya." Orang itu bertanya lagi, " Empat puluh tahun?" Dia menjawab, " Aku tidak dapat menentukannya." Kemudian baginda bersabda, "Setelah itu, Allah SWT menurunkan air daripada langit, maka mereka pun hidup kembali sebagaimana tumbuhnya sayur-sayuran. Tidak ada tertinggal sedikit pun daripada manusia kecuali dia akan hancur, kecuali satu tulang yakni tulang sulbi. Daripada tulang itulah, manusia dibangkitkan kembali pada hari kiamat."

(Hadia Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, Juz 3, No. Hadis, 4935. 1400 H: 320)

M/s: 435

Saturday 25 September 2021

Esok

"Sesungguhnya ilmu tentang hari kiamat hanyalah ada di sisi Allah, dan Dia yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada di dalam rahim. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan dikerjakan esok. Dan tidak ada seorang pun yang dapat mengetahui di mana dia akan mati. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mengenal.

(Surah Luqman 31: 34)

Baik

Doa yang baik-baik je,
Sebab Allah ni Maha Mendengar lagi Maha Memakbulkan segala doa,
Suara ini,
Bisikan hati ini,
InsyaAllah Allah tahu yang terbaik buat kita.

Smile :D

Sunday 19 September 2021

Everyone have their own battle

Aku hidup pada hari ni, untuk melihat kejayaan. Walaupun hanya langkah yang kecil sahaja yang tercipta. Sekurangnya usaha untuk bergerak itu ada.

Biarpun... perjalanan ini hanyalah tinggal AKU seorang sahaja.

Thursday 16 September 2021

Muda

Bila semakin melepasi usia, terasa macam banyak betul benda yang nak dibuat. 

Selagi masih muda belia

Teruskan dan lakukan yang terbaik

Sunday 5 September 2021

Robot

Apabila semua manusia bertukar menjadi robot,
Melihat pada kotak empat segi leper yang mengeluarkan cahaya & bunyi,
Tanpa menghiraukan lagi siapa yang berada disisinya,
Sunyi sepi bagai jasad yang hilang rohnya,
Pandangan sering bertaut tetapi seakan cuba melarikan lirikan anak mata itu,
Tiada lagi keakraban seperti dulu,
Benarkah teknologi itu mampu membantu kehidupan manusia?
Mungkin dari sudut kerja ya!
Tetapi dari sudut emosi dan hubungan ia hanyalah 'menjarakkan' yang dekat,
Yang jauh itu pula yang cuba didekati bersungguh-sungguh,
Lihat sahaja diri ini,
Kamu mungkin sudah tiada ibu mahupun ayah ataupun adik beradik,
Berbeza sekali dengan diriku yang punya segalanya,
Namun hati masing-masing seakan-akan jauh dari berinteraksi sebagai norma manusia,
Tak usah kamu cemburu dengan kehidupan ini,
Kerna aku melalui saat ini dan tidak menyangka saat ini akan tiba,
Dimana aku cuba menyelamat kan mereka daripada keseronokan 'kotak cahaya' ini,
Kesibukan yang tidak bertepi atau bertitik noktah,
Masih saja ada ruang yang masuk menyelinap kedalam rumah ku,
Sehingga mengubah kehidupan kami menjadi si bisu,
Tiada lagi gelak tawa seperti dulu,
Terabai dan bersedia untuk dilupakan,
Tiada siapa yang terselamat daripada ketagihan 'kotak bermata satu',
Seakan-akan ROBOT yang tidak bernyawa.

Inilah zaman ku, zaman yang perlu kita semua hadapi.

Dan aku rindu saat kami boleh menjadi 'pendengar yang baik' dalam sebuah negara kecil yang kami bina bersama.

2021 

Saturday 28 August 2021

Susah Ke Masuk Degree Ladang?

 Assalamualaikum semua pembaca-pembaca sekalian, 

Alhamdulillah hari ni aku menulis dalam keadaan penuh semangat. Terasa bersyukur dengan nikmat hidup ni bila dah melalui macam-macam benda.  Ada soalan yang masuk di dalam ruangan komen tapi sebab aku taip panjang sangat tak boleh nak send. Jadi aku decide untuk post dalam entri sahaja.


"SUSAH KE MASUK DEGREE LADANG?"


Terima kasih pada yang bertanya, sebenarnya ada yang susah dan ada yang senang. Bila dah degree ni kita tak fokus pada aktiviti ladang. Dia berbeza sikit. Sebab kita akan lebih fokus kepada kaedah penyelidikan untuk membaik pulih sektor perladangan pula. Contohnya kajian tanah, kawalan haiwan/ serangga perosak, penyakit dan weed, cari punca2 isu yang menyebabkan berlaku semua masalah pertumbuhan pokok tu. Dan ada banyak lagi. Kiranya kita akan diajar cara berfikir/ berkebolehan untuk faham macam ala-ala bakal manager/supervisor. Bukan lagi jadi pekerja yang besye2 yang asyik diarah buat itu dan ini.


Macam masa awal-awal aku diserap masuk sem 2 dulu sebagai 'pelajar penerapan', agak senang sebab kita cuma recall semula subjek2 masa diploma. Dulu sebelum PKP ni aku belajar secara face to face, banyak aktiviti luar, itu ada part yang paling kita minat bila dapat keluar cari serangga untuk subjek entomology, weed control, field visit. Disebabkan semua assignment dibuat secara berkumpulan jadi kami enjoy sepanjang belajar degree ni. (belum cerita buat perbincangan group sampai tak cukup tidur..haha) secara keseluruhan memang seronok sebab susah payah tu menjadikan kami kuat. Mungkin setiap orang ada pandangannya dan cerita yang berbeza-beza. Sem 3 pula, pun sama juga. Kami ada buat satu inovasi pada makanan supaya boleh dijual ke tempat lain tanpa menggunakan kos yang tinggi. Time tu memang boleh tengok semua buat presentation dan dapat rasa 'makanan unik plus pelik' ciptaan kami sama2. Paling best bila dapat belajar asas bahasa mandarin walhal inilah pertama kali kena kenal intonasi bacaan dia. Boleh lah faham bila tengok cerita cina kat TV sebab hafal sikit2. Kitorang rasa macam belajar masa sekolah tadika dulu..serius..sebab kena baca ramai2 dan belajar cara tulisan pinyin (tulisan cina) tu. (memang best sungguh) dan lepas tu kena buat skrip untuk berlakon drama. Sem 4 pula, kami kena belajar dekat rumah sebab PKP, memang tak biasa lagi masa tu belajar secara online..haha. Selalu kena letak jam loceng dekat handphone supaya tak lupa waktu kelas dan exam pagi/petang. Tapi yang seronoknya bila belajar online ni boleh pakai baju biasa dekat depan laptop/handphone tak perlu susah2 macam dulu nak sediakan pakaian, beg, buku semua. Bagi aku mudahlah disitu. Cuma seeloknya yang sopan dan penuh adab lebih-lebih lagi kalau ada buat presentation kena pakai smart sikit. Kalau waktu exam pun boleh buka buku/ cari bahan dekat dalam  google bergantung pada arahan lecturer masing2. Masa ni dah mulalah belajar menjinakkan diri dengan journal penulisan orang lain. Bahasa mandrin pula dah jadi level 2. Ada subjek pengiraan. Sem 5 pula, dah mula fokus dengan sangat mendalam tentang journal yang dimaksudkan tu untuk buat proposal Final Year Project (FYP).. maklumlah FYP ni memakan masa 2 sem untuk siapkannya. Ada inovasi kreatif dalam teknologi yang mermerlukan idea dan pandangan ramai sebagai feedback. Bahasa mandarin jadi level 3 yg terakhir. Dan ada juga kena cari isu2 semasa tentang ladang (ni penting sebab nanti esok kalau kerja dalam bidang pertanian ni jadi senang untuk jawab kalau ada boss/majikan yang tanya). Contohnya: "Apakah perkara yang mempengaruhi produktiviti kelapa sawit?" Jawapan dia memang lain dari yg lain. Sem 6 pula memang secara total kena siapkan terus sampai habis FYP kita tu. Kena hantar Final FYP dan virtual LIVE presentation. Ada subjek pengiraan untuk machinery dan kami masih ODL lagi waktu ni.


Bagi aku yang rasa mencabar or susah adalah "pengurusan diri sendiri dalam memberi berkomitmen" sebab ada je yang berlaku contohnya dari segi dalaman ada subjek yg aku tak begitu faham tapi buat sahaja dan tanya kawan-kawan yang lain. Dari segi luaran laptop tiba-tiba rosak sebab banyak sangat kerja assignemnt dalam tu, dengan beratus-ratus journal yg di download. Tak cukup masa nak hantar sebab masih tercari2 jawapannya yang betul. Kena cari sikit rujukan dari luar. Tapi yang mana aku tak dapat nak handle tu aku cuba siapkan juga dan bincang dengan pensyarah untuk dapatkan pencerahan. Bila belajar secara ODL ni perlukan internet yang kuat supaya kita tak "LOST" ditengah-tengah belajar tu. Jadi kena prepare siap2 duit langannan internet bagi yg gunsa hotspot dan kalau WiFi pun kadang2 slow lagi2 bila hujan. Aku rasa FYP tu susah sikit sebab kita kena belajar cara nak menulis dan keluarkan main idea daripada setiap bacaan kita. Contohnya baca abstract, conclusion, discussion dan result. Citation dan senarai references ni yg terpenting. eg. (Ali, 2021) Tapikan bila dah siap tu..rasa gembira sangat macam satu kejayaan yang tak dapat digambarkan. Ada juga kawan-kawan aku yang thesis dia tu boleh diterbitkan dan jadi rujukan buat orang lain pula.


Saranan aku kalau korang nak sambung degree, pastikan korang memang betul2 minat dengan kos ni, cari circle yg memang membantu awak untuk belajar, ada backup kewangan, jaga mental health baik2, kawal stress, buat hobi yang korang suka dan dapatkan rehat/tidur yg cukup, dan tetapkan mindset minda kita belajar ni bukan sebab kita 'dah pandai' tapi sebab untuk nak cari apa lagi ilmu kita belum pernah pelajari lagi dan relatekan dengan kehidupan kita. Letakkan matlamat belajar sebaik mungkin. Kesungguhan yang membuahkan hasil di akhirnya nanti.


Sekian.

Tak dapat

Jika ada sesuatu yang engkau tidak dapat di dunia ini, maka bersabarlah lah, nanti kelak engkau akan dapat juga.

Mungkin sesuatu yang lebih daripada yang engkau sangka-sangkakan.

Surprise.

Sunday 22 August 2021

Syurga

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa dia pergi menemui Nabi SAW seraya berkata, "Sesungguhnya jika aku melihatnu, hatiku berasa tenang dan mataku sejuk, maka beritakanlah kepadu akan segala sesuatu." Baginda bersabda, "Segala sesuatu itu diciptakan oleh Allah SWT daripada air," Abu Hurairah r.a berkata, "Ceritakan kepadaku tentang sesuatu yang jika aku mengamalkannya, maka aku akan masuk ke dalan syurga." Baginda bersabda, "Sebarkan salam, berikanlah makanan, sambungkanlah silaturrahim dan solatlah pada ketika manusia sedang tidur, maka engkau akan masuk ke dalam syurga dengan selamat." 

(Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Imam Ahmad Ibnu Hambal, Tahqiq: Syu'aib Al-Arnaut, Jilid 14, No. Hadis: 8295:49)

Sabar Dalam Ajakan Solat

Imam At-Tirmizi dan Ibnu Majah meriwayatkan sebuah hadis daripada Abu Hurairah daripada Nabi SAW, Baginda bersabda, "Sesungguhnya Allah SWT berfirman,"Wahai anak Ada., curahkanlah secukupnya kemampuanmu untuk beribadah kepada-Ku nescaya Aku penuhi dadamu dengan rasa cukup dan aku tutupi kefakiranmu. Tetapi, jika kamu tidak mengerjakannya, Aku akan penuhi kedua-dua tangan-mu dengan kesibukan dan Aku tidak tutupi kefakiranmu, " Selain itu, Ibnu Majah meriwayatkan daripada Ibnu Mas'ud, dia berkata, " Aku mendengar Nabi SAW bersabda, 'Barabg siapa yang menjadikan tujuannya hanya satu iaitu akhirat sahaja, nescaya Allah akan mencukupkan baginnya kehidupan dunianya. Tetapi sesiapa yang tujuannya diserahkan dalan urusan dunia sahaja, nescaya Allah akan mencukupkan baginya kehidupan dunia. Tetapi sesiapa yang tujuannya dunia sahaja Allah tidak akan mempedulikannya di lembah mana pun di bumi ini dia binasa."

(Ibnu Kasir, Tafsirul Qurani Azimi, Jilid 9, 1421 H/2000 M: 384-385)

Tuesday 17 August 2021

Berdoalah Dengan Suara Yang Lembut

Doa dalam Al-Quran kadang-kala dimaksudkan untuk beribadah, ataupun permohonan dan kadang-kala gabungan kedua-duanya sekali yang saling melengkapi. Doa permohonan ialah meminta apa yang bermanfaat bagi orang yang berdoa dan memohon dijauhkan dan dihindarkan daripada perkara yang berbahaya. Sesiapa yang berkuasa ke atas bahaya dan manfaat maka dia layak untuk disembah dengan sebenar-benar penyembahan. Oleh itu, Allah tidak membenarkan penyembahan terhadap selain diri-Nya, yang mana selain diri-Nya itu adalah tidak berkuasa terhadap manfaat dan mudarat.

Adapun kisah mengenai perkataan Nabi Zakaria a.s dalam surah Maryam,19:4 ini, " Dia (Zakaria) berkata, "Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdoa kepada-Mu, ya Tuhanku." Ada yang berpendapat bahawa ini merupakan doa permohonan. Maksudnya, penerimaan dan pertolongan-Mu membuatkan ku terbiasa dengannya dan Engkau tidak pernah membuatku kecewa disebabkan penolakan (terhadap doa). Ini merupakan tasawul kepada Allah SWT dengan penerimaan dan kemurahan-Nya sebagaimana yang telah diperjelaskan sebelumnya. Hal ini seperti kisah mengenai seorang yang datang kepada orang lain. Orang pertama berkata kepada orang kedua, "Aku lah uang dahulu pernah engkau tolong pada saat ini dan itu." Lalu orang kedua (yang didatangi) berkata, " Selamat datang ku ucapkan kepada orang yang ber-tawasul demgan kamk untuk datang kepada kami. "Lalu dia memenuhi permintaan orang yang pertama.

Disebabkan itu, Nabi Zakaria a.s mengajukan doa itu kerana Baginda hendak meminta anak, dan menjadikan doanya sebagai wasilah kepada Rabb-Nya. Maka baginda memohon agar Allah SWT memakbulkan doanya., seperti kebiasaan Baginda setiap kali memohon dicukupkan keperluan dan keinginannya. Oleh itu perintah berdoa kepada Allah SWT dengan merendahkan dan melembutkan suara kerangkumi dua jenis doa yang telah disebutkan di atas. Ramai orang muslim terdahulu tekun dalam berdoa dan tidak ada suara yang terdengar daripada mereka, kerana doa itu merupakan bisikan antara diri mereka dengan Tuhan mereka. Sebagai contohnya, Allah SWT menyebutkan seorang hamba yang soleh bernama Zakaria dan Dia redha terhadap perbuatan Zakaria dan berfirman, "(iaitu) ketika dia berdoa kepada Tuhannya dengan suara yang lembut." (Surah Mariam, 19:3) 

(Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, At-Tasirul Qayyimu, t.t.: 240-246)

Monday 9 August 2021

Betulkan

Hidup perlu disyukuri,
Apa pun berita yang terjadi,
Teruskan membawa diri,
Meyakini takdir illahi.

Keluarlah,
Dan fikirkan kebaikannya,
Tenangkan fikiranmu,
Bersama dengan harapan dan perubahan.

Sampaikan lah kegembiraan,
Sampaikan lah peringatan,
Sebarkan lah pengetahuan ilmu,
Dan perbaiki diri mu.

Harapan ini,
Untuk Allah,
Harapan ini,
Biarlah untuk Rabb ku sahaja,
Dia lebih Maha Besar,
Yang mengetagu arah tujuan diri ini,
Daku rasa seperti diheret ke kiri dan keanan melalui arus ombak di lautan musafir,
Mungkin rasa ini bakal membenihkan sebuah pelangi indah dihujung perjalanan,
Ku harap bekalan pejalanan ini berjaya digunakan untuk generasi ku,
Aku perlu bangkit,
Bawalah manisfestasi ini bersama kobaran yang menjulang tinggi,
Biar lah ianya menjadi kepuasan hatiku,
Bila berjaya nanti,
InsyaAllah,
Amin..

The last, is never..
Genggam kejayaan dan harapan mu meskipun ianya masih belum lagi ditemui. Fikir yg baik² insyaAllah yang baik² yang bakal terjadi. Semuanya belum terlambat untuk diperbaiki.

Saturday 7 August 2021

Terus

Saat engkau belum lagi mengucapkan syukur,
Ingatlah kata² ini,
Selagi masih diberikan nikmat nyawa,
Hidup ini perlu diteruskan,

Bukan di alam maya ya,
Tetapi kehidupan mu yang sebenar.

Realiti biarlah engkau bahagia tanpa diketahui

Wednesday 4 August 2021

Hikmah

"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah* dan pengajaran yang baik, dan berdebatlah dengan mereka dengan cara yang baij. Sesungguhnya Tuhanmu, yang lebih mengetahui siapa yang sesat daripada jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui siapa yang mendapat petunjuk."

(Surah Al-Nahl: 16: 125)

Hikmah*  bermaksud perkataan yang tegas dan benar yamg dapat membezakan antara yang hak dan batil.

Tuesday 3 August 2021

Kekal

"Apa yang ada di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal. Dan Kami akan membalas orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada yang mereka lakukan."
[Surah Al-Nahl: 16: 96]

Tumpang Lalu

Dah macam² perkara kita laluinya,
Dengan semangat dan kobaran hati yang menggunung tinggi,
Kini hampir kegarisan penamatnya,
Aku terhenti seketika sambil memandang kearah tali arus itu,
Entah mengapa diri itu terasa tidak seperti dahulu,
Adakah kerana terlalu selesa dengan nikmat dan kesenangan yang begitu banyak,
Hingga lupa untuk mensyukuri diri ini terlindung daripada kesusahan yang sementara,
Aku hilang diriku,
Diriku yg lama,
Walhal jasad itu dahulu merupakan seorang yang selalu mencuba,
Tanpa menghiraukan siapa yg bercakap atau apakah komen dan balasan yang bakal dia dapat,
Kerana aku tidak mahu tahu,
Tidak mahu ianya mempengaruhi kehidupan setelah apa yg telah terjadi,
Yakin bahawa akan ada jalan lain yang bakal membawa ke arah kejayaan itu,
Sudah tentu bukan lah 'jalan pintas',
Laluinyaa.. dan lakukannya...,
Kerana orang yang mencuba itu la hakikatnya patut dipuji,
Dan orang yang tidak mencuba itu perlu muhasabah diri,
Mengapa jadi begitu?
Buatlah apa yang bermanfaat bagimu asalkan ianya dapat membawa kearah kebaikan dan redha Allah,
Ingat apa yg kita usahakan ini hanyalah apa yg boleh dicapai oleh kudrat kita,
Tapi jangan lupa yang membenarkan semua ini berhasil dan berlaku adalah daripada perancangan Allah,
Sedarilah... usaha itu perlu, tapi ketentuan itu milik Allah,
Wahai diri.. tersenyumlah.. ambilah walaupun hanya 10 saat untuk senyum,
Kita memerlukan proses sebelum ianya benar² terjadi,
Maka lakukan lah prosese dan langkah yang pertama itu,
Sekali lagi ku ingatkan bahawa,

Jangan takut untuk gagal
Kerana orang yang telah mencuba itu bukan lah si gagal, kamu adalah si penjaya yang bakal membawa kebahagian.. yg cukup besar.
Sebaliknya orang tidak pernah mencuba langsung itulah yang gagal, kerana dia tidak pernah melakukan sesuatu yg baru dalam hidupnya.

Buatlah ikut pada kemampuan kamu,
Jadi ke tak jadi itu tak perlu risau,
Yang penting kamu laluinya dan buat!

Satu hari nanti kamu akan tahu

Siapa diri kamu yg sebenar

Luar biasa..

Sunday 1 August 2021

Saturday 24 July 2021

Rehat

Walau macam mana  'push' pun diri untuk buat kerana Allah..tetap kena dapatkan rehat yg cukup juga. 

Kesihatan badan ni, adalah amanah kita.

Rehat dulu, nanti lepas tu sambung balik

Ingat.. duedate kan ada

Hayati, nikmati, sedari, enjoy your learning journey😊

Friday 23 July 2021

Berlaku Adil Kepada Anak-Anak

Daripada An-Nu'man Bin Basyir r.a, dia berkhutubah di atas mimbar, katanya, "Bapaku memberiku sebuah hadiah (pemberian tanpa imbalan)." Maka 'Amrah Binti Rawahah berkata, 'Aku tidak rela sehingga kamu mempersaksikannya kepada Rasulullah SAW". Maka bapaku menemui Rasulullah SAW dan berkata, 'Aku memberi anakku sebuah hadiah yang berasal daripada 'Amrah Binti Rawahah, namun dia memerintahkan aku agar mempersaksikannya kepada engkau, wahai Rasulullah." Baginda bertanya, "Adakah kesemua anakmu kamu berikan hadiah seperti ini?" Dia menjawab, "Tidak." Baginda bersabda, "Bertakwalah kamu kepada Allah dan berbuat adillah di antara anak-anak kami." An-Nu'man berkata," Maka dia kembali dan meminta kembali pemberiannya itu". 

(Hadis Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, Juz 2, no. Hadis 2587, 1422 H: 233)

Thursday 22 July 2021

Jujur Dalam Sukatan dan Timbangan

Allah SWT melarang mereka untuk mengurangkan sukatan dan timbangan ketika memberikan kepada orang lain. Lalu Allah SWT memerintahkan kepada mereka untuk jujur dan adil dalam melakukan sukatan dan timbangan, sama ada memberi ataupun memgambil (menjual atau membeli) dan melarang mereka membuat kerosakan di muka bumi, kerana keadaan kehidupan mereka pada waktu itu yang biasa merompak di jalan-jalan.

Firman-Nya, "Sisa (yang halal) daripada Allah adalah lebih baik bagimu...." (Surah Hud, 11:86). Ibnu Abbas r.a berkata, yang bermaksud "Rezeki yang diberikan Allah SWR (yang halal) itu lebih baik buat kamu" Menurut Al-Hasan,"Rezeku yang diberikan Allah SWT leboh baik daripada kamu menipu orang lain". Menurut Ar-Rabi' bin Anas, "Perintah daripada Allah SWT itu lebih baik bagi kamu".

Abu Jaafar Bin Jarir mengatakan, "Sisa (yang halal) daripada Allah lebih baik bagi kamu...."(Surah Hud, 11: 86) iaitu, kelebihan yang kamu dapatkan berupa keuntungan setelah kamu melakukan sukatan dan timbangan yang jujur, itu lebih baik bagi kamu daripada mengambip harta orang (dengan menipu). Dia berkata, "Hal ini diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a"

Menurutku, makna ayat ini seperti firman Allah, "......Tidak sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyak daripada keburukan itu menarik hatimu....." sehingga akhir ayat (Surah al-Ma'idah, 5: 100).

Dan firman-Nya, "...Dan aku bukanlah seorang penjaga atas dirimu." (Surah Hud, 11: 86) iaitu tidak memgawasi dan tidak menjaga. Maksudnya lakukanlah semuanya semata-mata kerana Allah SWT. Janganlah kamu melakukanya hanya kerana ingin dilihat oleh orang lain, tetapi lakukanlah semata-mata kerana Allah.

(Ibnu Kasir, Tafsiru'l Qur'ani Azmi, Jilid 7, 1421 H/2000 M: 460-461)

Monday 19 July 2021

Peluang pekerjaan bagi pelajar pengurusan ladang

Assalamualaikum w.b.t. kepada para pembaca entri aku kali ini, harap semua dikurniakan kesihatan yang baik. Baiklah sejak akhir-akhir ini ramai yang bertanya tentang soalan dibawah ni, 

ADA KE PELUANG PEKERJAAN BAGI PELAJAR PENGURUSAN LADANG???

Silakan jawab.....

Mesti korang nak tahu sangat peluang apa yang ada bila kita terus terima 'lamaran' daripada pihak institusi baru-baru ini. Aku faham perasaan korang lebih-lebih lagi bila first time dapat kos yang baru dengar dalam seumur hidup ni. Bukan ke rasa gembira bila diterima masuk ke universiti? Ini lah langkah pertama kita ke menara gading yang diceritakan tu! (saje nak alihkan perhatian sekejap) Balik pada persoalan tadi, aku cuma jawab berdasarkan kepada situasi semasa sahaja dan kalau ada sebarang penambahbaikan boleh beritahu pada ruangan komen dan maaf ya jika ada kekurangan dari segi penyampaian informasi.

Sebelum tu, aku ucapkan tahniah dan syabas kepada adik-adik yang diterima masuk ke dalam kos perladangan dan dah berjaya mengikuti kos ini dengan baik. Sudah tentu ianya bukanlah semudah ABC (petik jari je terus dapat semuanya..tidak ya), namun pencapaian demi pencapaian yang dilalui itu penuh dengan kesabaran dan kecekalan hati yang tidak pernah padam dalam memperbaiki diri demi membangga ibu dan ayah ataupun penjaga kita sendiri dengan sebuah pengembaraan masa kita iaitu kejayaan dalam menimba ilmu yang berguna. Kalau tanya cabaran hidup dekat korang..mesti semua akan terkenang jauh betapa banyaknya perkara yang kita dah hadapinya selama ini. 

Skop pekerjaan dalam kos ladang, bagi pelajar lelaki (siswa) mahupun pelajar perempuan (siswa) selepas sahaja tamat pengajian memang agak berbeza sikit sebab ianya bergantung kepada permintaan industri itu sendiri dan jenis tempat kerja yang kita nak pergi tu. Contohnya kalau tempat kerja kita tu adalah sektor utama  bahagian perladangan atau kita panggil tempat tu sebagai "estate", memang terang lagi bersuluh bahawa orang lelaki lebih sesuai untuk menjalankan tugasnya di sana. Bayangkanlah ladang estate ni besar lebih daripada 1 hektar tanahnya. Sudah tentu tenaga pekerjanya memerlukan tenaga yang lebih tinggi iaitu berpihak kepada lelaki. Habis tu perempuan ni sesuai ke kerja ladang???Chill dulu..perkara ini bukan bermaksud satu penindasan (diskriminasi) buat para wanita tetapi lebih kepada menjaga keselamatan diri mereka agar lebih terjaga privasinya dalam proses kita nak bekerja. Dan ini tidak memadamkan peluang yang lagi besar bagi para wanita mahupun lelaki untuk menceburi bidang perladangan ni kerana setakat ni ramai yang telah berjaya menjadi pakar agronomist, penyelidik, pensyarah malahan berjaya menjadi pegawai-pegawai di sektor awam yang levelnya lebih tinggi daripada pekerjaan yang lain. Ini semua hasil kelahiran daripada universiti yang mereka telah pilih dulu. Sebab apa jadi macam tu? Sebab dorang dah pernah ada asas (basic) tentang ladang/ pertanian/landskap masa belajar dulu dan berminat untuk mempelajarinya lagi di alam pekerjaan nanti.

Kalau sekarang ni korang tengah fikir tentang halatuju bidang ini, korang jangan risau. Tak salah sebenarnya untuk mencuba dalam kita menuntut ilmu dan bila cakap tentang perkerjaan ini...

InsyaAllah, ada banyak sebenarnya kerja kosong bahagian perladangan ini. Cuma kita je kena cuba untuk cari dekat platform yang betul. Biasanya sebelum kita habis belajar (pelajar universiti tahun akhir) pihak fakulti akan buat satu program untuk bina haluan kerjaya kita. Contohnya, nak mohon kerja dekat syarikat mana? Cara tulis dan hantar resume? dan Macam mana cara nak menghadapi interview kerja?. Semua itu kita akan sama-sama pelajari dekat sana nanti. Untuk peluang pekerjaan memang sangat besar dalam sektor perladangan walaupun sekarang ini kita menghadapi macam-macam krisis dalam negara atau luar negara. Ilmu tentang ladang ni meluas  boleh share kepada orang lain sebab semua orang perlukan produk dari ladang untuk sumber makanan, minuman dan pendapatan sampai bila-bila untuk tampung kehidupan kita.. Hasil-hasil bertahun kita belajar dulu mungkin tak  100% sama macam yang bakal kita tempoh masa alam pekerjaan nanti. Sebabnya secara asasnya teori itu tak pernah sama macam amali.Tapi melalui jalan menuntut ilmu inilah kita dapat cari kebolehan dan potensi diri kita ni macam mana? Maksudnya apa yang kita nak selama ini untuk masa hadapan? Peluang yang macam mana yang kta nak gapai? Kalau Plan A tak jadi, Plan B  hingga Z apa yang kita boleh lakarkan yang dapat memberikan manfaat buat semua. Cabaran itu adalah  pengalaman yang mendewasakan diri dan ianya ada dimana-mana sahaja. Aku pernah tulis tentang  jenis kerja ni dulu, mungkin korang boleh try baca dulu Kepada yang bertanya tentang kerja

Soalan korang ni mengingatkan aku kepada jawapan pensyarah aku dulu. "Memang ramai yang sambung belajar untuk dapatkan pekerjaan yang lebih baik, tapi itu bukanlah jaminannya sebab matlamat utama kita adalah untuk mengambil tahu tentang ilmu itu sendiri daripada butir muatiara kata yang lebih pakar" "Saya percaya, orang yang berjaya dunia dan akhirat ni (eg. dapat kerja) adalah orang yang jujur masa dia buat sesuatu perkara. Termasuklah sepanjang proses dia belajar, jawab exam tak meniru, selalu datang kelas, dan siapkan tugasan sampai habis walaupun dia tak berapa pandai bahagian itu, seimbangkan belajar dan urusan agama, jaga batas pergaulan, jaga solat, minta doa ibubapa, doakan kawan-kawan berajaya dan sentiasa doa selepas dia usaha dan kemudian tawakal dengan pilihan kita."

Dan betul apa yang diperkatakan itu. Perjalanan hidup kita akan jadi mudah bila kita mulakan dengan cara yang betul dan pengakhiran dia akan jadi lebih baik. Sebabnya habit (sikap) masa belajar ni, percaya atau tidak dia akan terbawa-bawa sekali masa berada dalam alam pekerjaan kita. Contohnya masa belajar ini kita usahakan datang kelas lecturer walaupun penat/sakit, nanti masa kerja pun kita akan jadi mudah untuk hadir ke tempat kerja. Maka kuranglah kita beralasan dan majikan pun mungkin jadikan kita salah seorang pekerja terbaik sebab dorang sukakan sikap/adab kita.

Dapat ke tak dapat kerja itu, adalah rezeki masing-masing. Andai kata rezeki pekerjaan kita satu hari nanti, dalam bidang yang lain, bermaksud peluang kita untuk berjaya lebih cerah sebab boleh belajar banyak perkara yang lain dan tak semua orang dapat rezeki macam itu walaupun kita mula daripada bawah (kosong). Jadi bersyukur lah andai ditawarkan dengan pelbagai bidang yang lain. Apapun sebagai bakal pelajar, tanya dalam diri "Apa lagi ilmu yang kita nak tahu" dan niatkan, "Kita nak belajar kerana Allah", nanti lepas habis diploma korang boleh je nak tukar ke bidang yang lain untuk degree. Contoh bawah Fakulti Perladangan dan Agroteknologi (FPA) ni kita ada pecahan kos degree iaitu 1) Perladangan, 2) Agronomi, 3) Agri-business. 4) Bioteknologi, 5) Horticulture. Kalau korang nak tahu tentang kos ladang ni mungkin boleh buka dalam facebook FPA  UiTM ni,ada banyak info online, boleh juga nak join sekali event yang diadakan dalam ini https://www.facebook.com/FPANews/.  Selain itu, daripada degree ladang ni boleh tukar ke kos yang kita minat yang lain (dari no.2 hingga no. 5) ikut kepada kriteria yang pihak fakulti tetapkan.

Tapi kalau korang minat dengan kos ni, secara mendalam dekat bawah ini aku ada sertakan bersama poster dari UiTM punya peluang pekerjaan dan sambung belajar bawah bidang FPA ladang selepas sahaja tamat degree untuk sambung ke peringkat Master. Mungkin korang boleh tengok-tengok dulu. Boleh scan barcode yang disediakan. Sebenarnya kalau nak mohon dekat UiTM atau Universiti Putra Malaysia (UPM) selepas degree pun boleh juga untuk kos ni. Sebab boleh terus skip pergi kepada fast track PHD tanpa melalui jalan Master bagi yang selalu dapat Anugerah Dekan (ANC) setiap semester waktu degree dulu dan dapat biasiswa tanpa perlu bayar yuran pengajian. Boleh tanya dulu kepada para pensyarah sebab dorang lebih arif bab-bab sambung belajar ni dan mungkin boleh bantu kita.

Kalau sambung Degree pula dibawah Fakulti Perladang dan Agroteknologi yang sama iaitu kos Bachelor of Science (Hons) in Plantation Technology and Management. Boleh je nak baca kisah masa degree, klik je link biru tadi. Kelebihan bila kita ambil degree kos yang sama macam diploma ni, boleh skip 1 semester jadi dipendekkan tempoh pengajian itu kepada 2 tahun setengah sahaja (normal 3 tahun). Maksudnya kita boleh lompat kepada Semester 2 terus masa degree nanti.

Secara ringkasnya begini, (contoh keterangan untuk no. 1 iaitu bidang plantation sahaja)

DIPLOMA - belajar 2 tahun setengah - boleh kerja tapi kalau mohon kerajaan/ swasta mungkin majikan lebih suka pelajar peringkat degree. 

DEGREE - belajar 2 tahun setengah (normal 3 tahun) - boleh kerja mana-mana sahaja, tapi kalau nak jadi pensyarah atau guru bawah pertanian ni kena ambil peringkat master

MASTER - bergantung kepada fakulti - tapi peluang kerja lebih cerah

PHD - InsyaAllah sangat cerah untuk jadi pakar penyelidik sebab dah banyak pengalaman


Nasihat penyarah aku buat semua, 'masa belajar' atau 'dah habis belajar' nanti. Mohon je dua-dua perkara ni, yang mana  datang terlebih dahulu itulah yang kita ambil. Moga salah satu rezekinya itu Allah permudahkan jalannya untuk berjaya.

1) Mohon sambung belajar

2) Mohon kerja (https://t.me/spa9i ataupun dalam  https://jobshop.uitm.edu.my/  dan sebagainya)


Harap penjelasan ini dapat membantu serba sedikit. Boleh klik sahaja poster maklumat terkini  tahun 2021 bawah ni untuk peringkat Master dan ada dinyatakan jenis perkerjaannya sekali.









Thursday 15 July 2021

Bukan "Kalau"

Usah mengatakan "Kalau" lagi,
Kerana pasti ada bahagian untuk diri mu,
Yang hanya engkau miliki,
Jadi mengapa membandingkan takdir itu?
Sedangkan engkau juga punyai kebahagiaan yang tersendiri,
Engkau telah melalui pelbagai kisah dalam detik di masa lalu,
Tiada yang mungkin boleh memadamkan sejarah itu mahupun memahaminya,
Yang mengenali hanya memandang dan yang tidak mengenali akan menghiraukan,

Biarlah semuanya beralih ke arah yang lain,
Tetapi engkau tetap terus kehadapan,
Kerana hanya engkau yang tahu bait dan hikmahnya,
Diri ini  tak mungkin mampu digantikan dengan yang lain,

Maka hari ini adalah hari untuk membina sebuah kebangkitan buat diri,
Maka bangkit lah berdiri membina impian baru,
Engkau pasti punya cita² bukan?
Meskipun ia sering berubah dan tidak sama seperti waktu kecil,
Biar cita itu bukanlah seperti sangkaan,
Namun jika engkau gembira melakukannya,
Maka lakukanlah, 
Lakukan dengan dengan sepenuh hati mu,
Bukan kerana jumlah habuannya yg membuat mu cekal,
Namun setiap perkara dan kepenatan yang engkau luahkan disepanjang pekerjaan itu,
Mendapat kebaikan dari sisi Allah,
Indahnya hidup ini jika..
Apa yg kita dapat itu adalah lebih daripada si perlaku yg lain,
Dua perkara yang indah disepanjang pengembaran bergelar manusia,
Satu,  Allah redha,
Dua, pahala yang melimpah ruah dan keampuanan-Nya,
Dan yg lain² itu adalah bonus buat diri sendiri,

Wahai teman,
Jagalah diri mu,
Daripada hari demi hari yang mampu membuatkan kita sering berubah fikiran,
Usahlah engkau menghiraukan akan kritikan tentang kamu,
Pandanglah dari sudut positif akan dirimu,
Kerana setiap perkara yang gentir itu akan ada kemudahannya di kemudian hari,
Ianya bakal tamat,
Akan ada tarikh luputnya,
Engkau akan menitipkan sebuah kata² kebebasan,
Yang dihiasai senyuman kegembiraan,
Saat itu pasti tiada yang mengubah apa yg engkau telah dapat,
Kerana engkau layak untuk menerimanya diatas segala kesabaran,
Kata syukur yang tiada penamatnya,

Engkau pasti akan menemui hari itu,
Bangkitlah,
Engkau adalah insan yang berguna untuk anak dan cucu mu,
Pasti engkau akan menemui 'sesuatu' yang dicari.

InsyaAllah

Wednesday 7 July 2021

Sunday 13 June 2021

Kelayakan Kos Diploma Pengurusan Ladang

Assalamualaikum w.b.t semua.

Tahniah kepada yang telah berjaya menamatkan SPM dengan baik tahun ini. Baiklah mesti ada yang nak tahu tentang kelayakan pelajar memasuki ke IPTA di Malaysia ni sebab nak sambung belajarkan. Jadi bawah ini adalah caranya.

Untuk semak syarat kelayakan ke IPTA (eg. UiTM) boleh rujuk dalam websites ini " Selangkah Uitm" ( https://selangkah.uitm.edu.my/ ). Boleh isi dulu keputusan SPM kita dalam ini, nanti system akan bantu highlight kan mana yang menepati syarat. Tapi ini cuma syarat sahaja untuk elak daripada perlunya buat rayuan UPU kali ke-2. Kadang2 kalau rezeki mungkin boleh dapat kos yang kita nak dalam UPU nanti. Awak boleh susun ikut turutan bidang yang disyorkan.

Manakala, syarat untuk menceburi bidang Diploma Pengurusan Ladang (Fakulti Perladangan dan Agroteknologi) adalah seperti dalam gambar bawah ni. Ada juga dinyatakan bidang kelayakan, jumlah semester dan jumlah yuran keseluruahan. Untuk rujukan penuh boleh klik link "UPU Online" (Syarat Kelayakan Diploma Pengurusan Ladang)

Harap membantu.


(Sumber: Laman Portal INFO UPU SINI)


(Sumber: Laman Portal UPU ONLINE SINI)




Tuesday 8 June 2021

Bergantung Harap

Jangan terlalu bergantung pada sesiapa pon di dunia. Kerana bayanganmu sahaja meninggalkanmu di saat gelap. 

Bergantunglah pada Allah. Hatimu tidak pernah terluka. 

Wednesday 2 June 2021

Nak patah balik?

Nak patah balik?
Apa yang menyebabkan kamu rasa begitu?
Kalau jawapannya dibawah ni,
"Aku tak pandai" , "Aku dah give up", "Aku bukan budak bijak macam kau",
Lebih baik kau lupakan niat kau,
Buat sahaja kerja yang diberikan,
Amanah yang kau genggam,
Adalah amanah bagi peluang yang lebih besar,
Disebalik Allah Si Pemberi Amanah tersebut,
Lepas dah jauh berjalan,
Lepas semua benda hilang dari pandangan,
Lepas pengorbanan demi pengorbanan dilakukan,
Bawa bayangan ini,
Bawalah jasad ini kehadapan,
Meskipun otak ini beku dan diri yg kaku daripada terus bergerak,
Igauan ini akan berakhir,
Akan ada tarikh luputnya,
Ia akan tamat,
Jadi buatlah yang terbaik,
Bersunguh-sungguhlah wahai diri yang sedang membaca ini,
Belajar dan jatuh, 
Belajar dan jatuh sekali lagi,
Bangun untuk belajar dan jatuh hingga ke berapa kali,
Namun tetap BANGUNNN berdiri,
Mengejar ilmu dan ingin menjadi seseorang yang tahu akan perkara tersebut, 
mengutip butiran-butiran permata daripada ilmu itu,
Meskipun ia cumalah fardu kifayah,
Tetapi ianya akan menjadi sebuah harta yang termahal meskipun engkau tiada nama atau gelaran didunia ini,
Jika hartamu hilang sekalipun, 
Ilmu itu tetap dapat membantu kamu menjadi seorang pemula kehidupan yang bijak,
Tidak kiranya kamu daripada bidang apa sekalipun,
Pelajar, pekerja, anak, ibu bapa, jiran, kaya miskin,
Kita semua adalah idola bagi mereka yang memerlukan,
Kita perlukan ilmu yang baik untuk membantu memberikan ummah kita berjaya dengan baik,
Meskipun diri mu hanya menegur dan menunjukkan akhlak yang baik,
Sekali lagi engkau belajar bukan lah untuk mendapat gelaran,
Namun kamu sedar diri mu adalah insan yang memerlukan ilmu pengetahuan.
Cubalah,
Mencubalah,
Mencuba untuk diri kita sendiri bukan untuk orang lain?
Bertahanlah, ketahuilah kamu menuntut ilmu kerana apa?
Kerana Allah.
Dia mahukan sesuatu yg baik pada kita.

"Orang yang sedang belajar itu sebenarnya mereka adalah insan yang sedar bahawa dirinya adalah makhluk yang tidak sempurna"

Jadi tidak mengapa jika kamu tidak pandai.
Manusia ini pada asalnya tidak mengetahui apa² dan mereka merendah diri dalam mencari kebaikan yang banyak sebelum dibawa pulang ke negeri akhirat.

Monday 24 May 2021

Work is always need with PROGRESS

Everyday progress can make the work done before the expectation. Even it is in small step and consume long period but with the 'roar' and love in the things. I believe it will be works by depend on our Al-Might 

Wednesday 19 May 2021

Kena puji

Alhamdulillah..
Gembiranya bila pensyarah puji kami ni bagus. 
Terima ya Allah kerana engkau memudahkan kami di saat kami ingin pergi menuntut ilmu.
Kurniakan lah para pensyarah kami segala rahmat dan kebaikan yang berpanjangan.
Dan kembalikan kami dalam mengharapkan satu pertemuan yang terbaik di sisi-Mu.
Ampunilah kami yang sentiasa sibuk dan lalai dalam urusan agama kami.
Berikan lah kami peluang untuk mencintai-Mu lagi dan lagi
Hingga tiba saat itu.

Saat yang tidak mampu berpatah balik.

Saturday 15 May 2021

Tiada siapa yang kisah tentang engkau

Tiada siapa yang kisah tentang engkau, sama ada kau wujud ataupun tidak yang pasti manusia akan melupakan engkau. Mereka cuma nakkan sesuatu dari engkau. Hanya inginkan manfaat. Jadi buat yang terbaik mengikut kemampuan engkau. Buat kerana Allah. Dan bersyukur sebab Dia dah berikan engkau kudrat untuk melakukannya. Jadi lakukan lah hingga kau berasa puas.

Ingat manusia itu pelupa,
Tapi Allah itu tak pernah lupa.

Ingat itu.

Doakan aku dapat siapkan kerja

Doakan agar aku dapat siapkan kerja dengan baik. Moga ianya menjadi pekerjaan  yang mulia

Wednesday 5 May 2021

Tiada

Tiada gunanya bersedih terlalu lama,
Kerana hakikatnya itu semua tidak membuatkan orang lain menderita, 
Dan mereka tidak menghiraukan diri kita,
Apabila kita sudah tiada maka kita juga akan lenyap daripada ingatankan mereka.

Sebab itu perlu fight untuk diri sendiri.

Jadilah diri sendiri.

Bina kepercayaan diri.

Believe me, semua ini akan berakhir.

Tuesday 4 May 2021

Kepentingan Ikhlas

Firman Allah SWT, "Dialah yang memperlihatkan tanda-tanda (kekuasaan)-Nya kepadamu.." Dia memperlihatkan kekuasaaan kepada makhluk-Nya dengan perkara yang dapat disaksikan oleh mereka baik di langit mahupun di bumi, berupa bukti-bukti kekuasaan-Nya yang agung, yang menunjukkan kesempurnaan Penciptanya. "...dan menurunkan rezeki daripada langit untukmu.." Maksudnya, hujan yang dengannya keluar tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan dengan mempunyai warna, bau, rasa, dan bentuk yang berbeza-beza, yang dapat disaksikan dengan pancaindera, padahal berasal daripada satu jenis air. "...Dan tidak lain yang mendapat pengajaran hanyalah orang-orang yang kembali (kepada Allah) iaitu orang yang dapat mengambil pengajaran serta memikirkan semua tanda-tanda kekuasaan Allah SWT, sehingga memperoleh petunjuk je atas keagungan Penciptaannya.

Maka sembahlah Allah dengan tulus ikhlas beragama kepada-Nya,meskipun orang- orang kafir tidak menyukai(nya). Maknanya, beribadahlah dan berdoalah kepada Allah SWT semata-mata dengan ikhlas,dan berbeza dengan orang-orang musyrij dalam tingkah laki dan kepercayaan mereka. 

(Ibnu Kasir Tafsirul Quranil Azimi, Jilid 12, 1421 H/2000 M: 177-178)

Saturday 24 April 2021

Rezeki itu ada limitnya

"Dan kalaulah Allah memewahkan rezeki bagi setiap hamba-Nya, nescaya mereka akan melampaui batas di bumi (dengan perbuatan-perbuatan liar durjana); akan tetapi Allah menurunkan (rezeki-Nya itu) menurut kadar yang tertentu sebagaimana yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Dia Mengetahui dengan mendalam akan segala keadaan hamba-Nya, lagi Melihat dengan nyata.

(Surah Al-Syura: Ayat 27)

Wednesday 21 April 2021

Saturday 17 April 2021

Dalam hati aku

Hanya Allah yg tahu,
Kena lalui semua ni tanpa mengeluh,
Moga ia menjadi saat yang indah,
Bersama memori yang ditinggalkan,
Supaya Allah melihat kita,
Dibawah Pemerhatian-Nya,
Sentiasa.

Ya Allah, 
Jika ini baik untuk ku,
Maka peliharalah niat ku ini,
Aku tahu engkau pasti Mendengar bisikan kecil ku,
Aku ingin tempuhinya diatas keredhaan Mu,
Hanya diri Mu yang ku harapkan di atas dunia ini,
Hadapinya dengan sabar.

Pasti ada kemanisannya di akhir perjalanan.

Rahsia Allah & ketentuanNya adalah yang terbaik.

Monday 12 April 2021

Tuesday 6 April 2021

Say it

You know what,
The things that we try to copy and paste from other people will not make you feel better,
I learn from the past the day that I loss almost everything,
Love, spirit, mood, diet, even my life,
I just want to remain about it back because I want to be myself,
I miss a lot of my 'style',
My truely me,
On that time I never care what other said,
If I think it is true, truth, i will trust it,
The feeling of claim and freedom is really gold for everyone,
I know you want to be happy,
I know you want go out from these,
So be You,
BE YOU,
No matter what,
No one can take the things from you except for Al-Might,
Losing is weak,
Be new will build your strength,
Said this to yourself,
"Dear myself, I believe that I will not regret about anything, as long as I make it, MAKE IT TRUE"

Positive mind is the way, shining, be the star with your own style!

"Jadi lah apa sahaja yang ingin kamu jadi, Buat lah apa sahja yg kamu ingin buat, Asalkan ianya mendatangkan redha Allah. Itu yg pasti akan berjaya."

Ini kisahku, diri ini yg mampu ubah menjadi yang terbaik.

Wednesday 31 March 2021

Ada 3 Ikatan Waktu Kita Tidur

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda, "Syaitan mengikat tengkuk kepala salah seseorang daripada kamu sebanyak tiga ikatan ketika dia tidur dan syaitan mengikatkannya sedemikian rupa sehingga setiap ikatan diletakkan pada tempatnya lalu (dikatakan) 'Kamu akan melalui malam yang sangat panjang, maka tidurlah dengan nyenyak.'  

Jika dia bangun dan mengingati Allah, terbukalah satu ikatan. Jika kemudian dia berwuduk, maka terbukalah tali yang lainnya dan jika dia mendirikan solat, terbukalah ikatan yang terakhir. Lalu pada pagi harinya dia akan bersemangat dan jiwanya pun baik. Namun jika dia tidak melakukan seperti itu, maka pagi harinya dia akan malas dan jiwanya buruk."

(Hadis Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, Juz 1, No. Hadis 1142, 1400 H: 355)

Monday 29 March 2021

Meeting Tu macam mana?

‼️ *Open meeting*
-A very good morning for presenters meeting, we just be given a task to handle a program______________
-So,our agenda today is ____1️⃣to 5️⃣_____.

‼️ *Bone meeting*
Let start with ________ 
Okey I think_________ good idea but________because______
Why not we do_________
What do think if________

(Jangan terus decide)

‼️ *End of discussion*
Okey, out meeting is *ADJOURN (urgent)*
I think we have covered almost all aspects. Let try and excecute and come back for the another meeting. So,we summary our meeting and meet on the next meeting. Thank you.

Thursday 25 March 2021

Resepi Sambal Tumis [Masak Sampai Jadi]

MuLa2 masukkan agak2 1 cawan minyak masak utk goreng kan ikan bilis smpai garing.. Angkat ikan bilis lepastu goreng an pulak 2 biji bawang besar yg dah dihiris(agak2 dh layu tu angkat asingkan)

*Untuk bahan dikisar*
Lada kering yg dh direbus
Bawang besar 3 biji(lagi bnyak lagi sedap) 
Bawang putih 6 ulas
Bawang kecik 5 ulas
Ikan bilis 
*#Blend smpai halus*
*#Tip kalau nak biji lada tu halus, masa blend tu masukkan 1 sudu minyak masak*

Minyak bekas goreng bawang dgn ikan bilis tadi gunakan utk tumis bahan2 yg dh blend tadi

Klau minyak tu sikit sngat, tambahkan sikit lagi... Takpe minyak lebih.. Sbb klau sikit sngat nti ladanye tak masak😊

Pastu tumis bahan2 tu sampai pecah minyak.. Lame2 pun x pe..akk pun klau masak lame jugak😊. Just kena jaga api selalu kacau lada tu.. Time tumis ni boleh masukkan garam agak2 ye

Nti bila dh pecah minyak, masukkan gula(agak2, nti kalau dh rase klau pedas lagi boleh je tmbah gula lagi) tambah serbuk secukup rase atau kiub pati ayam pun boleh... Lepastu masukkan bancuhan air asam jawa😊

Lepas tu dah masukkan semua biarkan dia kejap... Time dah nak tutup api, baru masukkan bawang yg dh digoreng dgn bawang tadi😊

INFO TAMBAHAN
Kadang kalau cili kering yang kurus pastu kerinting tu dia pedas sikit... Klau guna yg tu agak2 mse nk guna...

Kalau yg cili tu badan dia mcm besar sikit pastu mcm licin je kulit dia, tu x pedas sngat😊

Sekian.

Wednesday 24 March 2021

Tips Buat Presentation Dalam Google Meet

Assalamualaikum w.b.t kepada yang sedang membaca sekarang ni, mesti kena buat presentation secara virtual kan. yaaaa... jangan risau sebab ini pengalaman yang bagus dan korang akan jadi lebih professional nanti, Baiklah bawah ni adalah antara yang akiu dapat belajar.

Jika menggunakan  Google Meet untuk sharescreen.

1. Tekan Present now

2. Ada 3 pilihan

Ø “Your Entire Screen” -Nampak keseluruhan device yang digunakan. Tidak perlu berhenti untuk beraih ke bahan yang lain. Namun audience boleh melihat disebalik takbir dan kemunculan pop up yang tiada kaitan.

Ø “A Window”- Fokus kepada Google dan file tanpa melihat tools device yang lain, Perlu berhenti untuk present dan file  akan ada dalam pilihan jika ianya dibuka awal. Audience tidak nampak disebalik takbir.

Ø “A Tab” - Khas untuk Google SAHAJA ataupun untuk satu jenis file. Bagus untuk membuka video dan bunyi audio yang baik didalam Youtube dan Google drive. Audience tidak nampak disebalik takbir.

*Audience tidak nampak disebalik tadbir itu membolehkan kita membuat persediaan awal jika diminta untuk mengubah paparan.


3. Jika ada masalah audio pergi ke: Simbol 3 titik > Setting > Tukarkan default-microphone (Related (R ) Audio) kepada Stereo Mix (Relatek (R ) Audio) > Buka microphone.

Maklumat penuh boleh merujuk di: https://www.youtube.com/watch?v=DMuHZoqW9vY

 

4. Untuk teknik paparan penuh (fullscreen) dan pembahagian antara dua paparan (split). Kita perlu mendownload apps “Dualess”

Cara penggunaan boleh merujuk di : https://www.youtube.com/watch?v=9X9AxR9oTSQ


5. Kalau nak mainkan video secara berulang didalam YouTube boleh tekan Right klik > Pilih LOOP. siap!

BOLEH KLIK BAWAH NI TIPS MUDAH GUNA GOOGLEMEET

SINI

Sekian. Harap dapat membantu :)

Bukan kerana itu..

Abu Hurairah r.a berkata, "Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda,"Tidak ada seorang pun yang masuk syurga kerana amalannya." 

Para sahabat bertanya; "Begitu juga dengan engkau wahai Rasulullah?"

Baginda bersabda," Tidak juga dengan diriku, kecuali bila Allah melimpahkan kurniaan dan rahmat-Nya padaku, oleh kerana itu maka luruslah dan dekatkan diri kepada Allah, dan janganlah salah seorang daripada kami mengharapkan kematian, jika dia adalah orang yang melakukan kebaikan, supaya dapat menambahk amal kebaikannya, tetap jika dia orang yang melakukan keburukan, supaya dapat menjadikannya bertaubat." 

(Hadis Riwayat Bukhari, Sahih Bukhari, Juz 4, No. Hadis, 5673:30)

Monday 22 March 2021

Homemade Cookies Sedap

Low Brown Sugar Choco Chip Homemade

Alhamdulillah berhasil kurangkan gula daripada resepi yang asal untuk jaga kesihatan kita. Disebabkan craving, akhirnya buat sendiri. Ready-to-eat ☺ Rangup habis. Tak perlu tunggu Hari Raya baru dapat makan kuih koyan ni. Tak perlu beli secara online boleh buat sendiri sbb bahan dia ada status halal. Serius bau dia wangi semerbak satu dapur. Jom try resepi dia. Mudah je!

BAHAN A
250 g butter 
150 g brown sugar (boleh kurangkan)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur

BAHAN B
315 g tepung gandum (diayak)
65 g tepung jagung (diayak)
5 g soda bikarbonat
1/2 cip coklat (boleh tambah)

CARA²
1. Kacau sebati BAHAN A dengan senduk (tak de mixture pun tak apa) dalam mangkuk.
2. Tambah BAHAN B dan kacau sebati.
3. Tutup mangkuk dengan plastic wraping dan masukkan dalam peti sejuk selama 30 minit. (Bagi dia sejuk & tak cair)
4. Keluarkan,  ambil satu gengam dan gelekkan guna tangan macam sosej.  Cubit sikit macam nak buat mini cookies.
5. Letak di atas dulang/loyang pembakar (susun cantik² kalau nak leperkan sikit pun boleh supaya cepat masak) -kalau dulang kecil boleh dapat dalam 30 doh per dulang. Tak perrlu gris dengan minyak sbb dalam doh dah bnyk butter tapi kalau nak tabur dengan tepung pun boleh atau letak minyak sikit supaya tak melekat.
6. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan awal² tadi, 180 darjah selama 10-15 minit. (Kalau belum perang warna dia boleh tambah masa lagi 5 minit)
7. Keluarkan dari oven rehatkan kejap ataupun boleh check samada dia melekat atau tak, sejukkan.
8. Masuk dalam balang & siap untuk dihidangkan. 

# Kuantiti hidangan mungkin tak sama tapi boleh dapat dalam 120 cookies dengan menggunakan bahan² tadi.

#cookies#craving#homemade

Kita Cuma Musafir

Ibnu Umar mengajarkan bahawa apabila Rasulullah SAW telah berada di atas kenderaan hendak bermusafir, maka Baginda bertakbir sebanyak tiga kali. 

Kemudian Baginda berdoa, "Maha Suci (Allah) yang telah menundukkan semua ini bagi kami, padahal kami sebelum ini tidak mampu menguasainya, dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kebaikan dan ketakwaan serta perbuatan yang Engkau redhai dalam perjalanan ini. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami ini dan dekatkanlah bagi kami. Ya Allah, Engkaulah pendampingku dalam bermusafir dan yang menguruskan keluarga yang aku tinggalkan. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kelelahan dalam bermusafir, pemandangan yang menyedihkan dan kepulangan yang buruk dalam harta dan keluarga." 

Jika Baginda kembali kepada perjalanan, Baginda membaca kembali doa tersebut, serta menambahkan doa dalamnya, "Kami kembali dengan bertaubat, tetap beribadah dan selalu memuji Tuhan kami". 

(Hadis Riwayat Muslim, Sahih Muslim, Juz 2, No. Hadis 1342, 1412 H/1991) M: 978)

Saturday 20 March 2021

Doa

"Ya Allah, lapangkanlah dadaku, mudahkanlah urusanku, dan lepaskanlah kekakuan lidahku, agar mereka mengerti perkataanku" 

"Cukuplah Allah menjadi Penolong bagi kami dan Allah adalah sebaik-baik Perlindung"

"Ya Allah tidak ada kemudahan, kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Dan apabila Englau berkehendak, Engkau akan menjadikan kesusahan menjadi kemudahan"

🌹8 Sya'aban 1442🌹

Buatlah kerana Allah

Buatlah kerana Allah,
Kerana apa yg sedang kita buat ni semata-mata sebab-Nya,
Jangan buat sebab benda lain,
Kerana hakikatnya ia akan turut hilang bersama perubahan yg berlaku,
Kita tak mampu kawal semua perkara,
Tapi kita mampu kawal diri kita,
Biarlah kita di sini,
Katakanlah,
"Aku tidak pernah kecewa untuk berdoa kepada Allah"

Tiada apa yg sempurna,
Kita kurang baik, 
Tapi usaha untuk mencontohi akhlak yang baik itu ada,
Jadi teruskan melangkah,
Dengan langkahan yang kita mulakan dari saat ini.

InsyaAllah moga Allah nmpk usaha kita,dan kita sama² mampu lalui semua ini

Sunday 14 March 2021

Mereka kata...

Kejayaan mereka itu rupa-rupanya..
Dorang suka BANTU orang lain,
Keluar daripada kesusahan kepada kesenangan,
Itulah rahsianya,
Meskipun dia sendiri sedang dalam kesulitan,
Yang tiada siapa nampak kecuali Dia,
Dan itulah kuncinya,
Berikan..
Dan banyakkan MEMBERI,
Tanpa mengharapkan apa² balasan.

Saturday 13 March 2021

Yang Maha Mendengar

Yang di maksud dengan 'al-Sami' ' bagi Allah, adalah yang disifatkan dengan pendengaran sebagai sebahagian daripada Zat-Nya. Manakala mendengar adalah sifat bagi pekerjaan-Nya. Mendengar adalah sifat Zat Allah yang hakiki, yang kita wajib beriman secara zahir. Erti secara zahir, adalah berita yang menerangkan tentang sifat Allah, namun tidak seperti zahirnya seperti sifat manusia, kerana kita tidak akan mampu melihat Allah ataupun menggambarkan pendengaran Allah. Kita tidak akan pernah mampu melihat yang setanding dengan Zat dan sifat-Nya. Dialah yang Maha Mendengar terhadap rahsia yang tersembunyi. Kadangkala sifat pekerjaan itu mempunyai makna yang khusus, seperti jawapan terhadap doa, sepertimana dikhabarkan oleh Rasulullah SAW. "Jika seseorang berkata  "Allah mendengar kepada doa orang yang memujinya," maka katakanlah "Ya Tuhan kami, hanya milik-Mu segala puji-pujian ( Sahih Muslim 415)

Di antara doa yang menggunakan nama ini terdapat pada firman Allah SWT.. "Ya Tuhanku, berikanlah aku keturunan yang baik daripada sisi-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa. (Surah Ali-Imran 3:38). Dan di dalam firman yang lain, " Ya Tuhan kami terimalah (amalan) daripada kami. Sesungguhnya, Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui" (Surah al-Baqarah, 2:127)

Seorang muslim yang mengesakan Allah dengan nama ini, seharusnya meyakini bahawa Allah di atas 'arsy-Nya Maha Mendengar segala sesuatu daripada makhluk-Nya, baik yang kecil mahupun yang besar. Allah Maha Esa dalam pendengaran dan penglihatan-Nya, mempunyai kesempurnaanyang mutlak kecuali kepada apa yang Dia cintai dan redhai, Dia mengawasi dan ditakuti, Dia tidak takut terhadap sesuatu apapun.
(Dr. Mahmud Abdurrazak Ar-Ridwani, Ad-Du'au bi'l Asmai'l Husna, 2005: 34)

Thursday 11 March 2021

Hikmah Penciptaan Daun

Perhatikanlah hikmah daun. Kita pasti akan dapati dalam satu daun terdapat sejumlah serat memanjang yang amat mengagumkan bagi yang melihat. Ada yang besar, panjang, dan lebar. Ada yang kecil terselit di antara yang besar tersebut, tersusun dengan rapi,dan menakjubkan. Kalaulah yang membuatnya manusia, maka satu daun sahaja tidak akan habis selama setahun. Tentu mereka memerlukan alat-alat dan proses pengolahan yang jumlahnya mereka tidak mampu akan hasilkan. Tapi Allah SWT Maha Pencipta dan Maha Mengetahui, dalam beberapa hari sahaja menebarkan daun-daun yang memenuhi bumi, dataran rendah, dan segala hal dan kekuasaan-Nya yang tidak terhalang.

Kemudian, perhatikanlag hikmah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Maha Mengetahui dalam menjadilan daun sebagai hiasan bagi pohon, penutup, dan baju bagi buah, serta melindunginya daripada hama yang menghalang kesempurnaannya. Kerana itu, apabila apabila pohon ditebas daunnya, maka buahnya rosak, tidak dapat dimanfaatkan. Lihat bagaimana daun menjadikan senagai perlindung bagi tunas tumbuhnya buah yang lemah daripada kekeringan. Apabila buah telah jatuh, daun tetap ada di sana sebagai pelindung dahan daripada panas matahari sehingga apabila bara itu telah padam dan tidak membahayakan dahan-daun, daunnya berguguran supaya setelahitu akan kelihatan lebih indah. Maha Besar Allah SWT yang mengetahui tempat dan waktu gugur dan tumbuhnya daun-daun itu. Tidak ada daun yang tumbuh kecuali dengan izin-Nya dam tidak ada yang gugur kecuali dengan pengetahuan-Nya. Selain itu, kalaulah manisia menyaksikan banyak daun itu bertasbih kepada Tuhannya bersama buah-buahan, dahan-dahan dan pohon-pohon, tentu mereka menyaksikan hal lain daripada keindahannya itu. Mereka tentu akan melihat penciptaannya dengan pandangan yang lain dan pasti mereka tahu bahawa itu semua dicipta untuk manfaat yang besar, tidak diciptakan dengan sia-sia. Allah SWT berfirman, "dan tumbuhan dan pepohonan, keduanya tunduk (kepada-Nya)." (Surah Al- Rahman, 55: 6) An-najm adalah tanaman yang tidak berbatang, sedang asy-syajar adalah berbatang. Semuanya sujud dan bertasbih kepada Tuhan. Allah berfirman dalam surah al- Isra',17: 44. (Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Miftahu Daris Sa'adati, Juz 2, 1416 H/1996 M: 104- 106)

Tuesday 9 March 2021

Cinta

Pengagungan ini tidak akan dilupakan jika hati bersama Allah SWT, di samping mendatangkan cinta. Setiap cinta yang tidak disertai pengagungan terhadap kekasih menjadi sebab yang menjauhkannya daripada kekasih. Dalam darjat ini, cinta mengandungi lima perkara

a) perjalanan kepada Allah SWT
b) sambungan perjalanan ini
c) hati yang bersama Allah SWT
d) pengagungan-Nya
e) berpaling daripada selain-Nya

Jika hati sudah dekat dengan Allah SWT, maka akan terhasil kesenangan dan kenikmatan yang tidak boleh disamakan dengan kesenangan di dunia dan tidak dapat dibandingkan kerana ini meripakan salah satu keadaan bagi para penghuni syurga.

(Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Madariju As-Salikin Manazilu Iyyaka Na'budu wa Iyyaka Nasta'inu, Juz 2,t.t.: 67-70)

Sunday 7 March 2021

Pengalaman menjawab EET (English Exist Test)

 Assalamualaikum w.b.t,

Dulu masa diploma aku ambil MUET, tapi bila dah masuk degree kita akan menghadapi EET (English Exist Test). Seperti sedia maklum yang EET ni terbahagi kepada dua jenis iaitu Speaking dan Writing. Jadi nak diceritakan sebenarnya EET batch aku kali ni memang kami ambil di rumah masing-masing sebab still lagi tak boleh pergi ke universiti sebab PKP dan ada juga kawan  yang stay dekat kolej tak balik ke rumah, boleh je jawab kat mana-mana yang ada rangkaian internet dalam kawasan institusi. Jadi bila kita cerita pasal EET ni mesti dah boleh agakkan universiti mana? (Sambil berdehem 2, 3 kali sebelum menyambung ayat seterusnya). Okey sambung-sambung.

Jadi sambil-sambil aku search cara nak jawab kedua-dua test tu, dalam setiap websites, blog, portal dan youttube, aku masih belum dapat cerita yang lebih lengkap dan sumbernya masih kurang kecuali kalau siapa yang ada buku tentang EET mungkin boleh rujuk dekat dalam situ. Tapikan, aku try lah cari buku EET ni dekat shopee tapi dah habis pula. Masa tu lagi 2 hari nak mula ujian.. memang lah dapat sambutan hangat. Dah last minute baru nak cari..(ni lah nasib baru tahu kewujudan buku tu -.-), dalam hati cakap siapa ya kawan-kawan yang ada buku ni..boleh lah share-share sikit cara jawab dia. Sebab aku nak tahu format dan cara menjawabnnya. Meskipun pun English ku tidaklah seperti mat salleh berloghat pekat ataupun berdas2 cakap tanpa henti macam tak tahu bila nak noktah. Tapi sekurang-kurangnya usaha tu penting dan kena ada dalam diri. Usaha lah walaupun baru nak baca hari ni.  Usahalah walaupun semampu kita walaupun hanya tuhan je yang tahu perasaan kita ni macam mana. 


" Tak boleh jadi! Lagi beberapa hari lagi nih...", getus aku dalam hati sambil memandang kearah kalender. Hari EET dah nak dekat...wooo. 


Disebabkan aku tak dapat rujukan tu jadi aku pun try tanya senior dan juga kawan-kawan yang sama-sama tengah berjuang nak jawab test ni. Macam manoo nak jawab. Dorang pun cerita benda yang sama macam yang pensyarah aku cerita masa briefing haritu. Ingatkan nak korek rahsia soalan apa yang keluar tapi senior cakap soalan dia berubah-ubah dan setiap pelajar  tak sama sebernarnya. Dan tak sempat pun nak tulis banyak-banyak kat kertas sebab sekejap sangat masa yang dia bagi. hmmm...  dan diorng pun dah lupa soalan apa yang keluar haritu.. hahaha. Aku pun cakap tak pelah tapi tolong doakan kami ni berjaya jawab dengan baik.. dapat doa pun jadilah. :)


Tetiba aku dapat mesej daripada pensyarah aku dalam group whatsapp cakap yang dia ubah tarikh dan masa untuk kami semua dan hari tersebut diawalkan daripada hari yang sebelum ni.. iaitu ESOK!!!!!!! Bila dapat tahu yang aku punya nama dekat hari yang pertama sekali (sebab semua kawan-kawan kelas aku dah booking hari dan masa awal.. dan aku lah orang terlast isi senarai tu) 


"Aku lah yang esok tukan ?", aku bertanya dalam hati untuk kepastian. (kelip mata kejap sambl telan air liur pandang skrin henfon ni banyak kali)


Tak boleh tunggu lagi. Jadi aku pun guna alternatif terakhir. Macam sebelum ni aku buat macam bawah ni.

PERSEDIAN SEBELUM MENJAWAB EET

  1. Speaking hari-hari bahasa English. (pagi, petang, siang malam, cakap depan cermin, cakap sorang2 sebab tak de sape sudi dengar dan lagi konfiden bila rasa apa yang kita cakap tu macam betul jee..macam sedap jee.. ngomong2nya..hahaha. Bangun pagi pun terngiang-ngiang bahasa english dalam kepala)
  2. Baca buku motivasi bahasa English & Journal2 English berkaitan dengan kos kita (yang assignment aku sebelum ni, serius membantu bila dulu selalu baca journal boleh lah faham sikit-sikit walaupun tak banyak) 
  3. Berdoa kepada Allah setelah kita berusaha kemudian bertawakal. (kita ni usaha macam mana pun tetap kena minta dekat Allah supaya bagi soalan yang mudah-mudah, yang boleh bantu kita jawab tu Dia. Jadi kita akan tenang bila apa-apa yang bakal terjadi masa hari test nanti. Moga Allah redha dengan apa yang kita buat) 
  4. Cuba ingat balik, tulis dalam satu kertas & senaraikan subjek-subjek yang pernah kita belajar dulu masa diploma dan degree. (mungkin boleh bantu kita bila diajukan soalan interview, sebab biasanya dia akan relatekan dengan bidang kita terhadap kerja yang kita mahukan nanti eg. dulu saya minat subjek english & mandarin sebab mudah nak komunikasi dengan orang luar negara dalam bidang pekarjaan saya ni, nak kaitkan dengan isu-isu semasa dalam bidang kita tu pun boleh)
  5. Baca buku rujukan MUET bahagian WRITING (Ada bahagian graph, pie chart, bar chart dan rangking dalam tu yang boleh kita analisa cara menjawab dia, Aku guna buku nota saiz poket macam smartphone "Revisi Mobil MUET"..yang ni beli dekat kedai POPULAR dulu beberapa tahun yang lepas.. harga dia tak ingat berapa tapi memang mudah faham dan berwarna warni. Memang semangat nak baca sebab ada tips dan beberapa benda penting yang penulis buku tu tekankan. Tapi sebenarnya dalam buku Essay PMR & SPM pun ada juga contoh2 ayat dia sikit untuh bahagian graf.) 
  6. Jawab balik soalan past sem tahun sebelum ini (nak biasakan diri dengan format dia dan manalah tahu kalau dapat soalan yang sama ke nanti)
  7. Baca isu-isi semasa yang terkini. (macam COVID-19 ni ke, banjir ke, atau apa sahaja yang tengah hot dalam negara kita)
  8. Pakai baju tie berkolar atau kurung ikut sahsiah rupa diri yang kemas, bergosok licin dan yang paling kita suka masa present nanti. (Bayangkan kita nak buat temuduga dekat tempat yang kita dah lama idam-idamkan..meskipun cuma acah2 je depan temuduga komputer yang merupakan pensyarah kita juga yang mengawal disebaliknya itu.  Tapi apa salahnya kita hormat keadaan tersebut sambil feeling2 hebat ni. Bukan ke first impression tu penting!.. lagi kemas dan cantiknya kita akan menonjolkan lagi tahap keyakinan kita. Ayuh serlahkan)
  9. Berwudhuk setiap kali belajar dan sebelum menjawab exam/test. (Supaya malaikat pun mendoakan dan memayungi kita sebab bersusah payah nak study benda ni. Bukankah menuntut ilmu itu satu ibadah dan jihad sebab kita berkorban waktu kita untuk faham dan menguasai ilmu tu dengan baik dan pada masa yang sama wujudnya kebekatan masa disitu.

SEMASA MENJAWAB EET

Masa hari kejadian tu, aku punya test waktu petang lepas asar, nak tak nak memang kena prepare awal2 lah diri 30 minit sebelum waktu exam tu sebab tak nak lah lambat masuk ke apa kan.  Aku punya ni memang ambil test dekat rumah sebab masih lagi PKP. Jadi antara persediaan aku tentang teknologi adalah aku guna laptop sebab nak tengok skrin soalan tu besar-besar dekat dalam skrin ni hah. Tak lupa juga guna earphone sebab nak dengar suara audio tu dengan jelas dan juga supaya aku boleh speaking tanpa menjerit-jerit dalam rakaman audio tu. nanti. (ni norma baharukan) Jadi bila pensyarah panggil nama dalam  group whatsapp terus aku pun tekan link google meet yang disediakan.  Dah agak dah laju betul member aku jawab test nih.(kitorang kena jawab sorang2 sebenarnya sebab tak semua orang boleh masuk dalam google meet tu). Masa ni kena bagitau nama panjang dan nombor matrik/ nombor pelajar kita berapa.

Maka bermulalah dengan lafaz bismillahirahmannirahim..

Sila sediakan PEN ya.. untuk conteng2 nanti atas kertas.

EET Speaking

(30 minutes)

Masa test EET Speaking ni memang jauh nun di sana soalan-soalan yang diajukan kearah aku. Aku ingatkan dia akan tanya sebijik sikit macam soalan sample yang dia bagi tu..rupa-rupanya memang lain daripada yang lain. Jauh berbeza daripada apa yang aku targetkan. Tak de nya dia nak tanya soalan yang kacang macam ."Sila perkenalkan diri awak?" dan kita pun dengan bangga beritahu keseluruhan biodata kita kepada si penanya a.k.a komputer tu. Walhal, itu hanyalah mimpi je, sebenarnya dia akan tanya yang lebih terperinci daripada tu. Tapi soalan yang dia bagi ni pun otak aku ligat berfikir apa benda yang aku nak cakap sebab aku tak sempat langsung nak tulis banyak2 dekat kertas tu. Semua ni memang secara SPONTAN. 

Soalan tu akan dibaca oleh audio tapi kalau nak baca sendiri pun boleh sebab format dia macam dekat bawah ni.

Pastikan BACA SOALAN dulu, FAHAMkan dengan baik dan keluarkan MAIN POINT, REASON/DESCRIPTION & EXAMPLE.


TASK 1 : SIMULATED CONVERSATION

Audio bacakan soalan

Voice 1: 20 seconds prepare

Voice 1: 1 minute to respond

Kita jawab

Bip.

Hint

  • Baca soalan dulu, kenal pasti kehendak soalan
  • eg. Berkomunikasi, satu perbualan dengan seseorang
  • "Macam mana cara pengurusan stress? Macam mana cara hadir ke program2 ataupun majlis2 tertentu? Langkah-langkah?"
  • Buat 3 point, explaination & example


TASK 2: JOB INTERVIEW (ada 3 soalan)

1) Audio bacakan soalan

Voice 1: 10 seconds to prepare

Voice 1: 1 minute to respond

Kita jawab

Bip.

Hint

  • Baca soalan dulu, kenal pasti kehendak soalan
  • eg. Pengalaman kita yang sebenar ataupun nak brainstrom dan reka2 cerita sendiri pun boleh
  • "Siapa yang kita paling kagumi/minati dalam mencapai kejayaan hidup? Ikut kepada bioadata diri kita."
  • Buat 3 point, explaination & example


2) Audio bacakan soalan

Voice 2: 20 second to prepare

Voice 2: 2 minutes to respond

Kita jawab

Bip.

Hint

  • Baca soalan dulu, kenal pasti kehendak soalan
  • eg. Pengalaman kita yang sebenar ataupun brainstorm dan reka2 cerita sendiri pun boleh
  • "Apakah target yang tak tercapai dalam hidup kita, nyatakan sebab dan penyelesaiannya?" Apa yang menyebab awak tertarik dengan organisasi ini dan kenapa awak pilih kerja ini?"
  • Sebab job  ni related dengan waktu kita belajar di universiti/ matriks, sekolah menengah, rendah dulu
  • Ia membantu saya perbaiki dan membina pengalaman yang lebih luas
  • Saya betul-betul suka dengannya kerana__________
  • Saya betul-betul ingin mengetahui lebih lagi tentang syarikat ini.
  • Buat 3 point, explaination & example


3) Audio bacakan soalan

Voice 3: 30 minutes to prepare

Voice 3: 2 minute to respond

Kita jawab

Bip.

Hint

  • Baca soalan dulu, kenal pasti kehendak soalan
  • eg. kelebihan kita, pengalaman
  • "Bidang yang paling kita minati semasa belajar dan kenapa ia berkaitan dengan pekerjaan ini?" Program yang kita pernah hadir atau atur sebelum ini?" Apa yang kita nampak dalam company ini untuk 5 tahun yang akan datang?"
  • Saya dulu pernah belajar _________, saya rasa ianya memang ada kena mengena dengan skop kerja saya dan ini membantu saya kerana saya dah belajar tentang asasnya_________
  • Saya pernah jadi ketua dan saya mendapat tempat yang terbaik/pertama menyebabkan semangat saya terhadap perkara ini bertambah kuat________
  • Buat 3 point, explaination & example


TASK 3: ORAL PRESENTATION (1 soalan je, tapi kadang2 dia akan bagi sub-soalan)

Audio bacakan soalan

Voice 1 : 60 seconds to prepare

Voice 1: 3 minutes to respond

Kita jawab

Bip.

Hint 

  • Baca soalan dan gambarajah, kenal pasti kehendak soalan
  • Pastikan kita sebut semua sekali yang dia dah bagi (eg. peratus sekian-sekian adalah.____)
  • eg. Pekerja bermasalah, hasil jualan secara online ataupun tidak
  • Pie chart, Ranking, Bar Chart
  • Macam soalan writing muet dulu tapi kali ni mind set macam orang dah berkerja dan sedang membaca dan bercakap tentang graph bukan lagi menulis.
  • Mula baca daripada hasil tertinggi hingga ke terendah
  • Tulis 2 cadangan kita untuk penambahbaikan masalah tersebut.
  • INTRODUCTION: 
  • A survey was conducted among the ____________ to find out ___________________.
  • There are __________ different____________consist of ____a)___, ____b)_____, and ______c)___.
  • MAIN BODY :
  • The major--------------The minor
  • The most preferred-------The least prefered
  • The most important ---------The least important
  • The main reason-------The least reason
  • Advesely,
  • Literally,
  • Respectively,
  • Obviously,
  • Fistly, secondly, thirdly, fourthly, fifthly, 
  • Besides, moreover, furthermore, in addition, In other hand,
  • Finally, lastly
  • REASON why it happen and EXAMPLE
  • CONCULSION & RECOMMENDATION: 
  • It is evidence that ____________can effected___________.
  • In nutshell, in conclusion,
  • My recommendation/ suggestion


Bila masa dah nak hampir tamat atau dah tamat kita boleh dengar bunyi getaran buzzel dalam 2-3 saat macam tu. Boleh juga perhatikan di skrin ada disediakan 'jangka masa' sebagai penanda masa. Nak habiskan ayat sebelum habis masa pun boleh ye. Masuk je terus point terakhir atau conclusion kita. Gunakan dan manfaatkan masa yang ada. Elakkan bercakap sampai terlebih masa.

Dan  bertenang (ni yang terpenting sekali) 

Tapi kalau dah tak tahu nak cakap apa, blur, blank, kosong dan tak ada idea lagi. Boleh je nak cerita pengalaman diri kita yang sebenar. Dah alang2 meng'goreng' ayat biar lah nampak real. Iyadok? 

Cakap je guna perkataan English yang kita ingat. Nak guna ayat yang simple2 pun boleh ikut kepada kemampuan diri kita. 


EET Writing

(1 hour 30 minutes)

TASK 1

  • 150 words
  • Response to a comment/query/email
  • FIRST MULAKAN DENGAN Dear____(nama penerima)___, (letak sebelah kiri)
  • Thank you for hoping _______
  • LAST AKHIRI DENGAN Regards, ______(nama pengirim)___, (letak sebelah kiri)
  • Make sure...jangan careless yang ni. Nama2 nikan BUKAN nama kita ya, tengok pada soalan kadang2 dia akan beritahu email ni daripada siapa ke siapa. Cara penulisan pula macam kita tulis surat cinta kepada orang lain..tapi ni versi email. Tulis ringkas2 je. Kira balik patah perkataan lepas dan check grammar.
  • Boleh buat 2-3 perenggan

  1. Describe (process)
  2. Explain
  3. Give suggestions
  4. Express probability
  5. Give example

TASK 2

  • 250 words
  • Article/ proposal to report an event
  • Buat dalam 5 perenggan
  • INTRODUCTION 
  • 3 MAIN BODY Main point, Sub-point (supporting details), example
  • CONCLUSION Simpulkan ketika-tiga main point tadi
  • Buat ringkas2 juga, check grammar, dan patah perkataan.

  1. Summarise
  2. Compare & contrast
  3. Synthesise 
  4. Give opinions
  5. Evaluation
REMINDER
# Untuk writing ni pastikan kita buat RANGKA AYAT dulu dekat kertas yang lain selama 10 minit untuk setiap soalan supaya idea yang kita curahkan itu tidak lari dan menjawab soalan.


Baiklah itu sahaja pengalaman aku menjawab EET , yang ni bukanlah tips sebenar untuk dapat markah dan gred yang tertinggi tetapi hanya sekadar kaedah yang aku guna  walaupun ada yang aku tak sempat nak follow. Harapnya junior-junior dan pembaca yang sedang membaca dengan khusyuk entri aku ini boleh buat yang lebih baik lagi. Kot2 ada yang lebih baik dan memang dah berpengalaman dalam bab MUET atau EET ni boleh lah share dekat ruangan komen bawah tu. Kita kongsi sama2 kejayaan itu dengan yang lain dan doakan semoga kita semua berjaya buat yang terbaik. InsyaAllah amin.

Kalau nak tahu yang lebih lanjut tentang sample soalan tahun lepas untuk speaking dan writing, soalan faks, dan video role play menjawab boleh buka ke laman portal EET SINI

Semoga berjaya!

Perumpamaan Dunia

Dialah Tuhan yang menjadikan kamu dapat berjalan di daratan (dan berlayar) di lautan. Sehingga ketika kamu berada di dalam kapal, dan melunc...